Showing posts with label Aviation. Show all posts
Showing posts with label Aviation. Show all posts

Sunday, October 18, 2015

kte - szb - klia | transfer dari airport ke airport

Ni cerita masa aku balik kampung hujung Ogos lepas. Masa aku pegi panjat Bukit Keluang dulu tu. Cerita pasal Bukit Keluang dah lama aku up. Aku memang plan nak up pasal airport transfer dari airport ke airport, tapi aku bagi laluan untuk habiskan entry Lombok dulu. 

Selalunya bila aku balik kampung, aku mesti akan drive. Sebabnya kalau aku balik naik bas atau flight, aku mesti patah kaki kat umah. Motor memang aku tak reti nak bawak. Tapi semenjak aku gilir2 tinggalkan antara si kuning dan si biru kat kampung, aku ada option untuk tak payah drive balik kampung lagi. So, masa balik hari tu aku naik bas dari Putrajaya Sentral dan balik ke KL aku naik Malindo Air.

Dah beli tiket flight baru aku realize yang aku nak kena transfer dari Subang Airport ke Putrajaya Sentral, sebab aku tinggal kereta kat Putrajaya Sentral. Gigih aku carik info sebelum balik, last2 aku jumpa option ambik SkyPark shuttle bus dari Skypark ke LRT Kelana Jaya, then ambik bas rapid ke Putrajaya Sentral. Tapi info tu tak sure reliable ke tak sebab aku tak jumpa orang yang guna route tu. 


Masjid sebelah bangunan terminal Airport Kerteh. Airport ni dibuka pada 15 Ogos 1985 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Rumah aku dekat dengan airport Kerteh, tak sampai setengah jam pun. Sebab tu aku ambik flight dari sini instead of KT. Punyalah airport ni bukak dah lama, tapi inilah pertama kali aku jejak dalam ni. Selalu tinjau dari luar je. Untuk pengetahuan, airport Kerteh bukan dibawah pengurusan Malaysia Airport Berhad, tapi dibawah pengurusan Petronas. 

Flight aku pukul 5.40 petang. Tapi sebab airport kecik, datang lambat pun takde hal. Tak payah nak tergesa2 sangat. Airlines yang fly antara Kerteh dan Subang adalah Malindo dan Firefly. Both ada dua flight setiap hari, pagi dan petang. Malindo flies 5 days a week and Firefly flies 3 days a week. Masing2 guna flight ATR. Dulu2 ada Asmara Air fly route Kerteh - Subang, tapi kejap je sebelum tutup kedai. Airport Kerteh mainly served for transporting workers of Petronas and ExxonMobil to various oil platform. Helicopter operator pulak ada dua, MHS Aviation used to be the main operator dan Weststar Aviation Services.

Cuaca petang tu agak berjerebu. Pilot pun ada mention pasal haze kat Subang with limited visibility. Dalam flight dapatlah air mineral cup dengan biskut sepaket. Naik ATR takde in-flight movie, masa aku naik 737-NG sempat layan movie lagi. 


Memang Subang berjerebu, dah nak touchdown baru nampak warna kat bawah. Kalau tak kelam je dari atas. 

Rindunya lah dengan runway Subang Airport ni, selalu lalu kat luar je. Lepas last flight for solo check in June 2005, aku dah tak beramah mesra dengan runway lagi. Cuma sesekali bila ada kerja kat Subang, aku intai dari jauh je. Sekadar melepas rindu kata orang. 


Masa tengah taxiing ke terminal. Airport Subang sekarang dah makin meriah, dah banyak company general aviation kat sini. Dah makin busy lah airport Subang sekarang ni. 

Lepas ambik luggage, aku memang dah aim nak carik SkyPark shuttle bus je. Tapi masa aku nak keluar tu, aku nampak banner shuttle bas ke KLIA/KLIA2. Keluar je dari arrival, aku ke kanan dan nampak kaunter shuttle kat tengah2 tu. Next bas pukul 7.00 katanya, ada masa lagi dalam 10 minit dan aku terus beli tiket ke KLIA. Aku ada ambik brochure, tapi hilang pulak bila aku nak ambik gambar. Tapi takpe, korang boleh bukak website dorang kat sini. Selain dari KLIA/KLIA2, shuttle bus ni jugak ke KL Sentral dan tambangnya RM 10 sehala. Bas baru dan selesa. Tapi pening jugaklah sebab bau kedai kuat sangat. Bas ni ke KLIA2 dulu dan dropkan penumpang kat ground floor tempat terminal bas sebab aku nampak banyak bas lain kat situ. Kat KLIA bas ni drop penumpang kat terminal bas dan teksi, ground floor bangunan terminal.

Sebab masa terhad, tak sempat aku nak merayau nak cari kaunter SkyPark shuttle bus dalam bangunan terminal tu. Katanya tiket boleh beli kat Transport Facility Counter. Tapi untuk info korang boleh check kat sini. Aku tak boleh nak komen lebih2 pasal shuttle ni sebab aku tak ambik. 

