Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Monday, January 25, 2016

jjcm | ke kluang kita

Dari tahun lepas aku plan nak ke Kluang, naik ketapi since aku tak pernah naik ketapi kat negara sendiri. Tapi yang penting nak makan dan minum kat Kluang Rail Coffee. Bila Ita ajak jjcm ke Melaka, aku terus suggest ke Kluang. Next trip baru ke Melaka.

Bila aku try beli tiket online hari Rabu tu, tapi stuck bila nak confirm untuk payment. Berkali2 aku try, pun tetap gagal. Aku bengang bila call center konon nak dapatkan assistance, tapi yang menjawab phone tu macam baru lepas gaduh dengan laki. Langsung takde ciri2 pekerja bahagian customer service. Sudahnya hari Khamis tu Ita tolong belikan.

Malam Jumaat aku tido kat Seri Kembangan, senanglah pagi esok nak ke Park n Ride TBS. Aku sengaja ambik train dari Bandar Tasek Selatan instead of KL Sentral. Train kitorang dari Bandar Tasek Selatan pukul 4.51 pagi. Nearly 4.00 am baru kitorang gerak dari Seri Kembangan. Awal pagi memang cepat sampai, jalan clear. 


Full moon yang tak berapa nak full. Kelihatan dari celah bumbung stesen.


Lampu komuter yang kelihatan. Since Thaipusam disambut hari Ahad, KTM mengumumkan operasi komuter 24 jam bermula Jumaat.

Train kitorang lambat, nearly 5.20 am baru sampai. Ramai jugak yang naik train pagi tu. Kitorang ambik economy class, yang paling murah. Koc kitorang kat Koc L4, nun jauh kat hujung. Gigih tahan mata taknak tido, nak tunggu Subuh dulu. Tapi takde maknanya, terlelap jugak akhirnya. Terjaga bila staff KTMB kejutkan nak check ticket. 

Alang2 dah bangun, kitorang solat Subuh terus. Luckily, dalam koc kitorang tersedia surau. Walaupun kat surau tu cuma tampal sticker lelaki, selamba je kitorang guna. Bagusnya, paip untuk wuduk disediakan walaupun airnya kecik yang amat. Lepas dah settle Subuh kitorang sambung tido.

  
Terjaga bila matahari dah muncul.


Somewhere antara Negeri Sembilan dengan Melaka rasanya.

Lepas tu dah tak boleh nak tido dah. Kitorang layan bersembang masa staff keretapi datang bagitau next station Kluang. Keretapi berhenti kat stesen lebih kurang pukul 10.00 pagi. Kami keluar dari keretapi dan masa melangkah tu, mata dah 'locked' Kluang Rail Coffee. Kami masuk dan kebetulan ada meja kosong tepi dinding, just nice untuk kami berdua. Waiter pun laju je datang ambik order.


Kopi susu, nasi lemak dan roti bun mentega + butter. Aku dah aim nak makan roti peanut butter, tapi sayang peanut butter dah habis.

Nasi lemak tu ada rasa, sedap sangat tu tidaklah. Sikit je nasinya. Sambal pun sikit, diletak dalam lipatan daun pisang. Yang menyedihkan, nasi lemak ni cuma ada seekor bilis dan 2 biji kacang. Since kami tak sure lagi nak ke mana, masa bayar tu kitorang tapau nasi lemak dan telur separuh masak. Kalau lapar boleh lah makan kat mana2.

Kitorang ingat nak rendam kaki kat Gunung Berlumut, tapi bila pakcik teksi tu kata tambang sehala adalah RM50.00, kitorang berbelah bagi. Lagipun kitorang memang takde fixed plan, yang penting nak makan dan minum di Kluang Rail Coffee je. Sudahnya, kitorang decided untuk berjalan2 kat Bandar Kluang je. Selalunya aku merayau kat negara orang, kali ni kat negara sendiri pulak.


Laluan berbumbung ni bermula depan pejabat pos dan tak jauh pun penghabisannya. Setidak2nya mampu melindungi pejalan kaki dari panas matahari dan hujan. 

Asalnya nak ke stesen bas, tapi haluan dipesongkan ke Kluang Mall. Tapi sebelum tu singgah di Parkson Kluang Parade. Orang tak ramai, habis setiap level kitorang merayau. Kemudian ke Kluang Mall, tak jauh pun dari situ. Pelik, di hujung minggu orang tak ramai langsung. Kat tingkat atas, kitorang jumpa pants yang aku duk cari selama ni. Rupa2nya kat Kluang ni baru jumpa. 

Bila terasa lapar, kitorang cuba cari food court. Masa tanya pakcik security, katanya Kluang Mall takde food court. Yang ada restoran dan fast food outlet kat ground floor je. Kitorang keluar dari Kluang Mall ke Parkson lagi sekali. Kali ni jumpa food court lepas tanya orang. Kat ground floor. Kalau kat shopping mall, food court antara tempat yang paling meriah. Tapi kat sini, food courtnya sunyi sepi. Aku makan nasi lemak dan telur yang ditapau pagi tadi, juga order mee kari. 

