Sunday, February 23, 2014

kembali ke tanah rendah

Pagi tu masing2 tarik selimut dan sambung mimpi selepas Subuh. Konon nak check out awal pagi cuma tinggal rancangan. Lebih kurang pukul 10.30 jugak kitorang bergerak tinggalkan De Native Guesthouse. Plan pagi tu semua hancur berderai. 


 
Sempat bergambar kat entrance nak masuk ke guesthouse. Dari simpang ni memang akan ke De Native je, takde tempat lain dah. Simpang ni belah kiri kalau nak ke rumah persekutuan. 


Kebun strawberry Kampung Setia. Kitorang singgah tepi main road sebab nak ambik gambar. 

Bila dah agak bingit kena hon dengan pemandu kenderaan yang lalu lalang, perjalanan kami diteruskan lagi. Walau jam baru pukul 11.00 pagi, kenderaan kitorang merangkak menghala ke pekan Brinchang. Kali ni kitorang singgah brunch kat gerai makan semalam. Itupun kitorang terpaksa parking kat tepi jalan. Bukan kitorang je parking kat tepi tu, dah berbaris kereta parking kiri dan kanan jalan. Bila perut dah terisi, kitorang berjalan ke Kea Farm. Kalau bawak kereta pun, belum tentu ada ruang untuk kitorang parking. Tak ada apa yang nak dibeli sangat pun, aku cuma belikan bunga untuk mak. 


Dari Kea Farm kami ke Sungei Palas pulak.


Dah tentulah nak tengok ladang teh.


Rumah pekerja ladang teh, tempat parking dan ladang teh.


Rumah pekerja ladang. Sementara dorang sibuk bergambar kat celah2 pohon teh, sempat aku menyibuk kat kawasan rumah pekerja.


Pokok besar tepi jalan. Aku rasa macam best je kalau petang2 melepak bawah pokok ni dengan disajikan kehijauan ladang teh. Cuaca pulak just nice, tak sejuk dan tak panas sangat.

Kitorang tinggalkan ladang teh Sungei Palas ni menghampiri pukul 4.00 petang. Since dah terlajak dari plan asal, kami terus turun melalui Simpang Pulai selepas singgah di masjid kat atas bukit. Memandangkan masing2 kepenatan dan dah lari dari jadual asal, plan nak cari Tasik Cermin kat bandar Ipoh jugak ditunda ke tarikh baru. Lepas berpisah dengan Laila kat tempat kitorang pick up dia Jumaat lepas, kami meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Dari Simpang Pulai ke Seri Kembangan, Fathi yang drive dan aku boleh relax kat sebelah. Sampai kat rumah dah nearly midnight. Berakhirlah percutian singkat ke tanah tinggi dan menunjukkan yang kitorang memang support kempen 'Tahun Melawat Malaysia 2014'.


Thursday, February 20, 2014

misi menawan irau

Since kitorang berjanji dengan guide pukul 8.00 pagi, dalam sejuk2 tu kitorang belasah je mandi tanpa air panas. Gigil jugaklah masing2. Masa Firdaus bukan Faridah sampai, kitorang tengah packing makanan yang nak dibawak bekal. Lebih kurang 8.30 jugak kitorang bergerak tinggalkan guesthouse. 


Hutan di Kampung Setia. Masa ni kitorang kena tunggu guide kitorang jumpa kawan dia kat sini. 

Dah settle urusan kat Kampung Setia, perjalanan kembali diteruskan. Kitorang singgah breakfast kat deretan gerai makan sebelum ke Kea Farm. Masa kitorang keluar dari kereta, gerimis dah mula turun. Buat kitorang cuak je, risau kalau2 hujan lebat. Haruslah plan nak mendaki kena cancel. Bila perut kenyang, kitorang dibawak untuk ke permulaan pendakian. Sebaik kitorang lalu depan entrance mossy forest, dah penuh kawasan parking tu dengan kereta. Kitorang dibawak ke depan sikit, dekat dengan pemancar Telekom. 


