Thursday, January 26, 2017

misi menawan kinabalu | jumpa lagi, kk



Lepas Subuh pagi tu, aku sambung berselimut. Lagipun hari ni takde plan dah, cuma tunggu time nak check out dan ke airport. Kat luar riuh bunyi sambutan Hari Kemerdekaan yang tengah berlangsung. Dah bosan berselimut, aku bangun dan join dorang mengintai perbarisan dari balkoni. Masa ni dah nak habis dah.


Lokasi sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri Sabah dari balkoni. Dah almost clear, maklumlah matahari dah tinggi.

Flight Nani yang paling awal antara kitorang, kami yang lain2 flight petang. Agak2 cukup masa untuk brunch dan Nani nak ke airport, baru kitorang turun cari makanan. Barang Nani dah siap2 bawak, tak perlulah nak naik turun lagi lepas makan karang. Pagi tadi aku dengan Dayah dah download application uber, pakcik driver semalam suggest guna uber sebab lagi murah compare to taxi katanya.

Kitorang agak silap perhitungan rupanya. Kedai makan yang dibukak penuh dengan orang yang baru settle dengan perbarisan. Ada kedai tu dah dibooking pulak. Dapat jugak kitorang menyelit masuk ke satu restoran ni. Sambil2 menunggu makanan sampai, sempatlah kitorang guna wifi.

Dah settle makan, cari uber untuk hantar Nani ke airport. Kitorang singgah beli air dan jajan, kemudiannya balik ke apartment. Sementara nak tunggu masa untuk check out, kitorang melepak rehatkan kaki yang dah pegal2. Jalan pun dah tak betul. Lepas check out, search uber and off we go to the airport. Kami berlima, so kitorang ambik 2 uber. Patutnya boleh search UberXL untuk mpv, ni kitorang search UberX instead. First timer, memang cenggitu. 

Since our flight lambat lagi, kitorang pergi makan dulu kat Kopitiam. Lepak2 sambil guna mesin urut kaki just for killing time. About time to boarding, aku tinggalkan dorang. Flight kitorang tak sama. Masa kat kaunter check in, aku terserempak dengan uncle and auntie masa naik Kinabalu. Surprisingly, dorang memang tengah carik aku sebab gambar yang dorang nak ada dalam kamera aku. Dan kitorang takde exchange contact number masa kat Kinabalu. Coincidentally we are on the same flight! Cantik betul aturan Allah.

Flight aku petang tu delayed lagi. Padahal tengah hari tadi dah dapat text bagitau flight re-schedule. Bosan asyik baca novel, aku layan bersembang dengan the brothers yang duk sebelah aku. And another Indonesian guy join in, he has connecting flight to Jakarta. Lucky for him as both of his flight with the same operator. 

   
Before we left petang tu. Aku conquer satu row sengsorang.


Kesukaan aku bila naik flight. Duk tepi tingkap and enjoy the view.


Wingtip and clouds.




Aku suka awan ni, cantik sangat! Macam buih.


Hamparan awan di angkasa. Last pic yang aku berjaya capture.

Kononnya aku nak capture sunset, view yang very hard to get while flying. Aku dah standby dengan kamera dah. Sekali one of the brothers yang layan aku bersembang masa kat boarding tadi duduk sebelah aku lepas keluar dari tandas. Yang ni talkative and friendly compared to his brother. Macam2 dia ajak aku bersembang, sampai aircraft dah touchdown baru dia pindah balik ke seat asal. Musnah harapan nak capture view cantik kat luar sana, hanya mampu jeling2 gitu je masa layan dia bersembang. However, he is a very nice guy. A lot of sharing and he kind of knowledgeable guy.

Masa on the way nak collect luggage, terserempak lagi dengan couple Kinabalu. Aku sambung bersembang dengan dorang pulak dan kitorang berpisah lepas ambik luggage. Petang ni aku betul2 bersembang je, langsung tak terasa aku travel alone. Konon nak ambik free bas balik ke rumah. Sekali masa aku turun kat terminal bas bawah tu, bas yang aku nak naik baru je lepas. Sudahnya aku search uber lagi. Kalau aku ambik cab dari airport ke rumah will cost me around RM50, but uber cost me RM16. Jauh bezanya even the fare is not fixed, vary depends on the traffic jugak but still I can save more.

