Showing posts with label Ayutthaya. Show all posts
Showing posts with label Ayutthaya. Show all posts

Wednesday, February 24, 2016

thai 2015 | ke kota tua, ayutthaya

Entry ini adalah sambungan dari thai 2015 | the bloom dan kembali ke bangkok.


Disebabkan masing2 tido awal pagi, lepas Subuh pagi tu semua tarik selimut. Masa Izza whatsapp ajak ke Ayutthaya, kitorang semua tengah berbungkus lagi. Dah set time, aku dengan along turun basuh baju kat bawah. Dah letak segala benda dalam washing machine, kitorang naik mandi. Lagi sejam baru siap basuhan tu. 

Lepas mandi aku terus bersiap dan bawak turun sling bag. Pakaian dalam washing machine yang dah siap dibasuh kitorang sangkut kat ampaian tepi tu. Dah settle aku tunggu kat common area bawah, malas dah nak naik atas. Janji nak gerak pukul 10.00 pagi, tapi 11.++ baru keluar dari hostel. 

Kitorang berjalan kaki ke BTS station, tapi lepas tanya kat kaunter kitorang ke MRT. Dah lama tak ke Bangkok, aku jadi lupa nak naik BTS atau MRT. Kalau naik MRT dari Silom terus je ke Hua Lamphong, tak perlu tukar2 dah. Kitorang terlepas train sebelum tu, the next train to Ayutthaya pukul 2.15 petang. Lepas ding dong sana sini, kitorang decide naik jelah train pukul 2.15 tu. Sementara tu boleh terus solat bila dah masuk waktu kejap lagi. Since masa panjang lagi, aku ajak Izza pergi collect tiket train ke Hatyai kat UOB Building. Entry special pasal beli tiket train online ni ada aku share kat sini.

Dah dapat tiket, kitorang balik ke Hua Lamphong. Since dah masuk waktu, kitorang cari surau kat tempat biasa. Sekali nampak ada signboard baru, kitorang tanya sorang akak tu dan dia bagitau surau dah pindah tempat. Surau baru terletak di antara platform 4 dan 5, kat tengah2 tempat kita biasa tunggu train tu. Lebih selesa dengan pili air kat dalam. Cuma agak panas sikit walaupun ada aircond sebab tengah2 platform tu memang panas. Surau tak dibuka sepanjang masa, ada waktu2 nya dan aku lupa nak snap waktu surau dibuka.

Train kami delay dan all the way ke Ayutthaya pun train slow je, banyak kali berhenti dan kebanyakannya ambik masa yang lama. Lebih 2 jam baru perjalanan kitorang sampai ke destinasi. Sampai je aku terus bagitau dorang untuk seberang jalan, nanti ambik boat ke seberang. Tak payah ambik songthaew.


Ayutthaya Station.

Masa ni aku dah seberang jalan, ingatkan dorang follow sekali. Rupa2nya dorang ada lagi kat dalam station tu, tengah makan. Aku ingatkan makanan yang dorang tapau dah makan masa dalam perjalanan, tapi tak rupanya. Lama kitorang tunggu yang lain2 tu settle. Aku risau sebab hari dah lewat, nanti wat yang dorang nak pergi tu dah tutup. Lagipun time senja nak masuk wat lagilah aku tak suka.

Bila semua dah ada baru kitorang gerak ke jeti depan tu. Aku suggest suruh dorang sewa basikal kat area stesen van, senang kalau karang nak balik dengan van. Berjalan kakilah kami ke sana. Aku asalnya dah aim nak makan laksa kat kedai makcik kerek, tapi dah tutup sebab dah lewat sangat. Kempunanlah pulak.

Kitorang akhirnya berjaya sewa basikal kat seberang jalan, laluan nak ke Tony's Place tempat aku menginap dulu2 tu. Since aku kan kaki kayu, tak reti kayuh basikal makanya aku plan tak nak follow dorang. Nak lepak usyar kawasan tu je. Tapi bila dorang insist dan Ecah nak bawak, aku follow. Dah seberang jalan baru perasan basikal gelong, so aku tukar naik dengan JM pulak. Kesian JM kena bawak aku yang berat ni, adehh.

