Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Monday, October 14, 2013

day4: aktiviti sebelum balik

Macam biasa, tak pernahnya nak ikut plan. Mesti terlajak jugak. Since takde apa yang nak dikejar pun, so relaks saja. Sama macam semalam, hari ni breakfast kat Kopi O Corner lagi sebab ada yang kempunan tak dapat makanan idaman semalamnya.  


Mee kari yang aku order rasa macam mee jawa. Memang out lah walaupun ada sate. Lepas dah kenyang, kami ke Pasar Satok. First time ke Pasar Satok yang baru ni, sebab dulu lokasinya memang kat Jalan Satok. 


Gerai menjual buah2an. 


Ada sesiapa nak try makan benda alah ni?


Gerai kekal dalam bangunan pun ada jugak. Aku beli ikan terubuk masin kat gerai ni. Brother ni okay, tak kedekut bila kitorang mintak diskaun. 

Pasar Satok yang baru ni lebih besar dari yang lama. Tapi aku lebih suka pasar yang lama berbanding yang ini. Sampai sudah aku cari pucuk midin tak jumpa. Aku rasa dah habis kot, sebab kitorang datang hari Ahad, pulak tu dah nak masuk tengah hari. Kalau datang hari Sabtu mungkin ada banyak lagi.  


Destinasi seterusnya ke Kampung Boyan, misi memborong kek lapis. Aku rasa Kek Lapis Mira dah tak macam dulu, rasa macam ada kurang je. Dah habis masing2 memborong, kitorang balik ke hotel. Semua sepakat nak extend half day lagi since flight kitorang malam karang. 


Masa kitorang tengah setting kamera nak ambik gambar ramai2 kat sini, tetiba sebuah van berhenti kat tepi jalan. Turunlah satu group makcik2 nak bergambar jugak. Hilang mood sebab dorang bukan nak tunggu kitorang settle, tak dan2 nak bergambar jugak, aduyaiii... Actually, patung kucing ni kat tepi roundabout. 


Lambaian terakhir, mungkin ada rezeki boleh bersua kembali.


Sunset di petang terakhir lepas makan kat Kampung Boyan.


Aku layan sunset dengan Izza, dorang yang lain tu balik dulu since aku dengan Izza decide balik jalan kaki je. Saja nak buang masa melayan sunset kat waterfront.


Bye bye Kuching!


Seat MAS pun sempit jugak. Tetap kena kecilkan badan kalau ada yang nak keluar. Masa balik aku duduk kat tepi tingkap, seronok layan suasana malam dari udara. Paling teruja bila nampak bangunan twin tower dari atas, cantik betul! Sayang, aku terlupa nak snap gambar.


Welcome home! Ieka jemput aku kat airport, dorang berempat balik naik ERL. Berakhirlah perjalanan raya kami ke Kuching. 


Sunday, October 13, 2013

day3: mengintai ke sempadan

Pagi ni tertunailah hajat mereka2 itu nak breakfast kat Kopi O Corner. Kalau tengok pada keadaan restoran yang penuh dengan pengunjung, I was putting very high expectation. Tambah pulak bila banyak makanan yang dah nak habis masa kitorang sampai tu. So, aku just mintak nasi lemak rendang daging dan Teh C panas. Lama jugaklah kami menunggu makanan dihantar.


Nasi lemak rendang daging yang aku makan pagi tu. Lepas kunyah sesudu, expectation aku jatuh merudum, biasa2 je kat lidah aku. Nasi lemak kat Restoran Adik Abang lagi sedap! 

Lepas dah kenyang, perjalanan untuk mengintai ke sempadan pun bermula. Bantuan cik gps diperlukan, tapi bila sampai kat satu tempat tu cik gps dah pening. Banyak kali jugak berhenti tanya orang direction ke Serikin. Kalau tak sampai sudah harus sesat lah. Signboard tak membantu sangat pun. Tapi bila dah hampir tu, banyak pulak bas yang bawak pelancong menuju ke arah yang sama.

Pasar Serikin ni di sepanjang jalan yang panjang. Peniaga akan bukak gerai jualan di kiri dan kanan jalan tu. Orang ramai memang tak usah ceritalah, lemas. Cuaca pulak memang panas. Mostly yang dijual adalah pakaian, telekung, barang2 hiasan dan macam2. Semuanya dibawa dari seberang dan yang berniaga ni pun orang2 seberang jugak.


Tikar rotan dan tikar buluh macam ni banyak dorang jual. Tapi harga tak menahan mahalnya.


Kantung macam gini pun ada.


Paling hujung jalan, ini yang dorang jual. Hasil pertanian dan hasil hutan, tapi kat area sini orang dah tak ramai.


Nak patah balik dah, orang pun dah berkurangan since matahari dah makin tegak. Yang aku perasan, ramai orang semenanjung yang datang ke sini.


Semakin lengang. Kalau awal2 kitorang sampai tu, nak mencelah pun susah. 


