Friday, May 27, 2011

banda acheh - kl : day3

Hari terakhir tidak banyak yang kami lakukan. Sementelah kami akan dibawa ke airport jam 10 pagi. Sementara menunggu disediakan sarapan di hotel, kami berjalan2 di sekitar hotel dan taman berhampiran. Sempatlah aku ambil beberapa keping gambar sebagai kenang2an.  

Bunga mawar dalam gambar 1 tu ditanam depan bilik kami. Cantik warnanya, Bonda berkenan sungguh. Selain melur yang ditanam berhampiran restoran hotel, bunga mawar ditanam di depan lobi. Ini bukanlah teratai layu di tasik madu dalam gambar 3, tetapi teratai yang memikat pandangan aku, hahaha. Berjaya juga aku snap butterfly dalam gambar 4 setelah beberapa kali cubaan aku gagal. Gambar 3 dan 4 diambil di taman seberang jalan.  

 
Selepas bersarapan, kaki berjalan ke Masjid Raya Baiturrahman. Masjid yang turut terselamat dalam bencana yang melanda. Masjid ini letaknya bersebelahan dengan pintu masuk Pasar Atjeh yang lama. {1} Pandangan di depan pintu masuk utama masjid. {2} Dari sisi. {3} Juga dari pandangan sisi yang berlainan. {4} Masjid ini turut mempunyai perpustakaan. Papan tanda pada gambar 4 menunjukkan pintu masuk ke perpustakaan terbabit.


Gambar atas diambil secara berdepan manakala gambar bawah diambil dari sudut lain. Besar masjid ni, lebih kurang Mesjid Rehmatullah. Cuma bezanya masjid ini lebih terjaga dan pengunjung juga ramai. Mungkin kerana berada di tengah2 bandar.


Dari pintu masuk ke pasar lama ini, kubah Masjid Raya Baiturrahman dapat dilihat dengan jelas. Yang sebenarnya pagar masjid dan kawasan pasar ini bersempadan. Selepas tsunami, pasar ini rosak teruk dan dibina pasar baru di belakangnya. Namun begitu masih ramai yang berniaga di tapak pasar lama ini.


Bandara baru yang cantik dengan kubahnya.


Hehe... inilah earring yang akhirnya berjaya juga aku beli sebelum berangkat ke airport. Mahal tau harganya, Rp520,000 selepas diskaun sebanyak Rp10,000. Yang penting tak seperti my previous one, tersangkut dekat tuala pun boleh tercabut. Yang membuatkan aku ulang tayang ke toko yang sama sebab penjualnya, hahaha. Gatai merenyam sungguh aii... hehehe. 

footnote: Alhamdulillah, selamat sudah percutian ke Banda Acheh. Lega rasanya bila dapat bawak Bonda bercuti. Dan syukur pada Allah kerana memberikan kesihatan yang baik buat kami terutamanya Bonda. Lupalah pulak nak tanya namanya, ahakss!

banda acheh : day2

Percutian di hari kedua hanyalah meronda2 di sekitar Banda Acheh dan melawat kesan tinggalan tsunami yang melanda pada Disember 2004. Tepat jam 9.00 pagi Pak Anto dah siap menunggu kami di depan hotel.


Si gadis bunga. Sempat berposing dengan bunga sebelum kami memulakan pengembaraan. Cheewah, ayat tak boleh blah. Dia ni pantang nampak aku keluarkan kamera, laju aje nak menyelit.


Kawasan ini asalnya merupakan kawasan perkampungan sebelum tsunami. Yang kelihatan adalah kesan runtuhan rumah penduduk yang menjadi korban dan sekarang ini telah menjadi lautan. Kami tak berhenti pun kat sini, aku cuma mengambil gambar dari dalam kereta.


Gambar atas merupakan kawasan makam ulama yang terselamat dari bencana. Mengikut cerita penduduk kampung, dikatakan sewaktu tsunami melanda kawasan perkuburan itu terapung. Gambar bawah pula menunjukkan lautan yang bersebelahan dengan perkuburan tersebut. Kalau korang nampak di sebelah kiri gambar ni merupakan pagar bagi tanah perkuburan tu. Benar atau tidak cerita yang disampaikan, Wallahhu'alam. Tapi yang pasti Allah itu Maha Besar. Masakan tidak, kawasan sekitar musnah sama sekali tetapi makam yang berdekatan dengan pantai ini langsung tidak terjejas.