Dengan info yang sedikit ni, harap2 dapatlah membantu sesiapa yang carik public transport ke Subang Airport. Pasal parking rate aku tak sure sebab kalau sekejap aku beranilah tinggal kereta kat depan ATC tower. Kat situ foc tapi risiko tanggung sendiri. Pun aku pernah parking sebelah parking berbayar yang entrance dia adalah entrance ke Eurocopter lama. Sekarang Eurocopter situ dah tutup, pindah tempat lain area bangunan Zetro. Situ pun foc jugak tapi risiko sendiri tanggung. So far aku parking pagi dan balik malam, Alhamdulillah masih selamat. Kalau jadi pape jangan salahkan aku pulak. Kalau aku ada kerja kat MAS, aku parking dalam je.


Sunday, November 16, 2014

....dalam ingatan....

headnote: entry ini adalah semata2 ingin mengenang tentang 9M-MRD. Segala cerita dan kisah pasal insiden, segala konflik dan yang seangkatan dengannya, aku tak nak komen. Biarlah pihak authority yang merungkai segala persoalan.

Pesawat ini buat pertama kalinya diterbangkan pada 17 July 1997, which I believed it was her flight test sebelum diserahkan kepada Malaysia Airlines pada 29 July 1997. Pesawat Boeing 777 ini didaftarkan dengan nama 9M-MRD. Setelah beribu kali penerbangan berjaya disempurnakan dengan jumlah puluhan ribu jam yang telah direkodkan, malang menimpa pesawat milik Malaysia Airlines ini. 

Pada 17 July 2014, pesawat ini sepatutnya tiba di Kuala Lumpur dari Amsterdam dengan call sign MH17. Namun malangnya, penerbangan tersebut tidak dapat disempurnakan bila mana ianya ditembak jatuh di timur Ukraine di ketinggian flight level 330. Insiden ini mengorbankan kesemua 298 penumpang dan crew dari pelbagai negara. 




Gambar yang diambil oleh Justin Kane di Los Angeles International Airport. 


Hasil captured oleh Iggy Kwee di Australia. 


9M-MRD sewaktu di Istanbul, Turkey. Gambar oleh Captain Ercan Karakas. 


9M-MRD sewaktu di Kuala Lumpur International Airport pada June 9, 2009. Gambar oleh Norman Yusof.

Untuk gambar kat atas tu, semuanya aku ambil dari Raisch Studios dan aku dah dapatkan permission dari Michael long time ago. Cuma baru akhir2 ini ada kekuatan nak post entry ni. 

Manakala gambar2 kat bawah ni pulak aku cedok dari bermacam sumber. Yang pasti, aku dah lupa mana source yang aku dapat. Kalau kat atas tu 9M-MRD sewaktu masih ligat menabur jasa, menjadi penghubung kepada setiap penumpangnya. Dan kat bawah ni pulak ketika 9M-MRD ditembak tanpa amaran. 

  
Api masih menyala.


Enjin pesawat yang dah terbakar. Ini je yang tinggal, engine cowl pun tak tau mana peginya. 


Wau yang sering terbang tinggi di awan, membawa kebanggaan negara.


Antara serpihan fuselage yang menjadi bukti ianya milik 9M-MRD. Yang ni dah hujung2 fuselage, dekat bahagian empennage ni rasanya.


Thursday, July 24, 2014

tragedi melanda lagi

Belum pun reda dengan insiden MH17 yang dipercayai ditembak jatuh, dunia penerbangan dikejutkan lagi dengan dua insiden terbaru. Dalam masa seminggu, ada 3 insiden yang dilaporkan. Kisah ini tidaklah menjadi viral di tanah air kerana ianya tidak melibatkan airlines dari Malaysia. 

Semalam, 23 Julai 2014; pesawat ATR 72-500 twin turboprop milik TransAsia Airways dengan kod penerbangan GE222 terhempas atas rumah penduduk berhampiran Magong airport. Pesawat malang tersebut membawa 54 penumpang dan 4 anak kapal untuk penerbangan domestik dari Kaohsiung. Dikatakan pesawat tersebut terhempas setelah gagal dalam cubaan untuk emergency landing kali kedua setelah aborted the first attemp dalam cuaca buruk.


Wreckage pesawat yang dipercayai mengorbankan sekurang2nya 40 orang setakat ini.

Dan pagi tadi 0917 waktu Malaysia, pesawat Air Algerie dengan kod penerbangan AH5017 yang berlepas dari Burkina Faso dan sepatutnya mendarat di Algeirs pada 1310 waktu Malaysia hilang dari radar selepas 50 minit berlepas. 


Pesawat MD83 ini milik Swiftair, syarikat penerbangan persendirian Spanish dan operated by Air Algerie membawa 110 penumpang dan 6 anak kapal. 

Hubungan terakhir antara pesawat tersebut dengan authority Algerian pada pukul 0955 waktu Malaysia sewaktu pesawat tersebut terbang di ruang udara Gao, Mali. Pihak berkuasa walau bagaimanapun mengesahkan pesawat tersebut terhempas, tetapi menolak untuk memberi sebarang maklumat tentang punca dan keberadaan pesawat tersebut. 

Insiden yang berlaku dalam tempoh yang amat dekat ini menimbulkan kebimbangan dalam dunia penerbangan. Terutamanya bagi Malaysia kerana dua tragedi besar melanda dalam tempoh hanya 4 bulan. Walau apa pun, aku tetap berdoa agar segala masalah yang menimpa dapat dirungkai dalam waktu yang terdekat dan memberi kelegaan buat semua, terutamanya ahli keluarga yang terlibat.

footnote: tidak semestinya apa yang kita fikirkan baik untuk kita itu adalah yang terbaik. Kita merancang, tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Jangan lupa DUIT Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal, semoga dipermudahkan Allah setiap urusan kita.


