Saturday, October 15, 2011

suatu kenangan

Awal Jun 2006, aku terlibat dengan kemalangan yang sedikit sebanyak merubah rentak kehidupan aku. Kemalangan yang langsung aku tak jangka akan berlaku. 

Aku ingat lagi, beberapa hari sebelum tu aku hantar Mak pulang ke kampung bilamana tiket bas habis. Dua hari kat kampung aku kembali ke Sepang, memandu berseorangan seperti biasa. Dalam perjalanan entah macam mana aku langsung tak sedar dan masih tak percaya kemalangan tu boleh berlaku. 

Sebelumnya aku terasa pandangan aku gelap, tak dengar bunyi, atau nampak apa2 pun. Lepas tu aku sedar2 aje kereta dah berpusing2. Entah macam mana end up dengan keempat tayar kat atas, dan enjin kereta masih hidup. Aku buka tingkap, matikan enjin kereta, tanggalkan tali pinggang keledar entah kenapa hari tu aku pakai seatbelt, selalunya aku memang tak pakai pun dan merangkak keluar melalui tingkap. Mujurlah tingkap kereta betul2 atas longkang, dan aku merangkak masuk ke longkang. 

Aku call LPT Helpline untuk dapatkan bantuan. Waktu tu dalam pukul 12 tengah hari, kereta yang lalu lalang pun tak banyak. Lama jugaklah aku nak tunggu bantuan tiba. Terkejut si operator helpline bila dengar aku accident sorang2.  


Lebuh raya pantai timur [LPT] di KM 222.2 dari Kuantan ke Gambang, tempat berlakunya kemalangan ni. Waktu ni peronda lebuh raya dah sampai, cuma tunggu tow truck datang. 


Tengok tu, brother peronda pun pelik macam mana boleh jadi macam ni. Dia tengok aku lagilah pelik, sebab boleh gelak2 lagi. Dari tingkap tu lah aku merangkak keluar. 


Sampai sekarang aku masih lagi teringat kemalangan ni. Lebih2 lagi bila aku melalui kawasan ni. Cuma akhir2 ini aku dah kerap terlupa bila lalu kat sini. Namun KM 222.2 LPT tetap kekal dalam ingatan, insya Allah. 


Masa ni kereta dah ditarik ke Plaza Tol Gambang. Aku tunggu Mak Ayah datang untuk balik ke kampung. Lepas tu kereta dihantar ke workshop dan buat report polis.

Dah lama sebenarnya aku nak masukkan cerita ni dalam blog, cuma kemalasan yang melanda. Semua gambar2 ni aku ambik menggunakan handphone, sebab tu gambarnya dah semacam. Sebelum ni aku masukkan dalam flickr, tetapi aku dah lama tak menjenguk ke sana. Nak update lagilah malas. Bila aku cari balik dalam thumb drive gambar asal yang aku simpan, semuanya dah tak ada. Gambar ni pun aku copy balik dari flickr. Video yang aku rekod sewaktu kereta ditarik pun dah hilang tanpa dapat dikesan. Sayang rasanya. Sebab tu akhirnya aku berkongsi cerita dan gambar kat sini.

Lepas kemalangan ni, aku dah pakai seatbelt walaupun perjalanan tu cuma dua kilometer. Hampir setahun aku memandu bawah 100km sejam, tapi lepas tu aku kembali dengan gaya pemanduan yang asal. Selepas enam bulan di workshop, baru aku dapat pandu balik kereta ni. Macam2 masalah dalam masa enam bulan tu. Namun syukur pada Allah sebabnya aku langsung tak cedera. Luka pun tak ada. Kalau tengok pada kereta, mungkin susah nak percaya aku sihat walafiat. Semuanya kuasa Allah.

Alhamdulillah, sekarang kelisa biru ni adik aku guna. Masih lagi elok, cuma biasalah kalau lelaki yang guna, semua benda dia nak sumbat. Pastu segala lubang dan bumper dilanggarnya. Aku? Aku dah ada pengganti yang baru, yang lebih besar dari ini. Lebih mahal, lebih selesa, lebih banyak duit dibelanjakan, pendek kata lebihlah segala2nya, hahaha. Tapi tak adalah mahal mana pun, cuma mahallah bagi aku yang tak berduit ni.  

  

Tuesday, October 4, 2011

jom masuk ladang!

Dah lama sebenarnya aku tak masuk ladang. Rasanya kali terakhir masa aku habis SPM. Lepas aku further study dan kerja, aku dah tak masuk ladang lagi dah. Dan ladang yang cukup sinonim dengan kehidupan aku tentunya ladang kelapa sawit sebab mak ayah aku peneroka FELDA. Aku membesar sebagai anak peneroka yang banyak terdedah dengan kehidupan ladang. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain. Cheewah, kekononnya lah. 


Tapi bukan ladang sawit ni yang aku masuk. Tetapi ladang lain yang membuatkan aku lebih teruja. Gambar adalah ihsan cik google. 

