Showing posts with label Medan. Show all posts
Showing posts with label Medan. Show all posts

Monday, May 9, 2016

trip sumut | drama terakhir di medan



Pukul 8.30 pagi baru kitorang keluar tinggalkan guesthouse menuju ke airport. Jarak dari sini nak ke airport agak jauh jugak dan jalan pun boleh tahan macet pagi2 ni. Awan bawak ikut short cut, lalu kawasan pasar dan kemudiannya singgah jumpa Yovie. Lama jugak berhenti tepi jalan tu, sempatlah masing2 gomol anak Yovie. Memandangkan semua orang tak makan lagi, Awan bawak kitorang makan kat Rumah Makan Sambal Ijo.

Service slow kot, rengsa menunggu order sampai. Padahal masa tu takde ramai pun pelanggan. Mujur lepas place order, aku terus keluar ke kedai tepi rumah makan tu. Dapatlah aku beli shampoo dalam paket tu setelah sekian lama duk aim. Senang kot kalau nak travel bawak shampoo tu. Stok aku dah berkurang, itu yang gigih mencari stok baru. Lama jugak aku duk bersembang kat kedai tu, tapi bila balik ke rumah makan, jangankan makanan air pun tak sampai lagi. 


Nasi Timbel versi Sumatera. Aku ingatkan sama macam versi Bandung, tapi berbeza. 

Nasi timbel ni adalah nasi goreng yang dibungkus dalam daun pisang dan dibakar manakala nasi timbel Bandung yang aku pernah makan adalah nasi biasa yang dibungkus dalam daun pisang. Ayamnya digoreng seketul, yang ini dipotong kecik2. Yang pasti sambal ijo ni tak meletup, tak boleh lawan sambal cili yang kat Bandung. Adakah ini petanda untuk aku buat lawatan susulan? Haish!

Aku dah cuak masa on the way ke airport sebab jam dah lepas 12.00 noon. Our flight supposed to be at 12.25 noon. Elok sampai je kat airport, masing2 laju je menuju ke kaunter check in. Bila tengok kat departure display board yang flight delay, lega sikit hati sebab kitorang sampai nearly 12.25 noon. Masa ni baru terasa betapa seminit itu pun berharga. 

Semua dah ready depan kaunter nak check in, sekali nama kitorang takde dalam manifesto. Pulak dah! Berkali2 staff kat kaunter tu cuba key in our details, tapi tetap takde. Dengan masa kecederaan kitorang semua log in wifi segala nak check email Zilla. Since segala urusan termasuk beli tiket untuk trip ni Zilla yang uruskan, kitorang takde lah nak check email lain. End up kitorang terpaksa beli tiket baru dan kitorang ambik flight 8.20 malam. Itu je yang termampu di poket kami.

Mereputlah kitorang kat airport nak tunggu flight malam karang. Bila dah settle hal tiket, masing bawak diri turun ke tingkat bawah. Sebelum nak mereput, eloklah settlekan dulu kewajipan. Sempat aku tertidur masa kitorang melepak kat kerusi tepi tiang. Ngantuk kot. Lepas tu baru aku merayau dengan Dyl sebab dia nak cari bika ambon. 


Kami melepak kat A&W menunggu Maghrib dengan ditemani 3 rootbeer float, 2 fries dikongsi berempat.

Lepas Maghrib kitorang terus ke atas untuk check in dan boarding. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan takde drama dah. Kecuali bila backpack Dyl sangkut kat custom, kitorang cuak. Habis digeledah isi perut, rupa2nya baju basah tu yang machine detect. Mujur officer yang entertain kitorang tu kaki outdoor, sempat sembang bagai sambil Dyl packing balik.

Dalam flight aku duk sorang kat row tu. Ingat nak tido, tapi budak perempuan belakang seat aku tu banyak betul soalannya. Jenuh parent dia nak jawab. Terus teringat Sarah yang suka tanya macam2, selagi tak puas hati, selagi itulah dia akan tanya. Last2 mata je aku pejam, tapi telinga tetap dengar macam2.