Maka, berakhirlah misi kami menawan Kinabalu. Alhamdulillah, kami berenam berjaya ke puncak walaupun aku jadi orang terakhir. Our trip ended 31st August 2016, baru hari ni settle menaip. I got few more last year punya trip to share sebelum aku bukak cerita trip ke Jogja Jogja lagi last week. 


Tuesday, January 24, 2017

misi menawan kinabalu | dari kundasang ke kk

Entry ini sambungan dari misi menawan kinabalu | melangkah turun.


Bangun pagi untuk Subuh, aku packing dulu sikit2. Bila dah settle mandi baru aku settlekan semuanya. Pakcik driver van dah tunggu masa kitorang nak keluar dari chalet tu. Masa loading backpack dalam van kitorang bagitau kat pakcik driver nak breakfast, dia suruh kitorang ke Cafe Kiram. Aku jenguk dari chalet kitorang macam tutup, tapi rupa2nya cafe tu belah dalam. Memang tak nampak. Beria je aku ngintai dari chalet, haish!


View Kinabalu dari jauh, none of us gigih nak keluar hunting for sunrise pagi tadi. Kaki dah mula terasa sakit2, jalan pun dah tak berapa nak betul dah.

Lepas kitorang dah ambik order baru pakcik driver datang join. Tapi dia duduk meja lain sebab table kitorang dah penuh. Lepas breakfast kitorang bergerak ke dairy farm. Aku ingat nak beli susu, tapi bila dorang kata tak boleh simpan lama, terus cancel. 


Konon nak datang tengok lembu, tapi tetap jugak mata meninjau Kinabalu nun di sana.


Panas betul cuaca pagi tu, teriknya terasa.


Kitorang pakat beli aiskrim sorang satu. Syok jugak makan panas2 macam ni.


Jom ushar lembu!


Bunga tak tahu nama ni cantik. Banyak ditanam tepi tangga sebelum pagar keluar dari kawasan ladang.

Nak melepak sini lama2 memang taklah. Panas teriknya membahang, maklumlah semalam kami kesejukan. Dari dairy farm kami dibawa ke kelab golf untuk sightseeing. Laluannya opposite simpang masuk ke dairy farm, tak jauh pun.


Bentuk muka bumi Kundasang dari tempat tinggi. 

Lepas ambik gambar dua tiga keping, aku terus masuk dalam van. Tak daya nak menadah matahari, lebih2 lagi dengan kaki sakit. Duk menunggu dalam van lagi better. Kemudian pakcik driver berhentikan kat depan rose park. Kena bayar entrance fee tapi lupa berapa ringgit. Sekali masuk ke dalam, tak menarik langsung. Aku rasa kalau dorang maintain jaga cantik jugak tempat tu. Ini lalang lagi tinggi dari pokok bunga.

Dari rose park yang mengecewakan, kami ke Poring Hot Spring. Untuk pengetahuan, tiket masuk ke Poring ni waived dengan hanya tunjukkan kad mendaki Kinabalu. However, cuma valid dalam masa 3 hari dari tarikh dekat kad tu.


Menyeberangi jambatan yang airnya sungguh jernih dan biru.

Lama jugak kami rendam kaki dan kebetulan dah masuk waktu, kitorang terus solat kat surau situ. Kemudian perjalanan kami pulang ke Kota Kinabalu melalui kampung sebelum akhirnya melalui depan Kinabalu Park. Kitorang singgah beli durian yang dijual kat tepi jalan.


Kata makcik yang berniaga tu, ni durian sukang. Durinya panjang2...


Kasi close up durinya yang panjang.


Ini pulak isinya.

Kitorang beli 2 jenis durian, dua2 tu memang aku tak pernah makan lagi kat semenanjung ni. Yang satu lagi aku lupa namanya. Dua2 sedap. Kitorang berhenti lagi sekali di Pekan Nabalu dan kemudiannya terus ke Kota Kinabalu. Takde berhenti2 dah.

Di Kota Kinabalu, kitorang menginap di Marina Court KK. Masa kitorang sampai dah gelap. Lepas selesai urusan check in dan rehatkan kaki kejap, kitorang berjalan ke Pasar Filipina. Aku ingatkan dah tutup, rupa2nya masih ada yang bukak. Alang2 terus kitorang shopping. Dengan hasil rembatan dan kaki yang hilang rentak, gigih kitorang mencari makanan untuk dinner. Kami ke stall dekat dengan bulatan todak. 

