Monday, December 20, 2010

Ipoh trip

Sabtu lepas kami ke Ipoh selepas Bonda dan 'rombongan' tiba dari kampung pada Jumaat malam. Bas yang Bonda naiki lambat tiba, lebih sejam aku menunggu di Putrajaya Sentral. Mujurlah aku membawa bersama buku, maka dapatlah aku menghabiskan beberapa helai bacaan lagi.

Malamnya kami berkemas apa yang perlu dibawa. Kepentingan hanya kepada Fatah memandangkan tujuan utama ke Ipoh adalah untuk menghantarnya bagi Pemilihan Akhir Perajurit Muda. Asalnya aku tidak bersetuju langsung bila Fatah berhasrat nak memasuki tentera udara. Sehingga sekarang pun aku tetap tidak bersetuju. Tetapi memandangkan itu adalah minatnya, maka aku harus menghormati dan bersetuju dengan keinginannya.

Bertolak dari Sepang pada pukul 9.00 pagi dan kami menuju ke Shah Alam. Perjalanan diteruskan setelah mengunjungi Along di Seksyen 18 dan waktu itu jam sudah melangkaui 11.00 pagi.

Kami tiba di Regalodge Hotel Ipoh hampir jam 2.00 petang. Mujurlah aku telah membuat tempahan lebih awal, jika tidak pasti kami buntu untuk mencari tempat bermalam. Sepatutnya check in time at 3.00 pm but I managed to get it at 2.30 pm, but it's only for one room. Another room is after 3.00 pm.


Ini bilik yang aku huni bersama2 Bonda dan Sarah. Bilik sebelah adalah untuk si bujang bertiga. Asalnya aku mahukan bilik sebelah, tetapi memandangkan sudah berkecah dikerjakan oleh mereka2 itu, aku menukar ke bilik ini setelah aku mendapat kunci kemudiannya.


Telefon ini rosak pada asalnya, namun setelah diberitahu, sekejap aja pekerjanya datang menukarkannya.


Dari pintu masuk.


Toilet yang menjadi kegemaran Maisarah. Best sebab boleh berendam, katanya. Ashtray bilik sebelah pecah dikerjakannya! Ganas sungguh si kecil tu.

Petangnya kami keluar untuk makan sambil mencari letaknya Terminal Bas Medan Gopeng. Pantang nampak tanda McDonald, sibuk aja Sarah mengajak kami ke McD. Terpaksalah aku mengeluarkan segala macam auta untuk mengelakkan diri ke McD. Bukan kedekut, tapi bila memandangkan Bonda tak makan fast food, maka itulah cara yang terbaik.


Sepulangnya dari pusat bandar, kami singgah di Taman Rekreasi ini. Ramai sungguh orang beriadah dan kereta yang diparking memenuhi petak yang disediakan. Aku cukup suka dengan kedudukan taman ini, seolah2 dipagari oleh bukit bukau yang masih menghijau. Sarah cukup seronok menghabiskan masanya di sini.


Aku cukup suka dengan pemandangan ini. Pagi Ahad, sewaktu ingin menghantar Fatah ke Terminal. Seolah2 kereta akan memasuki dan keluar dari bukit tersebut.


Sempat kami singgah di Trolak Hot Spring dalam perjalanan pulang ke Sepang. Wajah garang Maisarah berhampiran mini fountain. Air yang keluar tu merupakan dari punca air panas dan dijadikan sedemikian.


Sewaktu berjalan melalui laluan pejalan kaki, kelihatan wap panas dari punca air panas yang dialirkan ke kolam2. Ini rupa senyum dalam paksa, sebab kena paksa senyum, hahaha.

Sebelah petangnya kami ke Nilai Square. Asalnya ingin ke Nilai 3, tetapi kerana cuaca yang mendung dan tiba2 hujan, kami sekadar ke Nilai Square. Sempat juga si kecil tu merengek minta dibelikan mainan. Aduhai... kalau hari2 mahu kopak wallet aku!

footnote: setelah Bonda menaiki bas pada pagi Isnin, aku terus ke Alamanda dan sempat singgah di Kompleks PKNS Bangi untuk bershopping. Dalam tempoh kurang dari 4 jam, aku telah berjaya menghabiskan lebih RM500 ringgit. Itupun masih ada beberapa barang yang belum dibeli. Mungkin aku perlu ke Shah Alam pula selepas ini.

Tuesday, November 9, 2010

tanjung piai

Hujung minggu lepas aku ke Tanjung Piai, Johor memandangkan hari Jumaat merupakan cuti umum. Tambahan memang aku berhasrat untuk bercuti sambil menenangkan fikiran selepas selesai peperiksaan baru2 ini.