Aku dengan JM tak masuk, kitorang tunggu kat luar tempat bangku tu semua. Kemudian Izza datang join kitorang, sementara yang lain2 masih lagi kat dalam. Aku dah pernah masuk, so malas nak membazir. Lagipun hari dah senja, risau jugak nak masuk tempat cenggitu. Bosan lepak, aku berjalan ke arah belakang, lalu tepi wat dengan JM. Meriah dengan preparation untuk festival.


Gajah ni dah dimekap sebegini rupa. Tapi kembang kempis hidung aku menahan bau semata2 nak ambik gambar ni.

Menurut owner tempat sewa basikal, ada festival kat Ayutthaya sekarang ni. Tapi aku lupa festival apa dan event tu start pukul 7 malam. Pukul 6.00 lebih baru kitorang tinggalkan Wat Mahathat tu, hari dah gelap masa kitorang berkayuh aku membonceng je balik. Lepas return basikal, kitorang decide terus balik ke Bangkok dengan van. Kononnya lebih cepat. Tapi on the way ke Bangkok tu jalan jem yang amat, lebih 2 jam baru kitorang sampai ke Victory Monument. 

Dari Victory Monument kitorang ambik BTS balik ke hostel. Singgah beli makanan pastu baru balik ke hostel. Aku terus ambik pakaian kat ampaian, malas dah nak turun lagi. Malam ni semua tido awal, masing2 kepenatan. Hari kelapan aku cuma ambik gambar 2 keping je, nampak benor kemalasan melanda dan mood nak bergambar memang hilang.


Tuesday, July 15, 2014

day9 | kota tua ayutthaya, kotaraya bangkok

Bersambung dari entry ini: day8 | virus melanda.

Alhamdulillah, pagi ni aku dah rasa better than yesterday. Dah cukup kuat untuk pikul anak gajah backpack dan tinggalkan Ayutthaya walaupun aku rasa tak bersedia nak tinggalkan tempat ni. Mula tu aku ingat nak late check out, tapi bila fikir balik aku cancel. Lepas mandi pagi tu, aku terus siap2 packing dan check out. Dalam pukul 10.00 pagi aku keluar, tinggalkan backpack kat Tony's Place.

Aku menuju ke gerai Halal yag aku pergi semalam. Ingat nak makan nasi, sekali nasi belum masak lagi. Mak cik jual buah sebelah tu pun tak datang lagi. Sudahnya, aku ambik laksa seketul dan kuah fish ball.  


Laksa dan kuah fish ball yang menjadi hidangan brunch aku. Boleh tahanlah rasanya. Ada sedikit rasa macam kuah laksa Terengganu pun ada jugak.

Lepas makan, aku ambik motor taxi ke Wat Mahathat. Aku tanya siap2 tambang ke Wat Mahathat. Bila pak cik tu kata THB 20, aku on je. Aku sendiri pun tak tahu murah ke tak. Tapi bila dah sampai, aku rasa berbaloi lah dengan THB 20 tu. 


Admission fee sebanyak THB 50 untuk masuk ke Wat Mahathat. Wat ini yang paling glemer antara banyak2 temple atau wat kat sini.

Sebenarnya kat Ayutthaya ni banyak ruin temples. Kalau ikutkan hati, memang aku berhajat nak tour semua ruins tu, tapi dek kerana kesihatan aku kali ni tak bersahabat, terpaksalah aku simpan je hajat tu. Another reason to repeat. Lagi best kalau pandai cycling, sebab jarak antara satu sama lain tu tak jauh mana.  


Inilah punca keglemeran wat ni. Kawasan keliling pokok ni dipagar, so tak ada orang boleh masuk ke dalam kawasan tu. Pagar tu rendah je, boleh langkah tapi semua orang patuh pada peraturan. Nak tahu apesal kepala buddha ni terselit kat sini, korang boleh tanya cik gugel. Aku malas nak cerita.


