Monday, March 31, 2014

misi mencari janda yang baik

Perancangan asal kami nak ke Taiping, tapi bila ada 2 orang antara geng berjimba ada hal during that weekend, kitorang cancel trip ke utara. Memandangkan tak cukup korum, aku suggest ke Janda Baik ajelah. Disebabkan cuti sekolah, banyak chalet yang aku call dah penuh. Mana taknya, nak pergi Sabtu tapi Khamis dan Jumaat baru nak cari accommodation. 


Sabtu, 22 Mac 2014

Kitorang bertolak dari Seri Kembangan lebih kurang 10.00 pagi, traffic di sepanjang perjalanan agak smooth kecuali sedikit congest semasa nak keluar dari Seri Kembangan. Tidak susah mencari Hawa Resort sebab signboard ada di merata tempat. Masa kitorang sampai, kami antara yang terawal. Lepas dapat bilik dan melawat kawasan, kitorang rehat sementara tunggu Zuhur. 


Sweet potato bakar, aku lebih prefer yang kuning tu sebab ada rasa sedikit manis. Dan-dan tu aku teringin nak makan pengat ubi keledek.


Selain ayam, sotong dan udang dah jadi menu favorite kami untuk bbq. Cuma daging je yang tak ada kali ni. 

Tempat kitorang berbbq tu betul2 tepi sungai, tak panas sebab tempat tu dilindungi pokok buluh. Memang tempat strategik, sambil2 bakar dan makan tu boleh main air kejap, pastu sambung balik aktiviti membakar. 


Pepatung yang cantik dan bewarna warni. Bila dibuka sayap tu, lagi cantik warnanya. Tapi sayang sebab bila dibuka sayap tu kejap sangat, tak sempat nak capture. 


Yang ni warna ni pulak. Sepanjang aku ada kat situ, tak kurang dari 4 warna pepatung yang aku nampak. Yang sempat aku capture, yang 2 ini jelah.


Kami bertiga, dah kenyang kitorang main air pulak. Melepak atas batu sambil bercerita macam2 perkara. 

Lewat petang baru kitorang berkemas apa yang patut, tinggalkan tempat bbq dengan bara api sebab kitorang akan sambung lagi lepas Isyak. Gigih seharian berbbq, dari siang bawak ke malam. Kalau orang lain ber candle light dinner, kitorang pulak ber torch light dinner. Mujur ada pokok buluh nak gantung torch light, haha. 


Ahad, 23 Mac 2014

Kami semua kesiangan pagi ni, hancur habis planning malamnya. Kami sepakat untuk balik awal sebab petangnya Nani ada urusan lain. Untuk mengelakkan tersangkut dalam traffic jammed sekiranya ada, lebih baik kitorang keluar awal. Lepas serahkan kunci bilik, kitorang tak terus balik.


Asalnya aku ingatkan ni spesis bunga jugak, sekali keluarga terunglah pulak. Tapi bunganya cantik, ada banyak kat kawasan Hawa Resort.


Ada burung merak dan lain2 jugak yang dikurung. Masa kitorang sampai semalamnya, kami disambut dengan angsa yang asyiklah berbunyi, pantang nampak orang lalu. Salam perkenalan agaknya.

Keluar dari Hawa Resort, kitorang singgah breakfast kat kedai makan masa on the way balik. Agak mahal makanan di Janda Baik ni, mungkin tempat ni jadi tumpuan kot. Masa nak turun tu, aku keep remind dorang suruh bagi tahu kat mana nak berhenti. Alkisahnya masa naik semalam dorang nampak satu tempat cantik, so masing2 nak singgah masa balik. Since aku drive, memang aku tak perasanlah tempat tu. 


Inilah tempatnya. Luas tempat teratai ni, ada few kolam.


Berdua lebih baik.


Sendirian.


Banyak2. Yang pasti teratai merah @ pink ni memang jarang. Yang banyaknya teratai putih, itu pun ada 2 jenis yang aku perasan. Ada kelopak besar tapi nun kat tengah kolam, jenuh aku nak capture dengan kamera cikai aku, tetap tak clear.


...lagi...

Lama jugak kitorang kat tengah panas2 tu. Ada satu couple tu siap bersantai kat tepi kolam tu, bawak tikar dan bekalan makanan lagi. Si suami duk menembak, si isteri setia menunggu. On the way balik, kitorang memang tak singgah mana2 pun. Lepas hantar dorang ke Seri Kembangan, aku terus ke Shah Alam. Walaupun sekejap, aku puas sebab dapat lari dari kebiasaan. 