Aku tak sure area mana, tapi rasanya dah masuk perairan negara. 


Dah semakin hampir ke destinasi.


Masa tengah taxiing menuju ke parking bay. 

Alhamdulillah, selamat tiba di tanah air setelah meredah bermacam drama. Jauh kot nak menapak dari gate, dah lah masa pergi hari tu pun menapak jauh jugak. Ada yang dijemput dan aku and the rest ambik ERL untuk balik. Tapi aku turun kat KLIA sebab kereta aku parking kat situ. Sampai rumah dah nearly midnight, yang penting safe and sound. 

Berakhirlah sudah Trip Sumut edisi March 2016.


Sunday, May 8, 2016

trip sumut | dari puncak si piso-piso, sinabung dan si debuk-debuk

Entry ini adalah sambungan dari trip sumut | selamat tinggal gunung meriah.


Masa bebudak group camping yang lagi satu tu bangun dan bising2, aku tengah ulit mata nak tido. Dorang ramai2 nak panjat bukit untuk sunrise. Since plan hari ni just santai2 je based on undian semalam, masing2 kesiangan. Bila dorang dah start bangun, aku kekal berselimut walaupun dah jaga. Aku dengar je Zilla dan Syaza masak breakfast dengan Awan. Dah bosan baru aku bangun dan terus ke toilet. 

Kat atas ni ada toilet dan air dibawa naik oleh penduduk kampung dan disimpan dalam tong. Aku nampak ada tempat tadahan hujan, mungkin dorang juga turut ambil air dari tadahan hujan tu. Tandas tu takde lah complete sesangat, tapi kalau nak lepaskan hajat tu takde masalah lah. Selesa lah jugak dari langsung takde. 

Lepas makan, masing2 kebosanan tak tahu nak buat apa. Sambil2 keringkan baju, kitorang packing apa yang patut. Pastu sembang macam2 benda. Pulak tu kabus makin tebal, nak ambik gambar memang tak cun lah. Rupa2nya belah pagi view clear, dah masuk tengah hari kabus dah start cover kawasan tu. 


Bunga kuning dan kabus kat belakang.


Bila kabus menghilang, cepat2 aku berkejar ambik gambar. Kena cepat2 sebab kabus ni sekejap je hilang, pastu datang balik.


Laluan yang kitorang lalu malam tadi nak menyampai ke campsite ni. Danau tu berbalam2 je nampak sebab kabus.


Sesekali bila kabus berlalu.


Dapatlah jugak view ni walaupun sekejap.


Jadilah dari langsung takde.

Masa kitorang duk ambik gambar sesambil bersembang tu, ada pasangan bapak dan ibu pemilik kedai makan kat bawah tu naik dengan motor. Sembanglah kitorang, rupa2nya bapak dan ibu tu pernah kerja kat Malaysia. Sedang elok kitorang bersembang, nampak group babi hutan keluar dari tepi tandas. Menjerit masing2. Lepas tu dah jadi satu keje pulak. Bila nampak babi tu datang, kitorang baling batu nak halau. Tak lama lepas tu datang balik, tak takut orang pulak tu. Kata bapak yang aku tak ingat nama tu, 'mentang2 kita tak makan dia, beranilah dia datang.' 

Dah tengah hari bila Awan bangun. Cepat2 kitorang tolong packing, kemas tent dan kawasan sekitar dan susun barang2 dalam kereta. Dah selesai semuanya, kitorang bergerak balik. Dalam perjalanan, Awan singgah di Rumah Makan Ayam Djogja. Memang perut kami dah mula bernyanyi pun. 


Ni lauk yang aku order, cuba untuk lari dari kebiasaan iaitu ayam penyet. Malangnya aku lupa nama dish ni. Aku lebih suka ayam penyet compare to this.

