Wednesday, September 23, 2015

trip pasrah | open trip -part1

Pagi ni awal kitorang bangun dan bersiap2. Belum pun pukul 7.00 kitorang dah ready kat restoran hotel. Kitchen staff baru keluarkan makanan, kitorang dah standby kat tepi. Punyalah tak sabar. Dah settle breakfast, kitorang mintak staff hotel call teksi. Masuk je dalam teksi, sekali pakcik teksi malam tadi rupanya. 


Breakfast aku, nasi yang digoreng dengan maggi. Gigih aku senduk dalam cubaan nak ambik nasi sahaja. Pagi ni kena isi perut kenyang2, sebab kebarangkalian nak jumpa makanan tu lambat lagi.

Kitorang sampai kat Kabana Hotel belum pukul 8.00 pagi. Hotel ni agak jauh ke dalam dan depan hotel tu penuh dengan peniaga mutiara. Kitorang turun dari teksi je dah kena serbu. Hari ni kitorang akan join open tour dengan Didan, aku baru confirmkan malam tadi dengan dia. So, meeting point kat hotel ni pukul 8.00 pagi. 

Jumpa Didan kat entrance hotel dan dia bawak kitorang lepak kat lobi dulu. Rupa2nya kitorang akan join group photographer dari Jakarta, dorang 17 orang dan sorang photographer dari Malaysia. Terus rasa segan nak keluarkan kamera cinonet aku, haha. Patutnya tour ni start pukul 8, itu yang kitorang gigih datang awal. Sekali pukul 9.00 baru nak gerak, hebat jugak janji dorang ni. Itu pun siap mintak berhenti kat Indomart lagi sebab ada yang belum breakfast katanya. Kitorang yang sampai awal dari Senggigi pun dah siap breakfast. 

Kitorang naik coaster bas, dan aku banyak tido je. Bila dah nak masuk area Pasar Tanjung Luar, baru aku betul2 bangun. Masih ada saki baki peniaga ikan kat tepi jalan pasar tu. Kalau datang awal, keadaan lebih meriah. Memang seronok nak photo hunting. Masa kitorang sampai dah dekat pukul 11.00. Dari pasar ke pelabuhan dah tak jauh mana.


Bot2 nelayan kat pelabuhan. Bau kat sini memang tak menahan, hampir sama dengan bau masa aku kat fishing village Mui Ne.

Kitorang akan ambik boat kat sini. Nak transfer dari bas yang parking depan jeti ke dalam boat pun ambik masa yang lama. Rengsa betul kalau join open trip ramai2 camni. Kitorang naik 2 boat, of course aku sekali dengan Izza naik boat yang sama. 


Approaching Gili Pasir, hentian pertama kitorang. Masa kitorang sampai ni, boat dorang dua buah tu dah nak balik.


Pulau ni hanya akan muncul bila air surut. Hanya pasir semata.


Airnya dah tentulah jernih, tapi banyak rumput laut kat tempat yang agak dalam sedikit. Rumput laut ni boleh sebabkan pantai jadi kotor.


Selain rumput laut yang tak best, kat sini banyak tapak sulaiman atau bintang laut. Tapak sulaiman yang ni duk dalam air, sebab tu warnanya tak menyerlah sangat.

Dah puas ambik gambar, baru kitorang naik boat untuk ke destinasi seterusnya. Oh ya, dari pelabuhan ke sini tak jauh mana pun. Kat sini banyak pulau2 kecik, ada yang ada penghuni dan ada jugak yang pulau semata, takde penduduk.


Pulau ni agak meriah sikit, sebab ramai penduduk. Bahagian jeti berbatu2, tapi bila arah ke hujung tu pasirnya nampak cantik.


Deretan perahu nelayan kat pulau tadi.

Lebih kurang setengah jam kemudian, kitorang sampai ke Pantai Pink. Turun je dari boat, masing2 menghala ke arah bukit. Gigih dalam panas2 mendaki naik ke atas. Aku pulak memang tinggalkan sandal dalam boat, sebabnya pasir pantai agak jerlus. Lagi selesa kalau berkaki ayam. Tapi lepas tu lagi seksa, kena extra careful bila nak melangkah.


View dari atas bukit yang kitorang panjat. Ni sebelah bukit / tanjung, bukan Pantai Pink.


