Tuesday, February 26, 2013

day11 | berakhir jua

Memang selalu habit aku, bila esoknya nak ke mana2 dan flight atau perjalanan tu awal pagi, aku memang kerap terjaga malamnya. Pastu bila time yang sepatutnya aku bangun, boleh pulak aku lambat2kan. Selalulah aku snooze kan alarm tu dalam 5 ke 6 minit. Pastu terlajak. Samalah kes nya dengan pagi aku nak kembali ke Tanah Malaya tu, aku terlewat setengah jam. Kelam kabutlah bersiapnya.

Teksi sampai around 7.00am, memang aku request about that time pun. Flight aku balik ke KL pukul 9.00 pagi. Pelik aku dengan airport kat Indonesia ni. Nak masuk kawasan airport je pun, bukannya parking, pun nak kena bayar entrance fee's. Dari hostel ke airport tambang taxi tu tak sampai pun Rp 17,000. Okaylah sebab rate dari town ke airport pun more less about Rp 20k je. 


Kat airport, bahagian luar. Kecik je airportnya, aku berjalan sampai ke hujung sana pastu patah balik. Ushar keliling baru masuk dalam untuk drop baggage, sebabnya aku dah buat web check in awal. 

Lepas dah ringan bahu sebab dah drop baggage aku melilau masuk kedai2 kat dalam tu. Sehinggalah aku termasuk kat satu kedai buku ni dan terjumpa poskad. Too bad sebab dorang tak jual setem dan kat dalam tu pun takde post office. Poskad tu aku beli jugak dan tulis kat situ gak. Cuma posnya kat Malaysia. Konon nak pos dari airport, tapi aku terlupa. 

Silapnya aku tak makan dulu sebelum masuk boarding. Ingatkan kat dalam tu boleh lagi lepak makan2 ke, macam kat airport lain yang best2. Rupanya hampeh, takde pape dah. So, aku melangut ajelah sambil tengok orang. Alhamdulillah, selamat jugak menjejak tanah air setelah hampir 2 minggu ditinggalkan. Agaknya kalau 2 tahun baru balik, mesti perasaan masa jejak Tanah Malaya tu lagi seronok. Harap2 angan2 aku tu tercapailah. Boleh aku peram perasaan rindukan tanah air tu lama sikit. 

Travel solo ke Indonesia ni tak mudah, walaupun dari rumpun yang sama. Dorang pandang pelik dan tanya macam2 bila tengok kita travel sorang, lebih2 lagi kalau perempuan macam aku. Tapi aku rasa selamat jugak bila dorang tak tanya lebih2 dan tak kacau bila mengaku dah ada pacar. Walaupun pada hakikatnya aku menipu sebab nak selamatkan diri. Tapi ini hanyalah secebis pengalaman aku, orang lain mungkin berbeza. Lain orang lain pengalamannya, tak gitu? 

Apa pun, kalau ada yang terfikir nak travel solo ke Indonesia, teruskan. Insya Allah, kalau niat tu betul Allah akan permudahkan segala2nya. Yang penting jangan cakap besar and stay calm kalau ada pape berlaku. Syukurlah sewaktu kat sana aku sentiasa terjumpa orang yang baik2 je, ada jugak yang tak berapa baik tapi yang baik lebih ramai. Dan perjalanan aku smooth lah jugak, Alhamdulillah.  


Monday, February 25, 2013

day10 | misi yang gagal

Petang tu aku keluar dalam pukul 3 lebih, berjalan kaki je ke Jalan Pandanaran. Aku baca kononnya kat situ banyak kedai jual souvenir, murah2 pulak tu. Haruslah aku teruja sebabnya rupiah aku masih banyak berbaki dan sebelum2 ni pun aku tak shopping sangat.

Jenuhlah aku membelek, dari satu kedai ke satu kedai. Tapi tak ada apa pun yang buatkan aku berkenan. T-shirt pun mahal, double harganya dari yang aku beli kat Jogja. Padahal kualiti kain aku rasa lebih kurang je. Tak boleh kurang pulak tu. Sudahnya aku blah je. Terbukti lah kot yang aku ni bukanlah kaki shopping. Ke aku yang tak reti nak shopping? Mungkin jugak aku ni terlalu kedekut, so bila nak beli something tu biarlah berbaloi2. Apa pun, misi aku nak perabis duit memang failed!