Dah recharge tenaga, kitorang berjalan keluar dan masuk mana2 kedai yang menarik. Last2 kitorang masuk ke The Store. Kat sini kitorang jumpa seluar track yang best. Sesuai sangat kalau nak pakai untuk hiking, apatah lagi running. Dah lebih pukul 5 baru kitorang keluar. Itupun sempat lagi menyinggah masuk kedai2 kat tepi jalan on the way ke railway station.

   
Petang2 camni ramai yang parking kat bawah ni semata2 nak minum petang kat stesen ketapi.

Kami masuk Kluang Rail Coffee sekali lagi, nak makan puas2 sebelum balik kejap lagi. Elok masuk, ada satu meja kosong untuk kitorang berdua kat tepi dinding. Just nice. Service pun sama macam pagi tadi, cepat dan pantas.


Kali ni kopi susu ais dan roti keping peanut butter. Dahaga punya pasal, air tu dah separuh aku minum sementara tunggu roti sampai.

Both roti keping dan roti bun sama sedap. Tapi aku lagi prefer roti keping. Kopi memang kaw, dan kurang manis. Lagi few minutes sebelum pukul 6.00 petang, pekerja dah tutup pintu depan dan letak sign 'closed'. Kitorang sengaja lepak lama2 sampai kedai tutup. Lepas bayar, aku beli kopi uncang. Sepaket 20 uncang harganya RM 12.50 dan aku beli sepaket je. Cukuplah dulu, nanti2 bila dah habis ada alasan untuk meripit. 

Kat stesen keretapi ada surau yang agak selesa. Lepas solat, kami masing2 packing balik bag. Maklumlah, muatan dah bertambah. Kenalah susun elok2. 

  
 Waktu beroperasi. Make sure korang check hari dan masa sebelum datang ke sini.


Bahagian dalam kedai. Masa ni kedai dah tutup. Meja yang kitorang dapat belah kiri ni. Bahagian luar belah kiri ada extended area untuk kedai ni. So, kalau bahagian dalam ni dah penuh, korang tengok kat luar bahagian kiri ni, kot2 ada meja untuk korang. Masa kitorang kat sini, sentiasa penuh sama ada kat luar atau dalam. 


Stesen keretapi Kluang. 


Matahari dah mula turun.

Train sampai awal, tapi 7.20 malam baru bergerak meninggalkan stesen. Kiranya departure tetap ikut schedule. Masa dalam train, langit cantik giler masa sunset. Tapi seksa yang amat nak capture gambar. Sudahnya aku simpan kamera kemas2. Masa balik seat kitorang sama dengan masa datang pagi tadi.


Seat untuk economy class. Seat selesa dan dalam koc pun bersih. Berbaloi dengan tambang RM 15.00 sehala. Yang anak panah hijau tu, surau yang aku ceritakan kat atas tadi. 

Kitorang sampai kat Stesen Bandar Tasek Selatan lewat 10 minute dari schedule. Masih ada lagi penumpang kat stesen, mungkin jugak sebab komuter masih beroperasi 24 jam. Kami singgah beli kuih kat 7 Eleven TBS sebab masing2 dah kelaparan, dan lepas tu baru naik ke tempat parking. Parking rate kat TBS sehingga semalam adalah RM 4 sehari. Aku masuk parking lebih kurang pukul 4.30 pagi dan keluar lebih kurang pukul 12.30 tengah malam, ratenya adalah RM 4.00. So, aku rasa rate based on the calculation of 24 hours. Kitorang sampai kat Seri Kembangan pukul 1.00 pagi. 

Day trip tanpa plan yang khusus selain dari nak makan2 kat Kluang Rail Coffee berakhir. Bandar Kluang setakat yang aku nampak sangat bersih kalau nak compare dengan bandar lain kat Malaysia ni. Orang2 nya peramah dan helpful. Dalam bandar kecik ni ada 3 shopping malls dan jangan tak tahu, kat sini aku jumpa apa yang dah lama aku cari kat KL. Walaupun takat merayau dalam bandar tu aje, kami puas. Kluang Rail Coffee dah boleh tick dari list.  


Thursday, June 5, 2014

pulau di selatan part2

Bersambung dari sini: pulau di selatan part1.

Masa boatmen tu datang pick up, kitorang complaint lah tak de pape pun. Jangankan coral, ikan pun tak muncul. Aku rasa ikan kat jeti Coconut Village tu lagi banyak. Agaknya tempat kitorang datang ni kawasan larangan, makanya ikan dan coral pun tak berani nak berkampung. Memandangkan awan gelap semacam je, dorang hantar kitorang balik. Masa nak turun tu, mamat boat offer join dorang pegi mancing sotong katanya, itu pun kalau dorang takde trip lepas hantar kitorang. Tapi takde rezeki kitorang sebab lepas hantar kitorang balik, dorang ada another trip pulak.

Since hari masih awal, kitorang mintak izin nak main ping pong kat bilik sebelah common room tu. Masing2 main hentam keromo, bukan pandai pun. Yang lebihnya gelak ajelah. Bila bola ping pong jatuh tersorok, semua pakat keluar. Lepas bilas badan dengan air bersih, kami berempat berjalan ke bahagian belakang villa, nak ke pantai. Nik suruh kitorang gerak dulu dan dia akan datang kemudian katanya. 