Pantai ini dahulunya jauh di tengah sana, tetapi sekarang ini sudah menjadi semakin besar. Pasirnya seakan2 berlumpur. Tapi aku tengok ada satu family sedang mandi manda di hujung sana. Tak adalah aku nak turun ke pantai ni. Seriau bulu roma den!


Setelah hampir tujuh tahun bencana ini berlaku, kesannya masih boleh dilihat sehingga kini.


Seterusnya kami singgah di sini, Kapal Tsunami Lampulo. Di mana bot nelayan yang tersadai di atas rumah penduduk kampung. Menurut apa yang tercatat, bot ini telah menyelamatkan 59 nyawa sewaktu kejadian. Pantai di mana bot ini berada pada asalnya agak jauh dari sini.




Rumah sebelah di mana bot ini tersadai masih dihuni. Pak cik tuan rumah tu siap jemput kami masuk ke rumah beliau. Boleh berbual2 katanya. Tapi memandangkan kami datang dengan Pak Supir, aku menolak dengan baik.


Seterusnya kami ke muzium di mana terdapat rumah tradisional orang Acheh yang ditulis sebagai Rumoh Acheh. Aku dah lupa berapa harga tiketnya, tapi yang pasti murah dan berbaloi untuk dikunjungi.


Sarah sentiasa bersedia untuk berposing! Ini di bawah rumah tersebut. Rumahnya bertiang tinggi, seperti rumah orang2 di Perak.


Lesung kaki untuk menumbuk padi turut dipamerkan.


Ini antara yang dipamerkan dalam rumah tersebut.
No 1 & 2: Antara hiasan tembaga dan tembikar yang dipamerkan.
No 3: Ruangan dapur masyarakat Acheh. Kawasan ni tak boleh masuk.
No 4: Aku cukup suka dengan penyangkut ni. Lupa pulak aku nak tengok diperbuat dari apa.


Uniknya Rumoh Aceh ni, pintu masuknya adalah dari lantai. Bila pintu dah ditutup, bermakna ruang lantai tu bertambah luas lah. Kerana pintunya adalah lantai. Eh, berapa kali mau ulang daa...


Perjalanan diteruskan ke Aceh Tsunami Museum. Bangunannya besar dan reka bentuknya menarik. Rezeki kami kerana muzium tersebut dibuka. Untuk masuk ke dalam, beg harus ditinggalkan di kaunter. Masuknya gratis aja, kata pekerja muzium bila aku tanyakan tentang bayaran.


Lepas dah tulis nama dalam buku pelawat, we were ushered to this alley. Sarah agak takut sewaktu melalui lorong ni. Mana taknya, dengan lagu ketuhanan yang sayup2 dan mendayu, ditambah gelapnya lorong ini dan air yang jatuh di dinding kiri dan kanan yang turut terpercik apabila melalui lorong ini.


Di sini kami dapat melihat gambar2 yang ditayangkan secara slaid sewaktu kejadian tsunami tanggal 26 Disember 2004. Sungguh memilukan dan meninggalkan kesan yang mendalam pada yang mengalaminya.
 

Keindahan reka bentuk muzium ini dari sudut pandangan lain. Dalam gambar no. 2, yang tergantung kecil2 tu adalah nama negara yang membantu memulihkan Acheh selepas bencana.


Kami tiba di sini, di kapal PLTD Apung 1. Gambar ini aku ambil dari deck tertinggi kapal dan kelihatan rumah2 yang dihuni oleh mangsa tsunami hasil bantuan negara luar.


Dari pandangan yang berbeza. Aku perhatikan, Banda Acheh ini seolah2 dikelilingi oleh bukit bukau dan gunung ganang.


Telefon yang terdapat di atas kapal. Tapi dah rosak pun.


Sarah yang sentiasa aktif. Sanggup berpanas semata2 nak bergambar. Kalau korang perasan, orang yang berdiri di atas kapal nun di sana tu nampak kecik je.


