Showing posts with label Siem Reap. Show all posts
Showing posts with label Siem Reap. Show all posts

Sunday, June 1, 2014

day3 | kembali ke jalanan


Pagi tu baru aku packing barang2 dan terus check out pukul 8.30 pagi. Walaupun bas aku pukul 9.30 pagi dan kat tiket tu tulis pick up pukul 9.00 pagi, tapi mamat yang uruskan tiket aku semalam berkeras suruh aku tunggu pukul 8.30 pagi. Gigih aku menunggu dari pagi, sudahnya dekat 9.20 pagi baru pick up datang. Nak marah pun tak guna, aku pun kurang bijak jugak. Padahal tak perlu nak ikut sangat instruction mamat tu. 


Tiket bas yang takde tulis harga tambang, tapi dia charge aku $7 termasuk pick up service.

Lepas ambik aku, van pick up berhenti kat town dan ambik another 4 girls dan lepas tu terus bawak kitorang berlima ke office Capitol Tours. Agak jauh dari town dan masa kitorang sampai tu, bas dah ready. Staff kat situ cakap Khmer dengan aku, bila aku buat muka confuse, terus dia speaking. Muka asia ni memang susah nak predict asal dari mana gamaknya. Selalu je disalah anggap warga tempatan. 


Bas yang akan membawa kami dari Siem Reap ke Battambang. Bas selesa jugak dengan air-cond yang boleh adjust. Seat sebelah aku kosong, so maknanya aku duduk sorang sepanjang perjalanan tu.

Masa kat sini baru aku perasan tambang dari Siem Reap ke Battambang cuma $3.75 sahaja dan mamat tu dah mark up aku $2.25 lepas tolak $1 untuk pick up. Erk, ke sebab aku bayar mahal, makanya kat sebelah aku takde orang? Dalam pukul 10.00 pagi jugak baru bas bergerak ke destinasi.


Pemandangan dari Siem Reap ke Battambang mengingatkan aku tentang perjalanan dari Phnom Penh ke Kampong Cham 2 tahun lepas. Tapi kali ni asal nampak pokok mangga je, mesti pokok tu tengah berbuah lebat. Dari sekecik2 pokok hinggalah sebesar2 pokok mangga. 

Bas berhenti rehat dalam setengah jam kat tempat yang aku tak tahu namanya. Sebelum tu aku ada ternampak tulisan macam Mantrey Seay, sekali imbas je tapi bila aku google nama tu tak jumpa pulak. Mungkin mata aku tersilap kot, maklumlah tengok dari dalam bas yang bergerak. Aku tak turun pun. Pulak tu, lepas driver dah turunkan sesiapa yang nak turun, driver tu pusing pegi mana2 ntah, lalu jambatan yang ada tasik kat bawahnya. Driver bas buat u-turn kat jalan tanah merah dan lepas tu ke tempat yang macam stesen bas takde bangunan mahupun bumbung, tapi ada banyak bas kata situ.


Spotted this masa bas berhenti rehat kat 'stesen bas'. First time kot aku tengok ada orang tidur macam gini. Korang sanggup tidur cenggini dengan panas membahang?

Sampai kat stesen bas Battambang di luar kota, bukan dalam town macam sebelum ni menghampiri 2.00pm. Turun je dari bas, geng tuk-tuk dah serbu. Sebelum ni aku ada baca driver blog ni akan ambik backpack sesiapa sesuka hati dia je dari compartment bas tu. Tapi kali ni tak, driver bas tadi keluarkan bag satu2 dan pass kat tuan punya badan. Orang lain langsung tak boleh sentuh! Sebelum ambik backpack lagi driver tuk-tuk dah kerumun aku. Bila dah dapat bag, dengan muka ketat aku blah dari situ pergi seberang jalan. Kat situ macam office syarikat bas dan ada orang duk tunggu bas kat situ. 


Driver tuk-tuk duk kerumun bas belah kanan yang baru sampai. Masa kat sini baru aku perasan orang yang naik bas sekali dengan aku tetiba hilang sebelum aku realize dorang naik bas kuning belah kiri tu. 