Hawa Resort bagi aku so-so je, dekat dengan sungai tapi air agak cetek, harga agak pricey jugaklah. Yang lecehnya bila nak book kena terus buat payment. Korang boleh check website kat sini atau boleh je call person in charge di Janda Baik, Sifu: 0123700818. Kat Janda Baik banyak resort, kalau bukan peak season boleh je redah. Kitorang hari tu pun ingat nak redah jugak, tapi bila ada vacant masa call tu, terus je lah rembat. 

Misi mencari janda yang baik di Janda Baik tak tercapai sebab tak jumpa janda pun! Janda Baik sesuailah untuk berehat di hujung minggu, yang berkeluarga nak bawak anak2 main air ke, tak adalah jauh dari Kuala Lumpur. Malam agak sejuk, tapi okay je. 


Friday, March 28, 2014

part2: carik pasal di hujung minggu

Petang itu kami sebulat suara bersetuju untuk terus ke Penang dan bermalam di sana. Memandangkan kitorang tak mahir dengan laluan ke sana, group yang ber-wwr sekali dengan kitorang setuju nak lead. Lewat petang Sabtu dalam hujan yang sesekali lebat dan renyai2, kami meneruskan perjalanan.


Sementara tunggu diorang top up fuel, sempat ambik gambar ni. Di sepanjang perjalanan, kami ditemani dengan matahari yang nak masuk beradu. Memang cantik, tambahan pula baru lepas hujan.


Memandangkan aku drive dan aku pulak tak biasa dengan laluan ni, tak dapatlah nak ambik gambar sewaktu tengah driving macam kebiasaan. Jadinya, Izza dengan baik hati tolong capturekan untuk aku. Kredit untuk Izza.


Warna langit sudah bertukar.

Dalam perjalanan ni, dorang sibuk cari hostel untuk bermalam dan aku pulak dengan tugas rasmi. Entah di mana silap, kitorang tertinggal kat belakang. Jumpa balik kat depan bus stop USM dan kami meredah kesibukan senja di Penang menuju ke hostel. Elok je kitorang pusing cari parking, sekali terjumpa dengan group tadi lepas kitorang terpisah sebaik saja kitorang masuk ke Penang. 

Lepas check-in, kitorang semua mandi dan bersiap sebab lepas ni nak keluar makan. Perut masing2 dah buat pancaragam. Diorang bawak kitorang ke Hammer Bay untuk dinner. Ingatkan dorang nak join sekali, rupanya dorang just tunjukkan tempat je dan terus balik. Terharu sungguh sebab tak sangka dorang tunggu kami bersiap semata nak tunjuk tempat makan best. Sebab penat, masing2 tak de nak keluar kamera ambik gambar makanan pun. Makanan kat sini not bad, harga pun agak murah. Kedai yang kitorang makan tu belah kanan paling belakang, orang memang ramai berbanding kedai2 lain. Dah kenyang, balik ke hostel dan masing2 hilang dalam dorm.


Red Inn Heritage ni letaknya di Love Lane, Lebuh Chulia, bersebelahan je dengan Old Penang Guesthouse yang aku pernah stay masa ke sini pada 2012. Bilik okay, staff pun ramah, cuma bilik air agak berbau mungkin kerana sistem kumbahan dan selimutnya keciklah sangat, tak mampu pun nak cover aku yang kemetot ni. 

Lepas breakfast pagi ahad tu, kami buat aktiviti bebas sementara tunggu untuk check out pukul 11.00 pagi. Aku ambik peluang ni untuk sambung tidur sebelum bersiap sejam sebelum waktu check out. Sekali lagi kitorang berpusing2 mencari laluan yang benar dan kami terpisah lagi. Waktu kitorang sampai di Deen Restaurant, orang yang beratur boleh tahan ramainya. Sekali lagi tak ada yang nak ambik gambar makanan, agaknya masing2 dah tak sabar nak makan kot. 

Lepas makan, kami sepakat untuk terus balik ke KL. Sekali lagi kitorang singgah di R&R Sungai Siput sebelum kembali meneruskan perjalanan pulang. Kami berpisah di Masjid Terapung Puchong sebelum aku hantar Izza ke Putrajaya Sentral dalam perjalanan pulang ke rumah. 


