Monday, June 24, 2013

trip sempoi: hari nan indah -part2

Kalau diikutkan hati, memang nak berlama2 kat sini. Sudahlah aman damai, phone line pun takde coverage. Kiranya ni tempat terbaiklah nak menyembunyikan diri dan berhibernate. Zero gangguan! Tapi hanya mampu berharap je, sebab kami tetap akan dihantar pulang. Kami kena bertolak dalam pukul 11 pagi sebab feri kitorang pukul 1 tengah hari. Perjalanan dari Pantai Mak Kepit ke jeti Pulau Redang lebih kurang setengah jam jugaklah, tapi tak terasa sebab view mengancam!


Jernih giler air laut ni, boleh nampak bawah tu! Lebih jernih dari air pool. Masa masing2 duk layan perasaan, tetiba brother bot tunjuk mak penyu tengah berenang sambil timbulkan badan. Tak sempat nak tala kamera, penyu tu dah berenang masuk dalam air dan hilang. Mana tak larinya, masing2 menjerit macam nak pecah bot. Cik ghimau pun cabut lari kalau dengar kitorang menjerit agaknya, haha. 


Indah dan mendamaikan. Sayang rasa nak tinggalkan tempat ni.


Masa bot pass by Taman Laut yang kitorang lepak petang semalamnya, punyalah ramai orang. Yang bersnorkeling, yang just melepak pun ramai. Setiap sudut pulau tu memang penuh dengan orang ramai. Untung kitorang sebab boleh masuk lepas waktu yang dibenarkan. Kalau tak mesti kitorang pun terselit celah2 orang ramai tu.


Eh, dah nampak jeti! Erk... kalau patah balik ke Mak Kepit aci tak? Baru separuh hari menyorok, dah kena hantar balik. Tak best betul...


Bot nelayan dan bot bukan nelayan. Feri datang dan akan tinggalkan Pulau Redang ni dari arah sanalah. Kami sampai kat jeti tu awal lagi, belum pukul 12. Tengah berkira2 nak ke kedai kat simpang, nampak feri dah sampai. Bila check tiket, rupa2nya feri kami pukul 1, bukan 1.30 tengah hari. Terus cancel nak ke kedai, sebaliknya semua melepak kat jeti. 


Sambil2 tu melayan ikan yang comel ni. Tak payah snorkeling bagai, boleh nampak dari atas. Ada banyak group, macam2 color ada. 


Bila dicampak dengan makanan, berebut2 semuanya. Seronok betul melayan ikan2 ni, ralit dibuatnya. 

Pukul 1.00 semua boarded feri, mulanya seronok layan bersembang, tup2 tak sedar bila aku tertidur. Sampai kat Jeti Syahbandar, kami simpan bag dalam kereta sebelum bergerak secara berjemaah ke Pasar Payang. Masa datang hari sebelumnya aku tak perasan sangat perubahan sebab hujan, takde nak usyar keliling. Tapi baru aku sedar, banyak betul yang berubah. Ke sebab aku yang dah lama tak jejak bandar KT? 

Masa kat sini adik aku dah sampai, dia nak join untuk aktiviti malam nantinya. Tak lama pun kat Pasar Payang dan aku cuma beli bahulu beras yang tak best mana pun. Lepas tu kami bergerak balik ke rumah Nani untuk bersiap2 ke destinasi seterusnya. 


Saturday, June 22, 2013

trip sempoi: hari nan indah -part1

Walaupun tidur berhimpit2 dan aku tidur betul2 belakang pintu, tetap lena hingga ke pagi. Boleh dikatakan aku antara yang bangun lambat pagi tu. Lepas breakfast nasi goreng aku tolong makan je masing2 buat aktiviti bebas. Sayang kalau aku tak nikmati keamanan pagi kat Pantai Mak Kepit ni.


Kayu yang terpacak banyak2 tu adalah tanda tempat penyu bertelur. Dan malam tadi kami tidur kat kawasan lapang depan pantai tu. Padahal kalau terus sambung tidur kat pantai pun okay, sebabnya hujan tak jadi turun. Sekadar rintik2 kecik je.


Sendirian di satu sudut dunia, tetap setia menanti sesuatu yang tak pasti.