Ladang yang aku masuk Ahad lepas ni tak jauh pun dari tempat aku tinggal sekarang. Jaraknya lebih kurang macam nak ke Seremban. Kalau ikut jalan dalam, tak ada tol pun yang perlu dibayar. Cuma jangan lupa isi fuel tank kereta secukupnya. 


Inilah ladang yang aku maksudkan tu. Ladang anggur kat Sendayan, Negeri Sembilan. Jangan tak tahu, kat Malaysia pun dah banyak ladang anggur selain dari yang ditanam kat rumah2 termasuklah kat rumah my parent. Sebelum ni aku teringin nak ke ladang anggur nun jauh di Perlis. Tup2 bila google sana sini, aku jumpa lagi dua ladang anggur. Lagi satu kat Kedah, dan yang terdekat dan paling mudah nak pergi adalah kat Sendayan ni.

Masa aku sampai kat sini, ada satu rombongan bas pelancong baru sampai. Lupa pulak aku nak tanya diorang dari mana, yang pasti dari Malaysia jugak. Masa aku datang ni jugak buah belum masak. Lagi dua tiga minggu barulah boleh harvest. Tapi aku tetap boleh rasa buah anggur yang hampir masak. 

Pak Arshad, pekerja ladang ni bawak kami tour ladang ni. Bukan setakat anggur sahaja yang ditanam, tetapi ada jugak mangga, jambu, dan dua tiga jenis pokok buah2an lain yang aku dah lupa namanya. Jangan tak tahu, sayur pun diorang tanam jugak tau!


Ini anggur jenis Black Pearl, baru lepas pruning. Tak lama lepas kerja2 pruning ni selesai, ranting2 ni semua akan keluarkan pucuk baru sekali dengan putik buah. Aku pun tak pasti camana buahnya sebab yang ni memang dah lama habis harvest pun.  


Yang ini pulak jenis White Malaga, satu2nya anggur hijau kat ladang ni. Jangan silap faham ye, semua anggur mengeluarkan buah bewarna hijau tetapi lama kelamaan akan bertukar ke warna sebenarnya bila sudah matang dan hampir masak. Aku pun baru tahu sebenarnya, hehe. 


Yang ni pulak Shiraz, banyak digunakan untuk pembuatan wine dan jugak jem. Aku tak suka yang ni, dah lah buahnya agak kecil, bijiknya pulak besar2. Tak best sangat nak dimakan, ada banyak lagi kat dalam fridge sebab aku tak suka, hehehe. Kalau tak dah lama habis. 


Inilah Pak Arshad yang bawak kami keliling ladang. Anggur kat tangan dia tu sebenarnya dia potong bagi kat aku, free of charge tau! Eh, mana ada... aku tak mintak pun, orang dah bagi aku ambik je, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, haha. 


Banyak, kan? Geram aku menengoknya. 


Pokok yang ni baru lepas harvest sebelum raya tempoh hari. Tak lama lagi bolehlah pruning, bagi pokok ni berehat sebelum berbuah. 


Yang ini pulak lagi seminggu dua bolehlah pruning. Wah, lepas ni aku dah boleh bukak ladang anggur lah. Macam semua benda pasal tanaman anggur ni dah tahu jek, hik...hik...hik. 


Yang ni aku suka. Black Opal ni tak ada biji dan saiznya sedikit besar dari Shiraz. Burung cukup suka dengan anggur ni, begitu juga dengan tebuan. Sebenarnya musuh utama bagi semua jenis anggur adalah burung dan tebuan. Sebab itulah banyak yang dibalut dengan plastik.


Pun Black Opal jugak. Masih ada lagi yang bewarna hijau dan tidak bertukar warna sepenuhnya.   

Ada lagi sejenis yang aku tak tengok, Black Pink. Lagipun takde buah lagi, kalau tengok pun sama jelah daunnya dengan yang lain2. Setakat ni cuma ada lima jenis anggur sahaja kat ladang ni. Mungkin selepas ni akan dikembangkan. 


Pintu masuk ni memang sentiasa berkunci, tapi tak bermakna korang tak boleh masuk. Bila korang dah sampai kat depan pagar ni bolehlah korang call Pak Arshad untuk buka pagar ni. Kalau korang tunggu je kat depan pagar ni, sampai esok pagi pun belum tentu ada orang nak bukakan. Kalau ada tu bermakna korang bernasib baiklah.    


Kat sini ada waktu beroperasi beserta bayaran masuk. Nombor telefon pekerja untuk dihubungi pun ada. Cuma Pak Arshad aje yang memang sentiasa berada kat ladang ni. Yang lain2 tu kat ibu pejabat. Korang boleh jugak call kalau nak tahu bila buah boleh harvest. Tak adalah nanti korang datang tengok je.   


Anggur Sendayan Valley, duk pusing2 tengok tanaman ni hilang dua kilo setengah. Lepas balik tambah lagi tiga kilo. Camana nak kurus? Mimpi ajelah, haih!