Bila dah kenyang, Awan bawak kitorang melalui perjalanan yang panjang menuju ke Gunung Sinabung. Kawasan sekitar Gunung Sinabung dalam keadaan red zone sekarang ni, tapi kami degil jugak walaupun risau. Few times jugak kitorang berselisih dengan rescue team yang buat pemantauan. 


Gunung Sinabung dari jauh. Kata Awan, lava yang mengalir hari tu belah sana.


Tempat kedua tempat kitorang berhenti ni lagi dekat dengan gunung.


Kami menyinggah ke Danau Lau Kawar. Kata bebudak yang sama2 camping kat Puncak Si Piso-Piso, semalam dorang tak dibenarkan masuk ke kawasan ni.


Jelas kelihatan asap keluar kat tepi tu.


Amaran yang kami ignore. Mujur takde perkara buruk berlaku.


Kesan letusan sebelum ni pun masih boleh dilihat dari kejauhan.

Keluar dari kawasan Gunung Sinabung, Awan bawak kitorang minum kat warung yang dia berhenti malam tadi. Aku lupa nama kedainya, Kedai Kopi something. Elok je kitorang duduk, hujan turun selebat2 nya. Berhari2 aku cari jagung bakar, kat sini baru dapat. Aku cuba minum bandrek halia campur susu, cukuplah sekali. Seksa nak habiskan segelas.


Dalam perjalanan ke permandian air hangat Si Debuk Debuk, setelah meninggalkan kedai kopi kat selekoh tu.


Kat tempat ni banyak dibuat kolam macam gini. So, kalau datang in group boleh ambik satu kolam terus. Bayaran masuk aku tak tanya pulak, sebab Awan yang bayarkan.

Kat sini selain air panas ni, turut disediakan bilik mandi air bersih, bukan air panas. Aku cuma rendam kaki je, malas nak tambah baju basah dan tumpang mandi memandangkan kitorang akan bercamping malam nanti. Surau pun ada, tapi kebersihannya amatlah menyedihkan. On the way balik, Yovie call suruh kitorang bermalam kat guesthouse instead of bercamping.

Malam tu kami menginap di guesthouse yang tak jauh dari town. Esok dah nak balik ke tanah air. Selamat malam semua.


trip sumut | selamat tinggal gunung meriah



Belum sempat kitorang semua habis packing, hujan turun tanpa amaran. Masing2 berlari masuk berteduh di dalam khemah. Lebat betul hujan, sampai bocor masuk ke dalam khemah. Masing2 cari port selamat dalam khemah, mengelakkan diri dan barang2 dari kebasahan. Lama betul hujan petang tu, sempat kitorang lelapkan mata menunggu hujan reda. 

Masa hujan masih lagi gerimis, aku keluar dari khemah. Kebetulan bapak guide kitorang baru sampai dengan 3 batang tebu. Gigih kitorang gigit tebu tu, manis! Habis gigit tebu, aku pusing kawasan khemah. Cuba untuk rakam detik akhir sebelum tinggalkan tempat ni. 


Campsite penginapan berbintang kitorang. Kami dah ready nak mulakan perjalanan dan dorang start bukak khemah. 


Suasana berkabus selepas hujan.

Bila semua dah ready, Yovie lead kitorang untuk ke tempat parking. Awan dan Roy masih kat campsite, dorang akan packing tent dan bawak barang2 tu semua. Masa balik ni kitorang tak lalu ikut laluan masa datang malam tadi. 


Lalu sebelah kebun sawah padi penduduk kampung. Tak tau aku nak panggil ni apa, nak kata sawah bukan sawah. Pondok kecil tempat berehat.

Kitorang kena melintasi 2 anak sungai kecil, kebun dan semak samun. Dua kali aku terjatuh sebab licin. Kali pertama aku memang tak expect akan jatuh, tapi yang second time tu aku dah ready untuk jatuh. Since hari masih terang, tak risau pun bila tertinggal sorang2 kat tengah tu.


Matahari dah hampir jatuh masa sampai kat tempat parking. 