Tak nampak apa pun, berkabus je padahal dah pukul berapa masa kitorang kat sini.


Menara tinjau ni kitorang panjat sampai second level je. Tak berani nak naik lagi sebab angin kuat, sejuk hingga ke tulang. Tambah pulak gerimis. 


Disebabkan gerimis masih turun dan matahari langsung tak muncul, maka banyaklah air @ embun yang masih belum kering.


Bunga cantik ni dalam kategori bunga anggerik.


Menara pemancar Telekom yang bersembunyi dalam kabus. Tiap kali kitorang bukak mulut, pasti keluar asap.


Papan tanda Gunung Berinchang yang dah divandalismkan. Tingginya 6666 kaki, bersamaan dengan 2031 meter.

Masa kat sini, kenderaan yang bawak kitorang ke sini buat hal. Takde bateri katanya dan tak boleh start. So, kami berlima terpaksa gunakan kuasa dalaman untuk tolak 4wd tu. Alhamdulillah, bila dah tolak 4wd tu akhirnya berjaya dihidupkan. Yang sebenarnya jarak antara kedua tempat ni tak jauh. Tapi kalau menapak berpeluh jugaklah.


Ambik gambar ni dulu. Depan entrance ni memang luas dan dorang memang parking kat depan ni aje. Insya Allah selamat provided korang janganlah block kereta orang lain.


Kita ambik gambar kaki dulu sebelum start mendaki.

Waktu mula2 mendaki tu, kita akan melalui laluan berkayu yang memang dibina oleh jabatan hutan. Jaraknya agak jauh jugak, cuma aku je yang tak pasti jarak sebenar. Cabaran sebenar bermula bila laluan berkayu tadi dah sampai ke penghujung dan kami harus meredah laluan yang berlumpur. Masing2 laju ke depan, maklumlah masih bertenaga.


Pokok2 besar dan kecil yang diselaputi lumut. Sebenarnya sepanjang perjalanan tu mata memang disajikan dengan keindahan ni, cuma tak daya nak keluarkan kamera sebab tangan dah kotor dan basah. Masa kitorang berehat sekejap inilah sempat keluarkan kamera.


Periuk kera ni bersaiz kecil. Hampir tak perasan sebab warnanya dengan lumut dah hampir sama. 


Lopak selut yang menanti mangsa. Silap langkah memang separuh badan terendam dalam ni. 


Kami semuanya sampai kat Mini Irau dalam pukul 2.30 petang. Ada antara kami yang terlebih dahulu sampai. Bila semua dah ada, masing2 bukak bekalan dan makan. Bila masing2 dah recharge tenaga, kami mengambil kesempatan ni untuk berehat dan buat aktiviti bebas sebelum kembali turun. Kalau korang perasan, tinggi Mini Irau ni sama dengan ketinggian Gunung Berinchang dalam gambar kat atas.


Bunga cantik tak tahu nama. Bila gugur kelopak bunga dah jadi warna putih. 

Bila semua orang dah settle dengan urusan masing2, kami sepakat untuk tidak meneruskan ke puncak sebab ada antara kami yang dah tak mampu nak teruskan. Jadinya perjalanan balik yang kitorang ambil. Masa nak turun ni, aku biarkan dorang berjalan dulu kat depan. Sempatlah aku ambik gambar dulu. Tapi bila dah transfer baru perasan banyak gambar aku yang tak menjadi, bergegar gambarnya. 






Di kiri kanan kami dikelilingi lumut, manakala laluan banyak akar2 yang harus ditempuhi. Itu belum lagi part meniti atas kayu separuh reput dalam lumpur. Kena pandai imbangkan badan.


Lumut2 ni banyak menyimpan air. Bila nak basuh tangan yang berlumpur, lumut ni lah yang jadi mangsa. 


Kasut kami setelah semuanya selamat tiba di bawah.