Another view of ruins. Masa ni memang ramai orang, ada few groups yang sampai serentak. Nak ambik gambar pun terpaksa bertabah.


Kawasan wat ni memang luas. Ada yang masih tegak berdiri, senget dan tak kurang yang dah runtuh menyembah bumi. Bahagian belakang ni tak ramai orang, masing2 bertumpu kat kepala buddha tu aje. 




Seberang jalan sebelah tembok sana ada bangunan lama jugak. Teringin jugak nak pergi melawat, tengok apa yang ada. 

Kat Wat Mahathat ni meriah, banyak stall jual souvenir. Kat sini jugak aku jumpa FM dan poskad. Keluar dari Wat Mahathat, aku rasa tak laratlah pulak nak terjah bangunan sebelah sana. Lagipun badan aku belum betul2 pulih lagi. Sudahnya aku berjalan balik ke guesthouse. Sambil2 tu ushar kot2 ada motor taxi. Tapi sampai sudah aku berjalan kaki.

Sampai kat Tony's, aku tak terus ambik backpack. Aku lepak kat cafe', order orange juice dan tulis poskad. Kononnya nak pos masa on the way ke stesen keretapi jap lagi. Dah settle tulis, lekatkan setem, aku tanya staff Tony's macam mana nak ke stesen keretapi. Kalau naik tuk-tuk tambangnya THB 60, kalau jalan kaki nanti kena naik feri seberang sungai. Guess what? Tentulah aku pilih cara yang paling murah, tak sedar diri badan masih lemau.

Agak tricky jugak nak cari jeti, aku singgah tanya dekat 7E dan mamat tu dengan baik hati tunjukkan. Dah tak jauh sebenarnya. 


Ini bukan feri yang aku tunggu, tapi feri tu saiznya kecik lagi dari bot ni. 

Sampai ke seberang, semua yang naik menonong je turun. Aku pelik sebab tak ada orang kutip tambang. Bila tanya kat pak cik feri, dia kata bayar kat kaunter atas. Tambangnya cuma THB 4 sahaja. Mak cik kat kaunter tu tunjukkan arah ke stesen keretapi.


Keluar dari kaunter dari belah kanan, depan kereta tu. Stesen keretapi straight je depan sana, kena lintas jalan. 


Aku dapat train pukul 12.18 tengah hari, tapi delay dalm setengah jam jugaklah. Punyalah redah, aku langsung tak check jadual train. Andai kata takde train, harus aku patah balik ambik bas atau van ke Bangkok.

Boleh tahan ramai orang dalam train, tempat duduk yang available pun tak banyak. Masa aku terkial2 nak letak backpack yang gedabak dan berat tu kat tempat letak barang bahagian atas, ada mamat baik hati tolong angkatkan. Lepas say thanks, baru aku cari tempat duduk. On the way tu, most of the time aku tidur. Lainlah kalau aku duduk tepi tingkap, boleh jugak cuci mata. Aku tak perlu risau sebab final destination adalah Hua Lamphong Railway Station. 


Masing2 dengan tujuan yang berbeza bila dah tiba di Hua Lamphong Railway Station. 

Keluar dari stesen keretapi, aku terus menuju ke MRT stesen kat sebelah tu. Masa aku beli tiket kat kaunter, aku notice ada sorang akak Melayu kat tepi dinding tengah tunggu husband dia beli tiket belakang aku. Lepas dah beli tiket menonong je aku turun ke bawah, macam expert sangat. Sekali dalam train aku perasan akak yang sama berdiri sebelah aku. So, aku tegurlah dia. Bersembanglah kitorang, macam2 termasuklah dorang kena gem scam dengan driver taxi. Aku suggest kat dorang, kalau nak berjalan dalam bandar better ambik train je, either MRT atau BTS. Tak habis2 dorang kata aku berani plus gigih, padahal takde apa pun. Kitorang berpisah bila aku turun kat Siam nak tukar ke BTS ke Surasak.