Sebenarnya kayu yang dipacakkan untuk tanda tempat penyu bertelur tu ditulis tarikh bila penyu tu bertelur. Dari situ renjer bertugas boleh jangka bila telur2 tu akan menetas. Aku baru tahu, kalau penyu tu bertelur kat tempat redup macam bawah pokok, anak penyu yang bakal menetas adalah jantan. Kalau bertelur kat tempat terbuka, anak2 penyu yang akan menetas nanti adalah betina.


Batu ni macam batu tanda pulak, letaknya di permulaan pantai Mak Kepit ni. Hujung belah sana ada lagi batu besar lain. Aku tak berani nak ke sebelah sana sebab air masih pasang pagi tu. Aku kan takut air orangnya. 


Tenang, aman dan mengasyikkan. Itulah yang aku rasa. Seolah2 bersatu dengan alam. 


Kami yang menyibuk dengan dorang yang betul2 sibuk. Sebenarnya, malam tadi ada 10 ekor penyu yang bertelur kat pantai sebelah pantai yang aku lupa namanya dan bila air pasang pasir pantainya tenggelam dan mereka2 ni dalam proses memindahkan telur penyu dari pantai sana ke sini. 


Yang bersedia untuk dipindah ke rumah baru. Telurnya kecik je, comel pulak tu. Masa kecik2 dulu aku pernah tengok telur ni dijual kat Pasar Payang, even pernah makan telurnya.


Yang dah selamat dipindahmasuk ke rumah baru. Berbeza betul lubang buatan manusia dan buatan penyu, tapi bentuknya tetap sedaya upaya dibuat menyerupai bentuk asal. Lubangnya jauh ke dalam dan bahagian bawahnya gemuk.


Bila dah puas menyibuk, tinggallah mereka2 ni aje yang bekerja. Tekun dorang ni. Best betul keje cam dorang, takde nak kena pakai uniform bagai, tak perlu nak punch in punch out. Lupa pulak nak tanya kot2 ada vacant, bolehlah hari2 merenung laut. Silap haribulan, dari takut air aku terus tak boleh berpisah dengan air lagi dah.


Agaknya korang tahu tak apekebendanya ni? Apa?! Tak tahu nak teka? Apadaaa...
Ni adalah bekas tapak kaki penyu. Erk, tapak kaki ke namanya? Tak kisahlah korang panggil apa pun, tapi itulah kesan yang ditinggalkan bila penyu mendarat.


Tanpa disangka, di sebalik pasir pantai yang kasar ni tersembunyi keindahan. Setiap ciptaan Allah itu ada kelebihannya, cuma kadang kala kita terlalu buta untuk melihatnya. Apatah lagi untuk menghargainya.


Air pasang pagi surut pukul 5... Nyonya bangun pagi siram pokok bunga.. Eh, korang sambung sendirilah. Masa ni air laut dalam poses untuk surut.


Dah surut pun. Jernih airnya, cantik sangat. Tambah pulak warna airnya berlapis2. Tak pasal2 aku berangan nak buat rumah tepi pantai pulak. Dan angan2 tu bersambung dan berkait sana sini tanpa aku minta. Enough said, mengingatkan aku pada seseorang.


Sunday, June 16, 2013

trip sempoi: penyu menangis di mak kepit

Dari Taman Laut Pulau Redang, kami dibawa dengan bot ke suatu tempat yang tersembunyi dari orang ramai. Masih di Pulau Redang tu jugak, cuma tempat kitorang dibawak ni agak special. Hanya orang2 yang special jugak yang boleh ke sana, macam kami semua... haha.


Dari jauh kami dah nampak tempat yang bakal disinggah. Air laut yang jernih berteman pasir pantai yang putih memang memukau pandangan. 


Iya, kami berada di sini. Di Pantai Mak Kepit, Pulau Redang. Orang awam memang tak dibenarkan ke sini tanpa kebenaran. Menurut renjer yang bertugas, katanya pantai ni menerima paling banyak pendaratan penyu agar. Sebelum sampai ke pantai ni, kami pass by pantai yang aku lupa namanya yang putih bersih pasirnya. Kat pantai tu pun ada jugak penyu mendarat dan bertelur, tapi renjer yang bertugas akan pindahkan ke sini. Sebabnya selain pantai tu pendek, bila air pasang pasir pantainya ditenggelami air. Jadi telur penyu akan rosak.


Remang senja sewaktu air surut. Memang mendamaikan kat sini, jauh dari orang ramai. Best layan angan2 kat sini, namun sayangnya kami kat sini sekejap je. Bila berangan pun tak boleh nak panjang2. Takat berangan yang pendek2 je bolehlah.