Kitorang sampai berbeza, ada yang cepat dan ada yang lambat. Hari makin gelap, maka tak adalah kami nak berlama2 kat atas tu. Sempatlah aku tinggalkan kasut dan stokin dalam tong sampah, tak rela nak bawak balik. Perjalanan kami tersangkut2 dek traffic jam kat pekan Brinchang. Dah sampai guesthouse, mandi dan bersiap untuk keluar dinner pulak. Sebelum tidur masing2 ambik turn sapu minyak dan urut kaki sendiri yang dah keletihan. 
  
Mendaki Irau ni agak mencabar dari segi trek, bukan dari ketinggian. View memang menarik lagi tertarik di sepanjang perjalanan, tak habis2 kami memuji kebesaran Yang Maha Esa. Walaupun ada banyak turun naik, tapi taklah tinggi sangat. Yang mencabar adalah lumpur dan akar2 kayu yang menghalang laluan. Masa aku baca review kat blog orang, dorang suggest suruh bawak tongkat. Tapi bagi aku, tongkat tak perlu pun, menyusahkan lagi ada. Baru half way aku dah bagi tongkat pada guide, suruh dia tolong bawakkan. Mendaki Irau banyak ceritanya, banyak menguji kesabaran dan ketabahan aku. Yang akhirnya menyaksikan aku kecundang sebelum garis penamat.


Thursday, February 13, 2014

trip mengejut ke tanah tinggi

Sewaktu kami mendaki Bukit Puchong awal Januari lepas dan masa tengah berendam dalam Tasik Biru tu, tetiba aku propose kat diorang ajak panjat Irau masa cuti Thaipusam. Bila dorang setuju, maka bermulalah pencarian aku. Since long weekend, memang susah nak carik tempat penginapan, pulak tu last minute punya plan. Terduduk jugaklah aku bila semua mahal, dari accommodation hinggalah ke guide's fee sebab aku dah janji dengan dorang budget dalam RM 200.00 seorang tak termasuk shopping. 

Kami bertolak pagi Jumaat, terlewat sejam dari waktu yang diplan. Sementara tunggu dorang sampai, sempat aku top up air bateri. Mujurlah petang semalamnya aku terfikir nak check air bateri, kalau tak harus kekeringan bateri kereta aku. Dah pick up Nani dan Fathi kat Seri Kembangan, perjalanan menghala ke Hentian Duta sebab nak pick up Izza pulak. Alhamdulillah, walaupun highway banyak kereta tapi tak adalah jammed. Dari tol Jalan Duta kami terus ke utara dan keluar di susur Simpang Pulai. Elok je keluar dari tol, kereta dah bersusun depan traffic light tu. 

Since dah tengah hari dan tepi jalan lepas masuk simpang ke Cameron Highland tu ada kedai makan, kitorang singgah makan kat situ sambil tunggu Laila sampai. Laila sampai tak lama lepas tu, sedang elok kitorang menjamu selera. Bila semua dah kenyang, barulah perjalanan ke Cameron Highland diteruskan. 


Kereta yang berderet dari Brinchang menuju ke Tanah Rata. Bertabahlah kalau ke Cameron Highland time weekend, lebih2 lagi long weekend macam ni. Driver waja kat depan tu kurang ajar, selamba je dia buang kotak rokok atas jalan. Bagi aku, orang yang suka buang sampah merata adalah orang yang takde tanggungjawab dan no manners. 

Setelah sesat barat ke sana sini, akhirnya kitorang sampai jugak ke tempat dituju. Yang pasti kitorang sampai lewat dari waktu yang dijangka. Aku dah booking guesthouse ni untuk kitorang berlima sepanjang 2 malam kitorang kat sini. Dah dapat kunci, masing2 ambik turn untuk tunaikan apa yang patut. 


Elok je bukak pintu chalet, tilam ni yang menyapa. Ada satu lagi bilik sebelah sana. Cuma bilik belakang tu lagi proper berbanding bilik yang ini.