Sudahnya masa balik tu aku singgah kat bulatan Tugu Muda. Ambik gambar then balik.


Taman Tugu Muda ni yang sebenarnya adalah taman kat tengah2 roundabout. Bila dah upgrade jadi taman ni, ramailah yang melepak dan berpeleseran kat sini. Pembinaan tugu dan taman ni adalah bagi memperingati pertempuran 5 hari di Semarang.


Jom ushar ke sebelah sana.


Dari sini barulah betul2 nampak cantik gambar bangunan ni mode perasan, haha. 

On the way balik ke hostel, aku singgah kat Waroeng Steak and Shake, motonya steak luar biasa. Teruja aku nak makan kat sini, sebabnya tiap kali aku lalu memang penuh dengan orang. So, aku expect mestilah sedap. Mesti boleh lawan Station 21 ni, tak pun setaraf dengan Station 21. Ngam2 aku masuk ada satu table kosong, punyalah lama nak tunggu dorang ambik order dan kemaskan meja. Maklumlah, pelanggan luar biasa ramainya.


Blackpepper steak yang aku makan. Aku mintak extra gravy mamat waiter tu tak faham. Jenuh nak explain, then aku try guna word sauce barulah dorang faham. Itu pun kena charge jugak. 

Verdict? Tasteless! Memang failed lah. Moto tu memang tak sesuai langsung. Pelik aku dengan dorang ni, makanan yang biasa2 je rasanya bagi aku, tapi bagi dorang sedap giler. Maybe dorang jarang dapat makan yang best2 kot? Dari waroeng ni ke hostel cuma beberapa langkah aje dah. Malam tu aku tak ke mana2, berkemas untuk balik ke Tanah Malaya.

footnote: aku baru balik dari trip ke Borneo. Macam2 hal terjadi, hampir2 kena tinggal. Pape pun aku kena habiskan cerita pasal Tanah Jawa ni dulu. 


Thursday, February 21, 2013

day10 | ke luar kota

Pagi tadi bila bangun tidur, aku terasa nak ke Demak. Instead of sewa kereta atau naik teksi, aku pilih untuk naik bas je. Maklumlah kat Malaysia selalu sangat bersenang lenang, nak ke kedai yang tak sampai 1km pun bawak kereta. So kali ni aku nak cuba gaya hidup golongan marhaen statement tak sedar diri, padahal hidup sendiri pun tak jauh bezanya dengan dorang tu. Pepagi tu aku text-ed Sunawan bagitau plan aku nak ke Demak dan automatically offer dia nak bawak aku ke Curug cancel. Aku tak kisah pun.

Lepas bersiap dan aku beli air kat IndoMaret bawah hostel tu, aku tunggu bas depan tu aje. Banyaklah bas lalu tapi bukan menuju puncak ke tempat yang aku nak pergi. Aku nak ke Terminal Terboyo, nanti kena tukar bas kat terminal tu sebelum ke Demak. Jauh rupanya dari Jalan Imam Bonjol nak ke Terminal Bas Terboyo tu, pastu jalan pulak memang tak best langsung. 

Masa sampai kat terminal tu hujan renyai2, dan aku pulak main redah je. Lepas tanya orang aku ke tempat bas yang nak ke Demak. Lama gila tunggu dalam bas, sebab driver tu nak bagi orang ramai baru gerak. So, membuang masalah aku di dalam bas sambil tengok orang. Aku cuba2 nak sembang dengan sorang mak cik dalam bas tu, tanya macam mana nak ke Masjid Agung. Tapi asyiklah dia duk kata jauh, padahal aku baca kat internet tak adalah jauh mana pun. Pastu tak habis2 membebel macam nak takut2kan aku pasal sengsorang. Last2 aku buat2 tulis note, baru dia diam. Aduyai, macam2 hal pagi2 ni.


Ginilah keadaan Terminal Terboyo. Aku tengok tak ada rupa terminal pun, lebih kepada tempat persinggahan bas je. Gambar ni aku ambik dari dalam bas jugak.