Lepas makan malam, kami melepak tepi pantai. Bersembang tentang apa saja sambil mengunyah keropok dan choki-choki. Pak cik renjer ada bagitahu kami, malam nanti kami akan dapat peluang tengok anak penyu menetas.


Ini je gambar terbaik yang mampu aku capture semasa anak penyu ni berlumba2 keluar dari sarangnya. Aku ada ambik video. Aku dah edit, potong part yang tak sepatutnya, tapi bila aku nak save tak dapat pulak. Berkali2 aku cuba, last2 aku give up. Gambar ni je lah yang mampu aku kongsikan dengan korang semua. 

Melihat anak2 penyu berlumba2 keluar dari sarangnya betul2 satu pengalaman indah. Berkerumun kat kaki kitorang bila disuluh dengan torch light dan masing2 menjerit kegelian adalah momen terindah antara kami. Namun sedihnya hati kami bila melihat pemangsa dah sedia menanti anak2 penyu ni sebaik sahaja si comel masuk ke laut. Kata pak cik renjer tu lagi, kalau ada 10 ekor dari semua yang menetas tadi terselamat pun dah cukup besar jumlahnya. 

Lepas melayan anak2 penyu, kami berehat dan berbual di tepi pantai, tempat yang kami akan jadikan tempat tidur malam nanti. Ya, kami akan tidur di tepi pantai, berbumbungkan langit dan berlantaikan pasir pantai. Selain dari group kami dan renjer bertugas, ada group dari kelab pencinta penyu bersama kitorang. Masa tu kami dah dengar bunyi mak penyu mandi pasir. Menurut renjer, ada 2 ekor mak penyu tengah mandi pasir dan akan bertelur dalam masa sejam lagi. Dalam berbual tu kami nampak lagi seekor kat gigi air, nak naik bertelur. Namun bila nampak kitorang sebab bulan penuh malam tu, penyu tu kembali ke laut. 

Alhamdulillah, dah tersurat rezeki kami nak tengok penyu bertelur malam tu. Hampir pukul 11 malam kami dibawa ke tempat penyu bertelur, kat hujung pantai sana. Masa tu aku tak tahu pun yang ada seekor lagi tengah prepare nak gali lubang untuk bertelur tak jauh dari situ. 


Mak penyu yang first sedang bertelur. 


Masing2 excited nak bergambar dengan penyu. Masa ni proses bertelur dah selesai, penyu ni tengah nak timbus balik lubang tadi. So dia dah tak kisah diganggu bila urusan utama dah selesai. Tapi jangan tak tahu, kalau dia diganggu sebelum bertelur, makanya dia akan patah balik ke laut dan tak bertelur malam tu. Tapi akan datang balik pada malam yang akan datang.

Kami kemudiannya senyap2 mengendap penyu kedua. Masa kami sampai, dia tengah korek lubang. Sungguh hebat ciptaan Allah yang satu ni, ralit tengok cara lubang dikorek sebelum dia bertelur. 


Memandangkan kitorang tengok dari awal proses nak bertelur, kami sama2 kira berapa banyak penyu ni bertelur. Kalau tak silap aku ada 126 biji. Mak penyu yang ini dah banyak kali mendarat untuk bertelur, sebab ada tag kat tangannya. 

Lepas dah tengok 2 ekor penyu bertelur dan menangis malam tu, masing2 prepare tempat tidur kat tepi pantai. Aku masuk bilik dulu sebab belum solat, tapi lepas tu melarat2 bersembang sampailah pukul 1 pagi baru bergerak ke pantai untuk tidur. Orang lain semua dah lena diulit bayu ombak. Kami je yang baru terhegeh2 nak tidur. 

Aku rasa baru je terlena, tiba2 aku dengar orang sebelah kejutkan. Hujan katanya dan aku rasa air menitik atas muka. Dalam mamai aku bangun dan ikut diorang balik ke bilik. Malangnya aku tak lepas melangkah alur dan terjatuh dalam air. Habis basah stokin aku. Namun tidur kami tetap lena walau terpaksa bersempit ramai2 dalam sebuah bilik. Macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya. 


Ini je yang aku boleh kongsikan since cubaan aku mengedit video gagal. 