Dari sini aku pergi balik kat tempat bas tadi, tanya pak cik driver bas yang aku naik tadi. Dia tarik backpack aku dan suruh aku naik bas kuning tu. Sekali tengok semua orang dah ada kat dalam tu, aku je yang tertinggal. Padan muka aku, itulah sibuk sangat nak melarikan diri konon, padahal tak payah susah2 nak seberang jalan bagai. Since terminal bas ekspress baru ni kat luar bandar, certain syarikat bas macam Capitol Tour ni sediakan free transfer bus ke town. 

Dah sampai town, sama jugak situasinya. Tetap jadi tumpuan driver tuk-tuk. Turun je dari bas, aku buat muka ketat dan jeling semua orang. Memang kerek giler lah gaya aku. Kebetulan pulak ada mamat tuk-tuk pegang kad Chhaya Hotel approach aku, lemah lembut sopan santun lagi dia bercakap, macam takut2 pun ada. Dia kata boleh je kalau nak tengok bilik dulu. In case kalau aku tak berkenan kat hotel tu, baru aku kena bayar tambang. Sampai kat hotel yang tak jauh mana, bilik single dah habis. Yang ada bilik double dan aku request nak tengok bilik dulu baru decide.


Dua gambar atas adalah bilik aku dengan bilik air kat dalam yang berharga $5 semalam. Gambar bawah pemandangan kiri dan kanan dari tingkap bilik aku. 

Owner tu bagus kot, dia suruh aku naik rehat dan angkut je barang2 semua dan turun check in bila2 je. Buntha driver tuk-tuk offer aku untuk esok, dia bukak $18 sehari dengan senarai tempat yang aku boleh pergi. Aku mintak $15 dan akhirnya kitorang settle at $17 for the whole day. Masa aku turun nak ke kedai runcit belakang hotel, aku terus tanya tiket ke Pailin. Sekali owner hotel tu kata tak boleh cross through Pailin for this time being. Last 2 days ada sorang guest hotel dia nak lalu situ tapi terpaksa patah balik ke Battambang dan cross border through Poipet - Aranyaprathet macam biasa. Bila aku tanya kenapa, adalah dia cerita sebabnya. Masa dia duk belek buku tiket dia tu, aku ternampak Pattaya, terus aku tanya pasal tiket ke Pattaya. Aku dah malas nak fikir sebab aku plan nak cross border melalui Pailin dan terus ke Chantaburi dan stay kat sana sehari dua. Tapi nampaknya plan aku berubah lagi. 

Petang tu lepas dah cukup rehat, aku keluar berjalan2 dengan misi nak cari ketip kuku. Kelam kabut punya pasal, aku terlupa nak bawak dan kuku aku dah kalah gergaji dah rupanya. 


Bangunan National Bank of Cambodia - Battambang Province Branch. Aku tak sure bangunan ni masih digunakan lagi ke tak, sebabnya lepas tu aku jumpa bangunan baru dengan signboard yang sama. 


Kat Cambodia pun ada musim bunga jugak! 


So far, aku cuma jumpa PizzaHand ni kat Cambodia je.


Sebelah PizzaHand tadi adalah Old Market. Jam di Clock Tower Old Market ni dah hilang, it shows how old the market is. Since dah petang, market tu dah tutup. So, tak sempatlah aku nak masuk tengok kat dalam tu. Dari Old Market ni dah tak jauh nak ke hotel aku. Aku balik ke bilik dan terus berhibernasi, tak keluar dah. Esok ada sesuatu yang menarik menanti.


Wednesday, May 28, 2014

day2 | pokok vs batu & bahagian terakhir

Bersambung dari sini: day2 | semuanya tentang batu part2.

Kalau tadinya aku rasa macam nak suruh Daro hantar balik je, tak larat dah nak menapak. Kat depan mata dah terbayang tilam dan bantal, best giler kalau dapat baring. Masa aku patah balik ke tempat Daro menunggu, lain pulak yang aku fikirkan. Daro kata dia akan bawak aku ke Ta Prohm bila aku tolak suggestion dia untuk singgah kat temple2 kecik on the way ke sana. Lama aku lepak dalam tuk-tuk bila dah sampai ke sana, saja nak ambik feel sambil sembang dengan Daro. 


Daro bawak aku ke gate yang belah belakang. Dari entrance ke sini boleh tahan jugak jauhnya aku kena menapak. Dah sampai sini pun aku melepak lagi, kekonon ambik feel sebelum masuk ke dalam.