Bila dah sampai kat parking, masing2 bersiap nak bersihkan badan kat bilik air umum. Tapi malangnya takde air. Masing duk pakat bersihkan kaki yang berselut dengan air yang ada. Elok je kitorang dah bersihkan kaki, terdengar bunyi air dari bilik air. Cepat2 kitorang ambik pakaian bersih dan bergegas ke bilik air. 

Bilik air ni merangkap tandas untuk kegunaan penduduk kampung ni. Dorang mandi, membasuh, ambik air semua dari sini. Bukanlah bilik air yang betul2 bilik air, ianya cubicle yang besar dengan tembok tinggi di sekeliling. Paip yang sentiasa mengalirkan air adalah dari sambungan paip kat tempat kitorang berkhemah. First time kot kitorang mandi berjemaah, kelakar je bila ingat balik. Tapi ianya adalah antara kisah manis yang bakal dikenang.

Bila semua dah kembali wangi, perjalanan pulang kami melalui jalan yang sama masa datang hari tu. Kalau masa datang tu keadaan gelap, balik ni masih cerah. Bila tengok gaung yang curam sebelah jalan yang kitorang lalu, kecut terasa perut. Masa kitorang sampai kat kampung lepas jambatan tu, hari dah gelap. Sampai pekan, Yovie bawa kitorang pergi dinner, masing2 dah kelaparan.


Sate kerang, sedap jugak. Laju je masuk mulut sementara tunggu makanan kitorang sampai.


Nasi ayam penyet untuk dinner aku. Sambal tu aku mintak extra, sedap tapi aku rasa sambal yang aku pernah makan kat Bandung lagi sedap. Masih terasa2 sedapnya sambal tu, haish!

Dah kenyang perut, Yovie bawak kitorang ke tengah town. Kali ni Yovie akan balik dan diganti dengan Awan untuk baki seterusnya. Sepanjang jalan kali ni aku cuak betul. Mana taknya, lori besar2 dan banyak giler, pulak tu laluan mendaki. Van dengan barang2 menggunung tinggi atas bumbung laju je mencilok, ngeri seh! Awan berhenti kat Indomaret beli rokok dan lepas tu dia berhenti lagi kat warung kat selekoh berbukit sebab lapar. Aku dengan Cheq Sue je yang jaga, yang lain2 tido. Dalam pada menunggu Awan siap tu, aku terlena jugak sekejap.

Bila Awan teruskan perjalanan, aku macam biasalah. Kejap tido, kejap bangun. Tapi takde lah nak bersembang. Tapi bila Awan dah start mendaki laluan kecik dan kiri kanan hutan, aku terus bukak mata luas2. Bila rasa macam lama sangat je tapi tak sampai2 lagi, aku tanya Awan jauh lagi ke? Dia kata dah dekat. Kitorang sampai kat Puncak Si Piso Piso almost 3.30 in the morning.

Masa sampai kat atas tu ada satu group yang bercamping. Lepas pacak khemah, masing2 ambik posisi. Walaupun ngantuk, sempat layan sembang dulu. Ambik feel nak tido katanya. Tak lama kemudian lepas sorang, sorang hanyut dibuai mimpi. Tido dalam kereta tak sama bila dapat baring dengan selesa. 


Tuesday, May 3, 2016

trip sumut | gunung meriah dan air terjun si paris

Entry ini adalah sambungan dari trip sumut | perjalanan penuh liku ke gunung meriah.

Bangun pagi tu, aku tetap bermalas-malasan dalam khemah. Dah bosan baring aku keluar. Lepak2 jap tunggu dorang siap, then baru kitorang ke tempat punca air malam tadi. Bila dah terang ni jelas kelihatan tempat air tu, rasa macam jauh benar dari apa yang aku bayangkan dalam gelap malam tadi.