Inilah view Pantai Pink yang tak pink. Sebelah sana pun ada bukit jugak, tapi macam tak tempting je nak daki.


Ada nampak warna pink tak? Datang tengah hari buta memang takde harapanlah nak nampak pasir warna pink. 


Another pulau2 kecil di kawasan sekitar.

Tak tahan panas, kulit dah makin rentung, aku turun ke arah pantai balik. Dorang gigih lagi menembak kat atas tu. Masing2 senjata gedabak, takat aku yang guna digicam ni tak mampulah nak beraksi lebih2. Ada sebahagian memang dah turun, ada jugak yang memang tak naik langsung. Kat tepi pantai tu ada banyak jugak warung makan dan stalls jual jajan. 

  


Terpikat ke?

Aku dengan Izza melepak kat bangku bawah pokok tepi pantai. Seronok layan perasaan bila dihembus angin pantai. Silap2 boleh terlena kat bawah pokok tu. Lama jugak kitorang melepak kat bangku tu, sampailah Didan panggil kitorang ajak lunch kat salah satu warung tepi pantai tempat dorang lepak.


Nasi kotak yang jadi hidangan makan tengah hari kitorang ni dah termasuk dalam pakej. Masakannya sedap belaka. Kenyang terlebih lah, lagi2 bila ada air kelapa muda.

Masa kami baru nak makan ni, dorang yang memang lepak kat situ dari tadi dah settle makan. Masa kitorang tengah makan, group yang kat atas bukit tadi baru turun. Dah settle makan, ojek dah standby nak bawak kitorang.

Bersambung...


Monday, September 21, 2015

trip pasrah | hari untuk bermalas-malasan

Pagi ni masing2 bangun lambat. Dah bangun pagi tu, tapi lepas dah settle urusan sambung tidur balik. Senang hati nak berbungkus atas katil lama2, kereta dah pulangkan malam tadi, takde apa nak dikejar pagi ni. Since breakfast sampai pukul 10.00 pagi je, lagi 15 minit nak pukul 10 baru aku turun bawak baju kotor. Izza dah lama turun. Mujur kat hotel ada laundry service, Rp 5000 per kg. Lepas breakfast, kitorang naik ke bilik dan sambung tidur.

Hari ni memang betul2 bermalas-malasan. Layan movie kat tv sampai tertidur2. Around 4.00pm baru kitorang keluar. Itupun paksa diri untuk keluar, kalau tak memang totally spend time kat bilik jelah hari ni. Barulah berbaloi2 bayar bilik mahal2. Kitorang jalan kaki je, dari hotel kami ke kanan menghala ke arah Central Senggigi.


Pura Batu Bolong. Kitorang cuma ambik gambar dari tempat lepak atas bukit tu je, tak terasa nak masuk ke dalam pun. 


Kat bawah tu makcik2 peniaga baru nak bukak gerai jualan. Dorang bentang tikar pastu tindih dengan batu, tak nak bagi tikar terbang.


Pantai yang berteluk sebelah Pura Batu Bolong. 

Dari situ kitorang berjalan lagi. Kat bahagian atas tempat kitorang ambik gambar tu pun ramai yang berniaga. Masa kitorang berjalan tu, kitorang nampak kat kawasan teluk dalam gambar atas tu ada resort tinggal. sempat kitorang speku yang mungkin pemiliknya dah takde dan pewaris pun takde jugak. Sayang sungguh sebab kawasan resort tu luas dan lokasi pun cun. Kalaulah kitorang dapat... okay, mode berangan is switch on. 

Kitorang berjalan tanpa tujuan yang khusus. Yang pasti nak makan, tapi nak cari tempat makan tepi laut. Masa lalu dekat area central Senggigi, nampak atm CIMB Niaga. Aku try guna kad atm yang dah aku activate sebelum terbang, Alhamdulillah berjaya. Risau jugak kot2 tak lepas sebab kad atm aku zaman tok naduk, zaman Bumiputra Commerce lagi. Masa aku tukar kat money changer sebelum datang sini rate Rp 1 juta = RM 288. Tapi masa aku withdraw kat sini rate cuma RM 284.00, no charges. Lepas tu kitorang sambung berjalan lagi.


Art Market, Senggigi. 