Sebahagian dari Geng Berjimba, Izza dan Laila tak dapat nak join kami untuk trip kali ni, huhu.

  
Pasir pantai ni best, mengingatkan aku pasir pantai Nobby Beach. Cuma yang membezakannya adalah warna pasir je. 


Berkejaran dengan ombak pun best jugak. Gigih aku nak capture gambar ketam main ombak, sampai sudah tak berjaya. Bila aku jauh, ketam tu boleh pulak berlama2 kat tepi tu. Bila aku dekat je, terus dia berlari sembunyikan diri dalam ombak.

Bila suasana makin gelap, kami ambil keputusan untuk balik sahaja. Lagipun Nik sampai sudah tak muncul2. Balik ke bilik, kami ambik giliran untuk bersihkan diri dan bersiap untuk dinner. Patutlah Nik tak muncul2, baru half way hujan turun katanya. Tapi masa kami on the way balik tadi pun ada gerimis jugak. Bila semua dah settle, kitorang ke depan dan melepak kat situ sementara tunggu makanan siap. Bila perut dah bernyanyi macam2 lagu, nak berjalan ke jeti pun dah tak kuasa.   


Highlight untuk dinner kitorang, sotong goreng tepung dan ikan masak taucu tapi takde gambar. 

Lepas makan, tak banyak yang boleh dibuat. Nak kira bintang di langit, mata dah rasa memberat sebab perut dah penuh. Belum pun pukul 10.00 malam, seorang demi seorang tumbang bukan di medan perang.

Bangun pagi tu, kami terus bersiap. Packing apa yang patut dan bila semua dah siap kami ke depan menunggu dihidangkan breakfast. Kami sepakat untuk ambik bot pagi ke Jeti Tanjung Leman. Dalam sehari hanya ada 2 kali untuk bot transfer dari Coconut Village ke Tanjung Leman, belah pagi dan petang. Memandangkan perjalanan pulang masih jauh dan esoknya harus bekerja, lebih baik kami keluar dari pulau di awal pagi. 


Breakfast kami pagi tu, nasi lemak yang sedap! Sambal tu sedap, aku siap bertambah sambal lagi. Satu yang pasti, makanan kat Coconut Village ni sedap2 belaka. Harus angka kat penimbang bertambah bila balik ke rumah.

Kitorang akan balik dengan boat pukul 10.00 pagi, itu yang paling awal untuk ke tanah besar. Sementara nak tunggu pukul 10.00 tu, kami melepak kat depan bilik mengadap laut. Sempat jugaklah aku merayap ke pantai belah belakang villa. Nak merayau lagi jauh, sure tak sempat nak patah balik untuk kejar bot ke tanah besar. 


Kampung Pulau Sibu yang ambik masa lebih kurang sejam kalau berjalan kaki ikut belakang villa. Kalau naik bot aku tak sure berapa minit. Geram tengok pasir pantai yang memutih dari jauh. Kalau datang 2 hari 1 malam memang masa limited, tak sempat nak explore. Mungkin ada rezeki untuk lain kali alasan untuk repeat.


Pulau Sibu yang ditinggalkan.

Balik ke tanah besar lebih cepat, lebih kurang 15 minit je dah sampai sebab kitorang naik speed boat. Plan kami juga turut berubah. Instead of having beriyani gam kat Batu Pahat, kitorang proceed ke Johor Bharu carik kacang pool. Excited sangat atau mungkin jugak sebab dah lapar, takde siapa pun yang ambik gambar. That was my first time having kacang pool and I think I like it! Dah dapat apa yang dicari, perjalanan pulang diteruskan dan aku sampai kat rumah nearly 9.00 pm. Traffic balik ke KL memang slow. Berakhirlah trip pendek ke selatan tanah air.


Tuesday, June 3, 2014

pulau di selatan part1

headnote: ceritera trip solo yang panjang direhatkan seketika untuk memberi laluan kepada trip bersama geng berjimba.  

Plan nak ke pulau di selatan tanah air dah lama dirancang, dari tahun lepas lagi. Tapi disebabkan banyak isu, maka asyiklah tertangguh. Dua minggu lepas cadangan kembali dibuka  kepada geng berjimba. Walaupun tak cukup korum, tetap jugak proceed sebabnya memang susah nak tunggu semua geng free. 

Jumaat malam kami dah bergerak ke selatan tanah air, bertolak lebih kurang 9.15 malam lepas dorang pick up aku kat rumah. Keluar dari tol Nilai, kereta memang banyak dan traffic ke selatan memang slow. Kitorang singgah makan burger bakar di Muar gerai dah tutup masa kitorang sampai sebelum kembali masuk ke highway dan keluar melalui tol Ayer Hitam. Plan asal kami nak terus ke destinasi malam tu jugak dan singgah berehat di mana2 masjid on the way tu. Tapi bila mak Fathi kata jalan ke sana sunyi dan tak selamat tengah2 malam dan dia suruh je kitorang bermalam kat Ayer Hitam dan proceed pagi esoknya. Tak jauh dari tol Ayer Hitam ada sebuah hotel lupa dah namanya dan awal pagi tu kami bermalam di situ.  