Lega bila dah selesaikan segala yang tertangguh. Tu pun jenuh nak cari port yang sesuai. Malam tadi gelap gelita, takde masalah sangat. Sebab jauh jugak nak menapak ke tempat air ni, kitorang bawak botol kosong nak isi air. Masa kitorang sampai kat campsite, Awan tengah masak untuk breakfast. Lepas breakfast kitorang lepak2, sembang macam2 benda. Sambil2 tu aku capture apa yang patut sementara cuaca masih cantik ni.


Nun hujung sana, atas bukit ada sebuah rumah yang tak dapat dipastikan masih berpenghuni atau tak.


Kasi close up sikit rumah kecil di puncak bukit. Best kot kalau ada rumah macam tu.


Anak panah merah tu adalah tempat punca air yang jadi tumpuan kitorang. Dorang buat 'kotak' empat segi dengan simen dan dalam tu tempat sambungan paip dan ada satu paip yang tak bersambung, paip yang tu kitorang ambik air. Punca air tu dari sungai dan dorang sambungkan paip untuk alirkan ke kampung tempat kitorang parking kereta.

Bila matahari dah tinggi baru kitorang gerak ke air terjun Si Paris. Bapak yang guide kitorang malam tadi pun ada sama. Kitorang trekking melalui tempat ragut kerbau, kebun penduduk kampung penduduk kampung yang kitorang singgah tu bukak ladang/kebun dalam kawasan Gunung Meriah ni, mengharung sungai sebelum kitorang sampai ke air terjun yang pertama.


Air terjun pertama ni aku lupa namanya. Lama jugak kitorang kat sini, sempatlah dorang berendam dan sliding dari atas batu tu.


Aliran sungai yang mengalir. Aku cuma rendam kaki je kat sini.

Kami kemudiannya sambung trekking ke Air Terjun Si Paris. Lalu kebun kopi dan menyeberang sungai, pastu trekking dalam hutan dan seberang sungai lagi. Nak ke air terjun tu, kitorang terpaksa meniti atas batang pokok yang tumbang dan bawah tu air mengalir deras, atau turun dari atas bukit yang curam. Rasanya apa pilihan kitorang? 


Kami pilih aksi meniti atas batang kayu ni dengan arus deras mengalir kat bawah. Bila tengok punyalah sikit je hujung batang kayu yang tersangkut kat batu, meremang bulu roma. Cuak seh!


Teruja tengok air terjun ni. Aku meniti tepi batu belah kiri nak ke tempat batang kayu tu. Kami ramai2 duduk atas kayu menahan terjunan air.

Gigih aku cekalkan hati mengharung arus deras semata2 nak duduk bawah jatuhan air terjun tu. Ralat sebab tak mandi masa kat Lombok masih terasa kot, haha. Bila aku rasa air yang jatuh makin besar dan kuat, cepat2 aku bagitau Yovie aku nak seberang ke sebelah sana. Risau kot2 kepala air, lagi pun cuaca dah makin gelap.

Lepas aku tinggalkan batang kayu tu, dorang sorang2 buat benda yang sama. Dah sampai kat sebelah sana, kena cross lagi sekali. Pastu melepak rendam badan lagi kat bahagian bawah tu buat kali terakhir sebelum kitorang balik. Bila terasa rintik2 hujan, cepat2 kitorang bergerak balik.


Air yang mengalir dari air terjun terbahagi dua bila sampai kat sini. Masa balik kitorang lalu ikut tepi sungai belah kiri, masa datang tadi ikut kebun penduduk dan sampai kat simpang ni.


Cendawan putih.

Elok je masa sampai kat air terjun pertama yang kitorang singgah awal2 tadi, rintik2 tadi dah bertukar menjadi gerimis. Cepat2 aku melangkah, tertinggal di tengah2 dan tinggalkan orang kat belakang. Tak perlu risau sebab bapak guide ada jadi sweeper kitorang. Sewaktu menghampiri campsite, gerimis tadi dah mula reda. Mujur tak jadi hujan.


Dorang yang tertinggal kat belakang, on the way balik ke campsite.