Kitorang masuk ke dalam kawasan pasar seni ni, ushar keliling dan ternampak restoran/cafe tepi pantai. Mula2 tu macam confused jugak sebab nama The Office, tapi bila tengok menu book kat entrance, kitorang terus buat muka confident. Kitorang pilih seat hujung, dekat dengan laluan nak ke pantai. Lepas order, kitorang ambik gambar.


Cuaca cantik. Kalau bukit tu takde sure boleh tengok matahari terbenam ke laut.


Ini pulak the other side. Kawasan jeti tu macam meriah je, tapi nak ke sana takut makanan yang kitorang order tadi sampai pulak. Patutnya kitorang berjalan dulu ke sana, baru order makan. Masa kitorang berjalan tadi tak nampak pulak laluan nak ke jeti, kalau tak harus kitorang dah ke sana dulu.


Aku lupa nama meal ni, yang pasti namanya ada Thai kat belakang dan ianya sedap. Kata waitress tu, isteri owner restaurant ni sendiri akan masuk dapur dan observe preparation. Si suami asal Australia dan isterinya dari Thailand, menetap di Lombok.

  
Tengah seronok makan dan bergossip riang, sekali langit bertukar warna.


Dari meja kitorang makan. Sayang nak tinggalkan makanan atas meja.





Masa kitorang keluar tinggalkan restoran, hari dah gelap. Elok keluar dari bangunan The Office, terdengar bunyi persembahan. So kitorang ikut je. Rupa2nya ada cultural show tak jauh dari tempat kitorang lepak dinner tadi. Masa kitorang sampai cuma ada 3 bule dan beberapa orang local. Kitorang duduk kat kerusi yang tersusun depan pentas. Masa dancers tu turun ajak kitorang menari, aku dengan Izza memang geleng kepala ajelah. Dorang bertiga depan kitorang memang sporting.


Penari dan mamat bule sorang tu masa closing photo. Show ni dah nak sampai hujung2 dah masa kitorang datang tu.

Show dah habis, kitorang just pusing2 tengok stalls kat kawasan Pasar Seni ni. Harga barang not bad, tapi bila aku tak dapat harga yang aku nak, memang takde lah aku nak membeli. Tak lama kami kat sini, orang pun tak ramai. Mungkin kalau hujung minggu lebih meriah. Itupun ada yang dah nak tutup kedai. Since dah gelap, kitorang ambik teksi balik ke hotel. Tambang teksi dari Art Market ke Grand Senggigi Hotel adalah Rp 20k, ikut bacaan meter. Not bad sebab jarak boleh tahan jauhnya.

Balik ke hotel, kitorang tambah lagi 2 malam. Lepas discuss dengan Izza, better stay terus kat situ, malas dah nak pindah randah. Laundry kitorang pun dah siap. Sempat sembang dengan owner hotel, Cina Makassar. Dia sebelum ni belajar kat Taylor's College ambik perhotelan. Seronok dia bercerita pasal makanan kat Malaysia. Banyak makanan sedap2, dan dia rindu kuey teow katanya. 

Kami rehat awal malam ni, sebab esok nak kena bersiap awal pagi. Harapnya hari esok tak mengecewakan.


Sunday, September 20, 2015

trip pasrah | 3 gili dan air terjun asin -part2

Dari Gili Sudak ke Gili Kedis tu dekat yang amat, sekejap je dah sampai. Pulau yang terkecil kalau nak compare dengan Gili Nanggu dan Gili Sudak. Masa kitorang sampai, ada sebuah boat yang bawak couple bule. Tapi tak lama lepas tu dorang balik dan ada 2 orang local yang aku tak tau dorang datang dengan apa. Sebab takde perahu atau boat. 


Pantainya memang landai. 


Dah turun dari boat, ini yang aku tuju dulu. Teruja betul aku nak bergambar kat sini. Batu yang ni sebijik macam kulit buaya pun ya.


Another batu besar kat kawasan ni. Sebenarnya kawasan berbatu kat pulau ni kat sini je. Warna airnya memang cantik, berlapis2. 


Air yang jernih dengan pantai yang landai. Sesuai untuk mereka yang dalam mood bercinta.


Kan aku dah kata pulau ni kecik je. Kejap je dah settle pusing satu pulau. Ada gazebo kat sini, boleh nak berehat2 melayan perasaan. 