Bilik air tak ada shower. Air untuk mandi ditadah dalam pasu ni dan kena guna cebuk. Ada toilet dan sinki. Yang tak best pasal bilik air ni sebab tak ada pintu. Bila ada yang nak masuk bilik air, kitorang kena tutup pintu bilik dan tak boleh nak ke bertandang ke bilik sebelah. Kebetulan aku ada bawak kain kononnya nak buat alas dalam kereta, tapi tak jadi sebab naik kereta guide, so masa kitorang keluar petang tu aku beli tali rafia. Kain tu aku ikat dan gantung kat pintu bilik air. Barulah kitorang boleh bebas bergerak walaupun ada orang guna bilik air. 


Chalet kitorang. Chalet kat sini diberi nama suku kaum asli.


Bonfire dan tempat kitorang berbarbecue malam tu kat dalam tu. Memang disediakan tempat barbecue.


Banglo yang berusia lebih 100 tahun. Kalau datang ramai2 boleh sewa banglo ni. Takat 10 orang tak berbaloi.


Bunga warna merah. Dah balik baru aku perasan, rasanya aku belikan bunga yang sama macam ni untuk mak.


Chalet dan banglo dari jalan masuk.


Sebenarnya, guesthouse ni sunyi dan tersorok kat belah dalam. Laluan nak ke guesthouse ni muat2 sebijik kereta, gelap, berselekoh tajam dan licin. Apa lagi, asyik tekan hon ajelah sepanjang jalan tu. Risau kot2 bertembung dengan kereta dari arah bertentangan.


Japanese Guava yang ada kat halaman guesthouse. Buahnya ada rasa sedikit masam, tapi tetap ada rasa jambu batu yang biasa kita makan tu.


Bunga biru yang cantik tapi tak tahu nama.

Bila masing2 dah settlekan urusan yang tertangguh, petang tu kami ke pasar malam kat depan Balai Polis Brinchang. Nak mencari parking punyalah seksa, jenuh kaki menekan clutch dan brake. Walaupun kena menapak jauh, redha aje lah. Tak ada apa sangat pun yang nak dibeli kat pasar tu, sebab malamnya kitorang ada aktiviti lain pulak.


Orang kuat untuk aktiviti barbeque kitorang. 

Malam tu jugak kitorang berjumpa dengan Firdaus bukan Faridah yang akan guide kitorang untuk ke Irau esoknya. Bila dia dah bukak cerita pasal Irau, masing2 dah cuak. Maklumlah, kitorang ni bukannya pendaki tegar pun. Daki Broga dengan Bukit Puchong pun aku dah mintak nyawa. Inikan pulak Irau yang penuh misteri. Tapi walau apa pun, aku tetap berharap agar kami semua berjaya. 


Friday, February 7, 2014

review guesthouse & hostel

Habis jugak akhirnya aku mengarang citer pasal trip ke Siam hujung December 2013. Dan seperti yang dijanjikan, aku nak share pasal guesthouse dan hostel yang kitorang stay sepanjang trip ni. Harap2 bolehlah jadi panduan untuk korang yang plan nak ke sana nanti. Perlu diingat, review ini adalah berdasarkan pengalaman aku dan dari kaca mata aku sendiri. Lain orang mungkin lain pandangannya. 


Kanchanaburi

Tempat pertama kitorang bermalam secara proper adalah di Kanchanaburi. Malam sebelum tu kitorang bermalam di stesen keretapi Hua Lamphong. Kat sini kitorang stay 2 malam kat VN Guesthouse. 


Bilik kami luas, berkongsi 2 orang. Ada aircond dan kipas, en suite dan ada hot shower. Percayalah, kalau datang time wet season, kipas dan aircond tu tak guna pun. Tapi hot shower amat2 diperlukan.


Setiap bilik ada beranda sendiri. So, dapatlah melepak, bergosip kat beranda sambil2 cuci mata kalau ada peluang. Bangunan coklat yang ada lampu sebelah bangunan putih tu cafe VN Guesthouse. Bilik tak termasuk dengan breakfast, ya. Kitorang bawak bekal sendiri dan mintak air panas. Erk, hot milo aku harganya THB 50 secawan, pengsan! Itulah pertama dan terakhir aku mintak hot milo... huhu.