Masa sampai kat campsite, Awan tengah masak untuk lunch. Sayang sungguh, ikan masin kitorang dilarikan anjing! Tapi kami tetap berselera dengan lauk yang ada. Selesai makan, masing2 bergegas packing sebab kitorang akan tinggalkan campsite untuk ke destinasi berikutnya. Malangnya, hujan turun dengan lebatnya semasa kitorang masih belum siap packing sepenuhnya.


Friday, April 29, 2016

trip sumut | perjalanan penuh liku ke gunung meriah

Entry ini sambungan dari trip sumut | hutaginjang dan taman eden.


Keluar dari Taman Eden dah lewat, melepasi waktu makan tengah hari. Masing2 dah mula kelaparan, habis segala jajan yang ada kitorang makan. Sebelum ni kemain eksyen, sesetengah jajan tu tengok pun tak sudi. Padan muka kitorang, haha. Perjalanan kitorang melalui ladang jagung dan sawah padi di kiri kanan jalan. Pelik betul, punyalah banyak aku jumpa ladang jagung, tapi langsung tak jumpa orang jual jagung bakar. Kempunan teramat nih.


Masa nampak orang jual nanas kat tepi jalan, cepat2 kitorang mintak Yovie berhenti. Beli 2 biji nanas dan kitorang sambung kembali perjalanan. Teringat2 nanas Lombok yang manis dan juicy, sedap weh!

Dalam perjalanan seterusnya kitorang lalu ikut tepi Danau Toba, belah mana aku tak ingat dah. Nampak hutan tepi tu terbakar dan bomba baru sampai nak padamkan api. Tak jauh dari tepi danau yang terbakar tu, kitorang lalu jalan antara pokok pines kiri kanan. Depan kitorang bersusun kereta dan lori. Rupa2nya ada roadlock. Lepas pada tu hujan turun selebat2nya. Kata Yovie petang memang selalu hujan. Tak lama kemudian hujan berhenti, lega rasa hati. 

Kami berhenti singgah makan kat sebuah restoran Padang, tumpang ke tandas sekali. Menurut Yovie, perjalanan masih jauh. Since perut dah kenyang, hati kembali ceria. Sewaktu singgah di Alfamart, masing2 memborong untuk bekalan bercamping. Kat tempat kitorang singgah tu masih meriah, dalam pekan walaupun suasana dah gelap.

Bila makin kurang jumpa rumah orang, jalan makin sunyi dan bengkang bengkok. Sampai satu masa, aku rasa penat yang teramat sangat. Penat sebab jenuh berteka teki bila nak sampai dan rasa macam dah jauh tapi tak sampai2 jugak. Bila kami lalu kawasan gelap tak berlampu, kiri kanan ada gaung dan ladang sawit, masing2 diam dalam kereta. Takut nak bersuara, tak tahu apa yang ada kat luar sana.

Masa kitorang sampai kat kampung tempat kitorang nak mulakan hiking, hari dah jauh malam. Awan dan Roy dah lama sampai, menunggu kitorang dengan bapak2 kampung tu. Kami packing barang yang nak dibawak dan tinggalkan yang tak perlu dalam kereta. Sebab tak plan awal2, main belasah je masuk bag, berat jugaklah beban yang dipikul.

Kami bergerak ke campsite dengan panduan bapak penduduk kampung sorang, bapak tu akan jadi guide kitorang. Sebab lepas hujan, laluan licin. Dengan bantuan headlamp dan torch light, kitorang redah gravel road dan kemudiannya belukar. Sebelum sampai tapak perkhemahan, at one point aku dengan Echah terpisah dari yang lain2 kat tengah2. Orang depan tak nampak, orang belakang pun tak kelihatan. Tawakal je kitorang redah lalang tinggi sebelum Yovie dan Awan mendekat. 

