Sejujurnya, aku tak tahu macam mana nak start tulis entry ni. Dada aku dah bengkak rasanya, air mata dah banyak yang jatuh. Macam2 teori yang aku buat based on data yang sahih. Untuk yang tak aware tentang apa yang terjadi, berikut adalah apa yang telah terjadi.
- MH370 bound to Beijing adalah sharing code antara MAS dan Southern China Airlines.
- Carrying 227 passengers including 2 infants and 12 air crew. Dua penumpang adalah imposter as they travels guna passport yang pernah dilaporkan dicuri di Thailand.
- Depart dari KLIA pukul 12.41 pagi, 8 March 2014 tanpa masalah.
- Communication terakhir adalah pukul 1.30 pagi, lepas tu no communication established antara tower dan aircraft sebelum hilang dari radar pukul 2.40 pagi.
- Jabatan Meteorologi mengesahkan cuaca pada waktu kejadian dalam keadaan baik.
At this point, I have no doubt regarding the aircraft maintenance dan jugak usia pesawat. MAS adalah antara approved MRO (Maintenance, Repair and Overhaul) center in the region. MAS Engineering bukan setakat buat maintenance for their own aircraft, tapi jugak third party aircraft.
Untuk maklumat yang terkini dan sahih, korang boleh tengok kat facebook page https://www.facebook.com/MH370.
*Pic credit to PlanePictures.net.
Inilah pesawat MAS yang masih hilang dan menimbulkan misteri kepada semua. Boeing 777-200ER with the registration number 9M-MRO.
Sama2 lah kita berdoa agar misteri ini terungkai dan memberi jawapan kepada segala persoalan yang menghantui kita semua. Senjata yang kita ada pada masa sekarang hanyalah doa supaya ada keajaiban dari Allah. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui dan Dia Maha Berkuasa dalam menentukan segalanya. Cukup2 lah menuding jari menuduh itu ini, walhal yang bercakap tu tak tahu apa2 pun pasal aviation. Aku tak kenal sesiapa pun dalam flight yang hilang tu, tapi ada antaranya adalah kenalan sahabat2 aku. Marilah kita sama2 mendoakan keselamatan mereka, mendoakan agar mereka semua ditemui regardless apa pun keadaan mereka.
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Saya pun sedih tentang ini. :( Sama-sama kita berdoa mereka semua selamat. Amin, amin!
ReplyDeleteameen...
ReplyDelete*masih ada harapan sebenarnya untuk mereka semua selamat
saya pun sedih.. bukak tv jer mesti nak tau berita terkini....
ReplyDeleteitulah... dah masuk hari ke tiga ni lagilah berdebar2.. nak keje pun tak senang, kalau boleh nak angkut tv sepanjang masa je...
ReplyDeleteSaya turut berasa sedih. Dok tunggu update dari family kat sana... my cousin dalam flight tu :(
ReplyDeleteHafiz Azmi,
ReplyDeletelagilah terasa kesedihan tu bila saudara atau kenalan kita terlibat sama...
jangan berhenti berdoa dan meminta padaNya..