Bersambung dari sini: day2 | semuanya tentang batu part2.
Kalau tadinya aku rasa macam nak suruh Daro hantar balik je, tak larat dah nak menapak. Kat depan mata dah terbayang tilam dan bantal, best giler kalau dapat baring. Masa aku patah balik ke tempat Daro menunggu, lain pulak yang aku fikirkan. Daro kata dia akan bawak aku ke Ta Prohm bila aku tolak suggestion dia untuk singgah kat temple2 kecik on the way ke sana. Lama aku lepak dalam tuk-tuk bila dah sampai ke sana, saja nak ambik feel sambil sembang dengan Daro.
Daro bawak aku ke gate yang belah belakang. Dari entrance ke sini boleh tahan jugak jauhnya aku kena menapak. Dah sampai sini pun aku melepak lagi, kekonon ambik feel sebelum masuk ke dalam.
Masuk2 je aku nampak dorang ni tengah bertungkus lumus bekerja. Proses baik pulih sedang giat dijalankan.
Masih tegak berdiri disebalik runtuhan. Belah belakang tak ramai orang dan banyak yang runtuh, mungkin tunggu turn untuk dibaik pulih.
Antara pokok dan batu, bagai aur dan tebing. Erk, relevan ke?
Kat temple ni memang tarikannya adalah pokok2 yang tumbuh membelit binaan di setiap sudut. Tempat ni memang sentiasa meriah dengan pengunjung yang nak bergambar, dorang siap queue lagi. Lebih2 lagi tempat yang menjadi lokasi Angelina Jolie beraksi. Eh, jangan tanya aku sebab aku tak pasti pokok yang mana jadi lokasinya.
Bila dah habis pusing dari depan ke belakang dan kembali ke depan, aku akhirnya ambik keputusan untuk balik. Dari Ta Prohm Daro bawak aku ke temple yang aku lupa nama lain yang tak jauh dari situ. Katanya, waktu dahulu kala temple tu jadi tumpuan mereka2 yang nak kahwin datang menyucikan diri. Daro kata dia akan tunggu aku kat pintu depan, dia bawak aku masuk melalui pintu belakang.
Turun aje dari tuk-tuk, terus kena serbu dengan peminat budak2 yang meniaga tu. Sebelum ni kat temple lain takde pulak aku kena serbu, mungkin jugak kat tempat lain tu orang ramai. So, dorang tak heranlah dengan aku yang bermuka ketat. Dah penat bermuka ketat lebih separuh hari, so aku pun senyumlah. Cakap pun takde lah nak garang2, lemah lembut bersopan santun lagi. Sambil2 say 'no' to them dengan berhemahnya aku ambik gambar.
Pintu masuk, dari sini nampak kosong je. Yang kelihatan cuma pokok dan pasir, tak nampak sebarang bentuk bangunan pun masa kat depan ni.
Masa aku dah start beredar dari sini, dua orang budak yang jual bangle dengan apa ntah dah back off bila aku kata aku takkan beli apa2 pun dari dorang. Tapiiii... adalah sorang budak nih, punyalah gigih duk follow aku suruh beli poskad yang dia jual.
"Very cheap, missy. Pleaseee, buy my postcard. See, one, two, three..." Jenuh budak tu ajar aku mengira poskad yang dia jual, mendayu2 suaranya dalam cubaan menggoda aku. Tapi tetaplah aku berhati kering kontang, memang elok sekarang musim kemarau. Memanglah murah, tapi aku nak buat apa dengan poskad yang banyak tu. Lagi pun aku bukan datang Siem Reap je, perjalanan aku masih lagi jauh dan panjang.
Dah tak tahan, terus aku keluarkan choki2 dan bagi 2 batang kat budak tu. Terus dia mintak lagi satu sebab nak bagi kat kawan dia kat depan tadi. Dan2 tu aku rasa bengang dan panas sebab aku bagi choki2 tu sebab fed up dengar dia duk zikir kat telinga aku. Terus aku kata takde, itu yang last. Nampak tak ketidak ikhlasan dan kedekut aku? Haha... Elok je lepas ambik choki2, budak tu blah. Terus terasa aman bahagia tanpa gangguan. Lagi pulak kat sini memang tak ramai pengunjung, kebarangkalian nak senggol-senggolan tu macam tak ada je.
Nampak terbiar dan macam takde pengunjung. Kiri kanan temple ni ada tasik, yang belah kanan gambar dah kering, tasik belah kiri gambar ada air tapi keruh. Agaknya kat tasik tu lah tempat dorang sucikan diri macam Daro ceritakan tu. Payung oren belah kanan tu ada orang berniaga.
Kat hujung tu ada orang dan jugak patung tuhan dorang.
Bahagian atas tu diikat untuk mengelakkan runtuhan. Apa yang aku perhatikan, kat temple ni tak ada sebarang tanda yang restoration sedang dilakukan. Mungkin nak settlekan temple yang lebih popular dulu kot, baru dorang buat temple yang kurang popular.