Sunday, July 31, 2011

kuching -day4

Hari keempat adalah hari terakhir di Kuching sebelum pulang ke semenanjung. Beg kami dah selamat dikemas pada malamnya dan pagi2 selepas bersiap kami ke pejabat pos. Bangunan pejabat pos hanyalah di belakang tempat penginapan kami sahaja. Aku ingin mengepos poskad untuk diri sendiri sebelum pulang. 

Inilah bangunan pejabat pos tersebut. Aku segan nak ambil gambar kat dalam pejabat pos, hehe. Kat dalam tak ada orang pun selain kami, kecuali pekerja pejabat pos. Kalau pejabat pos kat sini, tiap kali aku ke sana memang sentiasa penuh dengan orang ramai. Pekerjanya pun ramah, senyum aje memanjang. 

Bila dah selesai urusan di pejabat pos, kami ke Maria Desserts House untuk bersarapan pagi dan aku memilih Laksa Sarawak untuk juadah terakhir beserta Kopi O Sarawak. Banyak makanannya dan rasanya pun boleh tahan. Alhamdulillah, kenyang. 

Kami kembali ke bilik, kemas apa yang patut buat kali terakhir, kembalikan kunci dan simpan barang2 di kaunter. Memandangkan hari masih awal, kami ambil keputusan untuk bergambar untuk kali yang terakhir sebelum pulang. Jenuh jugaklah kami bergambar, itu pun sebab orang tak ramai. Maklumlah di hari Isnin macam ni, kebanyakannya berada di tempat kerja.


Kami ingat nak naik bot penambang dan ke Astana ni. Kebetulan sedang kami berkira2 tu, ada dua lelaki tempatan baru pulang dari seberang sana. Katanya bangunan tu tak boleh dilawati, sekadar bergambar kat luar aje. Belakang tu ada taman orkid, boleh dilawati katanya. Memandangkan jarak yang agak jauh seperti kata lelaki tu aku mengambil keputusan untuk tidak ke sana. Lagi pun masa untuk kami ke airport dah semakin hampir.


Kampung lain di seberang waterfront, bersebelahan dengan Astana. 


Barisan kedai di Main Bazaar. Anda boleh dapati barangan cenderamata, makanan tempatan dan pelbagai hiasan di sini. Ramai yang berniaga kek lapis di kaki lima. Sedap? Entah, aku tak ada pulak nak mencubanya. 


Perjalanan pulang dengan Firefly, kami berlepas lewat dari ETD. Perjalanan pulang kali ini tidak selancar hari sewaktu kami ke Kuching. It's a cloudy day and feels a bit bumpy during flight. Alhamdulillah, kami selamat tiba di KLIA tanpa sebarang masalah.


Ingat lagi tak pasal passport yang aku ceritakan sewaktu di SCV dalam entry aku yang lepas? Inilah rupanya passport tu. Kat dalam tu ada maklumat berkenaan dengan tarian dan kaum peribumi Sarawak. Saiznya besar sedikit dari pasport sebenar, itu yang aku compare tu. Oh ya, passport yang SCV tu boleh dibawa pulang sebagai cenderamata untuk kenang2an. 

Sepanjang empat hari berada di Kuching, Sarawak, ada beberapa yang aku boleh rumuskan di sini.
  1. Masyarakat tempatan amat2lah peramah dan helpful. Mereka akan sedaya upaya mereka untuk membantu anda. 
  2. Lelaki Sarawak juga peramah dan baik hati, cuma berhati2 lah. Manalah tahu kalau ada yang sudah tersangkut, susah korang nak melarikan diri, hehehe.....
  3. Barangan lebih banyak pilihan kalau korang beli di Pasar Satok berbanding di Main Bazaar di sepanjang waterfront. Harga di Pasar Satok lebih murah dan kalau korang pandai tawar menawar, lagi murah korang boleh dapat. 
  4. Kalau berhasrat nak memandu sendiri, bersiap sedialah dengan GPS kerana bandar Kuching ni susah nak jumpa dengan papan tanda.
  5. Kalau nak ke bandar Kuching dari airport, ambil jelah teksi atau shuttle kalau tak nak menapak lebih kurang dua kilometer. Jangan ikut macam kami, nak jimat punya pasal but worth to try.
  6. Jangan lupa ke Sarawak Cultural Village, memang berbaloi2. 
  7. Jangan lupa mencuba makanan tempatan, rugi kalau tak cuba. 
  8. Kat sana kalau korang cari roti, diorang akan tunjukkan biskut. 
Rasanya itu saja kot. Kalau ada sesiapa yang berhasrat nak bercuti ke Kuching selepas ni, selamat bercuti dan nikmatilah percutian anda sewajarnya. 

 

kuching -day3

Hari ketiga adalah hari untuk berpeleseran. Since malam sebelumnya kami pulang lewat malam, dan keletihan memandu menyebabkan tidur aku malam tu betul2 lena. Paginya terasa2 kemalasan untuk bangun mandi dan keluar.

