Thursday, June 25, 2015

tbs | 6 - selamat tinggal, dalat

Entry terdahulu di sini:


Pagi yang sejuk memang syok berbungkus, malas nak bangun. Dua kali aku snooze kan alarm, baru aku bangun. Lepas mandi, aku packing dan about 6.40 am aku keluar. Joseph tengah bersembang dengan couple French masa aku keluar tu. Asalnya dia ingat aku ke Nha Thrang dengan couple tu, tapi bila aku kata aku ke Mui Ne, baru dia ingat. Yang akan ke Nha Thrang dengan couple French tu, minah Mexican. Dorang bertiga tu gamble je ke Nha Thrang sebab kat Dalat dah takde room for this couple of days.

Pick up aku patutnya pukul 7 pagi, tapi 7 lebih baru sampai. Traffic kat Dalat jammed, lebih teruk dari semalam lagi. Pick up adalah van 12 seater dan kata Lanh lagi, nanti akan di transfer ke bas. Aku yang first dorang pick up, pastu a Vietnamese speaking Chinese lady dengan few couples westerners. Masa last passenger naik, minah yang jadi assistance driver tu turun. Van dah penuh dengan backpack semua passengers. 

Lepas minah assistance driver tu turun, semua mat/minah saleh dalam van duk sok sek sok sek bergossip.
"Are we going to Mui Ne with this van?"
"No, I don't think so. We should get the bus."
"Yeah, yeah. We are suppose to be on the bus."
Bersambung2 dorang bergossip penuh curious. Yang pasti berkisar pasal transport yang sepatutnya bawak kitorang ke Mui Ne. Aku dengar je, malas nak sampuk pape and by right, kitorang memang patutnya naik bas. 

Masa driver van berhenti nak gi toilet tapi dia pronounce bunyi macam college, aku and the rest confuse kejap. Tapi bila semua orang realize yang dia nak ke toilet, semua bantai gelak dalam van yang packed giler tu. Geng mat/saleh ni duk bergossip lagi pasal van versus bas. Tapi bila driver tu datang balik, semua senyap. 

Tapi bila pakcik driver tak stop kat stesen bas atas bukit tu, aku dah rasa yang kitorang akan ke Mui Ne dengan van. Full stop! Masa ni semua orang dah senyap, masing2 layan perasaan dan pasrah. Takde sok sek sok sek, takde gossip. After all, pakcik driver tu tak reti cakap English. Kalau tanya pun dia sengih je, pastu angguk2. Dalam panas dan sendat tu, terlena jugaklah aku. Bila jalan dah turun naik macam roller coaster, terus mata terbukak je. Dah susah nak tido. Sudahnya, melayan perasaan sambil tengok hutan kat luar.  


Tetiba nampak pipeline panjang dari tasik ke puncak bukit ni. Tengah2 hutan pulak tu, curious tapi tak tahu nak tanya siapa. Tak nampak pulak rumah penduduk kat kawasan tu.

Masa pakcik driver berhenti makan, kitorang semua turun sebab dalam van panas. Tapi takde sorang pun yang makan. Elok je pakcik tu settle, perjalanan diteruskan. Aktiviti tidur bersambung lagi. Tapi bila dah macam menghampiri Mui Ne, aku dah celik sepenuhnya. Sebab view dah start cantik.


Gambar yang paling cun yang berjaya aku ambik. Tetiba rasa macam kat padang pasir di negara arab daa...


Tasik tepi jalan dan belakangnya pasir bewarna putih. 


Tanah gersang berlatar belakangkan lautan yang membiru.

Sampai kat Mui Ne around 12.30 noon, panas berdenting. Dari apa yang aku dengar, bilik kat Mui Ne full. Aku tak bermalam kat Mui Ne, transit kejap je sebabnya pukul 1 pagi karang aku ambik bas ke Saigon. Sekali minah Chinese yang naik van dengan aku pun akan naik bas yang sama pagi nanti. Pastu kitorang sama2 ambik half day tour - sunset tour. Last2 aku pair dengan dia je, takde lah aku sengsorang. 

Kitorang tinggalkan beg kat tour agent tu. Since tour kitorang start pukul 2 petang dan masa panjang lagi, sempatlah pegi cari makanan dulu. Pekan Mui Ne ni main road dia satu ni je, dari hujung ke hujung. Dah hujung2 pekan baru nampak simpang lain. Tepi jalan ni banyak jugak restoran, pilih je mana berkenan. 