Besar kan kapal ni? Kapal ini dibawa sejauh 5km dari tempat asal ianya berada. Bayangkan betapa besar dan kuatnya gelombang tsunami yang menghempas. Tapi kapal ini seolah2 tidak mempunyai sebarang kerosakan dan elok terletak. Seolah2 diangkat dan dialihkan oleh suatu kuasa ajaib. Dan kapal ini telah menghempap dua buah rumah di bawahnya dan diyakini ada mangsa yang berada di bawahnya dan tidak dialihkan sehingga kini. Siapa yang sanggup nak alihkan kapal yang beratnya berpuluh tan ini?


Antara perkuburan Massal, iaitu perkuburan mangsa tsunami. Tembok yang memagari kawasan perkuburan ini dihiasi dengan nama2 Allah.


Seterusnya kami ke Masjid Baitulrahim ini. Satu dari tiga masjid yang tidak musnah sewaktu bencana. Beberapa meter di belakang masjid ini merupakan lautan luas di mana berlabuhnya kapal PLTD Apung 1. Aku tidak masuk ke dalam. Dari luar masjid ini kelihatan langsung tidak rosak sedangkan kapal yang sebesar itu boleh jauh tersadai di daratan. Maha Besar kuasa Allah.


Kawasan ini sekarang ini menjadi tempat riadah. Asalnya juga merupakan kawasan perumahan penduduk. Pantai sebelum kejadian tsunami berada nun jauh di hujung sana, sebelum tembok yang dibina.


Perjalanan menuju ke Masjid Rehmatullah, kami dihidangkan dengan sawah padi di kiri dan kanan jalan. Sewaktu melalui jalan inilah dengan tidak semena2 Sarah ajak aku ke Surabaya tahun depan. Entah dari mana dia boleh dapat idea untuk perabiskan duit aku. Aduhai Sarah, belum pun empat tahun dah macam2 permintaan.


Gambar 1: Kedudukan bintang dan bulan pada kubah sebelah kanan agak senget.
Gambar 2: Dari luar masjid ini kelihatan agak usang, seperti tidak terjaga.
Gambar 3: Hanya bahagian ini yang terjejas sewaktu tsunami dan tidak dibaiki sehingga sekarang. Tetapi ianya dipagar untuk tatapan pengunjung.
Gambar 4: Pemisah ruang solat antara lelaki dan perempuan hanyalah tirai biru itu sahaja. Tak ramai jemaah yang bersolat di sini sewaktu kami tiba. Kelompok jemaah wanita tu adalah penduduk tempatan. Kalau diperhatikan, retakan kecil di dinding sudah ditampal.


Masa aku tengah cari angle untuk ambil gambar ni, ada sorang makcik tu panggil aku. Katanya dari depan kedainya, view lagi jelas. Sempat lagi dia promote barangan yang dijual tapi aku menolak dengan baik. Dapat jugak kami bersolat dalam masjid ni, Alhamdulillah.


Inilah ayam tangkap yang cukup 'pemes' kalau kat Acheh ni. Antara hidangan utama kami untuk tengah hari tersebut. Bagi aku biasa2 aje dan aku taklah menyukainya sangat. Harganya amatlah mahal, sepinggan ni Rp60,000.00. Lebih kurang RM21.50 (based on the currency masa aku datang). Ayamnya kecil dan isi tak sebanyak mana pun. Yang banyaknya adalah daun pandan dan daun kari.


Selepas kenyang, kami ke Taman Putroe Phang. Binaannya masih teguh cuma tidak dijaga dengan baik. 

Pintu masuknya sentiasa dikunci. Hanya akan dibuka bila ada pelawat oleh penjaga yang tinggal di dalam kawasan ini. 


Dari puncak tertinggi Gunongan, kalau tak silap aku kat dalam pagar tu merupakan makam Sultan Iskandar Thani. Pintunya berkunci. 


Dari pintu masuk hujung sebelah kanan dalam gambar ni, anda akan melalui terowong sempit dan anak tangga ini untuk ke atas Gunongan. Ianya dibina bertingkat2 dan dihubungkan dengan anak2 tangga seperti ini tanpa pemegang. 