Aku turun kat Stesen Surasak dan gigih menapak ke hostel. Bila nampak peti surat kat tepi tu, aku masukkan poskad yang dah bersetem kat dalam tu. Malangnya, sampai ke hari ini aku tak dapat lagi poskad yang aku pos tu. Kalau tahu tak sampai, baik aku masukkan dalam peti pos kat hostel.

Masa lalu depan Restoran Cili Padi, aku rasa pelik sebab ruang kedai tu kosong! Aku baru je berangan nak pekena tomyam malam ni. Lama aku berdiri depan tu, cuba ingatkan kembali lokasi restoran. Tapi memang tak ada. Yang aku perasan, keadaan macam sunyi, tak semeriah dulu. Padahal baru 4 bulan aku tinggalkan.


Female dorm for four, share bathroom. Ada locker tapi kena bawak padlock sendiri. 

Lepas letak barang, rehat kejap sebelum mandi dan lepas tu aku turun membasuh kat bawah. Stok baju bersih ngam2 tinggal untuk esok. Dah settle, aku menyidai hasil basuhan kat roof top. Ada notis tertampal kat sliding door nak naik ke atas tu. Roof top tutup by 10 o'clock dan tak boleh smoking kat atas tu. Sebabnya pihak hostel dah dapat amaran dari polis atas aduan jiran2. 

Malam tu, gigih aku google pasal Restoran Cili Padi. Akhirnya aku jumpa information yang dorang tutup kat Bangkok due to political situation dan dorang bukak kat Selatan Thai pulak. Hasil gugelan, aku jumpa another Halal restaurant nearby here. Esok baru aku nak ushar carik.

Tengah aku melayan internet dapat free wifi, masuk sorang minah dari China. Sakit je hati aku bila dia tak tahu Malaysia tu kat mana, even tak pernah dengar nama Malaysia katanya. Sakit hati punya pasal, aku malas nak layan dia. Tak lama tu dia keluar dan bila dia masuk lepas tu, dia bagitau aku dia dah tahu Malaysia. Aku ingat dia gugel, tak pun tanya member dia couple yang kecoh tadi tu. 

  

Wednesday, July 9, 2014

day8 | virus melanda

Sambungan dari entry ini: day7 | the boat tour.

Bangun pagi, aku memang betul2 flat. Paksa diri untuk Subuh dan lepas tu terus kebabom balik. Aku dengar macam hujan turun, tapi nak jenguk ke luar tingkap pun tak larat. Kejap2 aku bersin, dan tiap kali aku bersin mesti meleleh keluar. Betul2 aku jadik budak hingusan. Sudahnya, aku berselubung dalam selimut walaupun sebenarnya cuaca panas.

Tengah hari tu aku paksa diri jugak untuk bangun. Lama aku mandi, dengan harapan panas badan akan hilang dengan air yang mengalir. Lepas solat aku keluar cari makanan kat gerai Muslim tepi 7 Eleven. 


Nasi dengan green curry chicken katanya. Verdict? Tak menyengat mana pun. Rasa pedas tu buatkan aku berpeluh dan itu bagus untuk aku yang dilanda virus tak sihat. 

Lepas makan, aku berjalan entah ke mana2. Tapi yang pasti tujuan aku cuma nak bagi badan berpeluh dan melawan rasa tak sihat. Sehinggalah aku sampai kat area jeti tempat aku ambik tour boat petang semalam. 


Pasar yang aku tak tahu nama ni tak jauh dari kawasan jeti, tepi main road. Macam2 ada kat sini, termasuk uniform sekolah. 

Aku rasa mostly yang datang sini pun local peoples. Aku cuma terserempak dengan dua mat saleh yang merayau macam aku juga kat pasar ni. Habis tawaf tanpa tujuan, aku berpatah balik. Ingat nak singgah museum yang berdepan dengan tapak pasar malam tu. 

  
Chantarakasem National Museum.

Memang aku plan nak masuk ke museum ni. Ada bayaran tapi aku dah lupa. Tapi bila aku masuk kat entrance tu dan pandang bangunan yang ada dalam tu, aku rasa lain macam. Rasa yang tak selesa. Jadinya aku ambik keputusan untuk keluar. Dah lah aku tak sihat sangat, tak nak lah aku ambik risiko yang ntah apa2. Aku tak nak kejadian kat S-21 dua tahun sudah berlaku lagi.