Nearly 6.30 in the morning, kami dah settle check out dan ready nak menyambung kembali perjalanan. Memandangkan kali ni aku jadi penumpang terhormat kat seat belakang dengan Nani dan k.a.k, aku memang tak tahu jalan mana Fathi bawak kitorang. Yang pasti most of the time jalan adalah sunyi, bengkang bengkok dan turun naik, kenderaan jarang2 je jumpa, kiri jalan ada signage binatang liar dan few times jugak kitorang berselisih dengan lori dan kereta yang masuk ke jalan bertentangan. Nyaris kami menjadi mangsa dorang. Alhamdulillah, syukur semuanya selamat dan kami tiba di parking lot Jeti Tanjung Leman menghampiri 9.00 pagi. Bayaran parking RM 4.00 sehari. 

Kitorang kena bayar jetty fee dan jugak conservation fee RM 5.00 each per person. Meaning, setiap dari kami kena keluarkan RM 10.00 seorang. Pulau Sibu rupa2nya berada di bawah Taman Negara Johor dan disebabkan itulah setiap pengunjung kena bayar conservation fee. Tambang bot ke Pulau Sibu dah termasuk dalam pakej yang kitorang ambik dengan Coconut Village Resort. Untuk penginapan semuanya diuruskan oleh Nani dan aku cuma bawak badan je, tak membantu apa2 pun. Pukul 10.00 lebih jugak baru kitorang naik bot untuk ke Coconut Village dan perjalanan lebih kurang setengah jam. Kata pak cik yang jaga kat jeti tu, kalau naik speed bot dalam 13 minit je dah sampai. 


Disambut kemboja nan merah. Kitorang tak diturunkan kat jeti hujung sana, tapi pelantar yang dekat dengan ruang utama Coconut Village. 

Kami dibawak ke bilik di bahagian belakang. Rupa2nya bilik di Coconut Village Resort dah penuh dan kami dibawa ke Junansa Villa yang sebelah tu aje. Both Coconut dan Junansa memang dah lama bekerjasama. Sementara tunggu makan tengah hari pukul 12.30 tengah hari, kitorang melepak kat jeti sambil main air. Ada satu family yang mancing kat jeti tu, ikan yang dorang dapat tu kecik2 je. Kesian pulak aku tengok ikan2 tu. 


Parking lot ni depan bilik kitorang, ada banyak jet-ski, bukan 2 tu je. Tapi petang tu jet-ski tu semua dah takde sampailah hari kitorang balik. 


Highlight untuk lunch kami, udang masak kari. Yummeh! Ada ikan, sayur dan sup jugak selain udang kari ni. 

Lepas makan kitorang terus bersiap sebab kitorang akan bersnorkeling pukul 2.00 petang. Selain kami berlima, kitorang join another group dan dibawak ke Pulau Kukus katanya. Dari jauh aku dah teruja bila nampak pasir pantai yang memutih dan air yang jernih. Namun hati tetap berdebar2 sebab aku kan takut air.

  
Burung putih tu memang comel. Dari jauh memang tak perasan sebab warna hampir serupa, tapi bila bot makin dekat dengan pantai, burung2 ni terbang pulak.


Kulit kerang yang super besar.

Kitorang ditinggalkan macam tu je, pandai2 sendirilah nak snorkeling ke nak buat apa kat situ. Mula2 sampai kitorang sibuk ambik gambar dulu, lepas tu barulah masing2 masuk dalam air. Sungguh kecewa sebab apa yang diharap memang tak ada. Ikan pun tak banyak, ada seekor dua je. Coral apatah lagi, langsung tak nampak bayang. Since aku ni penakut dengan air, aku cuma duk rendam badan kat tepian je. Bila sekali tu aku terdibawak arus, gelabah jugak aku dibuatnya. Mujur Nani ada tak jauh dari situ.  


Batu ni sekali tengok macam kucing tengah tidur pun ada. Pic credit to Nani sebab awal2 lagi aku dah hand over kamera kat dia, bimbang tercicir sebab seluar aku takde poket.


Ini je lah ikan yang ada, dua tiga jenis je.

Nak tunggu dua jam tamat memang menyeksakan dengan apa yang ada. Pulak tu arus memang kuat, nak terjah ke sebelah sana memang tak berani. Bila kami semua dah naik ke darat, baru bot datang nak pick up kitorang balik walaupun baru sejam lebih kitorang kat situ. Lebih baik kitorang balik dari buang masa kat situ tapi tak boleh nak cuci mata. Erk, pulau yang kitorang pergi tu pulau larangan sebenarnya. Kalau ikutkan papan tanda, ianya milik DYMM Sultan Johor.

footnote: mati itu pasti, tak akan terlambat atau tercepat bila tiba masanya. Cuma kita tidak tahu bagaimanakah pengakhiran untuk kita semua. Hari ni kitorang dikejutkan dengan pemergian salah seorang driver kami, unexpected. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman, ameen. 