Masuk2 je aku nampak dorang ni tengah bertungkus lumus bekerja. Proses baik pulih sedang giat dijalankan. 


Masih tegak berdiri disebalik runtuhan. Belah belakang tak ramai orang dan banyak yang runtuh, mungkin tunggu turn untuk dibaik pulih.


Antara pokok dan batu, bagai aur dan tebing. Erk, relevan ke?


Kat temple ni memang tarikannya adalah pokok2 yang tumbuh membelit binaan di setiap sudut. Tempat ni memang sentiasa meriah dengan pengunjung yang nak bergambar, dorang siap queue lagi. Lebih2 lagi tempat yang menjadi lokasi Angelina Jolie beraksi. Eh, jangan tanya aku sebab aku tak pasti pokok yang mana jadi lokasinya. 

Bila dah habis pusing dari depan ke belakang dan kembali ke depan, aku akhirnya ambik keputusan untuk balik. Dari Ta Prohm Daro bawak aku ke temple yang aku lupa nama lain yang tak jauh dari situ. Katanya, waktu dahulu kala temple tu jadi tumpuan mereka2 yang nak kahwin datang menyucikan diri. Daro kata dia akan tunggu aku kat pintu depan, dia bawak aku masuk melalui pintu belakang. 

Turun aje dari tuk-tuk, terus kena serbu dengan peminat budak2 yang meniaga tu. Sebelum ni kat temple lain takde pulak aku kena serbu, mungkin jugak kat tempat lain tu orang ramai. So, dorang tak heranlah dengan aku yang bermuka ketat. Dah penat bermuka ketat lebih separuh hari, so aku pun senyumlah. Cakap pun takde lah nak garang2, lemah lembut bersopan santun lagi. Sambil2 say 'no' to them dengan berhemahnya aku ambik gambar.


Pintu masuk, dari sini nampak kosong je. Yang kelihatan cuma pokok dan pasir, tak nampak sebarang bentuk bangunan pun masa kat depan ni. 

Masa aku dah start beredar dari sini, dua orang budak yang jual bangle dengan apa ntah dah back off bila aku kata aku takkan beli apa2 pun dari dorang. Tapiiii... adalah sorang budak nih, punyalah gigih duk follow aku suruh beli poskad yang dia jual.

"Very cheap, missy. Pleaseee, buy my postcard. See, one, two, three..." Jenuh budak tu ajar aku mengira poskad yang dia jual, mendayu2 suaranya dalam cubaan menggoda aku. Tapi tetaplah aku berhati kering kontang, memang elok sekarang musim kemarau. Memanglah murah, tapi aku nak buat apa dengan poskad yang banyak tu. Lagi pun aku bukan datang Siem Reap je, perjalanan aku masih lagi jauh dan panjang. 

Dah tak tahan, terus aku keluarkan choki2 dan bagi 2 batang kat budak tu. Terus dia mintak lagi satu sebab nak bagi kat kawan dia kat depan tadi. Dan2 tu aku rasa bengang dan panas sebab aku bagi choki2 tu sebab fed up dengar dia duk zikir kat telinga aku. Terus aku kata takde, itu yang last. Nampak tak ketidak ikhlasan dan kedekut aku? Haha... Elok je lepas ambik choki2, budak tu blah. Terus terasa aman bahagia tanpa gangguan. Lagi pulak kat sini memang tak ramai pengunjung, kebarangkalian nak senggol-senggolan tu macam tak ada je.

   
Nampak terbiar dan macam takde pengunjung. Kiri kanan temple ni ada tasik, yang belah kanan gambar dah kering, tasik belah kiri gambar ada air tapi keruh. Agaknya kat tasik tu lah tempat dorang sucikan diri macam Daro ceritakan tu. Payung oren belah kanan tu ada orang berniaga. 


Kat hujung tu ada orang dan jugak patung tuhan dorang. 


Bahagian atas tu diikat untuk mengelakkan runtuhan. Apa yang aku perhatikan, kat temple ni tak ada sebarang tanda yang restoration sedang dilakukan. Mungkin nak settlekan temple yang lebih popular dulu kot, baru dorang buat temple yang kurang popular. 