Aku balik ke bilik dan sambung tido. Malam tu aku rasa dah okay sikit, instead of stay another day kat sini, aku nak ke Bangkok esok. Let say demam aku datang balik, aku tak perlu nak risau sangat sebab flight balik dari Bangkok. So, malam tu gigih aku booking hostel yang aku stay hujung tahun lepas. Ini adalah booking yang pertama aku buat untuk trip ni, sebelum ni semua aku redah je. Sebabnya, aku tak rasa aku cukup kuat nak redah cari hostel kat Bangkok dalam keadaan badan aku masih lemau, tambah pulak dengan beban berbelas kilo.

Sama macam semalam, aku tidur dengan bacaan Al-Baqarah sampai pagi. Lupa nak cerita, atas kepala katil aku ada lukisan perempuan dalam gaya menari. Tapiii... aku tak boleh tengok lukisan tu lama2. Tengok pun sipi2 je, sebab bila aku pandang je bulu roma aku meremang. Masa aku check bilik tu semalam aku tak perasan pulak kehadiran lukisan tu.   


Monday, July 7, 2014

day7 | the boat tour

Sambungan dari entry sebelum ini: day7 | selamat tinggal, pattaya.

Boat tour yang aku ambik dengan Tony's Place start pukul 4.00 petang dan akan memakan masa dalam 2 jam gitu. Nearly 4.00 pm, aku dah keluar tunggu kat cafe. Bila driver tuk-tuk panggil untuk boat tour, aku tengok ramai jugak yang bangun. Kitorang dimuatkan dalam 2 tuk-tuk yang slim melim, masing2 duduk senget ala2 bertimpuh gara2 tak nak bagi lutut berlaga.

Jauh jugak kitorang dibawak dengan tuk-tuk ke jeti, tempat akan bermulanya boat tour tu. Seksa duk control kaki, lenguh okay. Dah lah kaki masing2 boleh tahan panjangnya. Sampai kat jeti, kitorang di'usher' ke tempat boat kat bawah sana. 


Menunggu akak baju hitam tarik boat. Boat yang kitorang naik ni kurus panjang. Ngam2 sebaris tu muat 2 orang, kalau selit2 muat je bertiga.


Tempat pertama boat berhenti. Aku tak pasti ni bangunan apa, langsung aku tak faham apa yang ditulis. Tapi kat jeti tu ada signboard tulis Mae Nam Pa Sak. Hujung sebaris dengan bangunan ni ada temple buddha. Besar dan ramai yang datang nak sembahyang.

Masa naik kat jeti tu, setiap sorang kena bayar THB 20. Aku rasa local tak payah bayar kot sebab masa aku hulur duit, minah yang jaga tu cakap siam dengan aku, mana aku nak faham. Dek kerana muka aku yang blur tak hengat, dia ambik je duit tu, bagi tiket dan lepas tu tengok aku semacam je. Erk, aku ada buat salah ke?


Antara masjid yang aku nampak kat tepi sungai sewaktu dalam boat. Sebenarnya, sebelum menjejakkan kaki ke Ayutthaya, aku fikir susah nak dapat makanan Halal dan susah jugak nak jumpa Muslim. Ini kerana Ayutthaya terkenal dengan ruin temples yang berlambak2 dan ternyata telahan aku silap.


Kami kemudiannya singgah di sini, Wat Putthaisawan. Ini adalah sebahagian kecil je, ada reclining buddha, chedis, dan banyak ruins kat sekeliling. 

Temple ni dibina oleh pengasas dan juga raja pertama Ayutthaya, King U-Thong atas tapak istana beliau yang dikenali sebagai Wiang Lek Pavilion setelah istana beliau dipindahkan ke Tambon Nong Sano atau Phraram Swamp.