Selepas Taman Putroe Phang ini, kami sekali lagi ke Pasar Atjeh. Sempatlah aku beli segala kiriman orang sebelum dihantar pulang ke hotel oleh Pak Anto. 

Sewaktu sedang berehat di bilik, boleh pulak aku terfikir nak beli earring baru. Berkenan pulak bila tengok earring Sarah yang comel tu. Namun malangnya, masa aku kembali ke toko mas tempat aku belikan untuk Sarah, kedai dah tutup. Aku berjanji nak datang pagi esoknya sebelum ke airport. 

..to be continue...


Thursday, May 26, 2011

kl - banda acheh : day1

Bonda tiba dari kampung petang Khamis. Elok sahaja aku keluar dari tempat kerja, Mi telefon bagitau dah sampai kat Putrajaya. Bergegas aku pergi ambil Bonda dan mengharung jam yang tak lah lama mana pun. 

Subang si kecil tu tertanggal sebelah. Kata Bonda, masa sampai tadi baru perasan sebelah kiri telinganya dah tak bersubang. Bila ditanya, Sarah pun tak perasan bila dan di mana subangnya jatuh. Macam nak mintak subang baru je.

Pagi Jumaat tu, kami bertolak ke LCCT jam 9.00 pagi. Aku dah booking teksi awal2 lagi. Kalau aku sorang, semua tu tak jadi masalah. Memandangkan kami berempat, eloklah kiranya aku prepare apa yang patut. 

Urusan check in dan segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Pesawat kami agak lewat sedikit, namun ianya tidaklah menimbulkan sebarang masalah. Sewaktu tiba di Banda Aceh, cuaca elok dan pesawat selamat mendarat. 

Dalam pada menunggu giliran untuk melepasi Imigresen, selipar Sarah putus talinya. Aku mula naik angin bila dia dah mula merengek2, menangis. Mana taknya, aku dah pesan suruh pakai kasut, dia nak jugak pakai selipar yang bertumit tu. Dalam kesian tu, aku rasa elok jugak putus talinya. Pemandu yang sepatutnya jemput kami di airport tiba lewat. Jenuh menunggu. Mujurlah Sarah tak banyak ragam dan senang nak dipujuk. 

Perjalanan dari airport ke hotel memakan masa hampir setengah jam. Masa check in di hotel pun aku kena menunggu lama jugak. Kunci bilik kami tiada dalam simpanan. Aduyaii... nampaknya perjalanan hari ni penuh dengan menunggu. 


Sebaik masuk ke dalam bilik, Sarah yang kepanasan terus buka baju dan melompat2 di atas katil. Hilang terus segala kesedihan putus selipar dan jugak kehilangan subang. Tapi mulut tak habis2 bagitau nak beli selipar dan subang baru. Aduh anakku, ingat aku bawak duit berkepuk agaknya.


Bilik air kami amatlah basic. Shower tu airnya perlahan je, namun syukurlah sebab dapat jugak kami mandi setiap hari. Agaknya pressure kurang, itu sebabnya air yang keluar perlahan aje.

Selepas solat dan berehat seketika, kami keluar ke Pasar Aceh. Kami sekadar berjalan kaki, tambahan pula pemandu yang mengambil kami kata pasar tersebut dekat sahaja. Dari hotel ke Pasar Aceh tidaklah jauh, beberapa minit sahaja kami dah sampai. Dalam perjalanan ke pasar, selipar Sarah dah dibeli. Aku suruh dia beli kasut, senang dan selesa. Tapi si kecil tu degilnya boleh tahan jugak.

 
Bangunan Pasar Aceh yang baru. Aku sebenarnya keliru dengan ejaan sebenar untuk Aceh ni. Ada yang dieja Atjeh, Acheh dan juga Aceh. Namun sebutannya tetap sama. Dan pasar ini dieja sebagai Pasar Atjeh. 

Di hari yang pertama ini, banyak jugaklah yang kami beli. Paling untung adalah Sarah, belum apa2 duit dah banyak dibelanjakan, tak padan dengan kecilnya. Dalam perjalanan pulang dari pasar, kami singgah makan di sebuah restoran Minang yang berhampiran. Masakannya biasa2 aje.