Friday, July 18, 2014

mh17

Aku dah ready nak masuk tidur bila ada text masuk kat phone aku. Terus mata yang layu bertukar segar bugar. Belum pun reda dengan kehilangan MH370 yang masih menjadi misteri, kita diuji lagi. Menggigil aku bila dapat berita tu, terus keluar bilik on tv. 

Pesawat Boeing 777 dengan registration number 9M-MRD crashed dekat border Ukraine dan Russia. Dipercayai ditembak jatuh oleh puak bertelagah. First thing first, aku mesti nak tengok crew list, risau kalau2 orang yang aku kenal on board. Bila nama yang aku kenal takde, tak bermakna aku tak sedih. It's really break my heart and soul.


Media statement yang dikeluarkan oleh pihak MAS.

Sayu hati ni bila tengok gambar2 dan video yang disiarkan di tv dan laman berita. Dipercayai kesemua 298 penumpang termasuk 3 orang bayi dan anak kapal terkorban. 

Takziah buat semua ahli keluarga dan sahabat handai penumpang dan crew pesawat MH17. Sesungguhnya Allah tidak menguji hambaNya melainkan ujian itu mampu ditanggung. Bertabahlah dengan ujian ini, sesungguhnya mati itu pasti. 

Innalillahi wainnailaihirojiun...
Al-Fatihah...


Wednesday, April 23, 2014

terbang dan diterbangkan

headnote: ini adalah coretan kenangan dari pengalaman yang aku lalui. Tiada niat tersembunyi, hanya ingin menyimpan kenangan lalu. Ada antaranya aku dah hampir lupa sebab dah lama sangat aku tak terbang and have control dan ini adalah berdasarkan pengalaman aku terbang kat Subang Airport. Mungkin ada sedikit perbezaan dengan pengalaman orang lain.

Masa kecik2 dulu, aku cuma mampu berangan bila nampak kapal terbang lalu atas rumah aku. Kemudian, ada seseorang yang menyebabkan aku berangan tak sudah untuk terbang tinggi di awan biru. Tapi terus menjadi angan tak sudah sebab kekurangan info yang sepatutnya. Pertama kali aku terbang di awan biru bukan dengan pesawat komersil, tapi dengan light aircraft. Masa tu ada pameran karnival udara kat Batu Berendam tahun 2001. Aku pergi dengan F dan dialah yang kenalkan aku dengan ESB Flying Club flying club ni dah tinggal nama sekarang ni, bawak aku ke club house dan lepas tu arrange untuk aku terbang dengan Captain Joe. Masa aku kenal F, dia memang tengah buat PPL Private Pilot Licence dengan flying club ni dan dialah orang yang bertanggungjawab membawa aku ke dunia piloting. 

Lepas keje few years, baru aku teringat nak register untuk buat piloting, itu pun bila satu insiden terjadi kat aku. Sebelum tu, aku kena buat medical check-up dulu dan aku buat kat Klinik Medi Utama Shah Alam, klinik tu antara yang dapat approval dari DCA. Dah selesai dengan medical check-up dan keputusan okay, baru boleh register dengan flying school dan case aku dengan flying club. Dorang akan tolong submit application ke DCA sekali dengan dokumen lain yang diperlukan.  


Korang akan dapat 'buku' ni. Setiap pilot akan bermula dengan buku hijau ni sebelum upgrade ke next level once completed.

Dah dapat buku hijau tu bukan bermakna korang dah boleh terus terbang. No way! Kena masuk ground school dulu, get familiarization dengan communication especially. Sebabnya, walaupun guna bahasa inggeris, tapi ada term tertentu yang tak sama. Bukan main sebat je macam korang sembang dengan kawan2. Term yang digunakan masa nak communicate dengan tower atau aircraft lain, atau dengan kapal laut sewaktu emergency ada rules dan code yang perlu dipatuhi. Definitely those yang involve tahu apa maksud yang nak disampaikan dan kami jugak diajar macam mana nak relay message from one to another. 

Aku lupa ada berapa total module yang kena ambik untuk PPL malas nak selongkar kotak piloting dan korang kena ambik exam. Masa zaman aku ambik exam dulu, kitorang ambik kat DCA dan masa tu bangunan DCA masih lagi kat Parcel E. Sekarang dah pindah sebelah KBS, sebaris dengan Palace of Justice. Once result dah dapat, boleh start dengan simulator training dulu. Ni pun aku lupa kena pass paper apa dulu sebelum start flying.


Setiap student pilot akan ada log book, even dah jadi pilot pun tetap ada log book untuk rekod segala aktiviti penerbangan. Setiap kali terbang, jangan lupa record segala details dalam ni.

Lepas dah buat simulator for few hours, korang akan start flying dengan area familiarization. Of course lah dengan flying instructor. Sebelum fly, flying instructor akan bagi briefing dulu pasal hari tu punya flight plan. Lepas briefing korang kena check kapal pulak yang dipanggil pre-flight inspection. Kalau korang perasan masa korang nak naik flight tu, ada pilot yang duk pusing kapal, suluh sana sini, check itu ini, itulah yang dinamakan pre-flight inspection. Sekiranya pilot jumpa something suspicious, pilot kena report dengan maintenance crew and pilot jugak boleh refuse to fly kalau dia tak confident dengan defect yang dia jumpa. Pengalaman aku, pernah sekali aku refuse to fly sebab masa buat pre-flight inspection ada leaking dekat brake pad. Brake ni penting walaupun masa flying korang tak guna brake pun. Tapi masa kat holding point dan sebelum take off, masa full throttle tu brake memainkan peranan penting. Sama jugak masa nak landing. Kang tak pasal2 ada yang tersasar runway.