Nasi goreng seafood gaya Thai. Seafood boleh tahan banyak, egg yolk memang aku ketepikan, tak lalu nak makan. Tapi gaya Thai tang mana yang aku tak tahu. 

Dah selesai lunch, kitorang lepak je kat situ sambil ushar orang lalu lalang. Mujur pekerja restoran tu tak halau kitorang. Kalau nak berjalan pun, malas bebenor tengah panas macam ni. Nak ke tempat tour agent tu, lagilah tak selesa. Kat restoran ni jugak yang comfy. Lagi 15 minit nak pukul 2, baru kitorang balik ke tempat tour agent. 

Selain kitorang berdua, ada 2 orang lagi join tour ni. A mother and daughter dari Thailand. Jeep kitorang naik ni memang old school lah. Ralat pulak aku tak ambik gambar, terlupa. Confirm aircond takde, hirup udara luar yang berdebu je lah. Shock jugaklah badan aku sekejap, dari Dalat yang sepanjang hari macam duk dalam aircond, tetiba ke tempat yang panas berdenting. First stop kitorang adalah fairy stream. Mamat tu bagi kitorang masa 40 minit je, dia tunggu kat tempat parking.


Nak sampai ke sini jenuh lah jugak menapak, macam2 bau ada. Bila dah sampai sini, tahi lembu bersepah2. Dalam air ada, kat atas darat pun berlambak. Nak tak nak, pejam mata ajelah berjalan meredah air coklat tu. Tak ada tempat nak mengelak.


Hujung selekoh gambar atas tadi baru jumpa bukit pasir ni. Masa sampai kat sini macam takde orang sangat. Tak sampai pun 10 orang. Aku jalan ke depan lagi ikut aliran sungai.


Mini pinnacles. 


Pasir merah dan putih ni berselang seli, pulak.


Dua warna bersatu. Pasir ni halus yang amat. Bila angin bertiup je, akan nampaklah pasir2 ni berterbangan. 


Penghujung anak sungai tadi ada kolam kecik ni. Ada few budak2 local duk mandi manda. Adik tu kata ada air terjun kat belah sana. Mula tu gigih jugak aku panjat bukit belah kiri nak tengok air terjun. Tak tahan panas tapak kaki, aku give up. Bila pakai sandal susah nak berjalan bila kaki asyik tenggelam dalam pasir.


Air mengalir dari bawah bukit pasir ni. 


Pokok tak tahu nama hidup subur dan berbunga lebat.


Lagi...

Kitorang ambik lebih 40 minit yang diberi. Nasib baik mamat tu okay, tak marah. Kat area parking tu ada restoran, dan kat restoran tu kitorang tumpang basuh kaki. Dari fairy stream kitorang dibawa ke kampung nelayan. Sehala je dengan laluan ke fairy stream tadi. Jeep berhenti kat tepi jalan, dah banyak jeep lain yang parking tepi jalan tu. Most tour kat Mui Ne guna jeep dan waktu tour sama je. Unless kalau korang charter private tour. 


View dari atas tebing tinggi, tepi jalan tempat parking jeep. Sampan bulat tu memang sinonim dengan Vietnam.

View fishing village ni memang tak dinafikan memang cun. Kalau kaki photographer datang sini, sure boleh tenggelam menembak. Tapi... jangan terpedaya. View cun tapi bau busuk. Sampah sarap, sisa hasil laut tak diurus dengan baik. Memang menusuk hidunglah menahan bau. Dari atas tu, kitorang turun ke bawah. Laluannya adalah bertangga. Nak turun syoklah, tapi bila naik terpongeh lah.


Kulit kerang ni bersepah kat tepi pantai. Jangan haraplah nak berjalan dengan aman damai kalau berbare foot. Tak pasal2 luka tapak kaki. Kat bawah ni pun bau boleh tahan jugak.


Kebanyakan nelayan ni dah balik, tu sebab sampan2 banyak kat pantai ni. Memang tak nampak orang melepak kat pantai ni, mungkin jugak sebab takde yang tahan dengan bau kot.


Clear blue sky versus biru laut. Hiasannya adalah sampan dan boat nelayan dan kat hujung sana kampung nelayan.

Kat sini kitorang tak lama mana. Lepas dah settle ambik gambar, cepat2 kitorang balik ke jeep. Tak tahan panas ye jugak, tapi yang paling tak tahan hidunglah. Dari kampung nelayan ni dah nampak banyak simpang. Jeep kitorang singgah hantar pasangan mak dan anak check in kat hotel tak jauh dari kampung nelayan tu. Lepas dah check in, dorang join kitorang balik untuk ke destinasi seterusnya. 


3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...