Aku bertolak dari Sepang hampir jam 10.00 pagi, tersasar dari perancangan awal iaitu 9.00 pagi. Aku memang ada masalah dengan perutlah bila nak ke mana2. Selalu aje aku akan asyik berulang ke tandas berkali2. Ini merupakan percutian secara solo yang pertama di bawah tag "Cuti2 Malaysia". Itu pun apabila pelawaan aku ditolak, huhu.. sedihnya dalam hati...

Setelah mengisi tangki minyak sepenuhnya, aku meneruskan perjalanan ke selatan melalui Lebuhraya Utara - Selatan. Perjalanan tanpa henti sepanjang lebuhraya akhirnya membawa aku berhenti di sebuah restoran di Simpang Renggam. Untuk mengisi perut dan bertanya arah; sambil menyelam minum air. Kalau berpandukan pada papan tanda, mahu agaknya kosong tangki kereta baru aku jumpa tempatnya.

Sesampai di Kukup, aku terlajak ke Kukup Laut. Aduhai, punyalah seksa nak buat U turn dan berpatah balik ke pekan Kukup. Dari situ aku mengambil simpang ke Tanjung Piai. Perjalanan diteruskan dengan melalui jalan kampung yang agak sempit dan agak berliku. Suasana agak sunyi walaupun di kiri kanan jalan terdapat rumah2 kampung, ada yang dekat dan ada yang jauh jaraknya antara satu sama lain.

Aku sampai di resort hampir pukul 2.30 petang. Setelah check in, aku mendapat bilik yang lebih kecil dari booking awalnya, sesuailah aku datang solo.


Inilah bilik aku, bilik paling hujung mengadap ke lautan terbuka di tingkat dua. Aku hanya perlu menarik langsir dan cahaya akan melimpah masuk ke dalam bilik di samping aku dapat melihat lautan dengan jelas. Juga kapal2 dagang yang nampak jauh di pandangan.


Di remang senja, cahaya dari kapal2 dagang mula kelihatan berbalam di sepanjang horizon. Turut kelihatan perahu kecil nelayan tempatan.


Aku teringin berada di jeti ini untuk menyaksikan keindahan sunset. Namun apakan daya, aku tidak berani untuk ke sana. Cukuplah aku dalam melihat dari bilik, huhu...




Suasana di malam hari. Cukup indah apabila kegelapan malam dihiasi kerlipan lampu2 dari kapal2 dagang di sepanjang horizon, membentuk satu garis yang memukau. Tidur malam aku ditemani keindahan ini, cukup sekadar aku menarik langsir dan meninjau keindahan luar apabila terjaga di waktu malam.


Pintu yang kelihatan itulah bilik aku. Menarik, bukan?!


Jeti ini membawa ke pintu utama resort. Segalanya indah dan mendamaikan.


Pintu masuk ke Taman Negara Tanjung Piai.


Sepatutnya papan tanda ini tidaklah tersorok, kalau diletakkan berhampiran jalan masuk lagi sesuai.


Di sebelah kiri itu merupakan pejabat taman negara.


De'Tanjung Jetty merupakan nama jeti yang menghala ke laut lepas ini. Sebelum melangkah dan sewaktu mengorak langkah untuk ke sana, hatiku berbolak balik sama ada untuk meneruskan atau berpatah balik. Dengan angin kuat ditambah arus dari Selat Melaka yang kuat berombak, jantungku berdetak lebih kencang!


Semakin hampir dengan jeti, semakin kuat debaran melanda. Pelbagai andaian buruk muncul di minda. Inilah padahnya bercuti keseorangan.


Punyalah cuak, ambik gambar pun dah senget benget. Nasib baik ada satu family Cina tengah memancing di jeti ini. Kalau tidak, lagi haru jawabnya. Tambahan pulak ada dua orang lelaki sedang berehat di situ. Tahu2 aje lah bila jauh daripada pandangan mata orang ramai dan aku pulak keseorangan.


Dari jeti ini pun, kelihatan kapal2 dagang yang besar. Entah dari mana dan ke mana hala tujunya.


Di persimpangan inilah aku akhirnya nekad membuat pilihan untuk meneruskan perjalanan ke De'Tanjung Jetty. Walaupun aku berhadapan dengan risiko yang besar, namun aku gagahi jua kerana inilah mungkin satu2nya peluang yang aku ada. Dalam berani ada jugak penakutnya aku ni, hahaha. Jantung dan hati aku usah ceritalah hebatnya berdegup, belum lagi minda yang memproses segala bentuk andaian.