Once dah settle dengan pre-flight inspection, semua dah ready, boleh lah masuk cockpit dan fasten seat-belt. Flight check list dengan pen jangan lupa bawak, kang nak catat apa yang patut. Sebelum flying, korang kena submit flight plan dekat tower dulu, semuanya akan diajar macam mana nak submit flight plan dan bila sepatutnya kena submit. Sebelum start engine korang kena pastikan propeller clear, wing tip kiri kanan clear, chock off dan semuanya korang akan communicate dengan marshaller yang standby kat tepi aircraft. Kalau korang perasan masa korang naik kapal terbang, masa aircraft push back for taxi ada sorang mamat yang pakai headset duk kat nose landing gear bawah cockpit dan elok je kapal dah ready nak taxi, jap lagi mamat pakai headset akan berdiri tepi kapal tunjukkan tag merah remove before flight dan bagi sign kat pilot. Sama je tu, yang beza sebab kapal kecik dan besar je. Tapi setiap pilot memang akan bermula dengan kapal kecik dulu, tak ada yang start terbang je terus bawak kapal besar.

Sebelum start engine korang kena contact tower untuk dapatkan permission for start up clearance, bukan terus start macam korang start engine kete. Korang kena inform tower the things like, aircraft registration, destination, person on board, fuel endurance semua tu ada caranya. Clearance established, dah start engine dan dalam masa 10 ke 15 saat korang kena monitor gauges kat depan tu. Kalau pressure gauge tak naik, korang kena shut down the engine immediately and report to tower. Definitely korang tak boleh fly dan aircraft kena grounded for further inspection. 

Orait, kalau kapal korang takde masalah lepas start up, boleh proceed contact tower request untuk taxi plak. Tower akan bagi tau korang kena taxi to which holding point. Masa tengah taxiing tu korang kena test braking jugak. Dari holding point, korang akan lining up to which runway, again depends on tower's instruction. Dulu aku fly kat Subang Airport, so runway tak lah se-busy KLIA. Jadinya nak tunggu turn untuk take off tu tak terasa pun. Rule of thumb, tower akan bagi clearance untuk landing dulu, baru take off. Nak land pun sama, kena lining up jugak dan priority diberikan kalau ada yang nak buat emergency landing.

Sebelum take off tower akan bagi instruction suruh take off to certain height, pastu turning ke arah mana and established position before hand over contact from ground to air tower sekian frequency pulak. Kalau kat Subang dari first nak start up sampai clearance untuk take off, communication adalah dengan Subang Ground. Once dah take off, Subang Ground akan suruh pilot contact Subang Tower dan end of communication dengan Subang Ground. Apa bezanya? Dua2 dari ATC air traffic controller yang sama, cuma bezanya frequency sahaja. Tower akan inform pilot untuk maintain altitude, heading ke arah mana, the nearest aircraft kat which altitude, from time to time akan sentiasa ada communication dengan tower dari aircraft lain jugak. So, when you stay at the same frequency, memang akan dengar semua conversation tu dan pilot kena alert jugak bila ada conversation ni. 

Masa nak landing pun sama, tower akan bagi instruction for landing to which runway, position to land number berapa, wind knot berapa laju, heading arah mana pilot pun boleh refer windsock dan exit point mana once landed. Pasal wind tu penting sebab masa nak land arah angin juga diambil kira, silap hari bulan mau terlungkup kapal kapal kecik yang senang telungkup pun, tak pun tersasar keluar runway. Once dah exit dari runway, communication back to Subang Ground sehinggalah korang taxi balik ke bay. Dah settle taxi, before shut down the engine, kena inform tower and end of coversation. Belum sempat keluar, kadang2 dalam cockpit tu jugak kena tadah telinga, hihi. Settle flying, tak boleh balik terus. Kalau sebelum start tadi ada briefing, lepas settle terbang ada post mortem pulak. 

  
Pastu jangan lupa tulis dalam ni. Last aku terbang tahun 2005 untuk solo check. Tak lama lepas tu aku kena operation buang appendiks dan langsung tak terbang dah lepas tu sampailah sekarang. Rindu nak terbang hanya tuhan je yang tahu.


Tengok, SPL aku pun dah mati, langsung tak renew dah. Ini kalau aku nak terbang balik, harus kena buat buku baru. 

Ada banyak sebab aku tak habiskan flying ni walaupun hati meronta2 nak. Since aku terlibat dalam maintenance dan jugak piloting, bagi aku buat piloting lagi senang tapi kos tinggi yang amat dan sebaliknya. Risiko hampir serupa, dealing dengan nyawa ramai orang. Tapi aku salute dengan mereka yang aku kenal: W dan Y, dorang memang nekad tinggalkan everything dan berani menerima sebarang risiko, aku je penakut. Last aku dengar pasal W, dia buat conversion helicopter sebab tak dapat job dengan airlines dan Y pulak dalam fasa terakhir untuk completekan flying hours untuk dapatkan ATPL(frozen). F lagilah, lepas kerja few years, dia dapat offer cadet-ship dan sekarang dah bergelar kapten pun. Yang lain pun ramai jugak dah berjaya jadi pilot, tapi mostly dorang dapat funding. 
  