On the way balik kitorang singgah ke Fairy Cave. Gua ni kat tepi simpang, kalau nak ke Serikin kat belah kiri lepas masuk simpang kanan. Rupa2nya kat dalam gua ni dah dijadikan tempat orang Budhha sembahyang. Gua ni cantik jugak, tapi bila dah mentera dorang memang terpasang je, pastu colok yang dibakar pun banyak, takde lah aku nak lama2. 


Kemudiannya kami ke sini. Parking kat tepi pagar je, lagi pun orang tak ramai.


Entrance fee cuma RM 1.00 je untuk Malaysian. Kalau nak ke sini jangan lupa bawak torch light ye.


Entah di mana silapnya, torch light aku buat perangai pulak. Kebetulan ada satu group lelaki Chinese depan kitorang, so kitorang follow diorang je lah. Kat dalam tu gelap dan berbau busuk dengan tahi kelawar. Harus hati2 sebab laluan tu licin. Kitorang tak masuk gua yang last tu, keberanian macam dah kurang je. Orang pun tak ramai.


Sebelum balik menyinggah ke sini, Tasik Air Biru. Airnya jernih, ada je budak2 mandi walaupun kat situ dah terang lagi jelas ada amaran tak dibenarkan mandi, memancing, minum dan sebarang kegunaan lain. Air tasik ni jadi warna biru disebabkan paras arsenik yang tinggi. Tu sebab dilarang untuk buat sebarang aktiviti tu. 

Mungkin rezeki kami agaknya, on the way balik kami jumpa Taman Sahabat sebelum keluar pagi tu aku dah tanya direction kat front office. Masa sampai kat Taman Sahabat tu, ada kisah kelakar. Kitorang diganggu anjing gatal, hahaha. Elok masa park kereta, kitorang nampak sekor anjing ni follow sorang lelaki yang kitorang assume tuan dia lalu depan kereta kitorang. Aku cakap kat dorang, jangan anjing ni kacau kita sudah. Masa tu anjing tu dah patah balik. Elok aku bukak pintu kereta dan nak keluar, anjing tu terus datang. Cepat2 aku tutup pintu dan masuk dalam kereta. 

Tepi tu ada pokok buluh renek yang rimbun tu, sekali anjing tu menyorok kat situ. Tiap kali kitorang bukak pintu nak keluar, dia bangun datang arah kitorang. Bila kitorang masuk balik dalam kereta, dia nyorok balik. Lama kitorang duk main hide and seek sampailah sorang pekerja kat taman tu datang. Yang kelakar tu, pandai pulak anjing tu menyorok dari pekerja tu. Lepas dihalau dari situ, barulah kitorang keluar. 


Kitorang masuk ikut pintu belah kiri dari gambar ni. Taman ni dalam kawasan perumahan, susah sikit nak mencarinya. Berdepan dengan entrance ni pun rumah orang.


Taman Sahabat ni dibina sebagai tanda persahabatan antara kerajaan China dan Malaysia. Bolehlah nak berangan dah sampai China. Tapi view cantik untuk bergambar. Nak lepak2 pun boleh.


Kat Kuching ni memang banyak patung kucing gamaknya. Even kat sini pun ada. Patung ni korang boleh nampak masa masuk simpang dari main road. 


Petang di waterfront sebelum menyeberang untuk dinner. Lepas makan kitorang berjalan ikut laluan kat atas tu. Masa aku datang 2 tahun lepas, laluan tu tak ada.


Lampu di malam hari.




Gambar yang ni mengingatkan aku pada Hoi An di waktu malam. How I miss the place and the peoples.


Gambar terakhir sebelum kembali ke tempat peraduan. 


Friday, October 11, 2013

day2: membakor diri di bako

Orait, kalau part yang sebelum ni perjalanan kitorang landai je, takde mendaki. Kalau sebelumnya takat peluh malu2 nak keluar, tapi kali ni peluh dah tak malu2 dah. Silap2 boleh lencun mandi peluh. Seeloknya pakailah pakaian yang selesa. Tapi ada je yang selamba pakai jeans.


Bila nampak signage ni, makanya korang kena ikut laluan yang korang nak pergi. Masa ni dah start mendaki. Since kitorang nak ke Teluk Pandan Kecil, so arah kananlah tujuannya.


Walaupun aku patutnya follow laluan marked by yellow color, tapi aku cuma jumpa this red marking je. Aku confident je, tapi bila ahli kumpulan lain dah curious, terpaksalah aku ketepikan my gut feeling. Masa nilah masing2 keluarkan handphone, nak call office nak tanya pasal marking tapi malangnya semua phone takde coverage! So aku insist suruh dorang jalan je. Sampailah jumpa couple mat saleh on the way balik dan dorang kata laluan tu betul. Cuma nanti baru ada marking kuning bila dah laluan berbeza. Moral of the story, I always trust my gut feeling, haha. 


Kan sayang kalau udara segar dicemari dengan pencemaran. Silap haribulan boleh akibatkan kebakaran pulak. Tak jauh dari sini, dah tak ada pokok tinggi dan laluan pun dah mula panas. On the way tu korang akan jumpa pondok untuk berteduh, boleh lah kalau nak berehat hilangkan penat.


