Tuesday, January 13, 2009

kul - bdo - kul

January 6, 2009. Tuesday.



We arrived at Bandara Husein Sastranegara Airport ATA 1800hrs. We took a taxi from the airport to Wisma Gandapura (WG), Jalan Martadinata. After shower, we walked along Jalan Martadinata or most well known as Jalan Riau by locals. Having a dinner at Padang Restaurant and after that walking to the FO's along the road. KFC restaurant just around the corner.


January 7, 2009. Wednesday.




0830hrs kami keluar untuk ke Pasar Baru. Pak Jujun, staff WG dengan baiknya memberikan panduan untuk kami ke Pasar Baru dengan menaiki Angkot. Angkot pertama bernombor 2 dan bewarna hijau tua kami ambil betul2 di hadapan WG dan turun di SMU3 dengan tambang Rp2000. Kami menukar Angkot berwarna hijau muda bertulisan St. Hall - Gede Bege dan turun di Pasar Baru dgn tambang Rp3000. Seharian kami menjelajah Pasar Baru dari Lantai Dasar ke Lantai 6, malangnya tidak semua toko berjaya kami lawati. Sememangnya terlalu banyak yang boleh dibeli dengan harga yang amat murah berbanding di Malaysia. Hampir 4 ptg kami ke GMC yg terletak di Jalan Ottista untuk menukar RM ke Rp. Mmg amat ramai pelanggan dan kami terpaksa beratur panjang menunggu giliran. Lebih setengah jam menunggu, kami berjaya juga akhirnya. Kami menaiki beca ke Jalan Kebon Kelapa untuk mengambil Angkot pulang ke WG.



January 8, 2009. Thursday.



0715hrs Pak Deddy dah menunggu kami kat depan WG. Tapi kami turun agak lewat selepas bersarapan. Sebenarnya kami meminta Pak Deddy dtg 0800hrs WIB. Perjalanan kami yang pertama adalah menuju ke Situ Patengan dan Kawah Putih. Situ Patengan sememangya mempunyai lagenda yang tersendiri. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Kawah Putih dan sememangnya aku merasa begitu takjub dengan kekuasan Allah. It's really amazing.


Sewaktu kami tiba, keadaan kawah kelihatan berbalam kerana berkabus dan sejuk. Seketika kemudian kabus tebal menyelubungi persekitaran dan kami tidak dapat melihat dengan jelas. Tidak lama kemudian, suasana bertukar secara perlahan2 pabila kabus mula menghilang dan suasana cukup cerah. Sememangnya tidak dapat digambarkan dengan kata2 betapa takjubnya menyaksikan keEsa-an Allah.




Dalam perjalanan pulang, kami singgah untuk bergambar di ladang teh dan seterusnya singgah untuk makan tengah hari di sebuah restoran sunda. Nasi timbel, ayam bakar dan jus strawberi dan ice cream menjadi santapan aku. Suasana yg nyaman menyebabkan aku benar2 menikmati hidangan yg berharga cuma Rp23000. Cukup mengujakan.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Grande dan Terminal Tas. Sepasang baju sejuk buat Sarah akhirnya dicapai.


January 9, 2009. Friday.





Pagi ini supir kami agak lewat dr waktu yg dijanjikan. Kami langsung di bawa ke Tangkuban Perahu. Di sepanjang perjalanan, pandanganku disajikan dengan keindahan panorama indah dan menarik. Teruja sekali aku melihat arnab yg comel diletakkan di dalam sangkar sewaktu menuju ke Tangkuban Perahu. Jika ditanya pendapatku tentang Tangkuban Perahu dan Kawah Putih, aku lebih menyukai dan mengagumi keindahan Kawah Putih. Namun aku telah tertipu sewaktu di Tangkuban Perahu. Ianya merupakan pengalaman yg perit bg kami kerana bayaran yg dikenakan amat tidak munasabah dan kami tidak diberi peluang untuk memilih. Jika berpeluang, aku lebih rela untuk melihat dari puncak drpd turun ke kawasan kawah.








Dalam perjalanan pulang, kami singgah di sebuah kebun Strawberi dan seterusnya terus menuju ke Pasar Baru. Kali ini kami berbelanja sekadar memenuhi keperluan sebelum kembali ke Malaysia esoknya. Tidak banyak yg dibeli namun hampir Rp1juta dihabiskan dalam waktu tidak sampai 4 jam walaupun aku tidak berupaya untuk menjelajah ke seluruh pelusuk Pasar Baru. Pasti aku akan kembali untuk lagi. Bila? Aku tidak pasti.
Dalam perjalanan pulang ke WG, kami dibawa singgah ke Prima Rasa, toko kue & brownies. aku sekadar membeli 1 paket brownies kerana takut terlebih muatan beg.




January 10, 2009. Saturday


Hari ini aku bangun lewat, dan bersantai sambil mengemas beg pakaian. Selepas bersarapan aku kembali menyambung lena buat kali terakhir di bumi Bandung dalam kunjungan ini. Hampir 1130 pagi, kami turun untuk check-out dan menitipkan beg di receptionist sebelum melangkah keluar menuju ke Prima Rasa. Memandangkan beg aku masih lagi mempunyai ruang, rasanya perlulah aku mengisi dgn ole2 buat teman rapat.


Taxi kami sepatutnya dtg pada pukul 1430, tetapi sebaik shj kami selesai mengemas beg untuk kali terakhir, taxi tiba. Padahal jam baru 1330. Disebabkan kami sudah tiada agenda lain, maka we make a move to the airport.





Setelah check-in, aku sempat lagi memborong brownies dan keropok malinjo untuk dibawa pulang sebagai ole2. Tanpa diduga, aku bertemu Pak Abu dan isteri yang kebetulan turut bercuti sampai menziarahi anak mereka di Universitas Padjajaran. Alhamdulillah, perjalanan kami tidak megalami sebarang masalah mahupun kesulitan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...