Kalau korang ingat jadi pilot ni senang, tak adalah senang sangat. Jadi penumpang lagi senang, tak payah nak fikir apa2. Tahu selamat sampai ke destinasi. Pilot memang dilatih untuk tidak panik and able to make quick decision tapi bukan semberono. Kalau nak bercerita pasal aircraft, pasal flying, maintenance related, memang banyak. Dan ia adalah never ending learning process, sentiasa ada benda baru untuk dipelajari.  


Wednesday, April 9, 2014

kisah suatu perjalanan

Umum mengetahui, sehingga ke detik aku tulis ni, masih belum ada bukti sahih yang boleh dikaitkan dengan keberadaan Flight MH370. Apatah lagi untuk merungkai segala misteri yang membelenggu. MH370 adalah flight code untuk penerbangan Malaysia Airlines bagi sektor Kuala Lumpur - Beijing yang kemudiannya digantikan dengan flight code MH318 untuk sektor Kuala Lumpur - Beijing dan MH319 untuk sektor Beijing - Kuala Lumpur bermula pada 14 March 2014 sebagai tanda penghormatan. Kalau tengok dalam surat beranak Certificate of Registration, Flight MH370 yang hilang tu didaftarkan sebagai 9M-MRO. 

Weekend aritu masa duk godek2 dan berjalan2 di alam maya, aku terjumpa article pasal tribute to MH370, which later I will refer either Niner Mike - Mike Romeo Oscar 9M-MRO or Flight MH370. Ramai photographer kat luar sana berkongsi gambar 9M-MRO yang pernah ditangkap oleh lensa kamera mereka. Dan aku rasa ramai lagi yang tak perasan dalam folder dorang ada gambar 9M-MRO. Ternyata 9M-MRO yang dirindui kita semua belum puas menjelajah dunia ini. Kalau diikutkan usianya, masih remaja gitu. Sebab apa aku kata remaja, ini kerana aircraft yang dimaintain dengan baik mampu serve sehingga lebih 30 tahun.


*Credit: Gunnar Kullenberg for the pic and www.RaischStudios.com for the story editing.  

Jom kita turuti kisah perjalanan 9M-MRO yang sempat ditangkap lensa kamera hasil garapan photographer di seluruh dunia sebagai penghormatan buat 9M-MRO. Kepada semua yang terlibat dalam tragedi ini; crew, passengers and their families, our thoughts and prayers are with you.


*Pic credit: Rob Boyes, October 5, 2004 Vienna International Airport.

Rob Boyes dalam penerbangan dari London Heathrow ke Vienna International Airport dan sewaktu pesawat dinaikinya taxing to the stand, he did shoot the 777 as he had a window seat. Beliau hanya menyedari kebetulan ini bila dihubungi oleh RaischsStudios.


*Pic credit: Mario Aurich, September 21, 2005 Frankfurt, Germany.

"Until today, I didn't know that one of my aviation pictures shows 9M-MRO. But you're right. So to be honest, nothing changed. It's a tragedy..."


*Pic credit: Norman Md Yusof, June 9, 2009 Kuala Lumpur International Airport, Malaysia.

Beliau capture gambar ni dalam satu assignment for aviation agency pasal aircraft movement around KLIA. Gambar ni antara several shots of 9M-MRO yang diambil on that day. Aku rasa dia ni fellow forumer kat MalaysianWings yang aku pernah aktif suatu ketika dulu, sebelum sayap aku patah sebab cross wind.


*Pic credit: Dennis McGroarty, October 10, 2009 Melbourne, Australia.

Sewaktu gambar ini diambil, Dennis tertanya2 ke manakah arah tujuan penumpang pesawat tersebut akan pergi. Tetapi apa yang terjadi pada Flight MH370 menyedihkan dan beliau berharap agar ianya dapat ditemui.


*Pic credit: Riccardo Malpica Galassi, February 7, 2010 Rome, Italy.

Gambar ini diambil sewaktu Malaysia Airlines mempunyai daily flight dari Kuala Lumpur ke Roma Fiumicino. Setelah pembatalan penerbangan tersebut not long ago, pesawat Malaysia Airlines 777 sukar untuk dilihat di Rome. Setelah kehilangan Flight MH370 menyelubungi dunia, Riccardo kembali melihat koleksinya sama ada mempunyai gambar 9M-MRO dan ternyata dia memiliki gambar tersebut. Dan ternyata itulah satu2nya gambar yang berjaya diambil pada hari tersebut bersama rakan2 yang lain. Gambar yang memberi kesan mendalam terhadapnya dengan kehilangan Flight MH370. 


*Pic credit: Dan Miclea, June 27, 2010 Rome, Italy.

Gambar ini diambil tanpa dirancang, beliau bukanlah aviation photographer seperti kebanyakan spotter yang lain. Dan Miclea baru je landed di Rome dari Toronto dan dalam bas ke terminal, beliau nampak this beautiful 777 tengah taxing. Ambik gambar dan abis camtu je. Bila the whole world kecoh pasal 9M-MRO yang hilang dengan penuh misteri, barulah beliau sedar bahawa pesawat yang hilang tu adalah pesawat yang pernah dirakam oleh lensa kamera beliau. 