Pak cik driver bas aku tu baiklah jugak. Kalau masa brenti tengah jalan ada mak ciks balik dari pasar dengan bakul penuh tu, dia turun dan tolong angkatkan masuk dalam bas. Cuma aku rasa sedikit terkilan dan agak sedih jugaklah. Demak, tempat aku nak pergi ni lebih dikenali sebagai Kota Para Wali. Tapi sepanjang jalan tu aku nampak aktiviti penduduk yang tak melambangkan ianya sebagai kota para wali. Bayangkan dorang mandi dan cuci pakaian kat depan rumah antara main road dengan rumah dorang ada sungai / tali air yang keruh macam nescafe warnanya dan airnya macam tak mengalir pun dengan keadaan half naked. Dan yang macam tu bukannya lelaki, tapi perempuan!

Aku relax je macamlah tahu sangat tempat nak dituju tu. Bila ramai dah yang turun naik, dan mak cik kepoh tu pun turun aku dah terasa cuak. The moment aku nampak signboard Masjid Agung Demak, I feel relieved. Bila lama je tapi tak sampai2 jugak, aku ke depan. Tanya driver tu. Luckily tak jauh dari situ dia turunkan aku dan suruh aku tunggu bas untuk balik kat seberang jalan sana. Masa turun tu ada sorang mak cik ni pun turun jugak. Selekeh je pakaian dia, tapi aku tak fikir pape pun. Laju je dia jalan. At the moment aku sampai depan masjid tu, aku nampak dia and the gang, berdiri sambil pegang cawan. Mintak sedekah rupanya!


Masjid Agung Demak adalah masjid yang tertua dan dipercayai dibina oleh Wali Songo dan Raden Patah. Nak tahu pasal sejarah masjid ni, korang google lah sendiri. 


Masa aku sampai ni ada ceramah agama. Jadinya tak adalah aku berlama2 kat sini. Aku ke bangunan sebelahnya pulak.


Haaa.. aku ke sini. Masuk dalam ni gratis aje. Adalah artifak lama yang dipamerkan. Kemudian ada satu ruang macam bilik kecik gitu, tempat dorang pamerkan tentang salasilah para wali yang pernah menyebarkan agama Islam di Indonesia. Adalah lagi few things yang memang related dengan Masjid Agung Demak ni.


Masjid dari arah sisi. Masa nak ambik selipar sebab aku akan ikut jalan belakang masa keluar nanti, brother yang jaga tepi tangga tu tegur aku.

"Dari mana mbak? Malaysia?"

"Iya, dari Malaysia."

"Sendirian?"

Aku senyum je sambil mengangguk.

"Berani ya kamu." Wahh! Dia tak tahu aku tak pernah rasa aman semenjak ditinggalkan kawan2. Erk, aku ditinggalkan ke? Rasanya statement tak berapa nak betul je, hahaha.


Dalam kawasan masjid ni jugak ada banyak makam. Tapi aku tak adalah pegi check satu2 kat batu nisan tu. Yang pasti kubur2 ni semua bukan di satu kawasan, berselerak je. Ada yang berpagar cantik macam kat atas ni, ada yang terbiar tak de pagar pun, ada yang pagarnya biasa2 je. 


Diorang berzikir ramai2 kat bangsal ni. Aku rasa mungkin group yang baru lepas dengar ceramah tadi tu. Seriau aku tengok cara dorang berzikir. Ntah lah. Kebetulan ada 2-3 orang photographer yang ambik gambar/video dorang. Ada shooting program tv kot. 


Instead of balik ikut laluan yang aku masuk tadi, aku lalu ikut jalan belakang. Ada kedai2 rupanya di kiri dan kanan jalan. Yang mintak sedekah pun ramai jugak. 

Kat hujung2 jalan tu sebenarnya jalan tu berpusing then balik ke main road nak masuk ke entrance masjid balik ada few stalls yang jual makanan. Aku duk ushar lah tengok sebab perut aku pun dah start main keroncong. Tak lama lagi mesti berdondang sayang pulak. Kat depan tu pulak memang ada few buses and van yang parking, dan jugak ojek dengan beca.

"Siapa yang dicari, mbak?" Terkejut aku bila ada sorang pak cik ojek ni tanya tiba2.

"Ngak papa, mutar2 aje."

"Temannya di mana? Kok kamu sendirian?" Aku geleng kepala je pastu jalan laju2 nak blah dari situ. 