Kat sini kami cuma pusing pulau, sambil bergambar mengalahkan supermodel. Main sepak2 air sebelum masuk berendam dalam air. Izza pun dah tak larat nak snorkel kat sini. Masing2 dah penat, tak adalah nak berlama2 kat sini.


Masa kitorang dah ready nak naik boat, pakcik boat tunjukkan starfish ni. Terus semua serbu starfish seekor ni buat bergambar. 

Dah habis bergambar, baru kitorang bergerak balik ke pelabuhan. Masa turun dari boat, kena harung air nak ke pantai. Masa ni selipar aku terbenam dalam pasir, bila tarik ternyata tak dapat diselamatkan dah. Selipar aku putus! Dengan sedih aku ambik dan buang dalam tong sampah. Mujur ada sandal dalam kereta, tak adalah aku berkaki ayam.

Masa kat parking Sopyan ada tanya pemuda local pasal nak ke Tanjung Jagog. Dorang dah takut2kan kitorang, dorang kata jangan ke sana sebab orang2 kat sana suka pukul orang luar tanpa sebab. Aku tengok Sopyan dah goyang, dia serba salah antara berani dan takut. Tapi aku insist jugak nak pergi. Kalau tak pergi hari ni, belum tentu esok aku boleh sampai ke sana. 

Banyak kali jugak kitorang berhenti tanya direction. Bila dah hujung2 dekat nak sampai, keadaan jalan dah berubah berikutan keadaan muka buminya. Jalan kecil turun naik bukit dalam keadaan bengkang bengkok. Macam jalan Karak, cuma bezanya Karak tu jalannya lebar. Suasananya juga sunyi. Agak2 selekoh tajam aku suruh Sopyan bunyikan klakson. Sampai satu ketika, bunyi klakson menyelamatkan kitorang dari musibah ditabrak. Syukur pada Yang Maha Esa.

Untuk masuk ke kawasan pantai, agak tricky sebab kitorang terlajak jauh. Bila rasa macam dah makin jauh dari pantai, kitorang berpatah balik dan tanya penduduk. Dari laluan lurus dengan pantai sayup kelihatan belah kanan, kat penghujung selekoh, masuk terus ke kawasan rumah penduduk. Jalan tanah merah antara rumah penduduk. Kitorang mintak izin tumpang parking kat rumah warga dan berjalan kaki ke arah pantai.  


Pantai Nambung Tanjung Jagog. Pasirnya jerlus, penat nak melangkah. Hujung sana dekat batu itulah akan terjadinya air terjun bila ombak besar membadai. 

Hajat hati nak berjalan sampai ke hujung sana, tapi badan dah penat, pasirnya pulak jerlus memang memerlukan tenaga yang bukan sedikit. Tambah pulak keadaan sunyi sepi, kitorang je yang ada. Mungkin kalau datang hujung minggu, orang ramai kat sini. Sudahnya, kami memilih tengok dari sini ajelah. 


Air terjun dah terbentuk. Kamera aku tak mampu nak zoom jauh ke sana. Kalau larat berjalan ke sana, air terjun tu memang besar. 


Sebelah sana Pantai Nambung. Sunyi, hanya kami berempat dan anjing yang turut melepak kat pantai ni.


Bila ombak besar ni datang menghempas batu, barulah air terjun tu terhasil. The best time nak tengok kejadian alam ni, korang kena datang antara jam 6.00 hingga 10.00 pagi dan antara 4.00 hingga 6.00 petang. Kalau korang datang tengah hari, memang tak dapatlah.

Dah puas tengok dengan mata sendiri, kami pulang. Memikirkan jalan nak balik yang mencabar laluannya, dan jarak yang jauh, tak boleh lah nak berlama2 kat sini. Sewaktu melalui Sekotong, matahari dah hampir nak jatuh. Aku mintak Sopyan berhenti kalau ada tempat yang selamat.


Sempat aku capture ni masa Sopyan berhenti kat tepi jalan. 


Sunset, warna alam yang cukup indah.


Ni pulak semasa berhenti kali ke dua. Matahari dah hampir terbenam.


Suasana dah berubah masa kitorang berhenti tak jauh dari Pelabuhan Lembar. Kelihatan feri dan kapal2 besar menunggu giliran nak berthing, mungkin.

Sebelum mencari hotel untuk bermalam, aku mintak dorang bawak kami pergi dinner dulu. Masa sampai kat rumah makan, aku memang tak tahan nak membuang. Keluar dari kereta, terus aku berlari ke tandas. Dah lega perut baru aku cari dorang. 


