Tuesday, June 30, 2015

tbs | 8 - selamat pagi, saigon

Entry terdahulu di sini:


Dalam pukul 12.20 midnight, bas sampai. Dapat seat tengah paling belakang, sama macam seat bas ke Dalat tempoh hari. Assistant bas ni kureng lah. Ada yang dia bagi air, ada yang tak. Mujur aku dapat. Selimut aku ambik sendiri, in fact ramai yang ambik sendiri. Pakcik mat saleh sebelah aku tu penatlah duk buat isyarat mintak selimut, tapi dia buat donno je, last2 pakcik tu bangun ambik sendiri. Mamat assistant bas ni pilih kasih, kalau orang Vietnam naik dia boleh pulak pegi ambikkan selimut tu.

Ada kisah lucu, lepas aku dah selesa baring, naiklah 2 orang makcik minah saleh yang kepoh dan seat dorang depan aku. Masa mamat bas tu pegi belakang ambik selimut untuk minah Vietnam, makcik rambut pendek tarik dari tangan mamat tu. Mamat tu lepas dan dia pi belakang ambik lagi sekali. This time makcik cekeding tu pulak yang tarik. Sambil merengus mamat tu ke belakang ambik yang lain. Padahal boleh je dia ambik banyak2 dan pass kat semua passenger, ini tak. Pemalas yang amat.

Makcik kepoh berdua tu memang kecoh. Dah awal pagi, semua orang ngantuk nak tido, dia boleh gelak2 lagi. Dah lah gelak merenyam, pastu kang kejap sembur perfume itu, pastu test another perfume pulak. Pakcik mat saleh kat sebelah kanan dah jeling2 pun dia boleh buat tak tahu je. Dalam hati duk membebel kat makcik berdua tu, aku terlena jugak.  

Few times terjaga, aku sambung tido balik. Dan aku betul2 bangun bila bas dah masuk town Saigon. Bas berhenti depan park kat area De Tham Street, around 5.20 am kitorang sampai. Duk melangut kejap depan park hilangkan pening, aku berjalan ke alley yang banyak homestay. Awal pagi, memang kebanyakan pintu masih berkunci lagi. Most yang kitorang jumpa hanya bagi check in after 12 noon. Kemudian kitorang decide lepak kat park tu dulu tunggu hari cerah. Sekali nampak ada orang keluar dengan backpack dari another alley, terus kitorang ke tempat tu.

Dalam tu ada banyak hotel, tapi harga agak mahal. Second hotel yang kitorang tengok tu, dia turunkan harga dan bagi check in terus. Pucuk dicita, ulam mendatanglah jawabnya. Kingway mandi, aku belasah tido. Dua tiga kali dia keluar masuk bilik, aku still tido lagi. Last2 dalam pukul 9 lebih bila dia bawak sandwich dengan yogourt untuk aku, terus aku bangun dan mandi dan bersiap.

Since Anh dah sms kata tak boleh datang jumpa aku, so aku just berjalan ikut suka kaki je hari ni. Sandwich yang Kingway bagi aku masukkan dalam tong sampah kat park, aku dah bagitau tak payah belikan pape, degil jugak minah tu. 
  

30 April adalah hari ulang tahun kemerdekaan Vietnam. Kat mana2 je penuh poster tu. Date nya sama dengan birthday aku.


Aku brunch dengan Vietnam pho kat restoran Hajah Basiroh. 


Pho ni dihidangkan dengan ulam tak tahu nama, cili potong dan limau nipis serta sambal cili kering dan kacang tanah. Ulam dengan cili potong tu aku tak sentuh, tapi sambal cili dengan kacang tanah tu best bila dicampur dengan pho. 

Lepas perut dah kenyang, aku berjalan ke Palace. Tapi masa aku sampai tu dah tutup dan pagi esok pulak baru dorang bukak. So, dari situ aku berjalan ke cathedral.


Bangunan lama bercat kuning ni katanya mahkamah. Tak boleh masuk dan depan gate aku nampak signage no picture.


Jalan sebelah cathedral tu penuh dengan umat manusia. Nampak tak tentera berbaju hijau tu? Dorang baru lepas perarakan. In fact, masa aku sampai ni, jalan ni baru je dibuka. Tadi ditutup sebab sambutan kemerdekaan.