Aku memang langsung tak jengah stall kat tepi tu, tak tau pun dorang jual apa. Elok je aku keluar dari gate tu, seberang jalan sana pun ada sederet stall yang jual macam2, mostly pakaian. Aku mintak Daro bawak aku ke Restoran Haji Musa. Since aku memang tak tahu alamat mahupun number phone, cuma tahu nama je, memang tak boleh buat apalah sebab Daro tak tahu kat mana. Tapi dia akan bawak aku ke restoran Halal yang tak jauh dari guesthouse yang aku stay.


Inilah alamat yang tertera kat buku menu. Kat luar restoran tu dorang tulis 'Cambodian Muslim Restaurant' kalau tak silap aku. Tak jauh dari restoran ni ada masjid yang aku tak berkesempatan nak singgah sampai sudah reason untuk merepeat.


Aku lupa nama ni, lok lak beef kot. Yang pasti bukan lembu naik bukit sebab mahal sangat, $16 untuk satu hidangan untuk 3 ke 4 orang makan. Bila aku tanya boleh tak buatkan untuk sorang makan, dia kata tak boleh. So, aku end up dengan lauk tu aje dan tak ngam dengan selera aku. 

Since masa sampai kat restoran tu aku dah suruh Daro balik dulu dan pick up aku kat guesthouse pukul 3 nanti, so aku berjalan kaki je lah balik. Tak jauh pun, jalan straight je lepas cross jalan kat simpang, terus jumpa. Sampai kat lobi aku tanya pasal bilik air yang banjir. Rupa2nya dorang belum betulkan. Masa aku tengah landing, adalah minah ni datang ketuk pintu dan betulkan. Lega sebab lepas tu aku dah boleh lepak lama2 bawah shower. 

Masa nak keluar petang tu, sempat aku mintak dorang belikan tiket ke Battambang untuk esoknya sementara tunggu Daro sampai. Dah dapat tiket segala, baru aku rasa menyesal. Patutnya aku spend lagi sehari kat sini, lusa baru gerak ke destinasi. Tapi nak buat camner, terlajak tuk-tuk boleh je nak reverse, terlajak beli tiket, proceed je lah. Unless kalau nak burn tiket.

Tak tahu nak ke mana akibat tak study apa2, aku akhirnya setuju nak ke Cambodian Cultural Village bila Daro kata West Baray Lake kering time kemarau ni. Dengan tiket masuk $15 yang agak mahal bagi aku, dah tentu aku harapkan sesuatu yang best. Kalau ikutkan cerita Daro, tempat ni memang da bomb lah. Jom kita ushar tengok.


Bila nampak floating house ni aku macam teruja, best nih. Tapi keterujaan aku tak lama bilamana merudum jatuh. Aku rasa lebih kepada amusement park pun ada kawasan ni. Memang dorang bina rumah2 kaum yang tinggal di Cambodia alaa... macam Sarawak Cultural Village jugak tapi sesetengah tu macam tak terjaga langsung. 

Ada persembahan setiap hari, masa korang masuk staff dorang akan bagi map dan jugak jadual persembahan untuk hari tu. Tapi sedihlah, persembahan tu dibuat kat rumah2 yang tadilah. Pastu tempat duduk limited, orang ramai siap berdiri kat tepi2 lagi. Dah confirm tak nampak show yang dorang buat. Aku berjalan je pusing kawasan tu sebelum akhirnya singgah kat Chinese House untuk tengok show. 


Opening show kat Chinese House. Entertaining jugaklah, tapi nak tengok berulang kali memang taklah. Cukuplah sekali je. Bangku yang disediakan sikit je, orang punyalah ramai berasak2. Mak cik tu siap tolak2 aku, gigih nak himpit duduk sebelah aku. Hangin aku dibuatnya, terus mood terbang. Dan2 tu jugak aku text Daro suruh pick up aku pukul 6.00 petang, lepas abis show tu.


Balik dari cutural village, aku suruh Daro hantarkan aku terus ke sini. Lepas settle bayaran untuk Daro, aku terus browse around cari souvenir since pagi esok aku dah nak tinggalkan Siem Reap.  