Hari ni aku cuma ingin berjalan di sekitar bandar sahaja. Mungkin mengambil bas jika perlu, tetapi rasanya cukuplah sekadar berjalan kaki sahaja. Tempat pertama dituju adalah Muzium Sarawak yang tidak jauh dari tempat penginapan. Untuk ke sana, aku hanya perlu melalui pejabat pos setelah menyeberang Carpenter Street, gereja dan taman yang menghijau dengan rumputnya. 


St. Thomas's Cathedral; dah alang2 aku lalu kat depan ni aku ambil ajelah gambarnya. Pagi Ahad sewaktu aku lalu kat depan ni memang tengah berlangsung upacara keagamaan. Kebetulan pulak ada sepasang pelancong dari mana ntah, pun turut bergambar kat depan ni. Tak sempat aku nak beramah mesra.


Pokok ni memang besar sungguh. Memberi teduh di tepi padang yang luas menghijau. Aku tak tahu pokok apa, tapi yang pasti di banir dan batangnya penuh dengan duri yang tajam dan besar.


Inilah duri yang aku cakap tu. Aku perasan pun masa bergambar kat tepi banir pokok yang besar ni. Tanpa sengaja aku letak tangan dan terasa benda tajam menyucuk my palm. Bila tengok baru aku perasan duri yang besar2 dan tajam. Belum pernah aku jumpa pokok yang besar sebegini dan ada duri di batang dan banirnya.


Ini aku ambil kat laman muzium tu. Dalam muzium tak dibenarkan ambil gambar atau video. Aku sendiri tak pasti apa benda ni, asalkan aku rasa menarik aku ambik ajelah.


Muzium ni besar, dihubungkan dengan jejantas untuk ke bahagian yang satu lagi. Kami melawat kedua2 muzium ini. Tetapi aku bukanlah jenis yang boleh berlama2 di dalam muzium, aku rasa pening. Bau dalam muzium tu membuatkan aku rasa nak muntah, atau aku sahaja yang rasa macam tu? Entahlah.

 
Papan tanda yang terletak di tepi jejantas.

Selepas itu kami berjalan ke pusat tumpuan ramai orang. Aku sebenarnya ingin mencari dan merasai suasana Jalan India. Bukan nak beli apa2 pun. Matahari memancar terik, berpeluh2 aku dibuatnya.


Inilah Jalan India tu. Tak ada apa2 yang menarik pun sebenarnya.

Selepas Jalan India, kami meneruskan ke Jalan Carpenter. Kalau di Jalan India, kebanyakan kedai dimiliki oleh kaum India, sebaliknya di Carpenter Street, mostly owned by Chinese. Dari situ kami ke Main Bazaar, menyusuri kedai cenderamata. Mencuci mata melihat pelbagai barangan yang dipamerkan. Disebabkan kepenatan semalam masih bersisa, kami akhirnya mengambil keputusan untuk berehat di bilik sebelum menyambung perjalanan pada sebelah petang nanti.


Sebelum ke Kampung Boyan pada sebelah petangnya, sempat aku kembali ke tugu kucing ini untuk mengambil gambar di waktu siangnya pula. Pelik betul, setiap kali ke sini, sentiasa aje dipenuhi oleh pengunjung. Mungkin inilah mercu tanda untuk diberitahu pada semua, bahawa mereka telah ke Kuching dan berada di tugu ini, termasuklah aku.  


Jeti di Kampung Boyan. Untuk ke sana, kami harus menaiki bot penambang dengan tambangnya 50 sen seorang untuk sehala. Memandangkan aku takut air, masa nak naik dan turun aje rasa cuak sedikit, terutamanya bila bot ini teroleng2.

 
Dari dalam bot penambang.

Setelah selamat tiba di seberang, aku tidak terus menuju ke medan selera kerana hari masih awal. Aku mengambil keputusan untuk berjalan2, merasai suasana kampung di sini. Tidak jauh berjalan, aku dapat melihat signboard Kota Margherita dan mengambil keputusan untuk ke sana. Mengikuti arah papan tanda membuatkan aku tertanya2, betul ke laluan yang diambil?

Dari jeti Kampung Boyan, terus sahaja melangkah sehingga anda bertemu dengan simpang dan ada papan tanda untuk ke Kota Margherita dan DUN yang baru siap tu. Ke kiri dalam 10 langkah sebelum menaiki anak tangga yang bersebelahan dengan rumah penduduk kampung. Anda akan betul2 berada di depan pintu pagar sekolah yang aku dah lupa nama sekolahnya dan ada satu lagi papan tanda yang terakhir menunjukkan arah ke Kota Margherita.


Inilah papan tanda kat depan pagar sekolah tu. Awalnya aku rasa cuak juga kerana laluannya adalah sempit dan hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki serta penunggang motor dan basikal. Kanannya adalah pagar sekolah, dan di kirinya adalah cerun yang ditumbuhi pokok2 buluh serta belukar. Di depan pagar utama sekolah tersebut, ada laluan bertar ke kiri. Ambil laluan tersebut dan anda akan jumpa laluan bertanah merah di sebelah kiri. Ikut aje sehinggalah anda dapat melihat bangunan DUN di sebelah kanan, tapi tak boleh tembus dari laluan Kota Margherita.