"Ayo mas, dia sendirian. Yuk, kita temanin dia. Mbak, gratis aja. Bisa ya kami temanin kamu?" Gitulah lebih kurang mamats kat situ nyampuk. Duk ulang2, bersambut dengan the other mamats pulak tu. Aku cuak giler, terus cancel niat nak isi perut. Laju2 aku berjalan masuk ke kawasan masjid. Dah agak jauh tu baru aku pusing tengok, lega bila takde yang mengekor. 


Bumbung masjid ni berbeza dengan masjid lain. Menarik. Tapi ada benda yang aku rasa terkilan. Aku ni macam2 lah, ada je benda yang tak kena di mata kasar. Itu baru di mata kasar, belum lagi di mata halus. Apa pun, biarlah aku simpan je sorang2. 

Masa balik aku boleh tertidur dalam bas, just nice sebelum sampai Terminal Terboyo aku terjaga. Aku nampak Taman Djamu Nyonya Meneer, alahai jamu yang glemer tu. Tapi kotor giler depan entrance nak masuk ke taman tu. Aku wonder macam mana produk yang glemer gitu tapi luar pagarnya tak terjaga. 

Bas yang aku naik tu tak lalu depan hostel aku pun, dia berhentikan aku kat simpang Lawang Sewu. Dari situ aku cuma menapak balik ke hostel. Aku rehat je sebab petang sikit aku nak ke Pandanaran. Nak perabiskan duit sebelum balik, kononnya lah.


Wednesday, February 20, 2013

day9 | merayau tanpa arah

Akhirnya aku decide untuk teruskan misi merayau tanpa arah. Sebabnya kalau aku balik ke hostel, confirmlah aku tido je. Since perut aku yang meragam tu tak adalah banyak sangat kerenahnya, boleh je lah aku merayau.

Dari depan Masjid Agung tu, aku ambik angkot untuk ke Kota Lama. Tapi driver angkot tu dah bagitau awal, dia akan dropkan aku kat simpang, nanti kena tukar angkot lain ataupun jalan kaki je. Kebetulan ada 3 orang mak cik dan sorang akak kat dalam angkot tu. Mak cik sorang tu dari awal aku naik, sehinggalah dia turun, tak habis2 berpesan. 'Hati2 ya, nak!' Itu yang dia duk ulang, kejap2 ulang, lepas sembang ulang lagi. Sudahlah dalam bas mak cik tu tegur pasal rantai aku, mak cik yang ini pesan suruh hati2 pulak. Kalau sekali dua tak adalah aku rasa pape, masalahnya berpuluh kali dia pesan! Ini yang buatkan aku rasa kecut perut dan fikir yang bukan2. 

In fact, bukan mak cik tu sorang je yang pesan macam2. Even another mak ciks dengan kakak tu pun pesan macam2 jugak. Masa turun tu aku turun sekali dengan mak cik sorang ni, dia yang tunjukkan arah ke Kota Lama. 


Tak dapat dipastikan yang kat belakang tu bangunan apa. Masa ni aku kat simpang tiga dan kena ke kiri. Pastu jalan lagi sampai jumpa.


Rumah tinggal kot. Tapi rumah ni nampak semacam je, macam ada yang tak kena. Mungkin jugak tiang yang besar semacam, atau dinding yang nampak macam pelik je. Tapi di mata aku memang nampak something wrong somewhere else. 


Aku dah sampai sini. Korang bila lagi? Statement tak sedar diri, padahal orang lain dah berzaman sampai sini. 


Lagi bangunan lama, tapi masih teguh berdiri.


Bangunan Marba ni dinamakan sempena nama Marta Badjunet, orang kaya yang berasal dari Yaman yang banyak jasanya. Berfungsi sebagai pejabat perusahaan pelayaran pada waktu itu. Sekarang hanyalah menjadi gudang simpanan.


Gereja Blenduk. Sebenarnya aku dari sebelah sana. Elok je aku melintas jalan, kenderaan banyak bertali arus. Tiba2 aku dengar suara perempuan menjerit sambil memaki hamun. Rupa2nya ada kereta langgar mak cik bermotor ni. Tapi tak ada cedera apa, cuma mak cik tu jatuh. Tak de orang tolong pun, masing2 mengelak. Penat membebel takde orang layan agaknya, mak cik tu start motor dan blah dari situ. 


