Wednesday, September 30, 2009

visit Indonesia 2009

Pagi esok aku akan berangkat ke Padang dan seterusnya ke Bukittinggi bersama Bonda dan Sarah untuk pertama kalinya. Tak sabar, takut, cuak dan pelbagai rasa di hati. Takut dan cuak sebab petang tadi berlaku gempa bumi di Sumatera Barat dan Padang turut terjejas sehingga amaran tsunami dikeluarkan. Namun syukur pada Allah, amaran itu ditarik balik.

Jenuh aku cari maklumat di internet dan nampaknya Bukittinggi tidak dilaporkan terlibat. Dan kejap tadi aku bertanya pada Pak Erwin dan jawapan yang serupa juga kuterima, Alhamdulillah. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar.

Ada jugak orang yang risau, hahaha... Tahu pun risaukan aku. Dan ingatan dari dia supaya aku menghantar e-mail once I get there, to ensure everything is okay. Insya Allah, akan aku usahakan sebab aku tak bawak laptop and broadband. Lagi pun broadband aku tak register roaming lagi, hehehe. May be I can use my handphone.

Bonda dan Sarah dah tidur, aku je yang belum. Bukan tak ngantuk tapi macam banyak je benda nak buat. Dah lah esok kena bangun awal2 pagi, takut terlepas flight. Tak ke haru kalau sumer orang bangun lewat esok... hahaha!!!

footnote: moga2 perjalanan kami akan dirahmati Allah hendaknya, Aminnn. Lagipun Bonda sakit lutut


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...