Bunga melur ini ditanam sederet berhampiran ruang makan hotel. Kalau semua bunganya kembang serentak, pasti wangi kawasan sekitar ni. 

Sebaik tiba di bilik, dalam pada semua orang sedang berehat dan di mana aku berbual2 dengan Bonda, terdengar suara Sarah sedang mengaduh. Bila aku tengok, rupa2nya dia tengah buang kemuncup yang Bonda letak di telinganya bagi menggantikan subang yang hilang. Tak sabar sungguh, sebabnya tadi aku dah belikan anting2 yang comel untuk Sarah. Terover excited pulaknya dia.

Bersambung ke day 2...

Tuesday, May 10, 2011

gold coast - kl

Last part for the short journey continues.

Pagi semalamnya aku dah confirmkan dengan airport shuttle to come and pick me up from my motel for the early morning flight back to Kuala Lumpur. I choose 5.30am pick up time instead of 6.30am. Risau jugak kalau2 aku terlepas flight jika memilih perjalanan 6.30 pagi. Operator berpesan supaya aku get ready 10 minutes before intended time.

Sepulangnya dari Nobby Beach petang tadi, aku tidak terus berkemas. Aku menonton tv,
searching internet and reading novel that I brought together. Sedaya upaya aku mencuba untuk tidak tidur sebab aku takut kalau2 terlajak tidur dan terlepas flight.


Pukul 12.00 tengah malam baru aku mula berkemas. Kalau sewaktu datang hari tu beg aku tak penuh, hanya separuh aje yang terisi tapi sebaliknya sewaktu berkemas pulang. Beg aku dah gemuk, cuma tidak bertambah bilangan beg sahaja. Lagipun aku tak adalah bershopping, sekadar barang2 yang dirasakan perlu sahaja.

Pukul 1.30 pagi aku dah mandi. Sengaja berlama2 di bawah
hot shower untuk melawan kesejukan di luar. Setelah siap berpakaian, aku menyambung membaca novel untuk melawan rasa kantuk. 5.15 pagi aku sudah memeriksa seluruh ruang bilik kalau2 ada yang tertinggal. Setelah semua switch dipadamkan, aku keluar dan mengunci pintu sebelum memasukkan anak kunci ke dalam box di pintu office seperti yang diberitahu Tim.


Seawal jam 5.20 pagi. Sambil menunggu shuttle dan mengelakkan diri dari kebosanan, aku mengambil gambar buat kali terakhir dalam kunjungan ini. 5.27 pagi, shuttle yang aku tunggu sampai. Diorang kat sini memang punctual. Aku suka dengan their punctuality dan ringan tulang. They will always giving hand to carry your luggage.

Lepas check in aku mencari
postbox untuk poskad yang terakhir, to myself. Melilau mencari, aku tetap tidak nampak. Sudahnya aku bertanya pada seorang lelaki yang aku pasti bekerja di airport tersebut. He is kind enough to show me the box instead of only giving the instruction.

Guess what?!
Sewaktu aku menunggu barang2 sebaik melepasi security scanner, lelaki tadi ada di situ. Dan dia tegur aku!
Lelaki itu: You are from Malaysia?
Akulah wanita: {Sambil belek pasport kat tangan dan tersenyum} Yes, I'm from Malaysia.
Lelaki itu: So, you balik kampung lah? {dengan slang mat salehnya sambil senyum jugak}.

Akulah wanita: Ya, balik kampung.
Lelaki itu: Selamat jalan, jumpa lagi, ya?

Akulah wanita: Ya, jumpa lagi. Terima kasih.
Sambil dua2 lambai tangan dan aku berjalan meninggalkan tempat tersebut. Tak bolehlah nak berbual lama2, orang ramai lagi kat belakang tu nak scan beg diorang. Yang kelakarnya boleh pulak aku belek pasport sendiri sebelum mengaku aku orang Malaysia! Macam ni punya orang pun ada jugak daa...