*Pic credit: Ignatius 'Iggy' Kwee, August 10, 2010 Perth, Australia.

Beliau mungkin pernah menaiki pesawat ini sewaktu perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth years back sebelum AirAsia X menyertai industri penerbangan. Iggy sememangnya aktif dalam group aviation spotter dan kehilangan 9M-MRO adalah sukar baginya. Namun begitu, beliau bersyukur kerana mempunyai gambar tersebut di dalam koleksinya.


*Pic credit: Seth Jaworski, December 18, 2010 Sydney, Australia.


*Pic credit: Lorenzo Giacobbo, January 30, 2011 Rome, Italy.

Salah satu dari gambar tercantik yang pernah diambil Lorenzo. Pesawat ini just took off during the cloudy day dan hujan lebat which create the lighting. Seperti yang lain, beliau turut berharap agar pesawat ini ditemui.


*Pic credit: Jimmy LWH, March 17, 2011 Shanghai, China.

The empennage spotted by Jimmy, he usually go spotting when time permitted and the weather was good. 


*Pic credit: Peter Hough, April 8, 2011 Melbourne, Australia.

Pesara dan bekas private pilot yang tinggal di pinggir kotaraya Melbourne memang mempunyai hobi dalam fotografi, terutamanya memotret pesawat. Gambar 9M-MRO ini diambil selain banyak lagi gambar pesawat lain sewaktu kunjungan beliau ke Melbourne's Tullamarine Airport. Sewaktu kehilangan Flight MH370, beliau berada di hospital dan sehinggalah beliau kembali ke rumahnya selepas 18 hari di ward, baru beliau sedar bahawa gambar 9M-MRO berada dalam simpanannya. 


*Pic credit: Hansueli Krapf, June 28, 2011 Johannesburg, South Africa. 


*Pic credit: Hansueli Krapf, June 28, 2011 Johannesburg, South Africa.

Sebagai contributor kepada Wikimedia dan kebanyakan masanya dihabiskan di airports, Hansueli Krapf akhirnya mempunyai aktiviti baru sewaktu menunggu penerbangan; spotting aircraft. Gambar yang ni diambil sewaktu menunggu penerbangan pulang ke Switzerland dari Johannesburg. Apa yang menariknya bagi aku, 9M-MRO adalah salah satu dari 4 pesawat yang pernah diambil gambarnya oleh Hansueli Krapf crashed buat masa sekarang. Akan tetapi 9M-MRO masih belum dapat dipastikan kesahihan insiden yang menimpa.  


*Pic credit: Captain Ercan Karakas, January 23, 2012 Istanbul, Turkey.


*Pic credit: Andrew Whitaker, June 6, 2012 Istanbul, Turkey.


*Pic credit: Stephen Kruse, June 16, 2012 Frankfurt, Germany.

Hasil garapan aircraft mechanic A&P ini sewaktu bekerja shift pagi yang terang. Gambar yang tak sebagus mana baginya ini tersimpan kemas sehinggalah 9M-MRO diberitakan. 


*Pic credit: Justin Kane, June 22, 2012 Los Angeles, USA.


*Pic credit: Justin Kane, June 22, 2012 Los Angeles, USA.


*Pic credit: Justin Kane, June 22, 2012 Los Angeles, USA.

LAX adalah favorite airport bagi aircraft spotter, Justin Kane memandangkan LAX memang sentiasa mendapat kunjungan dari pelbagai jenis pesawat dan operators. 


*Pic credit: Berhard Ebner, May 5, 2013 Amsterdam, Netherlands.


*Pic credit: Berhard Ebner, May 5, 2013 Amsterdam, Netherlands.

Bagi Berhard Ebner, seorang aviation photographer and plane-spotter, ini adalah gambar pesawat Malaysia Airlines yang pertama baginya dan sehingga ke hari ini, itulah satu2nya. Sungguh memeranjatkan dan sukar dipercayai bila gambar dalam simpanan beliau adalah pesawat yang hilang.


*Pic credit: Gunnar Kullenberg, October 16, 2013 Los Angeles, USA.


*Pic credit: Marlon Mills, January 12, 2014 Amsterdam, Netherlands.


*Pic credit: Norman Md Yusof, January 30, 2014 KLIA, Malaysia.


*Pic credit: JB Barcenas, February 28, 2014 Los Angeles, USA

Gambar ini diupload pada March 8, 2014 hari di mana 9M-MRO dilaporkan hilang tanpa diketahui insiden tersebut. Untuk rekod, ini adalah flight terakhir Malaysia Airlines ke US. 

Setiap gambar ada cerita tersendiri, ada kenangan yang ingin disimpan dan mungkin untuk dikongsi. Tak ada satu pun antara mereka menyangka gambar yang pernah mereka capture akan hanya tinggal memori. Rata2 antara mereka yang dihubungi melahirkan rasa sedih dan terkejut di atas insiden tersebut. Untuk cerita penuh, korang boleh refer ke sini as the owner for the original piece. A big thanks to Michael for his effort and beautiful piece, oh yeah.. the permission given as well.