Melihat adanya Menara Pemerhati ni, aku berhasrat untuk untuk melangkah naik. Bukan aku namanya kalau tidak ingin mencuba segala apa yang ada. Namun baru melangkah ke anak tangga ke dua, aku melihat pemegang tangga ini sudah goyang dan ada yang tercabut pakunya. Untuk tidak mengambil risiko, aku lantas turun.


Masih jauh perjalanan yang harus ditempuhi, dikelilingi oleh pokok bakau dan bau yang kurang menyenangkan.


Aku semakin menghampiri tujuan utama.


Dan akhirnya, aku nampak apa yang menjadi tujuanku. Namun malangnya, laluan untuk ke sana terputus. Maka ini sajalah yang dapat aku ambil sebagai bukti bahawa aku telah berjaya sampai ke penghujung benua dalam pengembaraan secara solo.

Sewaktu aku sudah semakin menghampiri pejabat taman, tempat di mana aku memulakan perjalanan dengan mengambil laluan yang berlainan, barulah aku perasan dengan papan tanda yang bertulis "You'll never walk alone"! Dan aku hampir sahaja menyelesaikan perjalanan pergi balik secara solo ke penghujung selatan tanah besar Asia!


Ini hanyalah replika, terletak berhampiran pintu masuk pejabat taman negara.


Ini di pekan Kukup Laut, gambar ini diambil di pintu masuk terminal feri antarabangsa.


Ini pula pintu masuknya. Asalnya aku berhajat untuk mengambil feri ke Tanjung Balai, Indonesia. Tetapi aku membatalkan hasrat apabila banyak mata2 yang memandang sewaktu aku berjalan ke terminal ini. Aku jadi takut dan tidak selesa. Sudahnya, usai mengambil gambar aku lekas2 ke tempat meletak kereta dan memandu pulang.


Cuba korang teka, cahaya apakah itu? Hahaha....


Gambar terakhir sebelum melangkah pulang. Ini antara restoran yang ada di jeti berhampiran.

footnote: aku perlu lebih berhati2 sekiranya bercuti secara keseorangan di tanah air sendiri. Pandangan mata sesetengah orang amat menakutkan and feel insecure!
Kenapa tak sudi bila aku ajak bercuti bersama? Sekadar bercuti, bukan ada niat lain pun.... hurm...

Saturday, September 18, 2010

sepetang di pantai kemasik

Dah lama sebenarnya Sarah merengek nak ke Pantai Kemasik. Nak tengok sampan; nak main air, katanya. Sejak dari tahun lepas lagi. Tapi kami masing2 tidak mempunyai kesempatan untuk membawa Sarah ke pantai idamannya. Untung benar jadi Maisarah, segala apa keinginan pasti akan cuba dipenuhkan.

Sewaktu pulang bercuti di lebaran tempoh hari, Sarah mempunyai satu lagi permintaan. Nak makan McD! Dan restoran McD yang terdekat terletak di bandar Kerteh, lebih kurang 20 minit perjalanan.

Maka pada petang Selasa lepas kami ke restoran McD bagi memenuhi keinginan Sarah dan seterusnya ke Pantai Kemasik. Seronok sungguh Maisarah!

Kat bawah ni adalah gambar yang sempat aku ambil sepetang kami di Pantai Kemasik. Kebetulan sewaktu kami datang, air laut surut. Jadi kami berjaya menyeberang untuk ke kawasan berbatu.


Sarah berposing depan batu. Mukanya masam mencuka! Jam kat tangan tu baru beli sewaktu bershopping paginya. Sejak aku pulang seminggu sebelumnya, dia asyik merengek suruh belikan jam warna merah untuknya.


Untuk ke kawasan berbatu itu, kami harus menyeberangi arus ini. Nampak macam cetek, tapi agak dalam. Mujurlah airnya jernih, tak adalah terjatuh dalam lubang yang terhasil dari arus ini.




Kasut yang ditinggalkan sebelum menyeberang!


Akhirnya berjaya juga sampai ke seberang sana. Maisarah yang cukup teruja!
















Stranded fish ni dah tinggal tulang. Tak tahulah ke mana perginya isi ikan ini.


Stranded fish on the sand!




Dalam perjalanan pulang, aku bertemu lagi dengan seekor ikan yang terkandas di atas batu. Aku pun tak pasti macam mana ikan ni boleh ada kat atas batu ni. Sarah tanya, siapa yang jemur ikan masin kat atas batu ni? Macam2 lah si kecil tu..

footnote: tertunai sudah hajat Maisarah. Selepas pulang bila ditanya katanya seronok sangat tapi adik dah tak nak pergi lagi dah. Secara peribadi, aku sukakan pantai ini walaupun matahari memancar terik. Cantik dan menyamankan.

