Showing posts with label Padang - Bukittinggi. Show all posts
Showing posts with label Padang - Bukittinggi. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

bukittinggi - pdg - kul: day3

Hari ketiga, merupakan hari terakhir kami di sini. Penerbangan aku ke Kuala Lumpur dijadualkan pada pukul 3.55 petang waktu tempatan. Belum pun pukul 9.00 pagi, Pak Nadra sudah menunggu di hotel sementelah kami mahu dijemput pada jam 9.00 pagi. Tiada apa yang istimewa pada hari ini. Seperti biasa, biarlah gambar yang berbicara.


Sarapan pagi kami yang dihantar ke bilik. Nasi goreng, bihun goreng, tauhu, teh dan kopi. Kuih hijau itu aku ingatkan buah melaka berdasarkan rupa dan bentuknya. Tetapi hanya rupanya seakan buah melaka, tiada gula melaka di dalamnya dan rasanya agak manis.


Ngarai Sianok, jaraknya dari hotel tidaklah terlalu jauh. Kami singgah dalam perjalanan pulang ke Padang.


Tangga yang menuruni ke dalam Lubang Jepang ini. Suasananya diterangi lampu kalimantang, udaranya dingin dan selesa.


Masjid ini pun berbumbungkan bentuk minangkabau. Menurut Pak Nadra, Pak Lah menderma untuk pembinaan masjid ini dan turut bersolat di sini sekiranya berkunjung ke Bukittinggi. Benar atau tidak, hanya Allah yang tahu.


Sebelum aku meninggalkan air terjun ini, aku sempat melihat ada pengunjung yang mandi di kawasan ini. Barangkali orang tempatan.


Walaupun sekadar gerai jualan di tepi jalan dan keadaannya agak daif, parabola tetap terpacak dengan megahnya di setiap bumbung.


Tiba saatnya untuk terbang pulang. Bangunan Bandara International Minangkabau dari jauh. Di lapangan terbang ini lah akhirnya aku berbahasa Inggeris kerana rasa marah dan tidak berpuas hati dengan kakitangan syarikat insuran yang memaksa kami membeli perkhidmatannya. Bila tengok aku dah naik angin, cepat2 wanita itu memulangkan pasport kami. Panas betul hati aku.

footnote: setiap kali ke Indonesia, aku perhatikan rakyatnya akan berusaha dengan apa jua cara untuk mendapatkan wang walaupun dengan menipu dan memaksa. Dan mangsanya adalah di kalangan pelancong, termasuk aku. Aku sudah pun merasmikan beg baru untuk percutian kali ini.

bukittinggi: day2

Hari kedua di Bukittinggi, hujan turun di sebelah pagi membuatkan aku makin menarik selimut membungkus tubuh. Masa yang bergerak terlalu perlahan dirasakan. Sarapan pagi kami dihantar ke bilik, tetapi aku terlupa nak ambil gambarnya.

Hampir jam 10.00 pagi kami berjalan dari hotel menuju ke Pasar Atas. Kebanyakan kedai baru hendak memulakan perniagaan dan kebanyakan para pekerja sedang sibuk bekerja. Hari kedua ini banyak dihabiskan dengan aktiviti membeli belah. Jom layan gambar!


Jam Gadang, kawasan ini merupakan tempat melepak orang2 tempatan sambil ada yang mengambil kesempatan berniaga. Waktu ini kami dari Plaza ingin ke Pasar Atas.


Gerai yang banyak di kiri dan kanan laluan ini menjual pelbagai barangan. Di laluan ini hanya terdapat barangan berupa pakaian dan perhiasan. Sesuai untuk dijadikan cenderamata.


Di laluan ini barangan jualan lebih kepada makanan. Hujan di awal pagi menyebabkan laluan ini sedikit becak. Dan tanpa disangka kaki seluar aku turut basah terkena becak ini. Aduhai, sungguh tak selesa.


Pasar Atas dari pintu belakang. Dari jauh sudah kelihatan telekung dan pakaian yang tergantung, penuh tarikan dengan sulamannya.


Berhampiran Jam Gadang. Bumbung bank di hadapan itu sungguh menarik dengan rekabentuk minangkabaunya. Kereta kuda tersebut dipanggil bendi di kalangan orang2 tempatan.


Kat sini pun ada Aussie Bordir. Aku pun pelik macam mana boleh dapat nama Aussie tu. Dan aku selalu terlupa untuk singgah ke kedai tersebut. Sampai ke sudah aku tak berkesempatan.


Pasar Atas dari hadapan. Di sekeliling bangunan pasar ini dipenuhi dengan gerai2 kecil yang menjual pelbagai barangan. Padat dengan peniaga dan pengunjung.


Jam Gadang dari hadapan. Gambar ini diambil pada waktu petang, sebelum pulang dalam kunjungan kedua pada hari yang sama.


Akhirnya aku menaiki bendi ini untuk pulang ke hotel. Selain bau Tony, kuda yang membawa kami ini serta tempat duduknya yang sempit, ianya merupakan pengalaman yang menarik untuk dikenang.


