Monday, February 11, 2013

gagal sekali tak bermakna terus gagal...

Pertama kali aku ke sini dah lama dah, jenuh aku korek entry pasal tempat ni. Akhirnya terjumpa kat sini. Masa aku datang dulu, aku gagal menuju puncak, lepas tu aku berangan nak terjah balik tapi tinggal angan2 je lah.

Kebetulan minggu ni long weekend sebab CNY dan aku pun tak ke mana2 sebab poket dah kering jadinya aku ke sini lagi. My friend yang konon beria2 nak ke sana tarik diri, tinggallah aku berdua dengan Hawa je. Petang Jumaat tu aku bagitau Hawa, kalau hujan kita cancel. Alhamdulillah cuaca baik sampai ke malam.

Konon nak gerak lepas Subuh, tapi bila azan Subuh kat surau depan tu dilaungkan, baru aku terjaga. Kelam kabut mandi segala, pastu singgah 7-eleven beli roti dan air. Lebih kurang pukul 7 jugak baru gerak ke Semenyih. 

Lepas park kereta dalam ladang sawit dengan bayaran RM 2.00 per entry, kitorang redah perlahan2. Belum pape dah semput, baru lepas tempat dorang jual minuman tu, dah mintak nyawa. Masa ni orang yang turun dah ramai, kitorang je yang terkial2 baru nak naik. Jalan pun slow je, kejap2 brenti rehat, kejap2 brenti bagi orang turun dulu alasan je padahal tak larat, hehe. Berbanding dulu, kali ni walaupun dah lewat baru nak naik, tapi tak berpeluh sangat.


Masa ni kami dah sampai puncak ke 3 kot, aku pun tak pasti ada berapa puncak semuanya. Ntah2 yang ni puncak ke 2. Nun di sana aku rasa the highest peak, puncak Tok Wan rasanya.


Puncak yang tu kami dah lepas. Siap lepak2 sambil makan roti dan minum air lagi.


Kami berdua... rasa macam kurus pulak, padahal... hahaha.


Akhirnya kami sepakat tak teruskan perjalanan ke puncak hujung sana tu. Dah agak lewat pun ya jugak. Insya Allah, di lain waktu akan kuredah lagi. Next time datang aku ingat nak bawak bekal makanan, boleh piknik kat atas sana.


Jejak yang telah kami tinggalkan. Nak kutip balik memang tak dayanya, tinggal je lah kat situ. 

Pelik jugak sebabnya kali ni aku rasa tak adalah jauh sangat nak sampai ke puncak yang first tu. Masa datang first time tu rasa macam jauh giler. Ke sebab this time kitorang relax je, tak de nak push sangat. Mungkin kesan psikologi agaknya. Apa pun, it's good for me to practice sebab September ni nak panjat Rinjani, Insya Allah. Harap2 tercapailah impian. 


2 comments:

  1. Wow! Kelas anne. Tahniah ye.. Akhirnya sampai puncak broga. Nanti blh try panjat bukit puchong plak. Hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha... orang lain dah berkali2 turun naik, kita baru je touch down.. malu je, haih.

    wah, bukit puchong tu... kena tgk schedule gak ni, hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...