Wednesday, July 28, 2010

pulau pangkor - hari ketiga

Hari terakhir di Pulau Pangkor, terasa sayang untuk ditinggalkan. Segala2nya indah dan menyenangkan. Terutamanya deburan ombak, kicauan burung, dan amannya di sini tanpa gangguan. Namun pagi hari aku dikejutkan dengan deringan telefon. Aduyai... benar2 membuatkan lena aku tergugat.


Menjengah di luar balkoni di awal pagi, aku sempat melihat sang tupai ini yang berkejaran dari satu pokok ke pokok kelapa yang lain. Seronok aku melihat gelagat sang tupai ini. Sempat jugak aku capture gelagat salah seekor dari pasangan tupai tersebut.


Berseorangan di awal pagi menikmati keindahan pagi di tepian pantai. Ombak kelihatan agak ganas memandangkan hujan turun agak lebat pada malamnya. Tidak ramai yang berada di pesisiran pantai di waktu pagi ini.


Setelah sekian kalinya berkejaran dengan ombak, clam dan si ketam. Akhirnya aku berjaya menangkap ketam ini untuk diabadikan sebagai kenangan yang terindah. Awalnya aku ingatkan yang aku tangkap ini adalah clam, namun sebaik aku merasa geli di tapak tangan barulah aku menyedari bahawa bukan clam yang aku tangkap. Sebaik sahaja pasir dibersihkan dengan air laut, muncullah rupa sebenar si ketam ini.


Bilik yang di tingkat paling atas itu merupakan ruang yang aku huni selama tiga hari dua malam. Balkoni itu merupakan tempat aku melepak sambil mencuci mata, hahaha.


My room!


Aku tidak pasti bangunan seakan menara ini untuk apa. It's located next to the lobby.


Saat untuk berangkat pulang. Feri kuning itulah yang akan membawa kami semua ke tanah besar.




Dua gambar di atas aku capture sewaktu di pekan Sitiawan, ketika berhenti seketika di lampu isyarat. Yang menarik perhatian aku selain dari bangunan lama ini adalah lampu yang masih terlekat kemas di dinding.


Gambar dicapture ketika kereta sedang bergerak. Kelihatan padi yang sedang dituai serta burung putih yang banyak terdapat di situ.

Dalam perjalanan pulang, kami mengambil keputusan untuk singgah seketika di Bandar Teluk Intan memandangkan kami sudah hampir dengan bandar ini. Tidak susah untuk mencari Menara Condong Teluk Intan, benar2 berada di tengah bandar. Kami hanya berhenti seketika, mengambil gambar dan kembali meneruskan perjalanan.




I don't know what exactly this and what for. I snap this picture at Menara Condong Teluk Intan.






Di dalam pagar itu merupakan seakan kolam dan mempunyai air. Aku dapat melihat banyak syiling di dalamnya, mungkin dilemparkan oleh sesetengah orang yang membuat hajat barangkali.


Menara ini berada di hadapan jalan. Di belakang menara ini merupakan dataran luas dan dikelilingi oleh bangunan kedai. Ada antaranya bangunan lama yang masih elok.

Perjalanan pulang diteruskan dengan harapan kami akan sampai sebelum senja melabuhkan tirainya. Perjalanan lancar sehingga kami memasuki tol Bidor, tiada lagi sesat seperti perjalanan pergi sebelum ini. Kononnya si driver aku nak pecut 160km/j, nak test keupayaan Qasehku walaupun aku menentang hebat. Baru aja nak pecut, ada kereta memberi peringatan tentang sesuatu. Maka perjalanan menjadi agak membosankan dan mengantuk dengan kelajuan yang tak melebihi 110km/j. Namun begitu aku menarik nafas lega, hahaha..

Sebelum sampai exit ke Rawang, kenderaan di hadapan semakin perlahan. Rupa2nya ada road block di kedua2 arah. Mujurlah kami 'terselamat' dari saman. Lega.., selamat RM300.00. Dan perjalanan seterusnya tetap dengan kelajuan yang dibenarkan, takut kalau2 ada lagi road block di hadapan. Aku sampai ke rumah lebih kurang pukul 6.30 petang. Hari masih terang.

footnote: Alhamdulillah, percutian yang dirancang dalam masa yang singkat ini berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan. Terima kasih yang tak terhingga kepada insan yang banyak mengeluarkan wang untuk aku bagi percutian ini. Lain kali bawaklah saya bercuti lagi, hihi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...