Tuesday, May 14, 2013

endau - rompin dalam kenangan

headnote: weekend yang tough baru je berlalu pergi, both papers aku tak confident pun masa jawab tu. I felt lost somewhere which I'm not really know what had happen. Aku tetap utilize that given 3 hours for 4 questions. Bermakna aku ada lagi 3 papers left and a viva to go. 

*****

Trip terakhir yang aku join adalah masa last semester, sebelum aku start on job training kat Transmile in 2002. Trip kali ni kami ke Taman Negara Endau Rompin, bercamping selama 3 hari 2 malam kalau tak silap aku. Kami bertolak dari Jasin dengan bas sekolah yang disewa awal pagi ke Kahang, Johor. Kami melintasi ladang teh waktu tu masih ada ladang teh di Kahang belah kanan dan ladang kelapa sawit di sebelah kiri. Melalui rumah penduduk kampung sebelum bas berhenti dan turunkan kitorang kat petrol pump di pekan Kahang.

Dari petrol pump ni, kitorang kena naik bas 4x4 saiznya lebih kurang macam bas mini tapi lasak yang disediakan oleh pihak taman negara. Dari pekan Kahang tu dah tak ada laluan cantik, kitorang start masuk ladang kelapa sawit, tak lama lepas tu lalu kawasan kampung orang asli. Masing2 terhoyong-hayang, macam menari2 plak kat dalam bas tu. Ladang kelapa sawit dah bertukar dengan hutan dan tak lama lepas tu kami sampai di pejabat operasi Taman Negara Endau - Rompin.


Jambatan gantung yang ada berhampiran dengan pejabat taman negara. Sempat kami merayau kawasan sekitar sementara tunggu advisor kitorang settlekan urusan dengan taman negara. Bila dah settle urusan pendaftaran dan yang sewaktu dengannya, kami diperkenalkan dengan 2 orang guide orang asli. Oh ya, kat area office taman negara tu ada perkampungan orang asli, Kampung Peta. Kami kemudiannya dibawa melalui rumah penduduk kampung ke jeti yang tak ada rupa jeti pun. 


Sebahagian daripada kami dibawa menyusuri sungai dengan bot. Ada 2 bot yang bawak kitorang dari jeti Kampung Peta ke Kuala Jasin. Dari Kuala Jasin kami berjalan ke tapak perkhemahan di Kuala Marong, meredah anak sungai dan bapak sungai yang deras air adalah melebihi paras pinggang dan beg kitorang kena angkat tinggi2 tak nak bagi basah, melepasi titian gantung sebelum sampai ke tapak perkhemahan di Kuala Marong.

Lepas set up khemah kitorang apa lagi, masing2 berjimba. Ada yang mandi manda, ada yang pegi memancing. Aku ikut ke tempat dorang memancing, view memang cantik. Tapi tak tahu kenapa aku tak terfikir nak ambik gambar. Sampai sekarang aku masih boleh ingat betapa indah dan menariknya tempat tu. Malam tu kami bercandle light dinner ditemani unggun api. 


Tasik Air Biru tempat dorang menunjukkan aksi2 tak boleh blah. Tasik ni memang cantik, airnya biru jernih hingga ke dasar. Sejuk sudah semestinya. 

Pagi2 esoknya lepas sarapan kami dah trekking ke tempat baru. Sayang, kitorang terlepas peluang nak tengok beruang. Masa kitorang lalu tu, baru je beruang tu blah. Dia gali carik anai2, itu pun guide kitorang yang bagi tau. Nak harapkan kitorang memang zero lah. Kami set up khemah kat Batu Hampar, sebab malam nanti kitorang akan bermalam kat situ pulak. Lepas tapau bekal dan bawak apa yang patut, kami sambung trekking ke Buaya Sangkut. 


Batu yang aku bergambar ni sebijik membentuk kepala buaya yang tersangkut. Ada mitosnya pasal buaya sangkut ni. Kalau nak tahu, korang tanyalah cik google. Aku malas nak cerita padahal ingat2 lupa. Best giler berpiknik kat tepi air terjun. Masing2 yang pandai berenang ambik peluanglah, jaki je aku tengok dorang. Lama jugak kitorang kat sini sebelum berpatah balik ke tapak perkhemahan.

On the way balik tu aku terdengar ngauman pak rimau, sayup2 je bunyinya. Dorang yang kat belakang memang tak dengar pape. Cuak jugak kalau2 dia muncul kat depan kitorang, tapi lega bila takde pape. Sampai kat tapak perkhemahan masing2 berendam lagi. Aku pun sama, tak lepaskan peluang. Lagipun kitorang bagi chance mereka2 yang take turn memasak tu tak diganggu. Esoknya kitorang dah nak balik, tak bolehlah nak menikmati semua tu lagi. 


Depan rumah penduduk kampung, on the way kami nak balik ke pejabat taman negara. Sempat tumpang bergambar sebelum balik. Lewat petang baru kitorang bertolak balik ke Kahang dengan bas 4x4 dan tukar bas kat tempat yang sama. Kalau masa datang hari tu masing2 excited, tapi kali ni masing2 terlentok keletihan. Taman Negara Endau Rompin menyimpan jutaan rahsia dan aku harap kesuciannya masih seperti dahulu. It was so wonderful to experience the journey. 

footnote: tak sabar nak tunggu 23hb ni, sesi mengintai penyu dan mencandat sotong pulak. Ada sesiapa berminat nak join? Haha...