Dari jarak dekat. Kalau korang ikut jalan ni straight, nanti akan jumpa dengan bangunan pejabat pos. Tapi aku tak pergi. Sebabnya masa aku tanya sorang mamat tu dia kata tak de apa kat sana tu. Aku perasan tu pun besoknya masa lalu dengan bas. Frust jugaklah.


Instead of ikut jalan lurus depan Gereja Blenduk, aku masuk lorong ke arah Pecinan. Dan jumpa bangunan lama dan tak terurus ni.


Macam bangunan tinggal, tapi kat bawah tu banyak orang berniaga guna cart tu. 

Tak adalah lama mana pun aku kat sini, cuma yang lamanya sebab tunggu angkot. Aku pelik jugak bila langsung tak ada angkot yang berhenti, padahal selalunya driver angkot ni memang akan berhentilah bila nampak ada yang menanti. Akhirnya adalah sorang pak cik ni berhenti, pastu suruh aku naik cepat2. Dalam cuak tu aku naik jugak. Aku bagi tau nak ke Lawang Sewu, dia kata nanti dia stopkan somewhere dan aku kena naik angkot lain. 

Tapi pak cik tu lupa! Lepas ramai orang turun dan naik bertukar ganti, dan aku rasa macam dah lama je, aku tanya pak cik tu. Berkali2 dia mintak maaf sebab terlupa. Dia stopkan kat simpang 4 yang aku tak tahu namanya dan berjalan ikut direction yang dia bagi. Jauh giler aku menapak, jual mahal tak nak naik angkot. Last2 aku surrender jugak, naik angkot. Tapi hampeh, naik tak sampai 5 minit dah sampai kat simpang Tugu Muda. Dah lah untuk sejengkal tu dia charge aku Rp 4k, padahal pak cik pelupa tu charge aku cuma Rp 2k aje. Kalau berjalan tak adalah jauh mana dah. Dari simpang tu ke hostel, aku sambung menapak lagi. Berpeluh2 dibuatnya.

Malam tu masa aku lepak2 berehat kat bilik, Sunawan my CS friend nak datang ke hostel. So kitorang lepak bersembang kat depan IndoMaret. Dia offer nak bawak aku ke Curug besoknya, tapi aku macam berbelah bahagi. Sebelum dia balik tu aku janji aku akan text him tomorrow morning. Sebab aku akan decide pagi esok je, malam ni nak kosongkan fikiran dan tidur sebab penat.


Tuesday, February 19, 2013

day9 | next please

Lepas dah settle kira dedaun pintu yang seribu tu, aku keluar ambik angkot color orange. Masa tu hujan renyai2. Sebenarnya angkot tu tak terus pergi ke tempat yang aku nak jejak tu. Driver angkot tu berhentikan aku kat tepi jalan, ada banyak bas berkumpul kat situ. Erk, bas berkumpul ke? And I hop in bila konduktor tu iakan destinasi aku nak pergi tu. 

Bila dah masuk dalam bas, memang aku the only foreigner lah. Walaupun warna kulit dah hampir sama tapi bahasa tetap ada bezanya. 

"Loketnya berbeda," kata mak cik yang duduk kat seat sebelah aku dalam bas tu. Which is later I understand loket yang dimaksudkan tu adalah loghat atau cara sebutan. Pak cik konduktor tu pulak tak habis2 nak mengayat, lepas aku guna modus operandi yang sama udah punya pacar tapi di Amerika terus dia blah pergi belakang. Selamat sikit aku walaupun bertambah berat bahu kiri sebab menipu. Yang sebenarnya bukan pak cik tu aje, ada lagi sorang pak cik penumpang bas ni pun 2x5 dengan konduktor tu. Tak habis2 dengan gratisnya. 

Mak cik yang duk sebelah seat tu tak habis2 nak bersembang. Aku layankan aje, yang mana aku tak faham tu aku sengih je lah, buat2 faham. 

"Kamu ngak dingin? Kok bajunya cuma selapis?" Dia tanya aku sambil pegang sweater yang dia pakai.