Even pokok ni pun pakai sunglasses. 


Ada kasut yang tertewas. Kasut yang tewas takpe, jangan orangnya.


Hati2 bila melangkah, kang ada yang terjatuh. Banyak laluan ni yang kehilangan papan. Ada kalanya laluan ni menaik dan menurun, tak de lah rata dan landai. Memang kena alert lah dengan keadaan sekeliling. 


Periuk kera yang dah kosong. Di sepanjang perjalanan ni, korang akan jumpa bermacam2 jenis periuk kera. Itu pun kalau korang perasan. Kalau tak perasan tu nasiblah. 


Batu ni macam kerang pun ada bentuknya. Ni kiranya dah boleh nampak dah Teluk Pandan Kecil dari atas ni. Cuba tengok ke bawah.


Kan? itulah Teluk Pandan Kecilnya. Bila tengok view ni depan mata, terus hilang penat sebelum ni. Lepas ni korang kena turun ke bawah, ikut belah kanan dari dalam gambar ni. Kalau dari atas sini korang pandang belah kiri, confirm ada orang miskin sedang berjemur kat bawah sana. Bila orang yang ramai2 tu dah blah, baru kitorang bergambar.


Korang ingat tak kain batik yang jadi hiasan dalam bilik kitorang? Kalau korang perasan tetiba kain tu boleh ada dengan kitorang, kikiki. Terpaksalah kitorang pakai topeng, kan tak pasal2 ada yang kena saman nih. Jangan tiru perangai tak semenggah kitorang, hahaha.

Bila dah turun kat bawah tu, sempat kami melepak celah batu sambil makan kuih yang kitorang tapau sementara nak tunggu pak cik boat sampai. Kat tepi2 tu pun cantik, tapi pasir pantai tu panas kot tengah hari cenggitu. Aku takat layan ambik gambar belah sini je, malas nak cross ke sebelah sana. Pukul 2 tu, pak cik bot datang, dia mintak izin kitorang nak bawak orang lain dulu and will be back to pick us up. Dalam pukul 3 lebih jugak baru kitorang bergerak untuk balik.


Sea stack yang jadi tumpuan ramai orang, termasuklah kami. Sayang sekali, masa kitorang datang ni air keruh semacam, tak jernih macam dalam gambar yang pak cik gugel tunjukkan pun. 


Masa kitorang bersusah payah carik angle nak ambik gambar ni, pak cik bot tu kata nanti dia pusing. Aku pun happy lah sebab mesti boleh ambik gambar dari angle lain pulak. Tau apa jadi? Pak cik tu pusing pegi tempat lain! Aduhai...


Personally, aku lebih suka bentuk yang ini. Jelas kelihatan kepala anjing. 


Macam gini pun ada. Lepas tu kitorang pun dibawak balik ke pangkal jalan. Masa kami balik ni air tengah pasang.


Korang mampu tidur atas box ikan macam brader tu?


Pokok api2 yang banyak tumbuh kat tepi tu. Pak cik bot kata pokok api2 ni kesukaan fireflies. Kalau time air surut pulak, boleh tengok bujang senang melepak kat bawah pokok ni.


Inilah jeti tempat mula2 kitorang sampai tadi. Ambik boat dari sini untuk ke Taman Negara Bako. Siap ada amaran bujang senang lagi tu. Dorang buat lawak, kalau nak cepat pandai berenang, terjunlah dalam sungai ni. Confirm laju je berenang bila nampak bujang senang muncul.


Tambang bot yang dorang pamerkan kat tepi jeti. 


Inilah bangunan tempat korang perlu register sebelum ke Taman Negara Bako. Bot pun akan ambik kat sini jugak. Masa sampai tu excited sangat, lupa nak ambik gambar. Bila nak balik baru teringat, kalau lupa jugak langsung takde pape.


On the way balik kitorang berhenti bergambar kat jalan ni. Cantik tengok sebab banyak pokok2 rendang macam ni. Kalau 2 tahun sudah aku bergambar kat roundabout, sampaikan ada orang pusing roundabout berkali2 sebab nak kacau kitorang. Kali ni berhenti bergambar kat tengah jalan pulak, banyak jugak yang hon kitorang.

Kitorang singgah makan kat restoran apa ntah, tak best pun. Lepas dah kenyang, balik bilik dan malam tu keluar lagi. Kononnya nak tengok wayang tapi panggung dah tutup. Nak ke bangunan DUN Sarawak tapi ntah ke mana2 kitorang sesat. Padahal malam first tu kitorang dah lalu pun. Pening jadinya bila asyik pusing roundabout je, kitorang akhirnya sebulat suara decide balik ke hotel. Apa pun misi ke Bako terlaksana. Alhamdulillah, syukur padaNya atas satu lagi peluang menikmati satu lagi keindahan alam ciptaanNya.  


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...