Wednesday, April 24, 2013

puteri di puncak gunung

headnote: punyalah lama memori daun pisang ni kena peram, sampaikan pohon pisang tu pun dah berkali2 berbuah. Sebelum daun pisang pulak rosak kena makan dek ulat, moh kita sambung lagi. Mode perasan, padahal takde sesiapa pedulik pun. Oleh yang demikian aduhai bahasa ada banyak perkara yang aku dah lupa dan hampir2 tak boleh nak recall, dah lebih 10 tahun berlalu. Pulak tu waktu dulu2 tu aku tak reti nak jot down, tulis kat mana2 buat kenangan di hari ini. Pasrah aje lah...

Sewaktu awal2 semester kat aviation school dulu tu, aku memang innocent. Jadi budak baiklah, tapi kejap je. Rasanya masa aku kat semester 2 kot, bila ada new group of instructors yang baru balik dari US masuk mengajar kitorang. Masa tu banyaklah aktiviti, lebih2 lagi bila kelab rekreasi ditubuhkan. Aku antara orang penting dalam kelab tu dan antara yang aktif jugaklah. Sejujurnya, aku lupa bila tarikh sebenar kejadian ni berlaku. 

Penghujung semester 3, kalau tak silap, adalah our first trip ke Gunung Ledang. Kalau sebelum ni kitorang takat lepak kat bawah je, ataupun habis tinggi pun berkhemah sama ada kat kolam puteri atau kolam anak gajah. Tapi this time misi kami menawan puncak gunung. Masa muda2 dulu sekarang pun masih muda remaja stamina kuat, tak perlu nak training bagai. Laju je meredah hutan mendaki gunung, kalau sekarang ni baru melangkah dua tiga tapak dah mintak nyawa. Ikan yang tersangkut kat mata kail pun lagi bertenaga.

Aku dah lupa berapa ramai yang join, tapi yang pasti kitorang bertolak ke Sagil penuh satu bas. Kami naik ikut Sagil, ada lagi satu laluan ikut Asahan, yang ni aku tak pernah try pulak. Kami dipandu oleh 2 orang ranger untuk ke puncak dan bermalam kat campsite yang aku dah lupa namanya. 

Lepas dah set up khemah, masak dan selepas selesai makan tengah hari kitorang tak tunggu lama. Terus bergerak ke puncak dan plan kitorang nak sampai ke campsite sebelum malam. Ada a few yang tinggal kat bawah, sebab kena jaga sorang peserta yang memang flat giler dan prepare untuk dinner. Padahal sebelum datang dia punya sembang boleh bergegar gunung, dan lepas pada tu memang kitorang sack him out dari apa jua aktiviti luar. 


Masa ni kami berehat kat Bukit Botak sebelum menuju puncak. Aku tak pasti, sama ada sebelum atau selepas Bukit Botak ni kena lalu dinding batu yang curam dan totally bergantung pada tali. Yang aku ingat, lepas pada tu ada kawasan pokok renek yang cantik. Aku ada ambik gambar kat situ, tapi sayang aku tak tahu siapa yang dah songlap dan hilangkan, termasuklah filemnya sekali zaman dulu2 tu mampu guna kamera berfilem je, sekarang lagilah tak berkemampuan. Masa kat Bukit Botak ni jugaklah kami terjumpa sorang pak cik ni, katanya dia dah lama bertapa kat Gunung Ledang ni.


Sebahagian daripada kami, semuanya muka2 suci je. Masa ni rasa macam tak percaya sebab tak sangka boleh sampai ke puncak dengan jayanya. Kat atas ni memang best, sejuk je. 


Aku tengok kat internet, batu tanda ni dah cantik dah sekarang ni. Tak adalah comot macam dulu2 tu. Haih, rasa macam nak repeat ke Gunung Ledang lagilah. Mana tahu kali ni boleh jumpa sang puteri pulak ke?

Ranger yang guide kami ada bagitahu, kalau rezeki kami baik mungkin boleh jumpa orkid berkembang dan jugak hidu bau wangi. Tapi tak ada rezeki kami nampaknya. Kami turun ke bawah dah lewat, dan aku tercelupar kata tak nak balik. Masa turun kaki aku tersangkut dan tak boleh gerak. After a while and after I did realize apa puncanya, barulah aku boleh teruskan perjalanan. Lepas tu aku terus zip mulut ketat2. 

Lepas semua dah selamat melepasi Gua Kambing, ada roll call. Masa tu dah start gelap. Masa duk kira2 nombor tu, tetiba leader group kami menjerit kuat. 'Hoii! Yang kat hujung tu, pandang depanlah. Aku nak kira ni!' Gitulah lebih kurang ayat yang dia jeritkan. Tak lama lepas tu, tau apa jadi? Kami sesat! Ranger tu pun berpusing2 tak tahu ke mana patut kitorang lalu. 