"Ngak. Saya lagi hangat." Aku berpeluh2 boleh pulak dorang sejuk, memanglah hujan renyai2 tapi aku kan berdarah panas gitu. Bila tengok dorang ramai yang pakai baju berlapis2, aku pulak yang lemas menengoknya.

"Kalung kamu jelas kelihatannya," mak cik tu tunjuk2 kat leher dia. Aku dah semacam dah, janganlah ada pape nanti ni. Bila aku cuba cover dengan t-shirt yang aku pakai padahal tak tercover pun mak cik tu geleng2 kepala sambil kata 'ngak papa, ngak papa...' Aduyai, aku pulak yang terlebih cuak. 

Driver bas tu berhentikan aku kat simpang dan konduktor tu dah bagi direction sebelum aku turun. Katanya tak jauh, jalan straight aje. Sebelum aku turun bas tu, mak cik tadi tak habis2 berpesan, buat aku makin takut.

"Kalo ada yang ganggu, usah dilayan."

"Jangan diambil kalo ada yang berikan makan atau minum."

Banyaklah pesanan penaja yang aku dapat. Bukan mak cik tu tahu pun, lagi banyak pesanan yang dia titipkan, lagi banyaklah perasaan cuak, takut, was-was dan yang sewaktu dengannya yang aku fikir. Makin berat jadinya kaki aku nak melangkah. 

Lepas turun dari bas tu aku cuma jalan je ikut sepanjang jalan tu. Bila ada yang tegur2, aku cuma senyum je. Bila ada yang bertanya aku sama ada aku cuma angkat bahu ataupun aku geleng kepala, pastu senyum. Memang aku zip mulut habis2an. Aku rasa dah jauh giler aku menapak tapi tak nampak bayang pun lagi. Tadi dorang kat dalam bas kata tak jauh mana, dekat je. Padahal berpeluh2 aku dibuatnya.


Inilah jalan yang dilalui. Kiri kanan adalah rumah dan jugak kedai2. Masa berjalan tu nak kena hati2, kang tak pasal2 bermandi air lopak. Gratis aje.


Okay, dah sampai pun. 


Masa aku sampai ni baru masuk Zohor. Sayang, tak tercapai hajat aku kali ni. Harapnya adalah rezeki aku di lain masa. Sementara nak tunggu diorang selesai solat dan bukak menara untuk lawatan, aku berpeleseran sambil ambik gambar.


Payung ni tak bukak pun.


Menara Al-Husna dibuka untuk lawatan dari pukul 8.00 pagi sehingga 9.00 malam. Tapi ditutup untuk rehat dari pukul 11.30 hingga 12.30 dan 17.30 hingga 18.30.

Tingkat 19 adalah menara pandang, di tingkat 18 ada restoran berputar dan aku boleh pulak terlupa nak singgah, di tingkat 2 dan 3 adalah Museum Perkembangan Islam. Manakala tingkat 1 adalah lobi dan jugak kaunter tiket. Tiket masuk cuma Rp 5000. Nak menunggu turn naik ke atas punyalah seksa, lama yang amat. Bila orang berbaris nak naik lif dah tak ada, barulah tiket kaunter dibuka. Lepas tu beratur tunggu lif yang teramatlah lembabnya. 

Masa tunggu kaunter dibuka untuk beli tiket, sempatlah aku bersembang dengan pekerja ni. Dia yang tegur aku dulu, pelik agaknya tengok aku sorang2. Tak habis2 dia kata aku berani kembanglah kejap, pastu kecut balik padahal dalam hati cuak semacam. Macam2 dia tanya aku, sampailah kisah Manohara yang kawen dengan anak Sultan Kelantan dulu tu. Manalah aku tahu pasal gosip tu semua, takat tahu surface aje. Minah tu macam tak nak bagi aku naik je sebab nak sembang dengan aku, hahaha.


Okay, dah naik atas kita tour keliling, 360 darjah gitu. Start dengan view yang ini dulu. Bagi segar sikit mata tengok sawah yang menghijau nun di bawah sana.


Dah tak berapa nak hijau sangat dah.


Sesak, lemas, semualah. 


Pintu masuk ke Masjid Agung. Tadi aku menapak dari arah sebelah kiri gambar. 


Aku rasa nun di hujung sana pelabuhan Tanjung Emas. Ehh... aku rasa je lah. Tak tahu betul ke tidak. Malas nak check tengok map segala. 