Lepas beli apa yang patut, tengok jam dah lewat untuk tengok free apsara show tu alasan untuk merepeat. Sekali tengok Ababa Curry House tu bukak pulak hari ni. Mungkin semalam tutup sebab Jumaat. Aku kenyang lagi, tapi saja gatal nak makan jugak. Aku order chapati dengan kuah extra hot sebab aku memang suka pedas. Sekali aku ngap masuk mulut, terus rasa nak nangis! Memang pedas berapi. Masa aku tengah makan tu adalah owner dia keluar dan sembang dengan couple Melayu belakang aku. Telinga lintah aku ni cepat je dengar dorang sembang apa, rupa2nya owner restoran tu orang Malaysia. Jangan tanya aku macam mana rupanya sebab aku tak pusing belakang pun, aku kan sombong, haha. Lepas dinner aku terus balik ke guesthouse. Cukup2lah untuk hari ni, tak kuasa nak mengira langlah lagi dah. 


Wednesday, May 21, 2014

day2 | semuanya tentang batu part2

Bersambung dari sini: day2 | semuanya tentang batu part1.

Turun dari temple yang sunyi, aku lintas jalan nak cari Daro. Masa ni barulah aku fikir apsal aku tak suruh dia tunggu kat belah sini je, takde lah aku nak kena cross jalan bagai. Kalau masa aku sampai tadi jalan raya almost lengang, tapi sekarang ni banyak pulak kenderaan. Tak sempat aku nak feeling-feeling aku nampak barisan batu2 dan pintu gerbang batu. Daro berhentikan aku kat tepi tu dan dia tunggu aku sebelah sana pintu gerbang. 


Batu2 yang membentuk pendekar bujang lapuk pengawal berbaris dan pintu gerbang serta temboknya. 


Pengawal berbaris ni on both side of the road. Ada yang dah ditouch up rupa parasnya. Kalau diperhatikan betul2, takde satu pun muka dorang yang sama, iras2 tu adalah. Kat bawah tu tasik atau mungkin sungai yang luas dan panjang dan aku nampak bot cantik berth kat tepi tebing. Mungkin ada service untuk naik bot keliling tasik @ sungai, tak pulak aku bertanya.


Yup, Daro bawak aku ke Bayon Temple. Masa sampai kat sini, orang dah agak ramai. Tambah2 plak bila ada tour group yang baru sampai. Aku biarkan dorang masuk dulu, bila dah lengang baru aku berjalan masuk. Daro tunjukkan tempat menunggu dan jugak bagitau mana aku patut pergi lepas habis explore Bayon.


Batu bata ni dorang susun macam tu je. Kalaulah salah satu batu ni terslip, for sure susunan ni runtuh and whoever yang lalu bawah tu mesti terperangkap. Orait, boleh skip andaian ntah-apa-apa aku ni.


Di setiap ruang termasuk dinding ada ukiran. Dalam setiap ukiran, ada cerita. 


Yang aku perasan, kat puncak 'menara' binaan tinggi2 tu aku tak tau namanya, so aku panggil menara mesti ada bunga lotus tu, simbol agama agaknya.


Empat wajah yang diukir di setiap 'menara' tu jugak tak sama rupa parasnya. Senyuman pun macam tak ikhlas je...


Dari pintu ke pintu.


Sisa-sisa runtuhan yang disusun, masih belum dikembalikan ke tempat asal. 

Masa berjalan keluar dari Bayon Temple ni, aku rasa penat betul. Perut pun dah berdondang sayang, rasa macam dah tak larat nak melangkah lagi dah. All this while aku tak pernah rasa flat cenggini walaupun seharian tak makan. Untuk ke Royal Palace tu aku kena lalu taman. Aku panggil taman sebab kawasan tu redup dengan pokok2 besar dan ada tempat boleh duduk. Untuk makluman, Bayon Temple ni terletak dalam kawasan Angkor Thom dan selain Bayon, ada few temples yang kecik2 dan jugak Royal Palace. Ada 5 entrance untuk access ke Angkor Thom ni, salah satunya south gate yang aku masuk melalui barisan pendekar berbaris tu. 

Aku lepak kat situ sorang2 sambil makan choki2 dan minum air. Itu je yang ada dalam beg aku, padahal malam tadi aku rasa dah masukkan snickers bar dengan roti. Jenuh geledah dalam beg, biskut chipsmore pun takde, dah lah aku dah sampai tahap kebuluran ni. Lama aku bertapa atas batu tu, cuba untuk regain balik tenaga yang dah hilang. Orang yang lalu lalang depan aku, semua aku pandang sepi dan jeles sebab dorang masih bertenaga.