Aku tak ingat sama ada aku pernah melihat atau menyentuh 9M-MRO dalam salah satu kunjungan aku ke hangar MAS. Aku pernah berkampung hampir sebulan di Subang sewaktu work-out dengan Myanmar Airways International years ago, selain dari kunjungan rasmi dan tak rasmi sewaktu ke sana. Tapi pengalaman pertama aku tengok Boeing 777 adalah sewaktu MAS Engineering buat open day in early 2000, aku tak ingat the exact year. Tapi tak pulak aku ingat registration kapal tu, we even boarded the aircraft. Of courselah dalam hangar je, dan rasanya aku pegi dengan Hawa. 

Insiden yang menimpa Flight MH370 bukan hanya menyelubungi Malaysia, tetapi seluruh dunia turut merasai kesedihan dan terkejut dengan apa yang berlaku. Kehilangan secara misteri dan perfectly disappear from the radar membuatkan pelbagai spekulasi diutarakan. Kotak hitamlah yang bakal merungkai segala persoalan yang berlegar, itupun sekiranya penyiasatan dilakukan secara telus dan jujur. Secara peribadi, aku masih berdoa dan berharap akan ada keajaiban berlaku dengan izin Allah, ameen. 


Tuesday, March 25, 2014

MH370: jika ini pengakhirannya...

Press conference paling pendek sepanjang 17 hari, namun impak yang paling berkesan di jiwa semua orang, terutamanya saudara mara dan sahabat handai passenger dan crew on board MH370. Hancur luluh hati aku bila dengar announcement daripada Najib, air mata luruh jua. Aku tak berharap ini pengakhiran untuk MH370, aku masih berharap agar ada berita gembira untuk semua orang.

Terlalu banyak persoalan yang berlegar dalam kepala aku. Terlalu banyak curiosity berdasarkan info yang aku kutip dan hadam. Aku dah sakit kepala... Pertanyaan aku dan pertanyaan semua orang tak akan terjawab selagi black box tidak ditemui. Doa aku agar black box ditemui segera dalam keadaan yang baik dan mampu menjawab segala persoalan yang berlegar.


Sesungguhnya yang di langit dan di bumi adalah milikNya. Segala yang berlaku adalah atas izin dan kehendakNya jua. Perancangan MH370 mendarat di Beijing tidak menjadi kenyataan bila mana MH370 dilaporkan mengakhiri penerbangannya di Selatan Lautan Hindi yang sunyi dan ganas. 

Sejujurnya, selagi tiada confirmation tentang debris yang dikesan oleh team SAR, aku masih berharap dan berdoa agar ada keajaiban yang berlaku. Salam takziah buat ahli keluarga dan sahabat handai para penumpang dan crew MH370. Diharapkan agar semuanya berada dalam rahmat Yang Maha Esa dan tabah menerima dugaan ini.

Innalillahi wainnailaihirojiun... 
Al-Fatihah...


Sunday, March 9, 2014

pray for MH370

Sejujurnya, aku tak tahu macam mana nak start tulis entry ni. Dada aku dah bengkak rasanya, air mata dah banyak yang jatuh. Macam2 teori yang aku buat based on data yang sahih. Untuk yang tak aware tentang apa yang terjadi, berikut adalah apa yang telah terjadi.
  • MH370 bound to Beijing adalah sharing code antara MAS dan Southern China Airlines.
  • Carrying 227 passengers including 2 infants and 12 air crew. Dua penumpang adalah imposter as they travels guna passport yang pernah dilaporkan dicuri di Thailand. 
  • Depart dari KLIA pukul 12.41 pagi, 8 March 2014 tanpa masalah. 
  • Communication terakhir adalah pukul 1.30 pagi, lepas tu no communication established antara tower dan aircraft sebelum hilang dari radar pukul 2.40 pagi.   
  • Jabatan Meteorologi mengesahkan cuaca pada waktu kejadian dalam keadaan baik. 

At this point, I have no doubt regarding the aircraft maintenance dan jugak usia pesawat. MAS adalah antara approved MRO (Maintenance, Repair and Overhaul) center in the region. MAS Engineering bukan setakat buat maintenance for their own aircraft, tapi jugak third party aircraft. 


Untuk maklumat yang terkini dan sahih, korang boleh tengok kat facebook page https://www.facebook.com/MH370


*Pic credit to PlanePictures.net.
Inilah pesawat MAS yang masih hilang dan menimbulkan misteri kepada semua. Boeing 777-200ER with the registration number 9M-MRO. 

Sama2 lah kita berdoa agar misteri ini terungkai dan memberi jawapan kepada segala persoalan yang menghantui kita semua. Senjata yang kita ada pada masa sekarang hanyalah doa supaya ada keajaiban dari Allah. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui dan Dia Maha Berkuasa dalam menentukan segalanya. Cukup2 lah menuding jari menuduh itu ini, walhal yang bercakap tu tak tahu apa2 pun pasal aviation. Aku tak kenal sesiapa pun dalam flight yang hilang tu, tapi ada antaranya adalah kenalan sahabat2 aku. Marilah kita sama2 mendoakan keselamatan mereka, mendoakan agar mereka semua ditemui regardless apa pun keadaan mereka.  

Innalillahiwainnailaihirojiun...


Sunday, March 11, 2012

suatu ketika

Sudah sekian lama aku berhajat nak bercerita tentang kisah sewaktu aku bergelar pelajar. Bukanlah kisah waktu zaman sekolah. Aku rasa kisah zaman sekolah hampir sama bagi semua orang. Ada yang nakal, baik, aktif, terkenal di sekolah dan tak kurang yang biasa2 aje. 