Dinner kami malam tu. Ayam taliwang dah tak dihidangkan dengan kepala sekarang ni.

Kalau tak silap dorang bawak kami ke Rumah Makan Ayam Taliwang Nada. Tandasnya bersih, aku cukup berpuas hati dan aku bagi 5 bintang! Makanan pun sedap, servis bagus, memang recommended lah. 

Dah selesai makan, aku mintak Sopyan hantarkan ke Grand Senggigi Hotel, malas dah nak cari hotel lain. Takut kalau2 pisang berbuah berkali2. Aku book untuk 2 malam dulu, sebab tak tahu nak ke mana lepas ni. Dah dapat kunci, Izza naik ke atas dulu dan aku call Pak Surya nak pulangkan kereta. Boleh je kalau aku nak pulangkan esok, tapi kalau terlambat kena bayar extra. Lagipun, nak merayau malam ni, badan dah tak larat. 

Lepas pekerja Pak Surya datang ambil kereta, Elmi dan Sopyan dah balik, baru aku naik ke bilik. Lega rasanya dapat mandi dengan puas, bersihkan badan yang berpasir. Malam itu kami tidur dengan lena. Untuk esok, kami malas nak fikir lagi apa nak dibuat. 


Wednesday, September 16, 2015

trip pasrah | 3 gili dan air terjun asin -part1

Pagi ni malas giler nak bangun. Konon berjanji dengan Sopyan nak bertolak dalam 5.30 pagi. Bangun, bukak mata, capai handphone, aku text Sopyan anjak ke 6.00 pagi. Lepas tu text lagi anjak ke 6.30 pagi, dan last aku text pukul 7.00 pagi. Punyalah malas nak bangun. Pagi ni kitorang terus kemas2 packing barang segala ke kaunter receptionist. Aku mintak refund duit lagi semalam. Dia tanya kenapa dan aku memang terus terang je bagitau. Dia tak kata apa2, terus bagi duit refund dan prepare breakfast untuk kitorang.

Masa tengah breakfast, Sopyan dan isterinya Elmi sampai. Dorang dah datang tadi, bila kitorang tak siap lagi, dia balik pulak. Lepas breakfast kitorang terus gerak ke Sekotong. Since semalam dah suruh Sopyan jadi driver, so bersambunglah ke hari ni. Dah dapat kereta kecik ni, boleh dah kalau kitorang nak drive sendiri, tapi macam tak best lah pulak. Sudahnya kitorang cas2 mem besar kat belakang. 


Daihatsu Ayla yang patutnya kitorang dapat dari semalam. Tak jauh beza dengan Perodua Axia.


Awal2 perjalanan sempat lagi layan view sawah padi. 

Dari Senggigi ambik laluan nak ke airport. Sampai kat roundabout yang ada binaan tengah2 tu, ambik ke kanan kalau nak ke Sekotong. Kalau nak ke airport dan Kuta, ambik simpang kiri. Bila makin dekat dengan Sekotong, makin banyak lori2 besar kat jalan raya. Mostly dari feri yang berlabuh kat Pelabuhan Lembar. Masa ni aku dah start layan ngantuk. 

On the way tu takde lah smooth sangat perjalanan kitorang. Berhenti for toilet break few times jugak, pastu berhenti tanya direction pun ada jugak. Rupa2nya simpang kitorang ambik tu menghala ke Tanjung Jagog, tapi kitorang nak ke sana petang karang. So, kitorang patah balik menghala ke Sekotong Barat dan bila di persimpangan kitorang pilih lalu ikut jalan bawah.


Kami akhirnya berjaya tiba di Pelabuhan Tawun. Kebetulan masa kitorang sampai ni, keadaan agak kecoh sebab ada event pagi tu. Tapi kitorang ignore je.

Kitorang ke kaunter tiket nak tanya boat ke Gili Nanggu, Sudak dan Kedis. Dari harga asal Rp 550k per boat, kitorang dapat kurang ke Rp450k je. Tapi tu tak termasuk sewa snorkel equipment Rp 50k each. Dah ready kitorang dibawa ke boat kat pantai tepi tu. Jeti tu ditutup buat masa sekarang sebab ada kerosakan, so kena guna pantai. Perjalanan dari pelabuhan ke first island tu jauh jugak, nearly half an hour. Sempatlah pakcik boat buat luahan perasaan tak puas hati pasal adik lelaki dia yang kahwin rahsia kat Malaysia. Aku pulak yang terpaksa tadah telinga, aduyaiii. 


