Tuesday, November 9, 2010

tanjung piai

Hujung minggu lepas aku ke Tanjung Piai, Johor memandangkan hari Jumaat merupakan cuti umum. Tambahan memang aku berhasrat untuk bercuti sambil menenangkan fikiran selepas selesai peperiksaan baru2 ini.

Aku bertolak dari Sepang hampir jam 10.00 pagi, tersasar dari perancangan awal iaitu 9.00 pagi. Aku memang ada masalah dengan perutlah bila nak ke mana2. Selalu aje aku akan asyik berulang ke tandas berkali2. Ini merupakan percutian secara solo yang pertama di bawah tag "Cuti2 Malaysia". Itu pun apabila pelawaan aku ditolak, huhu.. sedihnya dalam hati...

Setelah mengisi tangki minyak sepenuhnya, aku meneruskan perjalanan ke selatan melalui Lebuhraya Utara - Selatan. Perjalanan tanpa henti sepanjang lebuhraya akhirnya membawa aku berhenti di sebuah restoran di Simpang Renggam. Untuk mengisi perut dan bertanya arah; sambil menyelam minum air. Kalau berpandukan pada papan tanda, mahu agaknya kosong tangki kereta baru aku jumpa tempatnya.

Sesampai di Kukup, aku terlajak ke Kukup Laut. Aduhai, punyalah seksa nak buat U turn dan berpatah balik ke pekan Kukup. Dari situ aku mengambil simpang ke Tanjung Piai. Perjalanan diteruskan dengan melalui jalan kampung yang agak sempit dan agak berliku. Suasana agak sunyi walaupun di kiri kanan jalan terdapat rumah2 kampung, ada yang dekat dan ada yang jauh jaraknya antara satu sama lain.

Aku sampai di resort hampir pukul 2.30 petang. Setelah check in, aku mendapat bilik yang lebih kecil dari booking awalnya, sesuailah aku datang solo.


Inilah bilik aku, bilik paling hujung mengadap ke lautan terbuka di tingkat dua. Aku hanya perlu menarik langsir dan cahaya akan melimpah masuk ke dalam bilik di samping aku dapat melihat lautan dengan jelas. Juga kapal2 dagang yang nampak jauh di pandangan.


Di remang senja, cahaya dari kapal2 dagang mula kelihatan berbalam di sepanjang horizon. Turut kelihatan perahu kecil nelayan tempatan.


Aku teringin berada di jeti ini untuk menyaksikan keindahan sunset. Namun apakan daya, aku tidak berani untuk ke sana. Cukuplah aku dalam melihat dari bilik, huhu...




Suasana di malam hari. Cukup indah apabila kegelapan malam dihiasi kerlipan lampu2 dari kapal2 dagang di sepanjang horizon, membentuk satu garis yang memukau. Tidur malam aku ditemani keindahan ini, cukup sekadar aku menarik langsir dan meninjau keindahan luar apabila terjaga di waktu malam.


Pintu yang kelihatan itulah bilik aku. Menarik, bukan?!


Jeti ini membawa ke pintu utama resort. Segalanya indah dan mendamaikan.


Pintu masuk ke Taman Negara Tanjung Piai.


Sepatutnya papan tanda ini tidaklah tersorok, kalau diletakkan berhampiran jalan masuk lagi sesuai.


Di sebelah kiri itu merupakan pejabat taman negara.


De'Tanjung Jetty merupakan nama jeti yang menghala ke laut lepas ini. Sebelum melangkah dan sewaktu mengorak langkah untuk ke sana, hatiku berbolak balik sama ada untuk meneruskan atau berpatah balik. Dengan angin kuat ditambah arus dari Selat Melaka yang kuat berombak, jantungku berdetak lebih kencang!


Semakin hampir dengan jeti, semakin kuat debaran melanda. Pelbagai andaian buruk muncul di minda. Inilah padahnya bercuti keseorangan.


Punyalah cuak, ambik gambar pun dah senget benget. Nasib baik ada satu family Cina tengah memancing di jeti ini. Kalau tidak, lagi haru jawabnya. Tambahan pulak ada dua orang lelaki sedang berehat di situ. Tahu2 aje lah bila jauh daripada pandangan mata orang ramai dan aku pulak keseorangan.


Dari jeti ini pun, kelihatan kapal2 dagang yang besar. Entah dari mana dan ke mana hala tujunya.


Di persimpangan inilah aku akhirnya nekad membuat pilihan untuk meneruskan perjalanan ke De'Tanjung Jetty. Walaupun aku berhadapan dengan risiko yang besar, namun aku gagahi jua kerana inilah mungkin satu2nya peluang yang aku ada. Dalam berani ada jugak penakutnya aku ni, hahaha. Jantung dan hati aku usah ceritalah hebatnya berdegup, belum lagi minda yang memproses segala bentuk andaian.


Melihat adanya Menara Pemerhati ni, aku berhasrat untuk untuk melangkah naik. Bukan aku namanya kalau tidak ingin mencuba segala apa yang ada. Namun baru melangkah ke anak tangga ke dua, aku melihat pemegang tangga ini sudah goyang dan ada yang tercabut pakunya. Untuk tidak mengambil risiko, aku lantas turun.


Masih jauh perjalanan yang harus ditempuhi, dikelilingi oleh pokok bakau dan bau yang kurang menyenangkan.


Aku semakin menghampiri tujuan utama.


Dan akhirnya, aku nampak apa yang menjadi tujuanku. Namun malangnya, laluan untuk ke sana terputus. Maka ini sajalah yang dapat aku ambil sebagai bukti bahawa aku telah berjaya sampai ke penghujung benua dalam pengembaraan secara solo.

Sewaktu aku sudah semakin menghampiri pejabat taman, tempat di mana aku memulakan perjalanan dengan mengambil laluan yang berlainan, barulah aku perasan dengan papan tanda yang bertulis "You'll never walk alone"! Dan aku hampir sahaja menyelesaikan perjalanan pergi balik secara solo ke penghujung selatan tanah besar Asia!


Ini hanyalah replika, terletak berhampiran pintu masuk pejabat taman negara.


Ini di pekan Kukup Laut, gambar ini diambil di pintu masuk terminal feri antarabangsa.


Ini pula pintu masuknya. Asalnya aku berhajat untuk mengambil feri ke Tanjung Balai, Indonesia. Tetapi aku membatalkan hasrat apabila banyak mata2 yang memandang sewaktu aku berjalan ke terminal ini. Aku jadi takut dan tidak selesa. Sudahnya, usai mengambil gambar aku lekas2 ke tempat meletak kereta dan memandu pulang.


Cuba korang teka, cahaya apakah itu? Hahaha....


Gambar terakhir sebelum melangkah pulang. Ini antara restoran yang ada di jeti berhampiran.

footnote: aku perlu lebih berhati2 sekiranya bercuti secara keseorangan di tanah air sendiri. Pandangan mata sesetengah orang amat menakutkan and feel insecure!
Kenapa tak sudi bila aku ajak bercuti bersama? Sekadar bercuti, bukan ada niat lain pun.... hurm...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...