Ingat pak cik yang kitorang jumpa kat Bukit Botak? Tak semena2 kami terserempak lagi dengan dia. Masa ni masing2 dah kepenatan, tambahan pulak dah malam. Pak cik itulah yang tolong bawak kami balik ke campsite, yang pasti laluan tu bukan yang kami lalu masa naik tadi. Laju je pak cik tu berjalan, kitorang pun terpaksa ikut rentak supaya tak tertinggal. Sampai kat satu tempat, pak cik tu berhenti dan suruh kitorang suluh. Batu besar, dan pak cik tu kata kalau tengok dalam cuaca terang, meaning siang harilah batu tu sebenarnya bentuk kapal. Sebab kami tengok waktu malam memang tak boleh nak nampak. Betul atau tak, wallahu'alam sebab kami tak pergi check pun siangnya. 

Alhamdulillah, kami sampai kat campsite dengan selamatnya dan mereka2 yang tinggal kat khemah dah siap masak masa kami sampai tu. Kami ajak pak cik tu join kami makan sekali. Since makanan tu tak cukup tukang masak dah bisikkan kat kami yang semua tu ngam2 untuk kami, kami yang AJK ni decide makan kemudian. Bagi dorang makan dulu and then kongsi je lah lebihan makanan yang ada. Again, lepas pak cik tu beredar sebab katanya nak attend kenduri doa selamat kat gunung tu, makanan kitorang berlebih2 jadinya.

Pagi esoknya, aku antara yang terawal bangun. Peliknya depan khemah kami terpacak sekuntum bunga telur yang cantik. Tak lama tu, pak cik semalam muncul lagi dan katanya bunga telur tu dia dapat masa pergi kenduri malam tadi. Pelik, tapi itulah yang terjadi. Aku tak tahu nak komen apa pasal bunga telur tu. 

Lepas dah breakfast dan kemas peralatan semua, kami melangkah pulang. Alhamdulillah, walaupun banyak kejadian yang berlaku kami semua selamat. Lepas dah balik barulah kawan dan jugak leader kami bagitau, masa roll call lepas Gua Kambing tu ada terlebih seorang. Sebab tu lah dia jerit, lepas tu bila kira balik barulah jumlahnya betul. Mungkin atas alasan tu jugak kami tersesat. Peristiwa terjumpa pak cik yang mengaku bertapa kat Gunung Ledang tu aku rasa agak misteri, lebih2 lagi dengan apa yang berlaku. Tak mungkin Puteri Gunung Ledang menyamar jadi lelaki dari cerita yang didengar dia selalunya menyamar jadi nenek kebayan.

Walaupun banyak benda yang aku dah lupa, macam nama tempat dan lokasi kami berkhemah, tapi peristiwa pelik dan rare macam ni aku memang ingat. Kadang2 out of nowhere aku boleh terfikir pasal pak cik misteri tu. Apa yang aku kongsikan di sini adalah peristiwa yang benar2 terjadi ke atas kami. Nak percaya atau tidak, terpulanglah. Tapi, inilah rezeki yang kami dapat. Dah lebih 10 tahun berlalu, mungkin banyak yang dah berubah. Tapi misteri tetap misteri.


Tuesday, November 9, 2010

tanjung piai

Hujung minggu lepas aku ke Tanjung Piai, Johor memandangkan hari Jumaat merupakan cuti umum. Tambahan memang aku berhasrat untuk bercuti sambil menenangkan fikiran selepas selesai peperiksaan baru2 ini.

Aku bertolak dari Sepang hampir jam 10.00 pagi, tersasar dari perancangan awal iaitu 9.00 pagi. Aku memang ada masalah dengan perutlah bila nak ke mana2. Selalu aje aku akan asyik berulang ke tandas berkali2. Ini merupakan percutian secara solo yang pertama di bawah tag "Cuti2 Malaysia". Itu pun apabila pelawaan aku ditolak, huhu.. sedihnya dalam hati...

Setelah mengisi tangki minyak sepenuhnya, aku meneruskan perjalanan ke selatan melalui Lebuhraya Utara - Selatan. Perjalanan tanpa henti sepanjang lebuhraya akhirnya membawa aku berhenti di sebuah restoran di Simpang Renggam. Untuk mengisi perut dan bertanya arah; sambil menyelam minum air. Kalau berpandukan pada papan tanda, mahu agaknya kosong tangki kereta baru aku jumpa tempatnya.

Sesampai di Kukup, aku terlajak ke Kukup Laut. Aduhai, punyalah seksa nak buat U turn dan berpatah balik ke pekan Kukup. Dari situ aku mengambil simpang ke Tanjung Piai. Perjalanan diteruskan dengan melalui jalan kampung yang agak sempit dan agak berliku. Suasana agak sunyi walaupun di kiri kanan jalan terdapat rumah2 kampung, ada yang dekat dan ada yang jauh jaraknya antara satu sama lain.

Aku sampai di resort hampir pukul 2.30 petang. Setelah check in, aku mendapat bilik yang lebih kecil dari booking awalnya, sesuailah aku datang solo.