Inilah masjid dari atas. Masjid ni tak besar mana pun, cuma nampak besar sebab binaan di sekeliling. Payung tu pulak akan dibuka kalau2 jemaah ramai dan perlu solat kat luar. 


Pagar di sekeliling menara tinjau ni. Lif kat bahagian tengah, so bila keluar lif akan ada pintu di kiri dan kanan untuk ke ruangan tinjau ni. Mengingatkan aku tentang Q1 Deck yang aku naik tahun sebelumnya. Tapi aku tidaklah memaksudkan yang kedua tempat ni sama, banyak bezanya terutamanya dari segi service. 

Lepas dah habis pusing keliling, aku turun ke lantai 2 & 3, Museum Perkembangan Islam. Lampu yang dipasang malap semacam, memang tak lamalah aku kat situ. Lepas ambik gambar apa yang patut, aku turun ke bawah. Cuma aku sedikit ralat bila tengok ukiran patung kat pintu masuk ke museum ni. Kalau takat museum dan tak berkaitan dengan perkembangan Islam aku tak kisah nak ukir patung apa pun. Ke aku yang terlebih emo dan sensitif tak bertempat? 


Gambar lagi...


Dan lagi... 


Okay, dah lah tu. Jom balik!


Kat tengah2 ni didirikan sepanduk 5 Rukun Iman, turutannya dari mula masuk. Eh, faham ke apa yang aku maksudkan ni? Buat2 faham dah lah erk.

So, aku ke destinasi yang seterusnya. Tapi kali ni tak adalah aku nak menapak ke simpang yang aku turun dari bas tadi. Kata pak cik guard tu, aku boleh tunggu depan tu aje. Ada bas dan angkot yang lalu nanti. Aku tunggulah kat depan tu dalam keadaan yang tak selesa. Dengan panasnya, perut meragamnya, membuatkan aku terfikir nak berpatah balik ke hostel aje. Esok2 pun aku ada masa lagi nak cover tempat lain tu. 


Sunday, February 17, 2013

day9 | edisi mengira pintu

Bangun pagi tu baru aku perasan stok baju bersih aku dah habis. Ngam2 tinggal selai untuk aku pakai hari tu. Bila aku tanya Ghafur pekerja hostel tu dia kata boleh siap tengah hari esok, pukul 12. Aku dah gelabah sebab dah takde baju lain nak pakai esok. Tak kan aku nak tunggu lepas pukul 12 baru keluar kot. 

Masa nak keluar pagi tu aku teruslah bawak pakaian yang nak dibasuh, boleh aku singgah drop kat laundry. Malangnya, paling cepat aku boleh ambik hari Isnin. Padahal pagi2 tu aku dah kena balik KL dah. Alasannya hujung minggu, lagi liburan sih! Sudahnya aku patah balik ke hostel, gasaklah kalau siap tengah hari esok pun. At least lagi cepat dari laundry yang aku tanya tu. Aku siap pesan kat Ghafur kalau boleh siapkan jugak hari tu. 

Aku keluar ke arah Tugu Muda, berjalan kaki je. Tak rajinlah aku nak ambik beca atau pun ojek. Bukan jauh sangat pun, dengan keadaan yang baru lepas hujan memang selesalah berjalan, tak panas. 


Tugu Muda, depan sana bangunan museum apa ntah, aku tak masuk pun. Tak berminat nak masuk ke sana. Kat roundabout ni aku ke kiri, aku dah nampak dah tempat aku nak masuk tu dari sini.


Check harga tiket dulu ye.


Dari luar pagar. Lawang Sewu ni dikenali jugak sebagai Gedung Seribu Pintu, memang bangunan ni banyak pintunya. Dibina oleh Belanda dan asalnya digunakan sebagai pusat operasi keretapi, kemudian diambil alih oleh Jepun sewaktu penguasaannya. Kisahnya korang boleh jenguk kat sini.

Aku masuk dan ke kaunter tiket belah kiri pintu masuk. Masa ni beratur guide kat depan kaunter tu, tunggu pelawat. Katanya wajib ambik guide, so aku bayarlah Rp 30K for guide fee's. Sempat aku beli FM kat sini, mahal jugaklah but since aku tak jumpa kat tempat lain, better aku grab terus. Masa aku sampai ni pelawat belum ramai lagi, tak adalah sesak nak bergerak. Dah settle, jom kita jalan2 sambil kira berapa banyak pintu yang ada.