Spotted church dari dalam boat, tapi boat kitorang tak singgah kat sini. Rasanya ni first time aku jumpa church kat Thailand ni. All this while, yang banyak aku jumpa adalah temples atau wat.


Hentian terakhir, wat yang aku tak tahu nama. Tapak ni yang paling besar dan terjaga antara yang kitorang singgah. 


Buddha tak berkepala menunggu sunset. 


Susah bebenor nak tunggu takde orang kat sini. Ada je yang menyelit, aduyai.


Sunset dari wat tak tahu nama.

Masa kat sini, aku ada nampak couple Muslim yang aku pasti local dengan anak kecik melepak kat tepi sungai tu. Masa aku konon2 nak pergi tegur dorang, sekali driver boat panggil. Panggilan pulanglah pulak. Tak sempat nak bertegur sapa, haih!


Sunset dari dalam boat. 

Kitorang dibawak entah mana2 laluan, masuk lorong antara rumah penduduk kampung. Belok kanan, masuk simpang kiri, jalan lurus, then akhirnya kitorang sampai kat jeti awal tadi. Kat atas tu dah meriah dengan pasar malamnya. Aku nampak ada few stall jual makanan Halal. Tak bertangguh, aku terus ke tuk-tuk tadi dan kami dihantar ke Tony's Place dengan selamat. Atas kertas, tour ni habis pukul 6.00 petang, tapi kitorang punya tour dah drag sampai 6.30 lebih. 

Balik ke bilik, aku rehat kejap. Aku dah rasa lain macam je, hidung dah start berair, sakit kepala dan tak pasal2 aku duk bersin je. Aduh, habislah kalau aku demam. Tak pernah aku sakit time travel, even bertukar cuaca sekali pun. Aku jugak tak pernah nak bawak ubat masa travel aku tak suka makan ubat. Harap2 esok akan okay. 


Thursday, July 3, 2014

day7 | selamat tinggal, pattaya

Entry ini adalah rentetan dari kisah ini: day6 | bermalas-malasan di hari lahir.

Aku bangun pagi tu dengan keputusan untuk tinggalkan Pattaya. Kalau malam tadi aku masih lagi di persimpangan dilema untuk memilih antara Hua Hin atau ke terus ke Bangkok sahaja, pagi ni aku pasti dengan keputusan untuk ke Ayutthaya. Aku sendiri tak tahu kenapa Ayutthaya, sedangkan dalam waktu singkat sewaktu merangka trip ntah-apa-apa-ni, aku langsung tak pandang Ayutthaya. 

Dalam pukul 9.00 pagi aku dah siap turun untuk check out. Aku tanya receptionist cara paling senang dan murah nak ke stesen bas. Antara taxi dan motor taxi, akhirnya aku memilih motor taxi dan lepas bargain dengan pak cik tu, dapatlah THB 100. Bila dah sampai kat stesen bas tu, aku rasa THB 100 tu memang berbaloi2, lenguh jugaklah duk pikul backpack atas motor. 

Pak cik motor taxi berhentikan motor betul2 depan kaunter tiket. Lepas bayar tambang, aku ingat pak cik tu nak terus pergi tapi dia tunggu aku beli tiket. Lepas tunjukkan tiket yang aku dah beli, baru pak cik tu pergi sambil senyum dan anggukkan kepala. Risau kot kalau2 aku tak reti beli tiket. 


Ruang menunggu sebelah kaunter tiket je. Ada kedai jual souvenir dan makanan. Aku ingat nak beli FM Pattaya, tapi tengok harga terus aku letak balik. Mahal bebenor. Kat sini bas akan ke Bangkok tapi ke 3 destinasi berbeza; Southern, Mo Chit dan Ekamai.


Since aku akan ke Ayutthaya, so aku ambik bas ke Mo Chit. Tambangnya THB 133 dan bas akan bergerak pukul 9.40 pagi. Pukul 9.30 pagi, penumpang dah boleh naik bas. Backpack yang gedabak tu aku letak kat bawah, pastu konduktor bagi keratan tiket kecik dalam gambar atas tu dan another keratan distaplekan kat backpack, macam naik flight pulak. 