Kan dah bagi tau kitorang kecuali Irdhi duduk kat raft room. Tak caya? Tengok ni. Bilik aku paling hujung belah kiri. Takde TV tapi ada free wifi.

Overall, VN Guesthouse okay, value for money. Owner and staff helpful lah jugak walau tak ramah mana. Dorang selalu call kan tuk-tuk untuk kitorang without charge. Erk, masa kitorang sampai malam tu, dorang pick up dari bus terminal for free. Dah jimat sorang THB 20. Untuk guesthouse ni, Zilla yang arrangekan dari sini, so aku cuma bawak badan, barang2 aku dan duit je.

VN Guesthouse
44 Rongheeb Oil Rd. 2
Amphoe Muang, Kanchanaburi
Phone: +66 (0) 3451 4082
Email: info@vnguesthouse.net
Website: www.vnguesthouse.net


Sangkhlaburi

2 malam di Sangkhlaburi, kami bermalam di 2 tempat berlainan. Bila aku call P Guesthouse sebab dorang provide pakej yang menarik, malangnya bilik tak available on 21st December. So, aku ambik tour untuk kitorang berempat on 22nd dan stay kat situ pun on 22nd jugak. Tu sebab kitorang berpindah randah, padahal dekat je pun.

Tempat pertama kitorang terjah adalah Coffee Berry Guesthouse. Itu pun bila usaha aku email sana sini tak berjawab. Tapi bila aku message Coffee Berry Guesthouse kat fb, laju je dia reply. Just nice ada 2 traveler room je yang masih kosong. Terus aku book untuk 21st December tu. Ntah macam mana boleh pulak Ying owner Coffee Berry Guesthouse kata tak payah bagi deposit, biasanya dia ambik 50% untuk deposit bila buat booking.


Bilik yang comel hasil kreativiti ownernya. Katil adalah binaan simen, pastu tepi tu just lekatkan dengan kayu pallet. Tak sejuk dan tak sakit badan walaupun tilam tu nipis sebab tilam kekabu. Bilik ada aircond walaupun tidur malam kitorang tak on pun.


Tempat letak tuala yang comel.  Bukan tu aje, penyangkut pun comel je tapi malas nak letak gambar banyak2


Tong sampah yang cute. Yang sebenarnya dari luar bilik sampailah ke bilik air akan ada tulisan yang comel2 tu. 


Ada hot shower, maka masa mandi juga menjadi lama.


Ada roof top. So, bolehlah kira bintang malam2. Tak pun tunggu kot2 ada shooting star, bolehlah buat hajat bagi yang berhajat. Berlama2 kat atas ni time wet season memang menggigil dibuatnya.


Dari luar bilik kitorang. Ada meja dan kerusi comel tepi pintu, memang boleh lepak2 kat luar. Kalau korang perasan ada tulisan kat meja tu.


Tak sempat aku nak naik buaian ni, hihi. Belah kiri adalah office, kalau nak mintak hot water pun kat situ jugak. Laluan jalan kaki belah kanan adalah menuju ke bilik2.

Bilik yang kitorang stay kat Coffee Berry Guesthouse ni THB 700 semalam/bilik. Agak pricey tapi okay je kalau berdua. Owner guesthouse ni memang kreatif serta baik hati. Dari segi hospitality, kreativiti, keunikan dan location wise memang recommended. Ying dan husband dengan baik hati pick up kitorang kat terminal van dan hantar kitorang ke P Guesthouse without charge. 

Coffee Berry Guesthouse
93 Moo 3 Samprasop Road T. Nongloo
Sangkhlaburi
Phone: +66 84 802 9811
Website: http://www.coffeeberrysangklaburi.com Disebabkan website dia tulisan cacing kerawit, aku message kat FB.

*     *     *

Kami kemudiannya berpindah ke P Guesthouse untuk malam ke-2 di Sangkhlaburi. Jugak kerana kitorang ambik pakej untuk tour dengan dorang. Jom kita tengok apa yang P Guesthouse offer pulak.