Inilah bilik aku, bilik paling hujung mengadap ke lautan terbuka di tingkat dua. Aku hanya perlu menarik langsir dan cahaya akan melimpah masuk ke dalam bilik di samping aku dapat melihat lautan dengan jelas. Juga kapal2 dagang yang nampak jauh di pandangan.


Di remang senja, cahaya dari kapal2 dagang mula kelihatan berbalam di sepanjang horizon. Turut kelihatan perahu kecil nelayan tempatan.


Aku teringin berada di jeti ini untuk menyaksikan keindahan sunset. Namun apakan daya, aku tidak berani untuk ke sana. Cukuplah aku dalam melihat dari bilik, huhu...




Suasana di malam hari. Cukup indah apabila kegelapan malam dihiasi kerlipan lampu2 dari kapal2 dagang di sepanjang horizon, membentuk satu garis yang memukau. Tidur malam aku ditemani keindahan ini, cukup sekadar aku menarik langsir dan meninjau keindahan luar apabila terjaga di waktu malam.


Pintu yang kelihatan itulah bilik aku. Menarik, bukan?!


Jeti ini membawa ke pintu utama resort. Segalanya indah dan mendamaikan.


Pintu masuk ke Taman Negara Tanjung Piai.


Sepatutnya papan tanda ini tidaklah tersorok, kalau diletakkan berhampiran jalan masuk lagi sesuai.


Di sebelah kiri itu merupakan pejabat taman negara.


De'Tanjung Jetty merupakan nama jeti yang menghala ke laut lepas ini. Sebelum melangkah dan sewaktu mengorak langkah untuk ke sana, hatiku berbolak balik sama ada untuk meneruskan atau berpatah balik. Dengan angin kuat ditambah arus dari Selat Melaka yang kuat berombak, jantungku berdetak lebih kencang!


Semakin hampir dengan jeti, semakin kuat debaran melanda. Pelbagai andaian buruk muncul di minda. Inilah padahnya bercuti keseorangan.


Punyalah cuak, ambik gambar pun dah senget benget. Nasib baik ada satu family Cina tengah memancing di jeti ini. Kalau tidak, lagi haru jawabnya. Tambahan pulak ada dua orang lelaki sedang berehat di situ. Tahu2 aje lah bila jauh daripada pandangan mata orang ramai dan aku pulak keseorangan.


Dari jeti ini pun, kelihatan kapal2 dagang yang besar. Entah dari mana dan ke mana hala tujunya.


Di persimpangan inilah aku akhirnya nekad membuat pilihan untuk meneruskan perjalanan ke De'Tanjung Jetty. Walaupun aku berhadapan dengan risiko yang besar, namun aku gagahi jua kerana inilah mungkin satu2nya peluang yang aku ada. Dalam berani ada jugak penakutnya aku ni, hahaha. Jantung dan hati aku usah ceritalah hebatnya berdegup, belum lagi minda yang memproses segala bentuk andaian.


Melihat adanya Menara Pemerhati ni, aku berhasrat untuk untuk melangkah naik. Bukan aku namanya kalau tidak ingin mencuba segala apa yang ada. Namun baru melangkah ke anak tangga ke dua, aku melihat pemegang tangga ini sudah goyang dan ada yang tercabut pakunya. Untuk tidak mengambil risiko, aku lantas turun.


Masih jauh perjalanan yang harus ditempuhi, dikelilingi oleh pokok bakau dan bau yang kurang menyenangkan.


Aku semakin menghampiri tujuan utama.


Dan akhirnya, aku nampak apa yang menjadi tujuanku. Namun malangnya, laluan untuk ke sana terputus. Maka ini sajalah yang dapat aku ambil sebagai bukti bahawa aku telah berjaya sampai ke penghujung benua dalam pengembaraan secara solo.

Sewaktu aku sudah semakin menghampiri pejabat taman, tempat di mana aku memulakan perjalanan dengan mengambil laluan yang berlainan, barulah aku perasan dengan papan tanda yang bertulis "You'll never walk alone"! Dan aku hampir sahaja menyelesaikan perjalanan pergi balik secara solo ke penghujung selatan tanah besar Asia!


Ini hanyalah replika, terletak berhampiran pintu masuk pejabat taman negara.


Ini di pekan Kukup Laut, gambar ini diambil di pintu masuk terminal feri antarabangsa.


Ini pula pintu masuknya. Asalnya aku berhajat untuk mengambil feri ke Tanjung Balai, Indonesia. Tetapi aku membatalkan hasrat apabila banyak mata2 yang memandang sewaktu aku berjalan ke terminal ini. Aku jadi takut dan tidak selesa. Sudahnya, usai mengambil gambar aku lekas2 ke tempat meletak kereta dan memandu pulang.


Cuba korang teka, cahaya apakah itu? Hahaha....


Gambar terakhir sebelum melangkah pulang. Ini antara restoran yang ada di jeti berhampiran.

footnote: aku perlu lebih berhati2 sekiranya bercuti secara keseorangan di tanah air sendiri. Pandangan mata sesetengah orang amat menakutkan and feel insecure!
Kenapa tak sudi bila aku ajak bercuti bersama? Sekadar bercuti, bukan ada niat lain pun.... hurm...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...