Tahun lepas Nani ada suarakan keinginan nak ber-white water rafting dan masa kitorang berjumpa masa makan2 di tahun baru, sekali lagi isu tersebut dibangkitkan. Maka Tasyha dengan rela hati buat arrangement. Namun bila dah set date cantik2, Nani terpaksa tarik diri sebab clash dengan exam. Daripada 11 orang, akhirnya hanya 7 yang muncul.
Jumaat malam 14 February ini entry backdated kitorang berkumpul di Masjid Terapung Puchong sebelum berkonvoi ke utara. Konvoi lah sangat takat 2 buah kereta aje pun, hihi. Lama jugak kitorang berhenti rehat kat R&R Sungai Siput, sempatlah buat stretching sebelum kembali menyambung pemanduan. Awal pagi tu kami berhenti kat R&R tak tahu nama area Kulim dan tumpang tidur kat surau. Dapat baring je, semua lena. Subuh pagi tu pak guard yang jaga R&R tu dah ketuk pintu, kejutkan kami semua.
Bila semua orang dah settlekan urusan masing2, perjalanan kami diteruskan. Kitorang singgah breakfast kat warung tepi masjid. Bila perut kosong dah terisi, kami ke destinasi. Masa kami sampai kat tempat tu, dah ada satu group dari Langkawi. Kitorang akan ber-wwr sekali dengan dorang.
Dahan dan daun hijau vs langit biru.
Sungai di musim kemarau.
Bila semua dah ada dan bersedia, kami ke tempat permulaan untuk white water rafting. Kat sini kami semua disuruh terjun untuk water confident. Mula2 tu aku rasa okay kot, tapi bila tengok ada batu yang terkeluar dari tebing, aku dah cuak sebab aku memang takut air. Takut terkena batu masa terjun tu alasan semata. Lepas ding dong ding itupun bila semua orang dah basah dan aku je yang masih tak terjun dengan adik tu, aku akhirnya decide nak terjun kat tempat yang rendah sikit, takde batu terkeluar macam kat atas tu. Malangnya masa on the way tu aku tergelincir dan selamat masuk dalam air. Fuhhh, sungguh unexpected.
Adik ni skipper raft kitorang, dia bagi briefing sebelum start. Lepas briefing, kitorang buat training pulak kat tempat yang dipanggil kolam kat sungai tu. Masa training tu dah tak cuak dah bila raft terbalik dan masuk dalam air pun. Siap dah boleh gelak2 lagi.
Semua duk bawah raft tu. Masa tengah usaha nak keluar dari bawah raft, aku tertendang entah siapa later Zilla bagitau dia yang kena tendang. Kat lubuk ni memang dalam, mujurlah semua selamat tanpa kecederaan.
Turn dorang pulak. Tapi raft dorang okay, tak terbalik pun... huhu.
Jenuh rasanya nak habiskan 2km dek kerana kemarau. Banyak kali raft kitorang tersangkut kat batu2 sebab air tak banyak. Dah sampai kat hujung2 tu, kitorang kena floating pulak dibawak arus ke bawah sana. Habis sakit2 badan bila terlanggar batu. Hanya Zilla seorang yang betul2 floating sampai ke hujung, kitorang yang lain semua mengelat.
Misi menjemur barangan berharga. Rupa2nya dry bag tak mampu menahan air dari masuk ke dalam, agaknya sebab lama sangat terendam kot. Barang2 Zilla dan Tasyha berenang2 kat dalam tu.
Kami kembali ke base camp untuk makan tengah hari. Sebahagian daripada kami berjalan manakala sebahagian lagi naik kereta. Kitorang dah dekat bila kereta berpatah balik untuk ambik kitorang. Makan tengah hari kami dah termasuk dalam pakej ni beserta dengan aktiviti lain. Nak tahu lebih lanjut pasal aktiviti ni, boleh tanya dengan Rapid Fire.
Dah kenyang dan dah settlekan apa yang patut, kitorang masuk hutan pulak untuk jungle trekking.
Nampak pokok ni.
Jauh kitorang berjalan sebelum jumpa air terjun ni. Since masa kitorang datang tu musim kemarau, air pun tak banyak mana. Mungkin sebab dah penat, semua orang tak bernafsu nak main air lagi.
Dah alang2 sampai sini, ingatkan nak menyinggah ke sini. Masuklah kami berempat manakala yang lain tunggu kitorang kat base camp. Namun sayang, kitorang terlambat, dah tutup pun.
Ini je yang mampu aku capture. Dah balik baru perasan gambar tak cantik macamlah gambar lain tu cantik, pasrah ajelah.
Balik ke base camp, kitorang mengharung sungai. Short cut, dah malas nak berjalan jauh2. Sampai je, ada minum petang pulak yang dah tersedia. Sambil jamah pengat ubi keledek, kitorang decide untuk cancel abseiling sebab dah penat. Tak larat sungguh rasanya dan petang tu jugak kitorang decide untuk tidak bermalam kat situ. Kami akan ke destinasi yang langsung tak terfikir sebelum tu. Ke mana? Aku sambung next part lah, malas nak taip dah...
footnote: aku masih berharap agar ada harapan untuk semua selagi belum ada sebarang penemuan yang benar2 sah. Paling penting black box harus dijumpai untuk merungkai segala persoalan yang bertali arus di kepala aku.
Ohhh this is the same water rafting trip with Zilla ek? Sungai Sedim Tree Top Walk tue mmg ada dalam agenda nak pergi. InsyaAllah.
ReplyDelete* Camne plak air leh masuk dalam dry bag tue plak?
syok tu..:)
ReplyDeleteZara,
ReplyDeleteha'ah, kitorang pi sekali. Sayang sungguh sebab kitorang tak sempat nak naik tree top tu. Kalau pegi tree top tu, jangan lupa explore area dekat2 situ.
*Entahlah, agaknya tak dapat nak bertahan kalau lama terendam kot.
Normi,
memanglah, sampai lebam2.. lenguh abis badan.. hihi