Senja dari parking lot Masjid Terapung Puchong. 


Buah tampoi yang aku beli di R&R Sungai Siput. First time aku makan dan buah ni kategori exotic sebab susah nak dapat. Rasanya macam buah rambai tapi versi pejal. Kalau tak boleh bayangkan, korang kena beli dan cuba sendiri rasanya.


Tuesday, March 25, 2014

part1: carik pasal di hujung minggu

Tahun lepas Nani ada suarakan keinginan nak ber-white water rafting dan masa kitorang berjumpa masa makan2 di tahun baru, sekali lagi isu tersebut dibangkitkan. Maka Tasyha dengan rela hati buat arrangement. Namun bila dah set date cantik2, Nani terpaksa tarik diri sebab clash dengan exam. Daripada 11 orang, akhirnya hanya 7 yang muncul. 

Jumaat malam 14 February ini entry backdated kitorang berkumpul di Masjid Terapung Puchong sebelum berkonvoi ke utara. Konvoi lah sangat takat 2 buah kereta aje pun, hihi. Lama jugak kitorang berhenti rehat kat R&R Sungai Siput, sempatlah buat stretching sebelum kembali menyambung pemanduan. Awal pagi tu kami berhenti kat R&R tak tahu nama area Kulim dan tumpang tidur kat surau. Dapat baring je, semua lena. Subuh pagi tu pak guard yang jaga R&R tu dah ketuk pintu, kejutkan kami semua. 

Bila semua orang dah settlekan urusan masing2, perjalanan kami diteruskan. Kitorang singgah breakfast kat warung tepi masjid. Bila perut kosong dah terisi, kami ke destinasi. Masa kami sampai kat tempat tu, dah ada satu group dari Langkawi. Kitorang akan ber-wwr sekali dengan dorang.


Dahan dan daun hijau vs langit biru.


Sungai di musim kemarau. 

Bila semua dah ada dan bersedia, kami ke tempat permulaan untuk white water rafting. Kat sini kami semua disuruh terjun untuk water confident. Mula2 tu aku rasa okay kot, tapi bila tengok ada batu yang terkeluar dari tebing, aku dah cuak sebab aku memang takut air. Takut terkena batu masa terjun tu alasan semata. Lepas ding dong ding itupun bila semua orang dah basah dan aku je yang masih tak terjun dengan adik tu, aku akhirnya decide nak terjun kat tempat yang rendah sikit, takde batu terkeluar macam kat atas tu. Malangnya masa on the way tu aku tergelincir dan selamat masuk dalam air. Fuhhh, sungguh unexpected. 


Adik ni skipper raft kitorang, dia bagi briefing sebelum start. Lepas briefing, kitorang buat training pulak kat tempat yang dipanggil kolam kat sungai tu. Masa training tu dah tak cuak dah bila raft terbalik dan masuk dalam air pun. Siap dah boleh gelak2 lagi.


Semua duk bawah raft tu. Masa tengah usaha nak keluar dari bawah raft, aku tertendang entah siapa later Zilla bagitau dia yang kena tendang. Kat lubuk ni memang dalam, mujurlah semua selamat tanpa kecederaan.


Turn dorang pulak. Tapi raft dorang okay, tak terbalik pun... huhu.

Jenuh rasanya nak habiskan 2km dek kerana kemarau. Banyak kali raft kitorang tersangkut kat batu2 sebab air tak banyak. Dah sampai kat hujung2 tu, kitorang kena floating pulak dibawak arus ke bawah sana. Habis sakit2 badan bila terlanggar batu. Hanya Zilla seorang yang betul2 floating sampai ke hujung, kitorang yang lain semua mengelat. 


Misi menjemur barangan berharga. Rupa2nya dry bag tak mampu menahan air dari masuk ke dalam, agaknya sebab lama sangat terendam kot. Barang2 Zilla dan Tasyha berenang2 kat dalam tu. 

Kami kembali ke base camp untuk makan tengah hari. Sebahagian daripada kami berjalan manakala sebahagian lagi naik kereta. Kitorang dah dekat bila kereta berpatah balik untuk ambik kitorang. Makan tengah hari kami dah termasuk dalam pakej ni beserta dengan aktiviti lain. Nak tahu lebih lanjut pasal aktiviti ni, boleh tanya dengan Rapid Fire.