Menghampiri Gili Nanggu, first stop kitorang. 

Aku suka Gili Nanggu. Pasirnya lembut, halus dan padat. Remind me much about Nobby Beach. Toilet ada tapi basic giler dan kebersihan kureng sikit. Kalau nak guna kena bayar sebab bekalan air tawar dorang buat saluran paip dari tanah besar.

Aku basah badan je, tak berani nak ke tengah. Last2 Izza dengan another pakcik boat yang snorkel. Sambil2 tu aku duk bersembang dengan Elmi. Dah bosan, rendam badan kejap pastu ambik gambar. 


Pasir dan warna airnya memang menawan.


Kat pulau ni ada chalet, tapi aku tak nampak pulak ada tetamu.


Ada banyak gazebo macam ni. Kitorang letak je barang2 kat one of the gazebo and it safe. 


Penat berendam kat bahagian belakang, kitorang pindah ke bahagian depan. 


Ikan2 ni berenang ke tepi pantai. Aku tak payah snorkel pun, memang banyak kat tepi2 pantai. Orang takut air macam aku memang rajin berjemur kat pantai je.


Tapak sulaiman biru yang Izza bawak naik.


Ini pulak hasil dari kamera Izza. *Pic kredit to Izza. 

Boleh tahan lama kitorang spend time kat Gili Naggu alone. Sayang nak tinggalkan pasir pantainya. Tapi kitorang ada banyak lagi tempat nak singgah. Seterusnya kitorang akan ke Gili Sudak.


Gili Nanggu yang makin jauh ditinggalkan.

Masa sampai kat Gili Sudak, cuma ada sebuah boat yang bawak tourist. Yang lain adalah local yang tinggal kat situ. Kitorang decide untuk lunch dulu kat Sudak since hari dah agak lewat. Aku dengan Izza pilih ikan untuk lauk kitorang dan sementara tunggu lunch kitorang siap, kami cuci mata dulu. 


Seberang sana adalah tanah besar Lombok. Kitorang tadi datang dari belah sana lah.


Nirvana Gili Sudak, satu2nya resort yang ada di pulau ini buat masa ini. Pemilik Nirvana ini juga merupakan pemilik restoran yang kitorang singgah ni. Dia dengan baik hati bawak kitorang melawat biliknya. Tapiii... tapi dalam baik hati tu, dia duk paksa kitorang suruh stay situ malam ni. Jenuh kami menepis.


Hidangan makan tengah hari kami yang enak dengan view yang indah, memang double triple enak jadinya. 

Dah kenyang, masing2 ambik tempat untuk lelapkan mata buat aktiviti kesukaan. Izza kembali masuk ke dalam air, kali ni aku bagi kamera aku sekali. Aku tak masuk dalam air takpe lah, dapat wakilkan kamera pun dah okay dah. Puas rendam badan dalam air, aku berjalan sambil sepak air. Konon2 nak pusing pulau, tapi tak dayanya. 


Aku tak tahu 'rumah terapung' ni untuk apa. Sebuah ni je yang ada.


Kat sebelah sini pun ada another restoran jugak. Tapi masa aku lalu ni, tak nampak ada orang pun kat situ. 


Berminat? Kalaulah tetiba ada duit 2.6b dalam akaun aku, harus aku beli tanah ni. 

Tak jauh pun aku berjalan. Agak2 dah tak nampak orang, aku patah balik. Kat pulau ni ada rumah penduduk, ada kebun sayur lagi. Masa aku balik, Izza dah ada kat pantai. 


Dalam laut di Gili Sudak, hasil dari tangkapan Izza. 

Kata Izza current kat sini agak kuat berbanding Gili Nanggu. Tu sebab aku wakilkan kamera je, tak berani nak mencemar duli. Takat rendam badan, pastu kalau berdiri boleh cecah dasar, aku berani lah. Agak2 dasar dah tak boleh nak pijak, aku cuak beb. Bila semua dah ada, kitorang decide ke Gili Kedis, gili terakhir untuk hari ni.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...