Tugu ini terletak di tengah bulatan. Aku perhatikan di Padang dan Bukittinggi ini terdapat banyak tugu seperti ini.


Untuk makan malam, kami hanya order dari room service. Sate yang aku makan amatlah masin, begitu juga dengan kuah kacangnya. Namun aku berjaya juga menghabiskan, lagi pun hanya dua cucuk sahaja. Kalau banyak, aku pasti tak mampu untuk habiskan semuanya. Untuk sepinggan nasi goreng aku ini, harganya Rp25,000.00 tidak termasuk 21% tax! Mahal bukan?!


Minuman kami pada malam itu adalah Milo suam yang berharga Rp14,000.00 setiap satu, juga belum dicampur tax 21%.

Aku sukar untuk melelapkan mata sesudah makan malam walaupun kepenatan. Mungkin rasa hati yang libang libu memikirkan perjalanan pulang ke tanah air petang esoknya.

footnote: kalau diikutkan nafsu berbelanja, rasanya aku mampu menghabiskan lagi beberapa ratus ribu Rupiah, mungkin juga juta Rupiah. Tetapi apabila memikirkan kebarangkalian excess baggage, aku mematikan hasrat tersebut.

Friday, January 21, 2011

kul - pdg - bukittinggi: day 1

Alhamdulillah, akhirnya hari yang ditunggu2 tiba jua. Dengan separuh perasaan teruja dan tidak sabar beserta dengan sebahagian lagi perasaan cemas dan khuatir. Serta kerisauan yang tidak putus2. Penerbangan pertama untuk tahun 2011, dan juga penerbangan pertama aku ke Padang setelah gempa bumi pada Oktober 2009.

Kami bertolak dari rumah sekitar jam 6.00 pagi. Dihantar oleh my BFF yang sanggup dan rela bangun lebih awal dari biasa dan terus ke tempat kerjanya selepas itu. Setibanya di LCCT, kami terus ke kaunter untuk check in memandangkan masa sudah semakin suntuk.

Alhamdulillah, pesawat yang membawa kami selamat mendarat di Bandara International Minangkabau seperti yang tertera in our flight details. But unfortunately, we have to wait in queue in very long time for the immigration inspection. We have to scan our 10 fingers and take picture! After taken my luggage we walked leaving the custom inspection to the arrival hall. From that I can see someone is waiting for us with the paper written my name in his hand. Pak Nandra, our driver will drive us from Padang to Bukittinggi on Tuesday and returning to Padang on Thursday.

Setelah hampir satu jam perjalanan, kami singgah untuk bersarapan di sebuah restoran Padang. Panorama dari restoran ini memang indah dan menarik.


Aku capture gambar ini dari ruang makan restoran ini. Sawah padi terbentang indah dan pemandangan dari atas amat menakjubkan.


Breakfast aku yang pertama, soto padang. Berbeza dengan soto yang terdapat di Malaysia. Di dalam supnya terdapat bihun dengan saiznya yang lebih kasar berbanding bihun Malaysia, dan rasanya seperti tomyam. Dihidangkan bersama nasi dan keropok. Benar2 berbeza rasa dan bentuk hidangan selain namanya yang hampir serupa. Yang aku cukup suka adalah pinggan dan mangkuknya!


Ruang makan yang menganjur ke arah belakang. Di bawahnya terbentang sawah padi dan pokok kelapa.

Perjalanan kami diteruskan dan berhenti di tiga toko berlainan untuk membeli belah hasil sulaman. Harga yang ditawarkan berbeza, namun kualitinya tidak jauh beza. Sempatlah juga aku menghabiskan beberapa juta rupiah, sedangkan kami belum pun lagi tiba di Bukittinggi!


Finally, this is our room after check in at almost 2.00 pm local time. Katil di tepi tingkap itulah tempat landing aku selama berada di sini.


Selama tiga hari aku melayan sinetron menerusi kaca TV ini. Rela dalam paksa sebenarnya, disebabkan tiada pilihan untuk saluran lain.


Petangnya selepas bangun dari tidur yang panjang lantaran hujan yang mencurah di bumi Bukittinggi ini, kami ke restoran Padang di Benteng yang terletak di hadapan hotel penginapan kami untuk menghentikan dendangan perut kami. Banyak lauk yang dihidangkan, tapi hanya dua jenis lauk sahaja yang kami makan. Itupun sudah berjumlah Rp59,000.00.


Hotel penginapan kami, Hotel Royal Denai View. Pemandangan hadapan hotel selepas hujan, setelah perut kami penuh terisi. Dan inilah pengakhiran perjalanan kami di hari pertama.

footnote: setibanya di rumah lewat petang semalam, aku menerima berita yang sangat2 tidak best namun sudah kujangkakan keputusannya. Dan hari ini aku menerima durian runtuh! Seronok sungguh walaupun rasa kecewa masih membelenggu.