 
Bangunan bersejarah Fort Margherita yang dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke, dinamakan sempena nama isteri tercinta Margaret Alice Lili de Windt. Waktu kami datang, bangunan ni ditutup. Namun sayangnya, bahan sejarah seperti ini tidak dijaga sepenuhnya. Lalang dan rumput tumbuh meliar. Aku pasti kalau bangunan ini dijaga, pasti dapat menarik kunjungan ramai pelawat dari dalam dan luar negeri. Lebih2 lagi sekiranya bangunan ini dibuka untuk kunjungan orang awam.
 

Di sebelah sana tersergam indah bangunan DUN yang baru, tempat bersidang wakil2 rakyat. Apa salahnya jika bangunan di sebelah sini dirawat dan dijaga dengan sewajarnya. Sejarah lampau yang perlu dipelihara untuk diperkenalkan pada generasi akan datang.

Tidak lama kami di sini, seusai mengambil gambar aku ingin mencuba laluan bertentangan. Kononnya ingin ke Astana. Namun laluan yang sunyi dan hari semakin gelap, aku mengambil keputusan untuk kembali ke Kampung Boyan sahaja. Agak cuak bilamana ada beberapa orang lelaki bermotosikal yang berkongsi laluan dengan kami memandang dan tersengih2. Dalam takut tu buat2 berani aje, haha.

Kami ke Kampung Boyan, mencari kek lapis yang glemer di kalangan orang semenanjung yang ke sana. Kalian akan nampak Kek Lapis Mira di barisan kedai sebelah kanan jalan. Kat sini aku tak menguji rasa pun sebab banyak sangat lalat beterbangan, dicampur dengan bau ikan terubuk masin kat gerai sebelah. Kemudian kami ke kedai Kek Lapis Dayang Salhah, pun dengan tujuan untuk menguji rasa. Biasa2 aje rasanya, kami tak beli apa2 pun sebab aku dah memborong kat Pasar Satok semalamnya. 


Medan selera di Kampung Boyan, tempat kami menjamu selera. Makanannya biasa2 sahaja. Di sini aku mencuba Mee Kolok dan sate daging. Jujurnya aku lebih sukakan Laksa Sarawak kalau dibandingkan dengan Mee Kolok. Satenya jugak tak kena dengan selera aku, mungkin bagi orang lain sedap kot. 


Barisan perahu di jeti.

Lama jugak kami melepak di jeti ni, melihat suasana sekeliling sehinggalah rintik2 gerimis turun barulah kami bergesa untuk menaiki bot penambang untuk kembali ke seberang sana. Naik bot ni kejap aje sebenarnya, kalau terkentut tu tak sempatlah nak hilang bau kentut bot dah sampai pun ke seberang, hahaha.....

Elok aje sampai di seberang, rintik2 gerimis terus menghilang. Apa lagi, tanpa jemu kami mengukur sepanjang laluan waterfront. Lagipun esok kami dah nak pulang ke semenanjung.


Setiap malam ada sahaja orang yang berniaga di sini. Tapi di hujung minggu lagi meriah dengan pengunjung. Memandangkan esoknya ada Isnin, tak ramai orang yang berada di sepanjang waterfront berbanding malam2 sebelumnya. 

Berakhirlah hari ketiga di Kuching. Bersambung untuk hari terakhir di episod seterusnya, ngeh...ngeh...ngeh...



Saturday, July 30, 2011

kuching -day2 part2

...orait, sambungan bahagian akhir di hari kedua bermula.....

Korang ingat lagi pasal kami tak jumpa cari Muzium Kucing dan lepas tu buat kerja gila? Sebenarnya bukanlah kerja gila apa pun, cuma sebelum ni aku tak pernah pulak buat atau terfikir nak buat benda macam ni. Tapi entah kenapa kali ni aku rasa nak buat pulak, mungkin sebab frust kot.


Kalau korang perasan dalam gambar kat atas ni, kat tengah2 fountain ni ada satu bangunan, kat atas bukit. Sebenarnya kami dah naik ke atas tu, sebab nampak signboard Cat Museum kat tepi bangunan putih belah kanan gambar ni. Tapi bila sampai atas, apa yang kami nampak hanyalah bangunan yang kat puncak bukit tu dan tertulis 'Dewan Bandaraya Kuching Utara'. Tapi kami tak nampak apa2 tanda pun berkaitan secara langsung mahupun tidak dengan muzium atau kucing, except for the Kuching; different spelling but same pronounce. 