Sampai kat campsite Gunung Meriah, aku tarik nafas lega. Perasaan hiking waktu malam dengan waktu siang, jauh bezanya. Masa kitorang duk busy cari dan buang pacat, dorang pacak khemah. Bila khemah dah siap, masukkan barang2 dalam khemah dan ready nak ke tempat punca air. Awan dah mula masak masa Yovie bawak kitorang ke tempat air tu. Kaki semua berselut dan berdarah dek pacat. 

Balik dari tempat air tu, aku terus berselubung dalam khemah. Aku rasa macam tak selesa nak melepak kat luar, tak tau kenapa. Aku tak tido tapi tak larat nak bukak mata mahupun nak sambung dorang bersembang. Aku skip dinner dan masa dorang masuk tido pun aku masih tak boleh nak lena. Mujurlah takde apa2 yang berlaku malam tu selain dari anjing yang menyalak kuat kat tepi khemah.


Wednesday, April 27, 2016

trip sumut | hutaginjang dan taman eden

Entry adalah sambungan dari trip sumut | air panas sipolohon.


Dalam masing2 duk bergelak ketawa, tetiba Echah tersedar bag dia takde. Bila check dalam kereta memang takde dan last dia ingat bag tu dia letak kat tempat air panas. Yovie patah balik dan suasana happy tadi terus bertukar sunyi. Masing2 resah gelisah sebab dalam tu ada passport selain duit dan kad atm! Aku rasa macam jauh betul nak sampai, padahal Yovie tekan minyak rapat kot. 

Bila sampai depan hotel, Yovie dengan Echah je yang masuk, kitorang tunggu dalam kereta dengan penuh rengsa. Bila nampak Echah keluar dengan senyum lebar, masing2 tarik nafas lega. Doa orang bermusafir, takde siapa pun yang nampak bag tu kat situ. Tapi selamat jugaklah Rp 10k Chah kena pau dekat budak kat situ. Yang penting segala isi beg tu selamat, Alhamdulillah.

Perjalanan kami yang seterusnya adalah tersangatlah jauh. Penat bersembang kitorang tido, membiarkan Yovie drive sorang2. Semua terjaga bila dah menghampiri lokasi tujuan. Itu pun sebab keadaan jalan dah semakin sempit dan tak rata. Masa tempat first Yovie stop, view tak jelas sebab jerebu. Masing2 pun tak turun dari dalam kereta. Yovie kemudiannya bergerak lebih ke atas dan parking kat situ.


Turun dari kereta, masing2 berkejar memburu view indah ini. Kalau tak kerana jerebu, harus jelas kelihatan danau hujung sana.


Ada kampung di sebalik bukit bukau.


Bunga ni cantik dan bersaiz kecik. Tapi tak banyak, satu dua je yang tumbuh liar.


Hutaginjang ni terletak di kawasan tanah tinggi.


Sisi lain danau dari puncak Hutaginjang.

Kat hujung tu ada tempat berehat, siap bangku dan berbumbung mengadap danau. Masing2 beli pop mi dan air kat kedai tepi tu. Makan berjemaah kat bangku, lama jugak kami melepak kat sini. Sambil2 kunyah roasted peanut yang dibeli dengan nenek kat situ. Tak tahan kot lepak lelama kat sini, mata makin berat dan rasa nak tumbang je, hihi.

Masa kami nak balik, kawasan kat tempat parking tu dah mula meriah. Ada peniaga yang sedang set up gerai jualan. Aku rasa petang2 mesti ramai yang melepak kat atas ni. Turun dari tanah tinggi Hutaginjang kami dibawa ke taman pulak. Jauh perjalanannya.


Kami ke Taman Eden 100. Dari tempat parking kami trekking masuk ke dalam hutan. Takde lah hutan pun sebenarnya.


Semata2 kerana air terjun ni. Airnya sejuk yang amat, geram rasa nak berendam. Masa kami datang ni musim kemarau, kalau musim hujan lagi besar air terjunnya. 


Sungai yang mengalir dari air terjun banyak batu, penyebab kenapa air terjun ni sejuk teramat mungkin. Tapi batu2 ni best, tak sakitkan kaki.