Saturday, October 3, 2009

kul - padang - kul

Sebagaimana yang dirancang sebelumnya, kami berangkat ke Padang, Indonesia dengan AK 0470 jam 7.50pagi. My housemate send us to the LCCT airport early in the morning. While at the check-in counter, the girl asked me why want to go to Padang since there is an earthquake. But with confident I said from Padang I will go straight to Bukittinggi since Bukittinggi area is not affected.

Hujan lebat menyambut ketibaan kami di Bandara International Minangkabau Airport. Sewaktu kami tiba turut kelihatan adalah dua pesawat lain mendarat sama dan membawa gerombolan anggota tentera berdasarkan uniform mereka.


Gambar ni aku ambik masa tengah queue up untuk pemeriksaan pihak Imegresen Indonesia.


Dan inilah yang menyambut kami setelah keluar dari Balai Ketibaan. Sementelah sewaktu ketibaan kami, kehangatan sambutan lebaran masih lagi terasa. Sewaktu tiba, aku masih lagi tidak merasai kesan gempa bumi yang baru berlaku.

Aku terus menuju ke kaunter teksi untuk mendapatkan teksi ke Bukittinggi. Namun malangnya semua teksi telah habis ditempah. Setelah menunggu sekian lama aku diberitahu bahawa jalan utama ke Bukittinggi telah runtuh dan hanya satu jalan alternatif sahaja yang ada. Namun jarak yang jauh melambatkan perjalanan.

Sewaktu menunggu itu, satu kejadian yang tak disangka2 berlaku. Terminal airport bergegar! Ya, tanah yang kupijak bersama Bonda dan Sarah bergegar. Ramai orang yang berada dalam bangunan berlari keluar ke kawasan lapang sambil menjerit Gempa! Gempa! Aku tengok Bonda tengah peluk Sarah kuat2 dan aku beri isyarat supaya Bonda stay je kat situ. Bumi yang bergoyang menyebabkan aku rasa pening2 lalat.

Sepasang suami isteri yang duduk berdekatan dengan aku mengambil keputusan untuk ke jalan besar dan mendapatkan teksi sapu. Dia berjanji untuk menghubungi aku once they get the taxi and will ask the taxi driver to come and pick us up here, at the airport terminal building. Mereka berjaya mendapatkan teksi tetapi malangnya teksi berkenaan tidak mahu masuk ke kawasan terminal dan aku mengambil keputusan untuk pulang ke KL sekiranya berjaya mendapatkan tiket.


Sarah memang anak yang baik. Langsung tak meragam. Masa ni dia tengah makan biskut Chipsmore, baru lepas minum susu. Ini adalah ruangan terminal yang dibentang karpet untuk membolehkan orang ramai berehat, khasnya untuk mangsa bencana dari kawasan sekitar.


Bukit ini hanya kelihatan pada sebelah petang, setelah kabus berlalu. Ini pun masih lagi kelihatan kabus yang membaluti sebahagian puncak bukit yang tidak diketahui namanya.


Aku sempat ambik gambar orang ramai yang menunggu entah siapa2 di ruangan ketibaan terminal. Semuanya kelihatan berkeliaran tanpa tujuan, macam aku jugak.


Masa aku berulang alik ke kaunter AirAsia untuk mendapatkan tiket balik ke KL semula pada petang tu jugak, sempat aku capture gelagat orang yang berada di terminal ini. Pelbagai ragam dan kerenah yang boleh disaksikan.


Gambar ni aku ambik dari tempat aku melepak dengan Bonda dan Sarah sementara menunggu Kaunter AirAsia dibuka. Timbunan kotak yang membukit yang kelihatan di hujung itu merupakan kotak makanan bersama2 dengan kumpulan polis Indonesia yang menunggu untuk dibawa ke kawasan bencana.

Akhirnya setelah hampir sejam berdiri dan beratur kat kaunter, akhirnya aku dapat tiket untuk balik ke KL. Itu pun aku kena bayar hampir RP4 juta untuk tiga orang! Tapi tak pelah asalkan aku selamat pulang ke tanah air. Biarpun kerugian sebab tak dapat bercuti dan bershopping sebagaimana dirancang bersama Bonda dan Sarah. Insya Allah, kalau ada rezeki dan diizinkanNya, boleh lah aku bawak Bonda dan Sarah bercuti lagi. Mana tahu untuk lain kalinya aku boleh bawak Ayah bersama?!


Pemandangan Pekanbaru sewaktu A320 melintasi ruang udara untuk membawa kami pulang.


Dan inilah aksi si cilik sewaktu dalam penerbangan. Nak tahu apa yang diintai? Hahaha... dia sibuk je ngintai awek stewardess tu! Kami pulang dengan pakaian yang sama sewaktu pergi, tanpa makan dan mandi! Memang tak selesa tapi nak buat macam mana, terimalah seadanya. Inilah pengalaman yang tidak ternilai buat kami.

footnote: ada orang tu happy je bila aku dah selamat pulang ke KL, hahaha....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...