  
Jambatan yang menyambungkan gate ke main entrance of the Royal Palace. Sebenarnya, kalau tak nak lalu jambatan ni boleh je lalu ikut tepi kiri kanan bangunan ni.


Tangga original tengah tu masih ditutup, kerja2 restoration tak siap lagi kat building ni.


Asalnya bila tengok tangga yang mencanak tinggi ni, aku ingat nak pusing keliling je dan terus balik. Tak larat dah nak daki. Tapi ntah macam mana, rasa cam nak jugak cabar diri. Sudahnya, berkali2 mintak nyawa.


Kalau tangga ke puncak tu tak ditutup, harus aku pun sama2 gigih panjat ke atas walaupun dah separuh nyawa. Kat atas tu takde apa pun selain dari tiang2 ni dan jugak puncak yang ditutup. Masa nak turun pun satu hal lagi, gigih sengetkan badan nak turun ke bawah.

Dah settle dengan Royal Palace, aku terus berjalan ke tempat parking. Temple kecik2 tak-tahu-nama dengan Elephant Terrace tepi jalan tu pun aku skip. Aku rasa macam nak putus nyawa nak menyampai ke tempat parking tu. Lepas bagitau Daro suruh tunggu kat situ, aku pergi ke kedai yang berderet tepi tu. Lepas minum setin ice lemon tea yang sejuk, terus aku rasa macam recharge energy. Nampak sangat badan aku kekurangan gula dan choki-choki tak mampu nak bagi tenaga extra. Lama aku lepak kat kedai minah tu, dia siap kipaskan aku lagi walaupun bercakap macam ayam dan itik. Masa tu terus je rasa macam nak balik dah, tak larat rasanya nak sambung lagi.

  

Sunday, May 18, 2014

day2 | semuanya tentang batu part1

Bersambung dari sini: day1 | permulaan perjalanan.

Lucky enough aku terjaga on time walaupun malam tadi susah bebenor nak tidur. I felt something wrong and end up aku tidur dengan alunan Surah Al Baqarah sampai pagi. Masa nak keluar aku tinggalkan kunci kat kaunter dan pesanan suruh check bilik air yang banjir. Nak berlama2 bawah shower pun tak syok. Since Daro dah terpacak kat depan tu, aku terus naik dan perjalanan dimulakan. Aku ingat nak tidur sebab ngantuk, tapi tak de maknanya. Pagi2 ni banyak tuk-tuk yang menghala ke arah yang sama, jugak berselisih dengan mereka2 yang gigih duk kayuh basikal pagi2 cam gini. 

Daro berhentikan tuk-tuk depan kaunter tiket. Lepas aku purchase one day pass berharga $20 yang ada muka aku kat situ, Daro bawak ke entrance Angkor Wat. Jauh jugak jarak antara dua tu. Gigih pepagi buta masing2 semangat terjah Angkor Wat semata2 nak kejar sunrise. Orang dah ramai masa aku sampai tu. Daro tunjukkan tempat dia akan tunggu aku lepas turunkan aku depan entrance. Aku tengok petugas berbaris panjang, ready dengan torch light masing2 nak check entrance ticket each visitors. 


Lepas diperiksa tiket, aku berjalan masuk ke bahagian dalam bersama2 dengan pengunjung yang lain. 


Tengok! Bulan pun masih jelas kelihatan.


Punyalah ramai yang dah setia menunggu matahari muncul kat depan tasik ni. Port yang best semua dah penuh, masing2 ada yang dah pasang tripod. 


Angkor Wat di remang dinihari. Punyalah aku try nak lari dari kepala manusia kat depan aku, tetap jugak kelihatan. Walaupun masa ni belum lagi pukul 6.00 pagi, aku dah berpeluh2 dah. Tak sanggup nak berlama2 kat situ, aku ambik keputusan untuk explore bangunan Angkor Wat.


Masing2 bertumpu depan tasik menunggu matahari terbit. Ramai jugak peniaga gerai makan yang promote breakfast kat dorang2 yang menunggu depan tu. 