Sebenarnya kenangan sewaktu sekolah aku agak menarik, ada yang menyebabkan aku seolah berpatah arang berkerat rotan pun. Aku pernah melalui zaman suram dan juga zaman kegemilangan. Sepanjang 11 tahun bersekolah, aku melalui pengalaman di tiga buah sekolah. Satu di sekolah rendah dan dua di sekolah menengah. Yang paling best adalah sekolah terakhir, sebab di sinilah bakat aku dihargai. Insya Allah, kalau berkesempatan aku teringin nak coretkan kisah zaman sekolah kat sini.

Orait, kembali ke plan asal. Lepas abis SPM aku sempat masuk U kejap, ambik course yang aku tak minat. Baru separuh jalan aku dapat offer lain, dan aku benar2 excited masa ni. Masa kena interview kat bangunan MARA, aku ingat takde chance untuk aku dah. Rupanya rezeki aku dah tertulis, Alhamdulillah.

Julai 2000, bermulalah perjuangan aku yang sebenar. Dalam 50 orang yang terpilih daripada ribuan yang memohon dan diinterview, hanya enam roses yang terselit among the thorns. Kami dibahagikan kepada dua kelas dengan jumlah yang sama. Kampus ini terletak di Jasin, sebenarnya kami menumpang di kawasan IKM Jasin, Melaka. Dan turut tinggal di asrama yang sama dengan penuntut IKM. 

Disebabkan kami di dalam wilayah IKM, maka segala peraturan adalah hampir sama dengan mereka. Cuma uniform kami bewarna biru, berlainan dengan IKM yang beruniform coklat cair. Selama dua tahun kami bersama, suka dan duka diharung tanpa canggung. MARA Northrop-Rice Institute (MNRI) tempat kami menuntut ilmu dalam dunia aviation, seringkali disindir sebagai kilang beras. Sebenarnya Mr Rice adalah founder untuk Northrop Rice USA bertempat di Houston, USA. 

Banyak benda yang aku pelajari selama dua tahun. Dari zero knowledge tentang aviation, langsung tak tahu nama dan jenis kapal, berjaya jugak aku kuasai sikit demi sedikit, Alhamdulillah. Sebenarnya ilmu ni tak akan pernah habis. Makin banyak aku lalui, makin banyak pulak rasanya yang aku tak tahu. Its a never ending learning process. 

Jangan ingat kami yang perempuan ni dikecualikan dari kerja2 kasar dan berat. Semuanya kami lakukan sama rata, tanpa ada sebarang pengecualian gender. Parut kat jari aku ni masih jelas lagi sebab tersangkut kat firewall HS125, dek kerana kelam kabut nak lompat turun. Korang ada kenangan macam tu? Hanya insan terpilih je yang dapat, haha...


Ni kat dalam hangar, masa ni tengah practical. Kitorang ada 40% teori dan 60% praktikal, either on aircraft or at workshop, depends on the syllabus. Kapal yang aku duk bergambar tu Cessna 182F. Heli kat belakang tu Hughes 500. Oh, zaman ni gambar diambik dengan kamera berfilem. Kalau gambar tak lawa ke, kelabu asap ke, takde nya nak ambik banyak kali. 


Disebabkan space kitorang terhad, ingat lagi kami satu kelas pakat buat paint shop haram kat hujung block. Keliling kami pasang canvas dan jugak plastik, tak nak bagi tempias hujan masuk. Tempat ni memang berbumbung sebab asalnya tempat simpan barang2. Masa ni kami baru lepas settle painting propeller.  


Dan dalam banyak2 gambar selama dua tahun tu, inilah gambar yang paling aku suka. Aku pun tak ingat dah siapa yang tolong snapkan gambar ni. Patutnya kredit diberikan pada tukang ambik gambar nih. 

Gambar2 kat sini aku memang lupa waktu bila aku ambik. Betul2 tak ingat. Banyak jugaklah gambar kenangan selama dua tahun kat sini, tapi tak kan semuanya aku nak share kat sini, malas nak scan gambar2 tu semua. 

Sekarang MNRI dah jadi kenangan, sebab nama tu dah tak wujud lagi. Sekarang MNRI dikenali sebagai UniKL MIAT, semuanya bermula pada tahun 2003 selepas Northrop Rice USA tak lagi bersama2 MARA. Waktu tu aku dah abis study pun...

Kenangan paling best masa buat practical kat Transmile, pertengahan tahun 2002. Masa tu aku kerja shift malam. Yang bestnya sebab pilot Italian tu puji aku, 'good job, young lady!' katanya... haha. Kembang semangkuk masa tu. Sayang, masa kat situ aku langsung tak terfikir nak ambik gambar. Tak mungkin aku dapat kembali ke masa lalu.

footnote: ada sebabnya aku tercampak ke dunia aviation, disebabkan oleh seseorang. Dan aku juga buat lesen pilot pada tahun 2004. Lepas aku kena operate sebab appendiks, langsung aku tak terbang lagi. Masa tu pun banyak kenangan, dan kapal aku hampir2 crash kat Bukit Subang! Nantilah, ada masa mungkin aku akan berkongsi tapi gambar memang tak ada. Ralat sungguh!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...