Aku memang langsung tak jengah stall kat tepi tu, tak tau pun dorang jual apa. Elok je aku keluar dari gate tu, seberang jalan sana pun ada sederet stall yang jual macam2, mostly pakaian. Aku mintak Daro bawak aku ke Restoran Haji Musa. Since aku memang tak tahu alamat mahupun number phone, cuma tahu nama je, memang tak boleh buat apalah sebab Daro tak tahu kat mana. Tapi dia akan bawak aku ke restoran Halal yang tak jauh dari guesthouse yang aku stay.
Inilah alamat yang tertera kat buku menu. Kat luar restoran tu dorang tulis 'Cambodian Muslim Restaurant' kalau tak silap aku. Tak jauh dari restoran ni ada masjid yang aku tak berkesempatan nak singgah sampai sudah reason untuk merepeat.
Aku lupa nama ni, lok lak beef kot. Yang pasti bukan lembu naik bukit sebab mahal sangat, $16 untuk satu hidangan untuk 3 ke 4 orang makan. Bila aku tanya boleh tak buatkan untuk sorang makan, dia kata tak boleh. So, aku end up dengan lauk tu aje dan tak ngam dengan selera aku.
Since masa sampai kat restoran tu aku dah suruh Daro balik dulu dan pick up aku kat guesthouse pukul 3 nanti, so aku berjalan kaki je lah balik. Tak jauh pun, jalan straight je lepas cross jalan kat simpang, terus jumpa. Sampai kat lobi aku tanya pasal bilik air yang banjir. Rupa2nya dorang belum betulkan. Masa aku tengah landing, adalah minah ni datang ketuk pintu dan betulkan. Lega sebab lepas tu aku dah boleh lepak lama2 bawah shower.
Masa nak keluar petang tu, sempat aku mintak dorang belikan tiket ke Battambang untuk esoknya sementara tunggu Daro sampai. Dah dapat tiket segala, baru aku rasa menyesal. Patutnya aku spend lagi sehari kat sini, lusa baru gerak ke destinasi. Tapi nak buat camner, terlajak tuk-tuk boleh je nak reverse, terlajak beli tiket, proceed je lah. Unless kalau nak burn tiket.
Tak tahu nak ke mana akibat tak study apa2, aku akhirnya setuju nak ke Cambodian Cultural Village bila Daro kata West Baray Lake kering time kemarau ni. Dengan tiket masuk $15 yang agak mahal bagi aku, dah tentu aku harapkan sesuatu yang best. Kalau ikutkan cerita Daro, tempat ni memang da bomb lah. Jom kita ushar tengok.
Bila nampak floating house ni aku macam teruja, best nih. Tapi keterujaan aku tak lama bilamana merudum jatuh. Aku rasa lebih kepada amusement park pun ada kawasan ni. Memang dorang bina rumah2 kaum yang tinggal di Cambodia alaa... macam Sarawak Cultural Village jugak tapi sesetengah tu macam tak terjaga langsung.
Ada persembahan setiap hari, masa korang masuk staff dorang akan bagi map dan jugak jadual persembahan untuk hari tu. Tapi sedihlah, persembahan tu dibuat kat rumah2 yang tadilah. Pastu tempat duduk limited, orang ramai siap berdiri kat tepi2 lagi. Dah confirm tak nampak show yang dorang buat. Aku berjalan je pusing kawasan tu sebelum akhirnya singgah kat Chinese House untuk tengok show.
Opening show kat Chinese House. Entertaining jugaklah, tapi nak tengok berulang kali memang taklah. Cukuplah sekali je. Bangku yang disediakan sikit je, orang punyalah ramai berasak2. Mak cik tu siap tolak2 aku, gigih nak himpit duduk sebelah aku. Hangin aku dibuatnya, terus mood terbang. Dan2 tu jugak aku text Daro suruh pick up aku pukul 6.00 petang, lepas abis show tu.
Balik dari cutural village, aku suruh Daro hantarkan aku terus ke sini. Lepas settle bayaran untuk Daro, aku terus browse around cari souvenir since pagi esok aku dah nak tinggalkan Siem Reap.
Lepas beli apa yang patut, tengok jam dah lewat untuk tengok free apsara show tu alasan untuk merepeat. Sekali tengok Ababa Curry House tu bukak pulak hari ni. Mungkin semalam tutup sebab Jumaat. Aku kenyang lagi, tapi saja gatal nak makan jugak. Aku order chapati dengan kuah extra hot sebab aku memang suka pedas. Sekali aku ngap masuk mulut, terus rasa nak nangis! Memang pedas berapi. Masa aku tengah makan tu adalah owner dia keluar dan sembang dengan couple Melayu belakang aku. Telinga lintah aku ni cepat je dengar dorang sembang apa, rupa2nya owner restoran tu orang Malaysia. Jangan tanya aku macam mana rupanya sebab aku tak pusing belakang pun, aku kan sombong, haha. Lepas dinner aku terus balik ke guesthouse. Cukup2lah untuk hari ni, tak kuasa nak mengira langlah lagi dah.
No comments:
Post a Comment