Dah kenyang dan dah settlekan apa yang patut, kitorang masuk hutan pulak untuk jungle trekking.


Nampak pokok ni.


Jauh kitorang berjalan sebelum jumpa air terjun ni. Since masa kitorang datang tu musim kemarau, air pun tak banyak mana. Mungkin sebab dah penat, semua orang tak bernafsu nak main air lagi. 


Dah alang2 sampai sini, ingatkan nak menyinggah ke sini. Masuklah kami berempat manakala yang lain tunggu kitorang kat base camp. Namun sayang, kitorang terlambat, dah tutup pun.


Ini je yang mampu aku capture. Dah balik baru perasan gambar tak cantik macamlah gambar lain tu cantik, pasrah ajelah.

Balik ke base camp, kitorang mengharung sungai. Short cut, dah malas nak berjalan jauh2. Sampai je, ada minum petang pulak yang dah tersedia. Sambil jamah pengat ubi keledek, kitorang decide untuk cancel abseiling sebab dah penat. Tak larat sungguh rasanya dan petang tu jugak kitorang decide untuk tidak bermalam kat situ. Kami akan ke destinasi yang langsung tak terfikir sebelum tu. Ke mana? Aku sambung next part lah, malas nak taip dah...

footnote: aku masih berharap agar ada harapan untuk semua selagi belum ada sebarang penemuan yang benar2 sah. Paling penting black box harus dijumpai untuk merungkai segala persoalan yang bertali arus di kepala aku. 


MH370: jika ini pengakhirannya...

Press conference paling pendek sepanjang 17 hari, namun impak yang paling berkesan di jiwa semua orang, terutamanya saudara mara dan sahabat handai passenger dan crew on board MH370. Hancur luluh hati aku bila dengar announcement daripada Najib, air mata luruh jua. Aku tak berharap ini pengakhiran untuk MH370, aku masih berharap agar ada berita gembira untuk semua orang.

Terlalu banyak persoalan yang berlegar dalam kepala aku. Terlalu banyak curiosity berdasarkan info yang aku kutip dan hadam. Aku dah sakit kepala... Pertanyaan aku dan pertanyaan semua orang tak akan terjawab selagi black box tidak ditemui. Doa aku agar black box ditemui segera dalam keadaan yang baik dan mampu menjawab segala persoalan yang berlegar.


Sesungguhnya yang di langit dan di bumi adalah milikNya. Segala yang berlaku adalah atas izin dan kehendakNya jua. Perancangan MH370 mendarat di Beijing tidak menjadi kenyataan bila mana MH370 dilaporkan mengakhiri penerbangannya di Selatan Lautan Hindi yang sunyi dan ganas. 

Sejujurnya, selagi tiada confirmation tentang debris yang dikesan oleh team SAR, aku masih berharap dan berdoa agar ada keajaiban yang berlaku. Salam takziah buat ahli keluarga dan sahabat handai para penumpang dan crew MH370. Diharapkan agar semuanya berada dalam rahmat Yang Maha Esa dan tabah menerima dugaan ini.

Innalillahi wainnailaihirojiun... 
Al-Fatihah...


Tuesday, March 18, 2014

trip malas: berakhirnya kemalasan

Pagi ni lama aku termenung atas katil, macam2 aku fikir sebelum akhirnya aku decide untuk packing dan terus check out. Inilah untungnya kalau sorang2, plan boleh bertukar anytime berdasarkan darjah kerajinan. Dah nama trip malas, haruslah bermalas-malasan dengan jayanya. 


Hanya pagar dawai yang memisahkan padang ragut ni dengan Soluna Guesthouse. Sebelah sana rumah penduduk kampung, in fact dikelilingi dengan rumah penduduk kampung.


Soluna Guesthouse, reception kat tempat mamat2 tu berdiri. Kat situ jugak tempat melepak sambil tengok tv. Tingkat atas tu aku rasa tempat tinggal owner.


Bilik aku selama 3 malam, dan selama 3 malam tu jugaklah kerusi meja kat luar tu jadi tempat aku melepak sebelum tidur sambil berteman jiran sebelah. 


Benda alah ni yang sambut aku masa sampai kat Laman Padi. Untuk pertama kali aku rasa uninvited. 


Padi yang baru nak start tunduk ke bumi. 


Masa aku datang sini ada pameran tentang Korea. Since masa tu dorang tengah nak set up booth dan aku pun dah lama hilang interest dengan Korea, tak adalah aku nak tunggu dan ushar keliling. 