Sewaktu mahu ke kaunter kastam, aku sekali lagi ditegur dengan ucapan 'jumpa lagi'. Aku keliru sebenarnya, sama ada mereka kerap berkunjung ke Malaysia atau terlalu ramai orang Malaysia yang bercuti di sana. Walau apa pun, mendengar dan melihat mereka berbahasa Melayu di negara asing, timbul rasa bangga dalam diri. Tak mustahil satu hari nanti bahasa Melayu akan dituturkan di seluruh dunia.


Gambar dari dalam terminal. Itu bukan AirAsia ye, tapi Virgin Air. Bila tengok ni, tak sudah2 aku berangan nak kerja kat Australia. Kat airport ni pun ada jugak general aviation. Teringat masa aku gone through custom inspection masa arrival hari tu, minah tu tanya aku nak kerja kat sini ke? Aku cakap kalau ada peluang, why not? Hehehe... tapi aku prefer Perth.


Ini kat dalam terminal. Signage kat luar ada tulis prayer room, tapi kat pintu bilik tulis multi faith room. Kat dalam ni ada sink dan jugak tempat untuk ambil wuduk. Taklah besar sangat tapi selesalah untuk bersolat. Kalau sekali masuk 10 orang, memanglah sempit.

footnote: dalam seronok aku bercuti, entah kat mana aku letak kunci drawer wardrobe aku. Sudahnya aku terpaksa umpil dan sekarang drawer tu tak boleh dikunci. Adess... macam mana boleh lupa. Entah2 tercicir kat mana2. Sebelum ni tak pernah pulak hilang.

Monday, May 9, 2011

gold coast - day3

Bangun aje pagi ni, aku terasa sedih. Sedih untuk meninggalkan tempat ini. Entah bila pulak aku akan kembali berkunjung ke bumi kangaroo ini lagi. Kalau boleh, nak aje aku stopkan masa dari bergerak. Emotional, kan?

Dalam duk bersedih2an tu, tak adalah aku berselimut meratap hiba. Aku bangun dengan tujuan untuk ke Carrara Market. Malam tadi aku dah search kat internet pasal transportation nak ke sana. Selain dari bas awam, ada bas khas untuk pelancong dari Pacific Fair ke Carrara Market dan sebaliknya dengan tambang AUD1, beroperasi setiap jam.

Since aku malas nak tunggu bas untuk tourist yang aku tak pasti jadualnya, dan aku konon2 nak travel as local, aku ambik another bus from Pacific Fair to Carrara Market that cost me AUD3.90 one way.

Pasar ni bermula seawal jam 7.00 pagi dan berakhir pukul 4.00 petang. Macam2 barang dijual kat sini. Dari perkakas rumah, utensils, clothes, fruits, just name it. Even pokok bunga pun ada jugak beserta dgn pelbagai barangan untuk halaman rumah.


Sebelah kiri ada bunga hiasan dalam pasu putih, cantik! Belah kanan pulak ada stroller. Macam2 ada...


Dress kanak2 tu cantik betul. Kalaulah aku ni kaki shopping, mau aku rembat apa aje. Untunglah sebab aku ni kedekut orangnya.


Dari jauh aku dah nampak stall ni. Aku singgah jugak, melihat2 kalau ada toolbox yang menarik dan sesuai untuk aku bawa pulang sebagai cenderamata. Tapi sayang, toolbox yang dipamerkan semuanya besar gedabak, tak ada satu pun yang sesuai untuk dijadikan personal toolbox. Kalau barang macam ni barulah aku berminat nak beli.


Kat sini aku memborong t-shirt untuk my family. Tapi sayang semuanya made in China, padahal printing on t-shirt is all about Australia. Agaknya lebih separuh barang yang dijual di dunia ni made in China. Gambar yang aku ambil ni tak ada kena mengena dengan t-shirt yang aku beli. Cuma aku nak share tulisan kat t-shirt dalam gambar atas ni mostly tak senonoh. Kebetulan masa aku duk memilih tu, ada few mat saleh lalu and stop by at this stall. Diorang baca pastu gelak2, adess...


Jangan tak tahu, buaya pun ada!


Buah2an dan sayur pun banyak dijual. Tapi aku macam tak ada hati nak membeli.


Kat sini pun ada juga perkhidmatan mengurut. Open air lagi.