Bangunan yang ini Gedung A tak dibuka untuk pelawat, still under restoration katanya. 


Pintu masuk dari Gedung E, passing through Gedung A yang tak dibenarkan masuk on the left. Masa nak melalui tandas kat sebelah kanan tu, tiket korang akan diperiksa. Cuak jugak aku masa kat sini, sebab aku tak jumpa cari tiket. Lepas keluarkan barang2 baru jumpa terselit. Kecoh je. 


Sinki yang dibawa oleh Belanda sewaktu bangunan ni dibina.


Sekali tengok tandas ni bentuknya seperti muka yang sedang tersenyum. Kata guide tu, tandas ni masih boleh digunakan. Tak adalah aku nak guna ke apa. 


Gedung A bila diambil dari kawasan lapang kat tengah2 kompleks bangunan Lawang Sewu ni. 


Blueprints Lawang Sewu yang dipamerkan dalam Gedung C, juga dinamakan sebagai museum. Kat dalam ni jugak ada dipamerkan atap genting, batu bata dan barang2 lain yang digunakan untuk pembinaan Lawang Sewu ni. Mostly dorang pamerkan barang2 asal yang dibawa dari Belanda dan barang2 tiruan yang digunakan untuk restoration. 


Sekarang kita ke Gedung B. Bangunan yang nilah ada basement yang sewaktu Jepun tak over dulu dijadikan tempat tahanan. Guide tu bagi tau aku kat bawah tu cuma dijadikan tempat takungan air je. Bila aku mintak nak masuk ke bawah, dia buat2 tak dengar pastu blah bawak aku pegi tempat lain. Aku pun tak adalah nak insist sangat sebab I was not in the right time. Aku tahu kat bawah tu agak keras, ada orang jumpa macam2 dan ada jugak yang tak jumpa pape.


Dah tahu macam mana nak kira pintu? Kalau dikira pintunya aje memang tak sampai seribu pun. Yang menjadikan tempat ni dipanggil seribu pintu sebab yang dikira adalah daun pintu tu. Apa? Tak faham? Tak faham sudah, kalau rajin pegi belek buku BM carik maksud daun pintu tu apa. Tak pun tanya cikgu BM.


Ruangan belakang agak menakutkan kalau nak dibandingkan dengan bahagian depan. Gambar atas tadi bahagian depan.


Masih ada di sini, tapi dah tak digunakan dah kalau tak silap aku. Lupa lah.


Another view of Gedung A. Kat tingkap kaca 'menara' tengah tu ada lukisan perempuan.


Ini ruangan yang paling atas kat Gedung B. Kata guide aku, kat sini dijadikan tempat storage barang2. Tapi ada yang aku baca katanya kat sini tempat dorang berpesta. Ntah yang mana betul, yang mana salah tak dapat dipastikan. Tahu ajelah dorang ni, banyak sangat version. Nak percaya yang mana satu pun tak tahu.


Tangga sempit nak naik ke ruangan atas tadi. Kalau kata ruangan atas tadi tu tempat storage barang2, make sense jugaklah sebab nak mengelakkan kecurian, kalau ikut cerita guide aku tu. Cerita sebenar? Wallahu'alam.


Okay, dah nak habis dah kita pusing.


Kepala keretapi yang mula2 digunakan kalau tak silap akulah. Punyalah lama aku nak tunggu orang2 yang bergambar kat sini blah. Guide aku ntah pape, tak bagi aku nak masuk ke dalam. Padahal aku tengok berlambak orang yang naik dan masuk dalam tu. Lagi pun bukan ada signage kata tak boleh masuk pun. Pasrah je lah dapat guide yang semua benda tak boleh.




Gambar terakhir sebelum balik. Masa ni orang dah ramai giler. Ada dua tiga bijik bas berhenti depan main entrance tu. Mujur aku datang awal, kalau terlambat sure lemas dalam crowd ni. Masa aku keluar dari sini, hujan rintik2 dah turun. Cuak jugak sebab aku tak bawak payung mahupun poncho. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...