Keluar dari Laman Padi aku terus ke kiri, menuju ke Coco Valley. Berpusing2 aku carik parking kosong sebelum akhirnya aku parking kat tepi jalan. Lepas capai apa yang patut, yang mana aku rasa harganya reasonable dan bayar. Lepas dah habis kat situ, aku ke Haji Ismail Group pulak. Dari HIG aku menyeberang ke depan, masuk ke Langkawi Saga. 

Bila dah settle pasal coklat, aku hunting ikan bilis pulak. Jenuh mencari sebelum akhirnya jumpa kat kedai belah belakang, agak tersorok. Orang lain duk cari coklat, aku cari ikan bilis. Few years back, aku pernah ke Langkawi atas urusan kerja. Masa tu aku nampak ikan bilis yang banyak dan cantik2, tapi tak beli. Bila dah balik rumah, teringat2 pulak pasal ikan bilis. So, bila aku datang kali ni, itu yang aku carik jugak ikan bilis tu. Kira nak tebus kekecewaanlah lebih kurang. 

Dah settle segala benda yang nak dibeli, aku drive entah ke mana2. Singgah makan tengah hari kat gerai tepi jalan sebelum aku kembali drive tanpa tujuan. Asalnya nak ke Tanjung Rhu sebab hari tu tak sempat ambik gambar, tapi bila aku nampak signage Galeria Perdana, terus aku masuk ke situ. Nak tahu apa yang ada kat dalam tu, boleh check kat sini.


Lampu cantik bergantungan dengan bumbung yang cantik. Sunyi je masa aku masuk tu, cuak jugak sebab aku sengsorang je. 


Laluan yang menghubungkan dengan Hall C. Lebih kurang pukul 4.00 petang, aku keluar dari galeria menuju ke airport. 


Sempat aku singgah ambik gambar kat sini. Cantik je tengok ladang getah dengan rumah kat tengah2 tu. 

Sampai kat airport, aku pulangkan kereta dan ambik balik deposit. Masuk ke dalam airport building, baru aku re-packing balik backpack. Balik kali ni aku naik Malindo, so dapatlah free 20kg untuk luggage. Sementara nak tunggu boarding, sempatlah aku tulis poskad. Flight on time dan ni kali pertama aku naik Malindo.


Aku suka Malindo sebab ruang kaki paling luas kalau nak compare dengan AirAsia dan MAS, begitu jugak dengan airlines lain yang aku dah naik. Aku melayan cerita 5cm, yang akhirnya membuatkan aku jatuh cinta dengan Ranupani pulak. Itu pun tak sempat habis bila flight dah nak touch down kat KLIA. Kitorang diberikan biskut dan mineral water dalam cup, tak boleh lah nak expect yang bukan2. Itu pun dah cukup bagus dah.

Sampai KLIA dah gelap, dah masuk Maghrib pun. Alhamdulillah, kereta aku masih elok kat tempat parking masa aku sampai tu. Nasib baik tak merajuk walau selalu kena tinggal, haha. Berakhirlah trip malas selama 4 hari 3 malam, trip yang aku betul2 malas nak explore. Rasa nak melepak je kat bilik, malas nak buat pape.  


Thursday, March 13, 2014

trip malas: berteman di hari ke-3

Kemalasan semalamnya terbawa2 ke hari seterusnya. Walau malas macam mana pun, aku tetap kena keluar jugak sebab hari ni ada benda yang aku nak buat. Plan bertukar pagi tu bila tetiba ada kawan aku bagitau nak join petang nanti. So, plan pagi dibawa ke petang dan plan belah petang dibawa ke pagi. 


Sawah padi yang kontang, yang dah dituai hasilnya. Aku suka tengok rumah kat tengah sawah padi, di sekeliling ada pokok kelapa. Lagi cantik kalau musim padi tengah menghijau atau menguning. 


Aku singgah ke sini dulu. Laluan masuk kiri kanan penuh dengan orang berniaga. Mesti korang semua dah tahu pasal tempat ni, malas aku nak citer lebih2.


Tempat asal beras terbakar dan gambar kecil, beras yang terbakar. Sekejap sangat aku kat sini, lepas ambik gambar terus blah. Pulak tu masa aku nak balik, ada rombongan baru sampai. Aku kan tak suka orang ramai2 ni, haruslah cepat2 aku melarikan diri. 