  
Highlight of the night, lobster masak butter kalau tak silap. Sedap tapi tetap tak boleh lawan lobster kat Jogja. Lobster ni buat aku teringat dengan lobster Pantai Timanglah pulak. Padahal baru Khamis lepas melepas rindu dengan lobster kat sana, haish!

Lepas makan kami berjalan pulang ke penginapan. Takde sesi mencuci mata, sesi nak tutup mata adalah. 


Friday, January 13, 2017

misi menawan kinabalu | melangkah turun



Aku ambik makanan dan join dorang kat table, masa ni orang tak ramai sangat. Ada yang dah turun dan ada yang baru sampai dari bawah. Masa makan lepak sekali dengan Jessica, semalam just hi hi bye bye je, hari ni baru ada chances bersembang. Disebabkan kami berenam pakai sedondon, baju team Malaysia fan run, jadi perhatianlah jugak. Siap ada mat saleh tu tanya kitorang ni baru balik dari Rio ke? The best part dorang ingat kitorang ni atlet sukan Olimpik! Naik Kinabalu pun semput akulah yang semput tu takde makna nak wakil negara segala. 

Lepas makan rehat kejap dan packing. Kalau tak silap kitorang kena check out before 10.30 am and we had ample time before check out. Konon nak turun cepat, by 10.00 am camtu, tapi nearly 10.30 am jugak baru settle segala urusan. Masa nak turun ni dah happy, takde stress macam masa nak naik ke puncak pagi tadi. Tapi kalau tak sampai puncak, mau stress jugak nak turun ni, haha.

Masa bergambar kat sini baru aku terasa ralat sebab terlupa nak bukak sweater bergambar dengan jersey ni masa kat puncak. Padahal masa kat atas tu takde lah sejuk sangat. Adakah ini petanda nak kena repeat lagi? Haish! Erk, kalau ada sesiapa yang nak ke Kinabalu via ferrata, sila ajak aku ye 😄.

Baru turun sampai kat kawasan berbatu2 tu, kaki aku cramp. Gagah aku heret kaki dan berhenti kejap kat pondok KM 5.5. Dayah bagi krim panas dan lepas urut sikit, sapu krim panas, aku slow2 turun bawah. Masa kat KM 5 kitorang back in group. 

Kitorang in group tak lama, masa kat KM 4.5 kami berpecah balik. Sebab masa ni kadang2 kena berhenti lama bagi laluan orang nak naik. Bila ada part yang sempit, kenalah ada give and take. Nani dengan Ita dah laju ke depan, aku dengan Kak Hana kat tengah2 dan Dayah dengan Nilly kat belakang. Dorang berdua tu sakit kaki, kalau tak sure aku paling belakang.


Trail dari Mesilau yang ditutup lepas gempa. Tak sure lah dorang akan bukak balik ke tidak trail ni.


Orkid putih yang cantik bunganya.

Seronoknya masa turun ni, bila berselisih dengan porter atau guide mesti ada update pasal group kitorang. Start masa nak turun dari Laban Rata lagi dorang panggil kitorang 'Team Malaysia'. Luckily all of us made it to the top, kalau tak malu jugak dilabel 'Team Malaysia'. So, masa on the way turun akan ada suara yang update, mostly ayat dorang hampir sama. '2 dah turun, sorang baru sampai, lagi 3 orang kat atas. Team Malaysia ni ada 6 orang semuanya.' Indirectly aku tahu Nani dengan Ita dah jauh ke depan.

Aku betul2 sakit lutut masa turun ni, nak elakkan dari jatuh terpeleok aku terus je berjalan turun, takde nak berhenti. Cuma bila sampai kat last km, aku berhenti minum dan makan kurma. Itupun sebab perut dah terasa pedih sangat, kelaparan sungguh. Elok last drop aku teguk, bunyi guruh kuat giler. Cepat2 aku bangun dan sambung berjalan, risau kalau2 hujan turun sebelum aku sempat sampai.


Bila melintasi Carson Fall ni, perut aku bergelora balik. Mana taknya, lepas ni dah takde kawasan landai atau menurun, kena daki anak tangga pulak!


Kabus ni tebal sungguh, langsung tak nampak building kat atas tu. 