Tak lama aku di sini, more less three hours jugaklah aku merayap dari satu lorong ke satu laluan yang lain. Membelek yang itu, mengukur yang ini, rasa yang kat sebelah sana. Ada one time tu rupa2nya aku berpusing di tempat yang sama. Lawak sungguh.

Selepas menukar bas seperti biasa di Pacific Fair, aku turun di hentian Nobby Beach. Singgah sebentar di kedai runcit untuk membeli bekalan air mineral sebelum singgah di kedai fish and chips next door.


My take away calamari and chips for brunch and a can of soft drink which cost me AUD8.90. Kertas bungkus ni memang besar, lebih kurang saiz kertas minyak. Dua kali jugaklah aku makan baru habis.


Ini air yang selalu aku singgah beli kat kedai runcit tu. Mamat kat kedai tu hari2 duk panggil aku sweety, asal nampak aku melangkah masuk je terus disapanya. Bila dah malam tu baru teringat nak tanya nama dia, tapi dah terlambat. Besok pagi2 aku dah nak balik! Aduhai... melepas lagi, hahaha!

Lepas makan aku tidur kejap. Lepas tu aku berkaki ayam berjalan ke Nobby Beach. Siap bawak payung kot2 hujan di tengah panas. Maklumlah, last two days aku kat sini memang hujan je waktu awal2 petang tu. Sediakan payung sebelum hujan.


Dari jauh dah nampak ni. Sebenarnya tak jauh pun dari motel aku. Masa on the way ke sini, banyak aku jumpa banglo yang dijadikan hostel. Tapi sampai sekarang aku susah betul nak stay kat hostel. Aku kena menuntut dari orang yang berpengalaman ni. Ada2 aje rasa yang ntah apa2.


Cantik ombak kat sini, ralit aku menengoknya. Tapi tak ramai sangat orang yang surfing kat sini. Rasanya orang lebih tertumpu kat kawasan Surfers Paradise untuk surf. Kat sini lebih sesuai untuk family sebab pencemaran kurang, hehehe.










Sepetang aku di sini. Jenuh aku mengejar ombak yang tak putus2. Alih2 aku yang kepenatan. Suasana bertambah sejuk bila senja mula merangkak. Pasirnya cukup cantik, putih, gebu dan lembut sekali. Menyesal pulak aku tak bawak beach towel, kalau tidak boleh aku baring2 manja di pantai, ahakss.


Aku menghabiskan masa di bangku depan bilik menunggu matahari benar2 tenggelam. Aku cukup suka dengan gambar ini.

Sebenarnya ada sesuatu yang aku lakukan hari ini. Sesuatu yang aku langsung tak terfikir untuk melakukannya. Bukanlah bermakna aku tak pernah buat, agak kerap sebenarnya. Tapi tidaklah seperti yang ini. Korang scroll lah ke bawah lagi. Kalau rasa nak gelak ke, apa ke, tak kisahlah.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


Sikit je lagi...


-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


Haa... dah dekat dah...


-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Korang ingat tak pasal open air massage yang aku cerita kat Carrara Market tu? Tak ingat? 

-

-

-


Aku terjebak dan merelakan diri aku diurut. Bukan dalam bilik tertutup seperti yang aku selalu buat, tetapi di tempat terbuka! Tapi aku tak adalah bukak baju segala macam sesi urut mengurut sebelum ni. Aku cuma baring kat pangkin ni, pastu dihamparkan tuala untuk menutup badan dan urutan bermula dari kepala. But amazing! Aku rasa betul2 segar selepas itu. Hilang segala lenguh badan dan bahu. Urat kaki aku juga semakin lembut dan selesa bila menapak selepas itu.

Amoi yang urut aku ni ramah orangnya. Bila aku kata dari Malaysia, dia cukup seronok. Katanya dia ada kawan dari Malaysia yang mengajarnya berbahasa Inggeris. Orang Malaysia baik2 belaka, katanya. Tak abis2 dia kata aku berani. Travel seorang diri di tempat asing. Tapi sebenarnya aku lagi kagum dengan dia, berani menongkah arus mencari rezeki di bumi asing! Walaupun bukan keseorangan, tapi berteman. Tapi tak terluah dek kata2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...