Kemudiannya aku ke sini pulak. Lepas bayar RM 7.00 untuk tiket harga untuk pemegang MyKad, padahal aku tak tunjuk pun MyKad aku... hihi aku pun masuklah dalam kompleks ni. 


Makam Mahsuri. Ada pendapat mengatakan makam sebenar Mahsuri kat tempat lain, yang ni cuma kubur buatan. Kebenarannya, aku tak tahu. Full stop. 


Jom, kita melawat orang2 kampung pulak. Mana tahu kot2 ada kenduri kendara, bolehlah tumpang makan.


Aku takde niat pun nak ambik gambar kumbang tu, tetiba je dia masuk.

Lama jugak aku buang masa kat sini, penat tunggu takde orang nak ambik gambar. Last2 aku give up nak ambik gambar perigi Mahsuri. Sebabnya tiap kali aku ke sana, ada je yang menempel kat perigi tu. Keluar dari Makam Mahsuri, aku text Izza untuk confirmation. 


Asalnya aku dah sampai kat entrance ni, tapi bila Izza text nak join ke sini, aku terus patah balik ke town untuk pick up Izza. Entrance masuk ke sini cuma RM 6.00 seorang untuk pemegang MyKad. Dah ambik tiket, tunggu buggy dalam 10 ke 15 minutes camtu sebelum kami semua dibawa explore ke kebun buah-buahan.


Kitorang datang bukan pada masa yang sesuai. Buah2 tak banyak, yang banyak cuma bunga sebelum berputik. Kitorang dihidangkan dengan buah nanas, tembikai, belimbing dan jambu. Siapa tahu ni bunga buah apa?


Anggur pun ada, dapat jugaklah kitorang merasa walaupun tak banyak. 

Menurut staff yang drive buggy kitorang, katanya kalau nak merasa buah tanpa batasan, datanglah di antara bulan June ke August. During that period memang musim buah yang best. Walaupun buah yang dijamu kat kitorang tak banyak, we do have fun. Mungkin sebab brother tu sempoi kot. Dah habis pusing MARDI Agrotechnology Park ni, kitorang proceed ke Langkawi Cable Car. 


Bakal dinaiki.


Masa beli tiket kat kaunter bawah, nampak macam takde orang. Sekali naik atas ramai tu. Masa ni turn kitorang dah nak sampai.


Waterfall Telaga Tujuh dari dalam cable car. Kering kontang, tak nampak air pun. Then baru kitorang realize yang sekarang ni kemarau teruk.


Cahaya matahari di atas lautan.


Skybridge yang ditutup until further notice. Tak dapatlah nak feeling2 berjalan di udara. Mungkin nak kena repeat lagi kot.


Jerebu agak teruk masa kitorang kat atas ni. Pulau2 yang scattered around pun kelam je, tak berapa nak nampak. 


Hajat nak tunggu sunset tak kesampaian bila Izza dah berkali2 terima panggilan pulang. Cukuplah ini yang dapat dicapture sebelum turun ke bawah.


Sunset yang aku sempat capture dari dalam cable car. 

Elok je kitorang sampai kat bawah, keadaan totally berbeza dengan masa kitorang sampai awal petang tadi. Orang ramai dah tak ada, kedai2 pun hampir semuanya dah tutup. We just stroll around heading to the exit point, which happen to be the entrance point too.


Masa sampai tadinya orang ramai sangat, nak ambik gambar pun tak selera. Time balik ni takde orang, lengang. Tu sebab aku boleh berselera nak ambik gambar.


Gigih kitorang berhenti dan parking tepi jalan semata2 kerana nak capture sunset. Ini je yang termampu aku ambik sebelum kami meneruskan perjalanan pulang. 

Lepas drop Izza kat hotel, aku teruskan perjalanan pulang ke guesthouse. Singgah untuk dinner kat kedai makan lain pulak, tapi tetap tak menepati selera aku. Yang aku perasan, makan kat Langkawi ni agak mahal. Dah kenyang, aku balik ke guesthouse dan aku tetap dengan rutin biasa sebelum tidur. 

footnote: dah masuk hari ke-6, namun MH370 masih misteri. Sesungguhnya yang di langit dan di bumi adalah milik Dia. Kita hanya mampu berdoa dan memohon padaNya agar misteri ini terungkai dalam waktu yang terdekat ini, ameen.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...