Disebabkan itu, kami pun tak singgah. Lepas pusing bangunan sambil cari parking konon2nya, tapi tak jumpa kami pun turun. Masa turun dan sampai kat signboard tepi simpang tu baru aku terfikir, ntah2 dalam bangunan DBKU tadi tu letaknya Muzium Kucing yang dicari2. Tapi bila tengok waktu operasi berakhir pukul 5.00 petang dan jam aku lagi 10 minit nak ke pukul 5.00, aku ambik keputusan nak singgah ke Supermall yang berdekatan. Yang sebenarnya aku nak ke tengah roundabout yang ada fountain tu, nak bergambar bagi melepaskan rasa kecewa. Boleh pulak aku fikir macam tu. 

Punyalah banyak roundabout kat tempat lain yang aku dah pergi, tapi tak pernah pulak aku nak ambil gambar kat tengah2 roundabout ala2 photoshoot gitu. Dah lah kamera kecik je, ada hati nak berangan lebih2. Kalau kamera besar gedabak macam belalai gajah bagai tu, bolehlah nak berlakon konon2 ada photoshoot. Yang pasti aksi kami yang sebenarnya aksi aku yang terover mengundang hon dari banyak kenderaan yang lalu kat situ. Tapi aku macam biasa, buat muka seposen, hehehe. Janji aku tak kacau orang lain sudah. Perjalanan balik lepas tu dah smooth sebab aku dah tak sesat. Masa nak pergi je tak tahu jalan mana nak lalu, masa balik dah boleh ingat jalan.
 

Masa lalu kat sini pun aku terfikir nak buat another photoshoot kat tengah2 pembahagi jalan tu. Tapi bila tengok kereta dan motor bertali arus tak henti2 aku batalkan niat dan cuma ambik gambar dari bahu jalan je. Lepas tu kembali menyambung perjalanan menuju ke Pasar Satok.


Aku rasa aku ambik banyak gambar masa kat pasar ni, tapi bila aku tengok balik gambar2 yang aku ambil, ini aje rupanya gambar yang ada. Aku tepeklah the one and only pic at Pasar Satok yang aku ambik kat sini. Honestly, pasar ni memang besar gila dan aku tak larat nak habiskan siri jelajah pasar. Ada macam2 yang dijual kat sini. Dari buah2an, pakaian, aksesori, cenderamata, pokok2, bawang, bilis..... sampailah ke kuih muih. Ikan hiasan pun diorang ada jual jugak kat sini. Pendek kata macam2 ada!

Disebabkan tangan kiri kanan dah penuh dengan hasil rembatan padu, berat pulak tu, kami pun kembali ke kereta. Simpan barang dan menuju ke Benteng Satok untuk sesi uji rasa makanan pulak. Benteng ni kat tepi main road je, kalau lalu memang boleh nampaklah. Pasar tu pulak ke dalam sikit, tapi rasa macam bersambung je dengan kawasan benteng ni. Benteng ni pun panjang dan ramai peniaga. 


Inilah rupanya tempat makan Benteng Satok yang menjadi sebutan. Kalau Pasar Satok hanya pada hari Sabtu dan Ahad, benteng ni pulak setiap hari tetapi bermula pada sebelah petang. Tak pasti pulak bila tutup, agak2nya bila dah habis makanan dijual diorang tutup gerailah kot.

Hampir pukul 8.00 malam baru kami bertolak balik memandangkan aku nak kena pulangkan kereta by 9pm. Saja balik awal sikit, risau kalau2 traffic jam ke, tersesat lagi ke. Kang tak pasal2 aku kena extra charge pulak sebab lewat pulangkan kereta. Apa? Ohhhh..... kejaplah, hehehe...


Inilah kereta yang berjasa telah menyesatkan aku selama hampir 12 jam sewaktu kat Kuching. Biasalah, kereta sewa tapi bagi aku kereta ni okaylah. Cuma sesekali je gear susah nak masuk dan takde power steering. Lenguh aku nak pusing steering bila nak buat korner baring. Kat steering siap ada etching nama lagi tu, hahaha.

Lepas pulangkan kereta dan simpan barang kat bilik, kami ambil keputusan nak stroll along the waterfront. Masa tengah santai berjalan tu dengar orang menyanyi, pastu macam ramai je yang bertepuk tangan. Rupa2nya ada program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sarawak. Ada persembahan nyanyian, lagu puisi dan tarian. Bergilir2 persembahan dibuat. 


Korang tahu ni tarian apa? kalau tak tahu, nampaknya korang kena pegi tengok sendirilah, hehehe...


Penutup bagi program ini adalah bila mana kumpulan makcik pakcik bermain dengan alat muzik dan seorang pakcik menyanyi. Penonton dijemput untuk berjoget lambak. Yang jadi mangsa ditarik untuk menari adalah minah2 dan mamat omputih. Asalnya aku teringin jugak nak turut sama memanaskan pentas, tapi seganlah pulak, hahaha. Almaklumlah, aku ni insan yang pemalu. Pakcik berbaju melayu dan berkain pelekat dalam gambar atas ni mesti cari minah omputih untuk jadi partner menarinya, high taste tu, hehehe.....

Program ni cuma dianjurkan sebulan sekali je. Kiranya aku ni bernasib baik jugaklah sebab langkah kanan. Sebelum datang aku tak tahu pun ada program kesenian kat sini sehinggalah aku tanpa dirancang hadir ke sini. 