The cathedral yang letaknya sebelah bangunan pejabat pos. 


Inilah bangunan pejabat pos yang menjadi sebutan ramai. 


Interior.


The map.


Kat dalam ni ada few row meja dan bangku macam ni. Sempatlah aku melepak tulis poskad untuk diri sendiri. Free postcard dah habis, so aku beli je lah sekeping dengan akak kat kaunter tu.


Aku rasa post office ni bukan hanya jadi tumpuan tourist, tapi jugak antara tempat lepak local peoples. 


Poskad dah settle, so dah takde apa yang tinggal lagi. 


The Notre Dame Cathedral, sebelum pulang.


Jalan pun dihias indah sempena sambutan hari kemerdekaan dorang.

On the way balik aku lalu ikut jalan lain. Entah mana2 jalan aku lalu, sesuka hati je tanpa panduan. In fact, kalau sengsorang, itulah cara aku berjalan. Aku rasa lebih free.


Aku cuma lalu depan muzium ni. Berhenti depan entrance dan ambik gambar sebelum kembali berjalan tanpa arah. Entah kenapa aku tak terasa nak masuk.

On the way balik, aku singgah ke Ben Thanh Market. Tergoda lah jugak dengan kain pasang dan aku rasa beli guna MYR lebih untung dari guna USD. Sempatlah merembat beberapa pasang untuk raya. Dah settle habiskan duit tanpa pedoman, aku balik ke bilik hantar hasil belian.


Saturday, June 27, 2015

tbs | 7 - bukan pasir di pantai

Entry terdahulu di sini:


Bila urusan check in hotel mak dan anak tu dah selesai, kitorang kembali bergabung untuk menghabiskan tour petang ni. Kali ni jeep bawak kitorang lalu balik laluan yang aku datang dari Dalat tengah hari tadi. Kira berpatah balik lah. 


Aku suka jalan ni. Masa datang dari Dalat tadi aku tak berupaya nak capture gambar jalan ni.


Lembu memang banyak walaupun kawasan padang ni nampak gersang giler. Yang pasti jeep kitorang banyak kali jugak sama ada terpaksa perlahan atau stop kejap sebab bagi laluan lembu2 ni melintas jalan.

Jeep akhirnya masuk ke simpang kanan di mana ianya adalah laluan tanah merah yang berdebu. Malahan berlubang2 keadaan jalannya. Dari apa yang aku tengok, dorang macam nak buat jalan. Lori keluar masuk pun banyak. Sampai kat hujung simpang, brother jeep berhenti. Rupa2nya ada jeep rosak. So, dorang tolong tolak jeep tu ke tepi. Patutlah ada banyak jeep yang berhenti kat simpang tu. 


Driver jeep sibuk duk pakat tolak jeep yang rosak tu, lembu2 ni pun sama sibuk. Menyibuk lebih tepat. 

Dari tempat jeep rosak tu dah tak jauh dah. Ke kiri dan lurus je. Kalau dari gambar atas tu, lurus je. Aku perasan ada 2 tempat untuk entrance. Brader jeep kitorang parking kat tempat paling hujung. Dari situ, dorang offer ambik atv pulak nak ke padang pasir. Padahal boleh je jeep tu bawak ke bukit pasir tu. Aku dah lupa berapa charge, kalau tak silap dalam $40 untuk satu atv. Kitorang akhirnya pakat nak berjalan je instead of hire atv. 

Makcik Thai tu tak nak ikut sama, dia tunggu anak dia kat tempat parking tu. Berjalanlah kami bertiga tengah panas berdenting tu. Seksa jugak bila kaki asyik tenggelam dalam pasir je. Nak buat macam mana, pasrah je lah demi nak selamatkan dollar yang dah tinggal sisa je ni. 


Yang kecik kat atas tu adalah kelompok manusia, atv dan jeep. Oh ya, kitorang ke white sand dunes.


Nama je white sand dunes, tapi warna tak putih pun. Ada certain part yang pasir ni warna putih. The rest sama macam dalam gambar ni.


Hajat hati nak menapak sampai ke hujung sana. Tapi bila memikirkan kepanasan yang membahang, masa yang diberi untuk cover ni pun 40 minit je, memang mampu pandang dari jauh je lah.