Walaupun dah naik 10 minit awal, tapi bas gerak dalam pukul 9.50 pagi jugak. On the way tu, banyak kali jugak bas berhenti kat stesen kecik ambik passenger lain. Aku pulak kalau naik kenderaan, macam biasalah. Membuta je kejenya, sesekali aku terjaga, pastu sambung tidur sampai sudah. 


Spotted this masa dalam perjalanan. Masa ni dah menghampiri Bangkok dah rasanya. 

Nearly 2 hours jugaklah perjalanan dari Pattaya ke Bangkok. Masa sampai kat Mo Chit, dah hampir pukul 12 tengahari. Turun dari bas, aku blur kejap. Masa ambik bag, aku tanya akak konduktor tu camner nak ambik bas ke Ayutthaya. Sekali akak tu panggil pak cik teksi suruh aku tanya. Aku tanya macam mana nak ambik bas, pak cik tu duk insist suruh aku naik teksi dia. 

"You take taxi, it's comfortable," gitu cubaan pak cik teksi menggoda aku.

"I don't have money." Gitu aku menolak dengan muka ketat pastinya. Terus muka pak cik tu berubah. Dan2 dia tunjukkan ke arah bangunan terminal belakang sana.


A adalah dari tempat bas aku berhenti dan turunkan penumpang dan B adalah arah yang patut aku ambik untuk beli tiket ke Ayutthaya. 

Jauh jugak nak menapak ke dalam building tu, tambah pulak tengah panas terik. Masuk dalam tu, lega kejap. Tak jumpa signboard yang membantu, aku tanya orang kat kaunter. Masuk2 je memang korang akan nampak kaunter banyak, berderet2. Dorang suruh aku ke kanan lagi. Rupa2nya kaunter mini-bus @ van. Okaylah sebab tambang terus ke terminal bas Ayutthaya pun THB 60 je. Just nice aku dapat tiket pukul 12.00 tengah hari, tapi nan adonya gerak on time. 

Aku ingatkan van ni straight je pegi Ayutthaya, tapi rupa2nya macam prebet sapu pun ada jugak. Setiap kali jumpa bus stop, mesti van ni berhenti. Bila hampir semua yang naik dengan aku dah turun, aku cuak jugak kot2 aku kena kidnap ke apa imaginasi tak boleh blah. Tak lama lepas tu aku nampak signboard arah ke Ayutthaya, lega rasa di hati. 

Aku totally lost bila akak konduktor bagitau dah sampai Ayutthaya. Aku memang tak reti nak imagine macam mana keadaan Ayutthaya ni. Turun dari van, aku melilau berjalan ikut kaki tanpa arah. Nampak 7E, aku singgah beli air dan masa bayar tu aku tanya Tony's Place, siap tunjuk alamat lagi. Tapi hampeh je bila minah tu buat tak tau je. 

Keluar dari 7E, aku lepak depan tu sambil ushar keliling. Toing! Aku terperasan ada signage P.R Guesthouse kat sebelah 7E tadi. Aku tanya bilik kosong, dia bawak aku ke tingkat 3 tapi shared bathroom. Harga THB 300 per night. Aku tanya Tony's Place dan dia tunjukkan kat seberang sana jalan. Lepas tu baru aku perasan signnage Tony's Place sebesar alam!

Lepas tengok bilik, aku setuju ambik untuk 2 malam. Harga THB 350 semalam dan bilik air kat dalam as I wish. 


Bilik aku hujung belah kanan. Sebelah almari tu sharing bathroom untuk mereka2 yang berkongsi. 

Lepas letak bag semua, aku keluar lagi ke tempat van turunkan aku tadi. Ada few stalls yang ownernya Muslim. Aku beli apa yang patut untuk isi perut dan balik ke bilik. Aku settlekan payment untuk bilik, dapatkan password untuk wifi free dan booking boat tour dengan Tony's Place pukul 4.00 petang karang. In the mean while, aku rehat dulu kat bilik dengan aksi bebas menghilangkan lenguh. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...