View kat P Guesthouse memang stunning! Betul2 depan tasik dan bila petang tu boleh tengok sunset dari sini je. Tak payah nak menapak jauh2. Dari sini ada short cut jugak nak ke Mon Bridge, tapi petang tu kitorang tak sempat pergi akulah yang lama sangat lepak kat depan bilik.


Ada reading area. Tapi bila aku check semua magazine dan novel kat sini yang lama, pastu tak terjaga. Sebabnya ada yang dah dimakan anai2 pun. Mungkin jugak sebab kat hujung, kalau letak kat reception area, aku rasa mesti ramai yang utilize kemudahan ni.


Bilik kitorang, come with fan without aircond. Untuk bilik yang kitorang stay ni, bilik airnya kat luar. Sayang, aku lupa nak ambik gambar bilik air.


Boleh lepak2 kat luar bilik tengok pemandangan atau pun ushar orang. Nak bergossip lagilah boleh. 

P Guesthouse menang dari segi pemandangan dan ada sedikit keunikan. Harga pun boleh tahan murah kalau nak compare dengan Coffee Berry Guesthouse sebab kitorang stay kat 2 tempat ni aje. Masa booking pun aku berjaya ketepikan deposit, bayar masa check in. Dari segi hospitality agak kureng dan kalau nak mintak call tuk-tuk pun ada charges. Agak jauh kalau nak berjalan ke town. Common bathroom luas dan bersih, untuk lelaki dan perempuan dipisahkan. Cuma kalau ada hot shower lagi bagus. Tiap kali masuk bilik air, confirm menggigil sejuk tapi aku tetap pegang rekod paling lama bertahan dalam bilik air.

P. Guesthouse
81/2 Moo1. Tumbom Nonglu
Sangkhlaburi
Phone: 66 (0) 81 450 2783, 66 (0) 3459 5061 Aku terpaksa call sebab tak jumpa email address.
Website: http://www.p-guesthouse.com/home.html


Bangkok

Untuk 2 malam terakhir di Bangkok, Nani yang uruskan pasal penginapan. Aku serahkan semuanya pada Nani, aku tau aku bayar je time stay kat situ. Best atau tak, itu bergantung pada nasib dan rezeki kami.


Bilik untuk kami berempat, luas jugaklah untuk kitorang sepah2 kan barang2. Shared bathroom yang ada hot shower, so taklah kitorang kesejukan.


Tong drum yang dijadikan sofa kat dalam bilik, aku rasa orang Thailand ni boleh tahan kreatifnya. Since katil aku kat atas, sinilah tempat aku melepak sebelum panjat katil dan tak turun dah sampai esok paginya. 


Belah kiri tu reception counter dan communal area yang luas dan selesa. Nak lepak2 sambil bergossip ke, tak pun makan2, boleh je. Ada 2 biji desktop untuk kegunaan guest on the way nak ke kitchen. Dorang ada jual poskad dan setem, boleh terus masukkan dalam peti surat tu. Kebetulan setem dah habis masa kitorang datang tu, so kitorang tinggalkan duit dan dorang tolong poskan kemudian. 


Reading area kat first floor. Banyak novel yang best, tapi aku takde masa lah plak nak baca. Sempat belek2 gitu aje. 


Kitchen yang sentiasa kemas dan bersih. Sebelahnya ada washing machine dan dryer. Kat bawah ni jugak ada toilet. 


Mile Map Hostel, agak tersorok sebab bukan betul2 tepi jalan. Kena tengok betul2, kalau tak harus sesat barat. 

Yang best pasal Mile Map Hostel ni sebab dekat dengan restoran halal, salah satunya Cili Padi yang kitorang duk asyik berulang ke sana. Pun dekat dengan jaringan 7E, paling aku suka dengan teh nya. Boleh jalan kaki je ke Surasak BTS Station dan kalau nak keluar peluh lagi banyak, boleh berjalan ke Thaksin Bridge pulak. Staff baik dan helpful. Memang recommended untuk orang2 yang tak berapa nak cerewet. 

Mile Map Hostel
36, Pan Rd, 
Silom, Bang Rak, Bangkok
Phone: +66 2 635 1212


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...