Pun tak sempat nak ke tasik hujung tu. Hanya berupaya pandang2 jeling2 je. Yang hitam2 kecik tu atv dan yang besar sikit tu jeep.


Sebelum pulang...

Sampai kat tempat parking tu, tak tunggu lama. Kitorang terus dibawak balik untuk singgah ke destinasi terakhir sekaligus mengejar sunset. Kitorang berpatah balik sebab red sand dunes lokasinya tak jauh dari pekan Mui Ne. Nak ke white sand dunes ni memang melepasi red sand dunes tu lah. Kalau korang datang sendiri confirm tak sesat, sebab padang pasirnya tepi main road. Orang memang ramai, tak kira masa.


Gigih aku nak snap lagi sekali laluan ni. 


Terpongeh nak daki sand dunes ni. Nampak macam takde orang, tapi takde maknanya.


Dah sampai atas ni, view makin cantik. Kan dah nampak orang yang macam semut. Tu baru separuh.


Gigih nak kejar sunset. Gigih jugaklah mendaki ke sebelah kiri sand dunes. Belah kiri ni tak seramai yang belah kanan.


Mereka yang menanti.


Dan ramai jugak yang main sliding ni. Plastic sliding tu memang ramai local yang sewakan. Aku ada tanyakan harga, tapi lupa dah.


Macam lukisan.


Matahari yang tadi bersinar terang dan nak sembunyi pulak.


Memang hampa, sunset yang ditunggu tak kunjung tiba. 

Lebih kurang pukul 6.00 aku turun ke parking dengan Kingway minah Chinese yang boleh berbahasa Vietnam. Minah Thai tadi naik suku je, pastu dia turun lepak dengan mak dia kat bawah. Brader jeep hantar mak dan anak ke hotel sebelum hantar kitorang ke tempat tour agent tadi. 

Kitorang berdua merayap cari makan. Aku just minum air kelapa je, mahal giler kelapa walaupun tepi pantai. Setelah diconvert harganya RM 5.00. Habis makan kitorang berjalan tanpa tujuan. Aku nampak sebuah restoran Halal, Indian, biasalah. Lupa pulak nak ambik gambar restoran tu.


Mui Ne, walaupun pekan kecil tapi tetap meriah di malam hari. 

Dah penat merayau, kitorang akhirnya ambik keputusan nak lepak je kat tempat tour agent tu. Since dapat wifi free, dapatlah aku melayan whatsapp dengan check email. Sambil2 tu main game kat handphone, sekadar nak hilangkan rasa boring menunggu. 

Tengah syok main game, tetiba bunyi suara perempuan menjerit2. Masing2 terkejut dan tertanya2. Tak lama lepas tu nampak minah saleh ni bergaduh dengan kawan2 dia, siap mencarut2 lagi. Aku dah cuak masa tu, manalah tahu kalau2 dia buat giler serang kitorang pulak. Semua orang keluar, couple tour agent tempat kitorang melepak ni yang dah masuk tido pun keluar tengok. Tadi minah tu siap duk bersila tengah jalan. Pastu bila dia bangun dan berlari2 sambil menangis, pastu hilang dari pandangan, semua back to normal. Dari apa yang aku dengar masa dia memaki hamun tu, dia kantoi dengan mamat kat club. Lor, itupun nak kecoh2 bangunkan satu pekan. Mujur tak lama, dapatlah aku tenangkan balik rasa terkejut tadi. 


Thursday, June 25, 2015

tbs | 6 - selamat tinggal, dalat

Entry terdahulu di sini:


Pagi yang sejuk memang syok berbungkus, malas nak bangun. Dua kali aku snooze kan alarm, baru aku bangun. Lepas mandi, aku packing dan about 6.40 am aku keluar. Joseph tengah bersembang dengan couple French masa aku keluar tu. Asalnya dia ingat aku ke Nha Thrang dengan couple tu, tapi bila aku kata aku ke Mui Ne, baru dia ingat. Yang akan ke Nha Thrang dengan couple French tu, minah Mexican. Dorang bertiga tu gamble je ke Nha Thrang sebab kat Dalat dah takde room for this couple of days.