Masa kat tangga ni aku biarkan je Kak Hana potong, I took my own sweet time. Lagipun penamat untuk keseksaan ini tak jauh dah, depan tu sikit je lagi. Masa tengah naik tangga ni dah boleh dengar orang bersembang kat atas tu.


Tersenyum dalam terseksa bila tengok tulisan 'Welcome Back' tu. Lebih2 lagi tulisan kat bawah tu 😄.

Lepas sign out kat kaunter, tengok jam and it's about 2.30 pm. Alhamdulillah, aku berjaya habiskan dalam waktu yang aku harapkan despite of kaki cramp awal2 tu dan jugak lutut aku dah longgar tercabut screw. 


Kasut aku bersih je walaupun kena hujan semalam dan pagi tadi laluan ke puncak agak becak dan basah. Erk, macam tak percaya je sampai puncak sebab kasut boleh tahan 'bersih'.

Masa berjalan keluar, aku cari Kak Hana dan tak lama tu Kak Hana panggil ajak naik van. Lepas confirm ID group number dengan driver, van dah penuh, terus gerak ke National Park. Nani, Ita dan Hannyrol lepak tunggu kitorang kat tempat kitorang gather semalam. Nani dah tolong ambikkan sijil semua orang. Aku dengan Kak Hana beli medal kat kaunter situ.

Asalnya kitorang nak tunggu semua sampai baru nak pergi makan. Tapi kitorang decided pergi makan sebelum Balsam Cafe tutup dan tapaukan untuk dorang. Hampa sungguh, takde pun kambing seperti yang digembur2 oleh mereka2 sebelum ni. Dorang sampai dalam pukul 4.00 dan kami ambik backpack yang kitorang tinggal kat kaunter and load into van. In fact, pakcik van dah lama sampai. Lepas load barang2, kitorang mintak izin pakcik van nak pergi bergambar sekejap.


Medal ni dah lah mahal bayar, seksa giler nak dapat. Apa pun memang berbaloi2.

Singgah mini market kat pekan Kundasang, beli air dan terus ke chalet. Dah dapat kunci, kami rehat je. Takde nak keluar dah malam tu. Chalet kitorang dekat je dengan Kiram Village. View lawa kot, tapi sebab penat masing2 langsung tak bernafsu nak keluar. Dah settle urusan, lepak tengok tv kejap dan akhirnya semua pengsan.


Monday, January 9, 2017

misi menawan kinabalu | antara impian dan realiti

Entry ini adalah sambungan dari misi menawan kinabalu | hari pertama yang mencabar.


Pukul 12 lebih dorang dah bangun dan bersiap, tapi aku masih lagi berselimut. Heater dah off long before that, padahal dorang kata heater dorang on 8.00 pm till midnight. Dorang dah settle baru aku keluar dari persembunyian, around 1.40 am aku bangun dan bersiap and had supper at 2.00 am. Nearly 3.00 am jugak baru kitorang start hiking.

Macam semalam, aku jauh tertinggal kat belakang. Awal2 tu aku nampak lagi kelibat Nilly depan aku, tapi tak lama lepas tu aku dah tak nampak sesiapa dah dari group kitorang. Francis yang jadi sweeper setia duk follow aku yang macam siput, lembab kot. Aku almost give up, dan ada masanya aku bergaduh dengan diri sendiri. Cuba untuk melawan rasa nak patah balik dan fight untuk terus ke puncak. 

Aku sampai kat Sayat- Sayat around 4.30 am camtu. Masa tick nama, cuma tinggal nama aku je lagi. Lepas Sayat-Sayat lagi psiko aku rasa. Nampak macam dekat, tapi jenuh nak sampai. Inilah yang porter dan guide selalu kata, dekat di mata jauh di kaki. Seksa weh! Lagi seksa bila dah nampak banyak lampu2 kat atas sana, tapi aku tak sampai2 lagi.


Twin peak yang dah patah separuh masa gempa tahun sebelumnya, dan matahari baru nak naik.


Puncak seringgit yang ditinggalkan. Kat sini aku terseksa lagi, ingatkan dari puncak seringgit ni dah dekat nak sampai, tapi nan hado. 