Waterfront yang bermandikan cahaya di setiap malam, menemani pengunjung yang tak pernah puas menyusurinya. Dengan itu berakhirlah perjalanan di hari kedua di Bandaraya Kuching.

Thursday, July 28, 2011

kuching -day2 part1

...bersambung di hari kedua.....

Sebelum ke Kuching, aku dah booking kereta untuk hari Sabtu sahaja. Rata2 harga kereta sewa di Kuching memang mahal dan aku akhirnya berjaya jugak tangkap kancil dengan harga RM60 sehari. Aku dah set dalam kepala, mesti kereta tu tak seelok mana sebab tu harganya below than RM100 per day. 

Pagi2 lagi aku dah hangin satu badan. Sebabnya aku request kereta pukul 8.00 pagi tapi owner janji pukul 8.30 pagi. Okaylah, aku boleh lagi terima. Tapi pukul 8.35 pun tak muncul2 lagi. Bila aku sms, katanya will arrive shortly. Shortly apa kalau pukul 9.00 pagi baru muncul. Nasib baik dia dah siap tolong top upkan fuel, sebab aku yang request sebenarnya dan aku decide nak sewa untuk 12 jam sahaja instead of a day. So that I will return the car at 9.00pm and he charged me RM40 for 12hours. 


Dalam kebosanan duk menunggu mamat tak tepati masa tu datang hantar kereta, sempatlah aku snap gambar tempat aku menumpang berteduh selama empat hari tiga malam. Bangunan hijau inilah rupa luaran Rafflesia Lodge. Kalau nak tahu macam mana dalaman lodge ni, korang kenalah stay kat sini, hehehe. By the way, aku tak dapat komisen pun kalau korang duk sini. 

Lepas urusan serah kunci kereta dan bayaran sewa selesai, kami pun memulakan perjalanan untuk ke Sarawak Cultural Village. Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa kurang dari 40 minit telah terlajak sehingga dua jam. Bandaraya Kuching ni memang tak ada signboard, nama jalan pun kecil aje. Memang kalau pertama kali memandu tanpa bantuan GPS memang akan sesatlah. Contohnya aku, peta yang aku print dari Google maps pun tak dapat membantu. Jauh sekali peta yang aku dapat dari booth tourism kat airport tu, hampeh je semuanya. Jenuh aku berhenti tanya orang. Yang peliknya, orang2 kat Kuching ni boleh pulak kata ada signboard. Padahal aku tak nampak pun, cuma bila dah nak sampai aje baru nampak. 

Perancangan awal kami nak ke Muzium Kucing dan kemudian ke Sarawak Cultural Village (later will acknowledge as SVC) kerana laluannya sehala. Lepas tu nak teruskan perjalanan ke Taman Negara Bako, aku nak tengok monyet Proboscis. Kalau nak tahu pegi tanya Cik Google, ataupun Cik Wiki, aku malas nak cer citer. Tapi bila dah asyik makan buah langsat yang menambahkan tahap temperature aku, kami proceed ke SCV. Dengan harapan dapatlah kami tengok show pukul 11.00 pagi. Kami sampai kat kaunter masuk, lepas bayar RM60.00 for entrance fee, tampal sticker kat baju dan diberi 'passport' untuk dicop di setiap rumah, jam dah pukul 11.15 pagi. Luckily when I re-check the schedule, the show will start at 11.30 and we rushed to the theater.

Masuk je ke dalam theater tu, orang dah hampir memenuhi ruang. Kami dapatlah jugak menyelit, dapat tempat duduk baris ke tiga dari depan since it's free seating. The show was realling awesome and entertaining, and my first impression while paid for entrance fees was disappeared! The 45 minutes show just like five minutes!


Ni tarian yang kedua dah rasanya. Aku pun dah lupa tarian kaum apa. Bermula dengan tarian Selamat Datang dan kemudiannya menyusul tarian daripada kaum pribumi masyarakat Sarawak.

Agak2 korang boleh tak buat macam penari lelaki kat bawah ni? Jom tengok aksi2 18sx. Sukalah tu, hehehe...


Amacam? Ada berani?



Masa persembahan ni, dewan riuh rendah. Gamat dengan suara penonton. Memang enjoylah. Penutup bagi persembahan ini adalah bila mana penonton turut dijemput untuk sama2 berjoget lambak kat atas pentas.


Lampu berbentuk periuk kera yang tergantung di tengah2 dewan. Cantik dan unik!

Selepas persembahan tamat, kami mengisi perut kat kafe sebelum meneruskan penjelajahan. Bila dah recharge tenaga, maka bermulalah misi penaklukan berpandukan pada 'passport' yang diberi. Jom, layan gambar jelah. Malas dah nak tulis banyak2.