Pick up aku patutnya pukul 7 pagi, tapi 7 lebih baru sampai. Traffic kat Dalat jammed, lebih teruk dari semalam lagi. Pick up adalah van 12 seater dan kata Lanh lagi, nanti akan di transfer ke bas. Aku yang first dorang pick up, pastu a Vietnamese speaking Chinese lady dengan few couples westerners. Masa last passenger naik, minah yang jadi assistance driver tu turun. Van dah penuh dengan backpack semua passengers. 

Lepas minah assistance driver tu turun, semua mat/minah saleh dalam van duk sok sek sok sek bergossip.
"Are we going to Mui Ne with this van?"
"No, I don't think so. We should get the bus."
"Yeah, yeah. We are suppose to be on the bus."
Bersambung2 dorang bergossip penuh curious. Yang pasti berkisar pasal transport yang sepatutnya bawak kitorang ke Mui Ne. Aku dengar je, malas nak sampuk pape and by right, kitorang memang patutnya naik bas. 

Masa driver van berhenti nak gi toilet tapi dia pronounce bunyi macam college, aku and the rest confuse kejap. Tapi bila semua orang realize yang dia nak ke toilet, semua bantai gelak dalam van yang packed giler tu. Geng mat/saleh ni duk bergossip lagi pasal van versus bas. Tapi bila driver tu datang balik, semua senyap. 

Tapi bila pakcik driver tak stop kat stesen bas atas bukit tu, aku dah rasa yang kitorang akan ke Mui Ne dengan van. Full stop! Masa ni semua orang dah senyap, masing2 layan perasaan dan pasrah. Takde sok sek sok sek, takde gossip. After all, pakcik driver tu tak reti cakap English. Kalau tanya pun dia sengih je, pastu angguk2. Dalam panas dan sendat tu, terlena jugaklah aku. Bila jalan dah turun naik macam roller coaster, terus mata terbukak je. Dah susah nak tido. Sudahnya, melayan perasaan sambil tengok hutan kat luar.  


Tetiba nampak pipeline panjang dari tasik ke puncak bukit ni. Tengah2 hutan pulak tu, curious tapi tak tahu nak tanya siapa. Tak nampak pulak rumah penduduk kat kawasan tu.

Masa pakcik driver berhenti makan, kitorang semua turun sebab dalam van panas. Tapi takde sorang pun yang makan. Elok je pakcik tu settle, perjalanan diteruskan. Aktiviti tidur bersambung lagi. Tapi bila dah macam menghampiri Mui Ne, aku dah celik sepenuhnya. Sebab view dah start cantik.


Gambar yang paling cun yang berjaya aku ambik. Tetiba rasa macam kat padang pasir di negara arab daa...


Tasik tepi jalan dan belakangnya pasir bewarna putih. 


Tanah gersang berlatar belakangkan lautan yang membiru.

Sampai kat Mui Ne around 12.30 noon, panas berdenting. Dari apa yang aku dengar, bilik kat Mui Ne full. Aku tak bermalam kat Mui Ne, transit kejap je sebabnya pukul 1 pagi karang aku ambik bas ke Saigon. Sekali minah Chinese yang naik van dengan aku pun akan naik bas yang sama pagi nanti. Pastu kitorang sama2 ambik half day tour - sunset tour. Last2 aku pair dengan dia je, takde lah aku sengsorang. 

Kitorang tinggalkan beg kat tour agent tu. Since tour kitorang start pukul 2 petang dan masa panjang lagi, sempatlah pegi cari makanan dulu. Pekan Mui Ne ni main road dia satu ni je, dari hujung ke hujung. Dah hujung2 pekan baru nampak simpang lain. Tepi jalan ni banyak jugak restoran, pilih je mana berkenan. 


Nasi goreng seafood gaya Thai. Seafood boleh tahan banyak, egg yolk memang aku ketepikan, tak lalu nak makan. Tapi gaya Thai tang mana yang aku tak tahu. 

Dah selesai lunch, kitorang lepak je kat situ sambil ushar orang lalu lalang. Mujur pekerja restoran tu tak halau kitorang. Kalau nak berjalan pun, malas bebenor tengah panas macam ni. Nak ke tempat tour agent tu, lagilah tak selesa. Kat restoran ni jugak yang comfy. Lagi 15 minit nak pukul 2, baru kitorang balik ke tempat tour agent. 