Taman Eden ni luas, ada bayaran untuk masuk tapi aku lupa nak tanya. Kat sini juga disediakan tapak perkhemahan untuk mereka2 yang teringin nak bercamping. Kebetulan masa kitorang datang ni, ada group student yang bercamping. Meriah betul. Ada kebun limau dan strawberry, kalau nak beli pun boleh. Tapi strawberry nya kecik2, dan kebetulan masa kitorang sampai tu buah yang masak dah habis.

Taman Eden bukanlah penutup program hari tu. Ada lagi destinasi yang berikutnya. Aku sambung di next entry.


Wednesday, April 13, 2016

trip sumut | air panas sipolohon



Pagi ni aku agak kesiangan, lena sangat tidur sebab dapat tilam empuk. Kitorang selesaikan yang wajib dulu, pastu baru ambik turn untuk mandi. Sementara tunggu turn, pegi ambik pakaian kat ampaian belakang, masih basah rupanya. Agaknya sebab terdedah dengan embun semalaman. Sempatlah ambik gambar kolam air panas yang kitorang duk berendam semalam tu.


Inilah rupa kolamnya, ada dua bahagian. Yang belah belakang tu lebih dalam dan lebih panas airnya. 

Nampak tak bukit yang ada jalur2 putih antara bangunan dalam gambar atas tu? Yang putih tu jalur air panas mengalir, dorang alirkan ke kolam2 mandian. Sebenarnya, barisan hotel yang kitorang menginap ni memang banyak tempat pemandian air panas macam ni. 

Lepas semua dah settle, backpack dah loading masuk dalam kereta, Yovie bawak kitorang ke belakang hotel. Nak ke belakang sana kena lalu sebelah kolam ni, ada laluan kecik antara bilik mandi. Bila dah tengok terkesima rama2 kejap, sebabnya kalau tengok dari luar dari arah jalan raya macam takde apa2 pun kat belakang tu. 


Tempat air panas mengalir membentuk corak cenggini, color ada macam2 bukan hijau je.


Inilah yang aku nampak masa mula2 tu. Kabus tu kejap ada kejap hilang. Lorong/longkang kecik tu tempat owner ni buat aliran supaya air tu terus masuk dalam kolam tadahan dorang.


Masa kabus ni datang, memang tak jelas apa yang ada.


Tapi bila kabus dah hilang, macam ginilah rupa keadaannya.


Dalam aliran yang terbentuk sendiri dan dekat dengan punca air panas keluar, ada rumbu rumbai macam ni. Cantik je rumbu2 ni bergerak bila air mengalir.


Amacam? Cantik kan? Aku nak menapak lebih2 ke dalam tu tak beranilah pulak, kalau air sejuk boleh je redah.


Punca air panas membuak2 keluar, di sebalik batu besar.


Dalam kolam bersebelahan dengan punca air panas tadi ada bentuk cantik ni. Aku memang clueless macam mana semua ni terbentuk, macam dalam lautan.


Air ni memang nampak biru. Kalau bukan air panas ni, confirm dah jadi tempat berendam nih. Geram tengok color air tu.


Tempat air panas yang mengalir membentuk lekuk dan warna yang indah. Ada tempat warna oren, tapi bila check gambar takde lah pulak.

Lama jugak kami kat belakang hotel ni. Sakanlah masing2 duk bergambar. Walaupun matahari dah mula naik, dan suhu kat situ pun boleh tahan panasnya, masing2 gigih bertahan. Sampailah Yovie panggil dan bagi isyarat nak beredar. Disebabkan barang2 semua dah masuk dalam kereta, kitorang terus je lah proceed ke destinasi seterusnya. Dah jauh kitorang tinggalkan tempat ni bila tiba2 kami terpaksa patah balik. Masing2 berdebar dan suasana dalam kereta yang ceria dengan gelak tawa terus senyap. Apakah?

Bersambung...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...