Bila cuaca dah start terang, makin ramai yang mula meninggalkan puncak dan kembali turun ke Laban Rata. Masa ni aku memang target nak cepat2 sampai puncak. Untung2 berselisih dengan dorang boleh bergambar sama2. Tapiii.... guide aku terlebih rajin pulak. Dia bawak aku ke tepi2 tempat takde orang pastu paksa aku pose macam2. Bila aku insist nak cepat2, dia boleh suruh aku relaks. Katanya dah tak jauh, takde apa nak dirisaukan. Hampeh betul.


Kat tempat dia paksa aku berdiri ni memang takde orang masa tu. Oh yes, am looking to the top of the mountain. 


Sekali tengok aku tak perasan lagi, kali kedua tengok baru aku perasan. Apa yang korang nampak?

Dek kerana laluan nak ke atas tu berliku dan crowded dengan orang nak naik dan turun, Francis our guide bawak aku lalu ikut laluan sebelah tepi. Cepat je dah sampai puncak dan masa sampai tu, Allah je yang tahu betapa bahagianya perasaan tu. Masa nak naik ke puncak ni aku berselisih dengan dorang yang dah nak turun. Kami janji nak jumpa kat bawah, nak bergambar sama2. Tapi aku suruh dorang terus turun in case aku terlambat, tak payah tunggu.

  
Finally! I've made it. Papan tanda baru selepas gempa. Punyalah seksa nak 'halau' satu group tu dari puncak ni. Macam dia sorang je yang nak bergambar, padahal berderet lagi yang menunggu turn.

Sempat aku bergambar dengan uncle dan auntie yang very nice masa kat puncak. Sebenarnya semalam lagi kitorang selalu berselisih, dan on the way tu sama2 buat keje giler. Kitorang pakat nyanyi ntah apa2 lagu, asal boleh je. Bila penat berhenti, pastu sambung balik. Kitorang terpisah lepas KM 4, sebab aku dengan Nilly gerak dulu dan dorang still berehat. 


Jangan tertipu dengan puncak seringgit tu, ye. Lepas puncak tu jauh lagi nak sampai ke puncak yang sebenar. 

Konon time turun aku nak cepat2 sebab nak kejar bergambar dengan dorang. Tapi silap besar bila kamera aku duk kat tangan Francis. Lagi banyak pit stop dia suruh aku posing, rasa2 aku dah boleh masuk next top model dah. Sebabnya macam2 gaya dia suruh aku buat. Almaklumlah, aku ni memang kayu, tak reti nak bergambar. Tiap kali bergambar, gaya memang sama je.


Walaupun menyampah sebab kena paksa bergambar, tapi aku suka gambar ni 😍.


Tangan gigil dan hanya inilah hasilnya. Bolehlah dari tak ada...

Dari sini ke puncak takdelah jauh sangat kalau laluan rata. Tapi seksanya sebab laluan mendaki. Dari segi ketinggian, kurang dari 200 meter ke puncak, tapi dari segi jarak lebih kurang 700 meter lagi yang berbaki. 

Lepas register kat Pos Sayat-Sayat, aku jalan sengsorang sebab Francis layan bersembang dengan guide kat situ. Bahagia kejap sebab takde orang nak paksa aku bergambar. Cepat2 aku berjalan turun, harap2 aku boleh sampai bawah awal. 


Cantik pulak lumut yang tumbuh kat batu ni. Bila dah terang, baru jelas kelihatan suasana sekeliling.


Port tempat bergambar kat puncak bukit tu. Bawah belah kanan tu penginapan kat Laban Rata. Dari Laban Rata ke Sayat-Sayat, laluan mostly bertangga. Bersiap sedia dengan kuda2 lah masing2. Tak lama pun aku berjalan sorang, Francis laju je kejar aku.


Batu yang jatuh masa kejadian gempa tahun 2015.


Aku suka laluan ni, macam nak masuk ke dunia lain je rasanya. Haaa, aku memang suka fikir dan bayangkan benda yang pelik2. So, toksah peliklah sebab kadang2 tahap imaginasi aku melampau2.

Masa kat sini perut aku dah tahap berbunyi2 mintak makanan, lapar giler. Kurma dengan air yang aku bawak bekalan pun tak dapat nak tampung rasa kelaparan tu. Lagi laju lah masa aku melangkah turun tu, sebab nak kejar breakfast. By 9.10 am camtu aku sampai Laban Rata. Tengok dorang dah nak habis makan dan aku join dorang. Kebulur weh!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...