Selain kitorang berdua, ada 2 orang lagi join tour ni. A mother and daughter dari Thailand. Jeep kitorang naik ni memang old school lah. Ralat pulak aku tak ambik gambar, terlupa. Confirm aircond takde, hirup udara luar yang berdebu je lah. Shock jugaklah badan aku sekejap, dari Dalat yang sepanjang hari macam duk dalam aircond, tetiba ke tempat yang panas berdenting. First stop kitorang adalah fairy stream. Mamat tu bagi kitorang masa 40 minit je, dia tunggu kat tempat parking.


Nak sampai ke sini jenuh lah jugak menapak, macam2 bau ada. Bila dah sampai sini, tahi lembu bersepah2. Dalam air ada, kat atas darat pun berlambak. Nak tak nak, pejam mata ajelah berjalan meredah air coklat tu. Tak ada tempat nak mengelak.


Hujung selekoh gambar atas tadi baru jumpa bukit pasir ni. Masa sampai kat sini macam takde orang sangat. Tak sampai pun 10 orang. Aku jalan ke depan lagi ikut aliran sungai.


Mini pinnacles. 


Pasir merah dan putih ni berselang seli, pulak.


Dua warna bersatu. Pasir ni halus yang amat. Bila angin bertiup je, akan nampaklah pasir2 ni berterbangan. 


Penghujung anak sungai tadi ada kolam kecik ni. Ada few budak2 local duk mandi manda. Adik tu kata ada air terjun kat belah sana. Mula tu gigih jugak aku panjat bukit belah kiri nak tengok air terjun. Tak tahan panas tapak kaki, aku give up. Bila pakai sandal susah nak berjalan bila kaki asyik tenggelam dalam pasir.


Air mengalir dari bawah bukit pasir ni. 


Pokok tak tahu nama hidup subur dan berbunga lebat.


Lagi...

Kitorang ambik lebih 40 minit yang diberi. Nasib baik mamat tu okay, tak marah. Kat area parking tu ada restoran, dan kat restoran tu kitorang tumpang basuh kaki. Dari fairy stream kitorang dibawa ke kampung nelayan. Sehala je dengan laluan ke fairy stream tadi. Jeep berhenti kat tepi jalan, dah banyak jeep lain yang parking tepi jalan tu. Most tour kat Mui Ne guna jeep dan waktu tour sama je. Unless kalau korang charter private tour. 


View dari atas tebing tinggi, tepi jalan tempat parking jeep. Sampan bulat tu memang sinonim dengan Vietnam.

View fishing village ni memang tak dinafikan memang cun. Kalau kaki photographer datang sini, sure boleh tenggelam menembak. Tapi... jangan terpedaya. View cun tapi bau busuk. Sampah sarap, sisa hasil laut tak diurus dengan baik. Memang menusuk hidunglah menahan bau. Dari atas tu, kitorang turun ke bawah. Laluannya adalah bertangga. Nak turun syoklah, tapi bila naik terpongeh lah.


Kulit kerang ni bersepah kat tepi pantai. Jangan haraplah nak berjalan dengan aman damai kalau berbare foot. Tak pasal2 luka tapak kaki. Kat bawah ni pun bau boleh tahan jugak.


Kebanyakan nelayan ni dah balik, tu sebab sampan2 banyak kat pantai ni. Memang tak nampak orang melepak kat pantai ni, mungkin jugak sebab takde yang tahan dengan bau kot.


Clear blue sky versus biru laut. Hiasannya adalah sampan dan boat nelayan dan kat hujung sana kampung nelayan.

Kat sini kitorang tak lama mana. Lepas dah settle ambik gambar, cepat2 kitorang balik ke jeep. Tak tahan panas ye jugak, tapi yang paling tak tahan hidunglah. Dari kampung nelayan ni dah nampak banyak simpang. Jeep kitorang singgah hantar pasangan mak dan anak check in kat hotel tak jauh dari kampung nelayan tu. Lepas dah check in, dorang join kitorang balik untuk ke destinasi seterusnya. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...