Tuesday, June 11, 2013

trip sempoi: panggilan pulau

Setelah semuanya kenyang dijamu nasi kebuli oleh mak Nani yang baik hati lagi cantik, kami bergerak ke Jeti Syahbandar. Jangan tak tahu, sudahlah kami kenyang dijamu kat rumah, malahan kami turut dibekalkan lagi. Kami redah hujan renyai dan sewaktu tiba di kaunter, orang dah ramai tunggu turn dan beratur nak beli tiket feri. 

Tambang untuk dewasa adalah RM35 untuk penduduk Terengganu, RM55 bagi yang bukan orang Terengganu dan kanak2 RM25 seorang. Kalau tak silap jadual feri ke Pulau Redang dari jeti ni cuma ada 2 kali sehari, 10.30 pagi dan 12.00 tengah hari, bergantung pada keadaan cuaca. Tapi kalau korang dah booking siap2 dengan hotel mungkin ada arrangement untuk korang.  


Akhirnya kitorang boarded setelah usaha Nani bersesak beli tiket berjaya, kami semua menunggu penuh debaran risau kot2 tak dapat tiket. Aku dan Izza pilih seat paling belakang, Masa ni hujan masih lagi turun.


Korang nampak benda hitam yang tergantung tu? Itu adalah plastik yang digantung, kot2 ada yang pening nak muntah boleh guna plastik tu. Tapi macam tak praktikal sebab tinggi tergantung. Orang kalau dah pening mana boleh nak bangun capai plastik kat atas tu. Kalau ada member okaylah jugak, kalau sorang2? 

Feri bergerak je aku terus lena, langsung tak sedar apa. Aku terjaga bila dengar macam bunyi riuh je. Rupa2nya dah nak sampai. Aku intai dari tingkap seat depan, cantik! Subhanallah! Aku rasa macam bukan kat Terengganu je, inilah padahnya bila dah lama tak berjalan, mulalah terberangan ntah apa2 hahaha. Disebabkan lama lagi nak tunggu bot special kami datang jemput, so kitorang berjalan ke arah mainland. Sambil2 tu mengushar sekeliling. 


Selalu aku nampak ambulans kat darat je. This time ambulans special sikit. Aku rasa ambulans ni memang standby kat sini, sebab tiap kali aku lalu sini memang ada je padahal 2 - 3 kali je pun lalu sini.


Pak cik bot dan bot berkembarnya. Masa kami sampai ni cuaca mendung, sedang elok nak berjalan dan menikmati apa yang patut sementara tunggu bot kami sampai.


Dan mengintai dari tirai kamar bawah jambatan. 


Ya, kami di sini. Tapi kami bukan betul2 di sini. Tujuan kami adalah di satu sudut yang tak boleh dikunjungi oleh orang lain dengan bebas. Hanya mereka yang terpilih seperti kami sahaja yang boleh ke sana. Ada deretan kedai kat tepi tu, sempatlah aku menyambar FM dengan Izza sementara yang lain2 dah menunggu kat kedai makan sebelah. Bot kami dah sampai sebelum sempat makanan dorang siap, sudahnya tapau je mana yang dah sempat masak.


Bersedia untuk dibawa pergi lagi. Kami akan ke Taman Laut yang tak jauh pun dari jeti ni.


Percikan air yang indah.


Pokok kelapa di Taman Laut Pulau Redang khas buat orang yang dah lama tak tengok pokok kelapa. Lepas makan dan bersolat, masing2 teruja nak terjun ke laut. Sejujurnya, aku takut air tapi teringin nak mencuba snorkeling. 


Mereka yang berjiwa besar dan tak takut air, jauh perginya dorang. Lepas tertelan air laut, aku terus surrender. Tapi sempat jugak tengok alam baru yang indah di bawah sana. Lepas rehat sekejap teruja nak cuba lagi. Baru half way kaki aku dah start kejang, mungkin sebab aku memandu terlalu lama malam sebelumnya. Kali ni aku betul2 surrender dan cuma berendam kat tepi je. 


Masa ni low tide, kalau high tide batu kat hujung tu tenggelam. 

Agak lama jugak kami membasahkan diri. Tapi tak adalah sampai lewat petang sebab kitorang belum lagi ke tempat tujuan utama. Bila semua dah ready, dengan basah2 dek air laut kami sekali lagi dibawa pergi dengan bot. Kali ni ke final destination untuk program malam nanti.

footnote: Alhamdulillah, minggu yang tough baru saja berlalu. Aku harap aku tak perlu repeat last module. As to date aku ada satu lagi module yang perlu diambil and a viva to go. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...