 
Kat sini pun ada pavilion, bukan kat KL je ada. Cuma bezanya pavilion kat sini tak ada orang masa kami datang. Amacam? Okay tak pavilion SCV? Masa ni on the way nak ke Rumah Bidayuh dengan melalui jambatan buluh. Kalau nak tengok macam mana rupanya, nanti check slideshow belah kanan ni. Kalau tak ada tu maknanya aku tak upload lagilah.


Lantai Rumah Orang Ulu ni memang macam ni bentuknya. Agaknya diorang main hentak2 kaki kot, pasal tu lantai semua jadi macam ni. Sudahlah rumahnya tinggi yang amat, tangga nak naik ke rumah pulak merupakan sebatang kayu yang ditakik sama macam yang korang tengok dalam gambar kat atas ni.


Ini Rumah Melayu. Masa nak ke rumah ni, hujan dah mula turun. Apa lagi, berlarilah kami ke sini. Berteduh bawah rumah sekejap, pastu baru naik ke atas. Satu2nya rumah kat dalam SCV ni yang kena buka kasut sebelum masuk. Dari depan pintu je dah boleh nampak papan congkak. Teringat pulak congkak kat rumah yang aku dah lama tak sentuh. Jendela dan pintu penuh dengan ukiran, cantik!


Anda masih berada di Rumah Melayu. Bahagian loteng ni kalau pada masa dahulu menempatkan bilik anak dara. Dari atas ni boleh meninjau ke ruang tamu. Kiranya kalau ada jejaka hensem orang datang bertamu, anak2 dara semua bolehlah duk cuci mata tanpa perlu menyorok belakang pintu. Eloklah pun, kalau menyorok belakang pintu kang tak pasal2 tercabut pulak pintunya. 

Lama kami di sini, menunggu hujan reda. Bila dah tinggal rintik2 halus, kami teruskan penjelajahan ke Rumah Cina sebelum mengakhiri siri jelajah SCV. Lama juga masa yang kami ambil untuk meninjau keseluruhan tempat ini. 


Pintu masuk SCV selepas hujan, sebelum melangkah pulang. Banyak yang boleh dilihat, disentuh dan dipelajari di sini. Melihat gambar, menonton video dan membaca pengalaman orang lain tidak sama dengan anda melalui sendiri keseronokannya. Saja aku tepek sikit je gambar kat sini, biar korang pergi dan rasai sendiri. Kalau nak rasai pengalaman ni, apa lagi. Rajin2lah tengok tiket murah ke Kuching, itupun kalau korang nak save budget, tapi kalau ada duit berkepuk apa salahnya beli aje tiket MAS book dan pergilah ke SCV. Tak rugi bayar RM60.00 untuk tiket masuk kerana hasilnya memang berbaloi2. 

Kami pulang dengan hati yang berbunga riang. Namun hari yang mula cerah selepas hujan kembali bertukar rentak. Kami nampak kereta dipandu perlahan dan rupanya ada pokok yang patah menghalang laluan. 


Ini pokok pertama yang kami jumpa, namun perjalanan masih boleh diteruskan. Tak jauh kemudian, banyak kereta berbaris. Awalnya aku jangkakan laluan perlahan di hadapan. Namun selepas lebih 20 minit dan kereta masih tidak bergerak, aku mengambil keputusan untuk meninjau apa yang terjadi di hadapan. 

Rupanya inilah punca kesesakan ini. Sebatang pokok yang tumbang merintangi jalan dan turut sama menghentam kabel elektrik. Bomba dan JPA bertungkus lumus bekerja. Tak ketinggalan pakcik2 dari kediaman berdekatan turut berada di tempat kejadian. Menurut salah seorang pakcik kat situ, katanya tiada kemalangan jiwa. 


At this point, I'm already half way to my car. Seems lots of car and people waiting patiently to moves on. Masa aku sampai kat kereta, abang lori yang tersangkut belakang aku advice suruh aku patah balik ikut jalan Kampung Buntal sebab proses pembersihan kat sini akan ambil masa yang lama. Lepas tu ada sorang lagi adik yang lalu kat situ pun bagi advice yang sama and I decided to take the risk!

Laluan tu pun ada juga pokok yang tumbang tapi masa aku sampai tu dah hampir selesai pun kerja2 tu. Dan dengan baik hatinya ada abang kancil yang sudi nak tunjukkan jalan keluar untuk ke Kuching.


Laluan sempit inilah yang membawa kami kembali ke jalan utama sebelum kembali ke bandar Kuching. Dengan kejadian yang tak disangka2 itu, banyak masa yang terbuang begitu saja. 

Dalam perjalanan balik ini kami masih berhasrat untuk singgah sebentar di Muzium Kucing. Sekali lagi ketiadaan signboard menyebabkan kami gagal untuk ke sana. Memang aku hangin sangat2. Kecewa yang tak terhingga. Kecewa kerana tempat yang sepatutnya menjadi tumpuan ramai pelancong tidak mempunyai petunjuk yang jelas. Disebabkan kecewa tu jugak, aku buat kerja gila, haha... Nak tahu apa dia, bersambung ke entry seterusnya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...