Dan burung pun turut berterbangan. Masa ni aku dah ke bahagian lapang yang pertama selepas entrance.


Walaupun masih awal dan matahari masih belum muncul, ramai jugak yang ambik keputusan untuk explore dulu macam aku.


Just nice masa aku dah sampai kat hujung bangunan kompleks Angkor Wat, matahari dah mula munculkan diri. 




Dah habis tawaf, orang makin ramai, aku ambik keputusan untuk berpatah balik dan ke destinasi seterusnya. 


Tasik yang luas di depan kompleks Angkor Wat. Pagi tadi nampak berbalam, bila matahari dah naik baru jelas kelihatan. Tasik ini kelihatan bersih walaupun airnya tak jernih.

Masa aku keluar dari kompleks tu nak cari Daro, dah ramai yang meninggalkan tempat ni untuk ke destinasi seterusnya. Masa Daro berhentikan aku kat tepi jalan dan suruh aku turun, aku terpinga2. Sebabnya aku tengok tuk-tuk lain laju je jalan terus, Daro je berhenti kat situ dan aku tak nampak pun orang lain. Tengok aku macam confuse, Daro tunjukkan temple yang dia maksudkan dalam map aku. Lepas dia tunjukkan tempat dia menunggu, aku pun berjalan ke arah entrance. Okay, ada staff yang check tiket dan lepas tu aku berjalan ikut laluan tanah merah.


Tak jauh dari entrance, aku nampak Baksei Chamkrong belah kanan, terselindung dengan pokok2 besar. Mujurlah ada papan tanda, kalau tak memang tak perasan.

Laluan yang aku lalu di lereng bukit, senang cerita keliling bukit dalam keadaan mendaki untuk ke atas. Dalam perjalanan macam2 aku fikir, nak patah balik pun ada sebab memang sunyi dan tak ada orang selain aku. Di kiri kanan adalah hutan. Aku ada ambik gambar laluan tu, tapi bila dah transfer gambar tu tak menjadi pulak. Tak dapatlah nak tunjuk kat korang macam mana keadaan laluan tu. Dah separuh perjalanan, aku dengar suara orang bercakap2, dalam hati dah rasa agak lega. Sekali ada 3 orang cleaner berehat sambil bersembang.

Bila aku sampai ke atas, kompleks tu nampak sunyi dan kerja2 restoration sedang dijalankan kalau dilihat pada keadaan temple tersebut. Aku je pengunjung kat situ dan seorang cleaner yang sedang bersihkan kawasan. 

  
Bila tengok tangga tu, tetiba aku rasa tak kuat nak daki. Tapi bila difikirkan balik, aku rasa ini je satu2 nya peluang yang aku ada untuk sampai ke atas. 


Binaan yang berada di tengah2 puncak. Macam biasa kat dalam tu tempat dorang sembah tuhan dorang. Aku tengok dari luar je.


Di sekeliling puncak ni memang banyak binaan seperti ini. Ada yang dipagar kerana sedang dibaikpulih.


Ukiran perempuan seksi ni memang dah sinonim dengan binaan batu wat atau temple seperti ini. 

Elok je masa aku nak turun dari tangga yang tinggi mencanak tu, aku berselisih dengan couple yang aku jumpa kat Angkor Wat awal pagi tadi. Lepas dah turun ke bawah, aku pusing2 kat bawah tu dulu. Cleaner 3 orang yang aku jumpa masa on the way tadi baru nak start buat keje. Mula tu aku ingat nak balik ikut laluan gajah, tapi keberanian tak berapa nak ada. 


Kalau datang setahun dua lagi, mungkin runtuhan ni dah kembali jadi binaan seperti asalnya. Terlalu banyak besi berceracak masa aku datang ni, bermaksud kerja2 restoration sedang giat dijalankan.

Masa aku on the way balik aku terserempak dengan lelaki tempatan yang lepas tu tetiba hilang, tak tau dorang ke mana padahal sebelum tu dorang follow belakang aku. Bila dah nak sampai baru terserempak dengan 2 orang minah salleh. Cuma bila aku dah sampai ke bawah, barulah meriah bila ada satu group pelancong dari China baru sampai. Aku tinggalkan dorang tu dan melintas ke seberang jalan mencari Daro untuk ke destinasi seterusnya.  


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...