Thursday, June 21, 2012

menjejak sang gajah

Petang Jumaat lepas aku memandu pulang ke kampung halaman dengan dua tujuan. Pertama nak settle pasal rumah yang masih tersangkut dengan urusan CF nya dan kedua menunaikan janji kepada Sarah untuk menjejak sang gajah.

Plan asal aku nak ke Santuari Gajah Kuala Gandah, Pahang. Tapi mak suggest ke Sungai Ketiar sahaja, lebih dekat sebab kami akan bertolak dari Paka. Pagi Ahad aku memandu ke Tasik Kenyir, melalui highway baru yang belum dibuka sepenuhnya. Perjalanan lancar sebab hari Ahad merupakan hari bekerja di negeri Terengganu. 


Di sini aku bertanya tentang haluan seterusnya untuk ke santuari gajah. Aku terlupa nak tanya bagaimana nak ke main dam, sekali aje aku ke sana sewaktu lawatan sekolah darjah 6. Early 90's ada event Kenyir Ecofest tapi aku tak pernah datang pun dan tak tahu event tu pasal apa tapi sekarang aku dah tak dengar pasal event tu lagi.


Sempat jugak aku capture sebilangan kecil pulau dari 340 pulau yang terdapat di Tasik Kenyir. Jerebu yang melanda memang membataskan jarak penglihatan. 

Dari Pengkalan Gawi perjalanan diteruskan lebih kurang 56km dari simpang keluar Pengkalan Gawi ambil laluan ke kiri melalui jalan ke Gua Musang. Pemanduan haruslah extra cautious sebab banyak lori mengangkut balak dan keadaan jalan yang rosak di sana sini. Di sepanjang perjalanan korang boleh nampak taburan pulau2 Tasik Kenyir dengan airnya yang bermacam warna.  

Setelah melalui perjalanan yang berliku2 korang akan nampak signboard Santuari Gajah Sungai Ketiar di sebelah kanan. Bila dah membelok masuk, aku tengok pagar dibuka sikit aje dan waktu lawatan 2.30 hingga 5 petang tertulis kat pintu pagar. Alang2 dah sampai, aku dan Sarah yang terlebih excited masuk ke office diorang lepas park kereta depan surau. 

Menurut pekerja di situ, walaupun waktu lawatan bermula 2.30 petang tapi diorang tetap buka pintu untuk pelawat sekiranya mereka datang sebelum waktunya. 


Suria, gajah betina ni berusia 12 tahun. Satu kaki depan dan satu kaki belakang dirantai. 


Karak, anak gajah berusia 10 bulan. Awalnya aku nak bagi makan, tapi hasrat dibatalkan sebab geli. Karak tak dirantai dan bebas bergerak dalam kandangnya. 


Sarah yang penakut! Jenuh aku pujuk nak ambik gambar dia dengan gajah. Masa kat rumah kemain lagi cakap, adik nak mandi dengan gajahlah, nak naik gajahlah... Tapi sudahnya suruh dekat dengan gajah pun menangis! Oh, lepas aku ambik gambar ni, Suria mandikan kitorang! Dua kali pulak tu. Berlari2 kitorang nak mengelakkan diri. Pandai betul nak bergurau senda dengan kitorang!

Kat santuari ni ada tujuh ekor gajah kesemuanya. Tapi masa aku datang ni cuma ada tiga ekor je. Mas, 38 tahun dilepaskan kat tepi hutan yang dah dipagar dengan pagar elektrik dan aku tak ambil gambarnya. Lagi empat ekor dihantar ke Kuala Gandah untuk training bersama trainer nya. 

Menurut pekerja santuari ni brader baju merah dalam gambar di atas santuari baru akan dibuka maybe dalam satu atau dua tahun lagi, berhampiran pintu masuk ke Pengkalan Gawi. Kalau dari Kuala Berang sebelum simpang ke Pengkalan Gawi. Kat situ nanti akan ada banyak program untuk pelawat bersama gajah. Setakat hari ini, tiada bayaran masuk dikenakan.   

Kami, terutamanya Sarah enjoy our day out together walaupun terpaksa melencong dari plan asal. On the way balik kami sempat menyinggah beli durian. Dah tertunai janji yang ini, Sarah request bawak dia pegi petik strawberry pulak. Katanya adik nak pergi tempat yang kena naik kapal terbang! Bulan September ni baru masuk 5 tahun tapi dah pandai mintak macam2, aduyaii...

footnote: berjaya jugak aku tukar dan re-activate kad touch and go. Patutlah tak boleh guna, last time aku guna tahun 2010! 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...