Wednesday, July 28, 2010

pulau pangkor - hari ketiga

Hari terakhir di Pulau Pangkor, terasa sayang untuk ditinggalkan. Segala2nya indah dan menyenangkan. Terutamanya deburan ombak, kicauan burung, dan amannya di sini tanpa gangguan. Namun pagi hari aku dikejutkan dengan deringan telefon. Aduyai... benar2 membuatkan lena aku tergugat.


Menjengah di luar balkoni di awal pagi, aku sempat melihat sang tupai ini yang berkejaran dari satu pokok ke pokok kelapa yang lain. Seronok aku melihat gelagat sang tupai ini. Sempat jugak aku capture gelagat salah seekor dari pasangan tupai tersebut.


Berseorangan di awal pagi menikmati keindahan pagi di tepian pantai. Ombak kelihatan agak ganas memandangkan hujan turun agak lebat pada malamnya. Tidak ramai yang berada di pesisiran pantai di waktu pagi ini.


Setelah sekian kalinya berkejaran dengan ombak, clam dan si ketam. Akhirnya aku berjaya menangkap ketam ini untuk diabadikan sebagai kenangan yang terindah. Awalnya aku ingatkan yang aku tangkap ini adalah clam, namun sebaik aku merasa geli di tapak tangan barulah aku menyedari bahawa bukan clam yang aku tangkap. Sebaik sahaja pasir dibersihkan dengan air laut, muncullah rupa sebenar si ketam ini.


Bilik yang di tingkat paling atas itu merupakan ruang yang aku huni selama tiga hari dua malam. Balkoni itu merupakan tempat aku melepak sambil mencuci mata, hahaha.


My room!


Aku tidak pasti bangunan seakan menara ini untuk apa. It's located next to the lobby.


Saat untuk berangkat pulang. Feri kuning itulah yang akan membawa kami semua ke tanah besar.




Dua gambar di atas aku capture sewaktu di pekan Sitiawan, ketika berhenti seketika di lampu isyarat. Yang menarik perhatian aku selain dari bangunan lama ini adalah lampu yang masih terlekat kemas di dinding.


Gambar dicapture ketika kereta sedang bergerak. Kelihatan padi yang sedang dituai serta burung putih yang banyak terdapat di situ.

Dalam perjalanan pulang, kami mengambil keputusan untuk singgah seketika di Bandar Teluk Intan memandangkan kami sudah hampir dengan bandar ini. Tidak susah untuk mencari Menara Condong Teluk Intan, benar2 berada di tengah bandar. Kami hanya berhenti seketika, mengambil gambar dan kembali meneruskan perjalanan.




I don't know what exactly this and what for. I snap this picture at Menara Condong Teluk Intan.






Di dalam pagar itu merupakan seakan kolam dan mempunyai air. Aku dapat melihat banyak syiling di dalamnya, mungkin dilemparkan oleh sesetengah orang yang membuat hajat barangkali.


Menara ini berada di hadapan jalan. Di belakang menara ini merupakan dataran luas dan dikelilingi oleh bangunan kedai. Ada antaranya bangunan lama yang masih elok.

Perjalanan pulang diteruskan dengan harapan kami akan sampai sebelum senja melabuhkan tirainya. Perjalanan lancar sehingga kami memasuki tol Bidor, tiada lagi sesat seperti perjalanan pergi sebelum ini. Kononnya si driver aku nak pecut 160km/j, nak test keupayaan Qasehku walaupun aku menentang hebat. Baru aja nak pecut, ada kereta memberi peringatan tentang sesuatu. Maka perjalanan menjadi agak membosankan dan mengantuk dengan kelajuan yang tak melebihi 110km/j. Namun begitu aku menarik nafas lega, hahaha..

Sebelum sampai exit ke Rawang, kenderaan di hadapan semakin perlahan. Rupa2nya ada road block di kedua2 arah. Mujurlah kami 'terselamat' dari saman. Lega.., selamat RM300.00. Dan perjalanan seterusnya tetap dengan kelajuan yang dibenarkan, takut kalau2 ada lagi road block di hadapan. Aku sampai ke rumah lebih kurang pukul 6.30 petang. Hari masih terang.

footnote: Alhamdulillah, percutian yang dirancang dalam masa yang singkat ini berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan. Terima kasih yang tak terhingga kepada insan yang banyak mengeluarkan wang untuk aku bagi percutian ini. Lain kali bawaklah saya bercuti lagi, hihi.

Tuesday, July 27, 2010

pulau pangkor - hari kedua

Bangun pagi aku didendangkan dengan deburan ombak yang masih setia dengan pantainya. Indah dan mengasyikkan, silap2 boleh terlena kembali. Sudahlah dengan hawa dingin, bunyi ombak, sesekali burung berkicau nyaring memang benar2 mengulit rasa untuk terus berada di bawah selimut tebal.

Kami bersarapan di hotel. Masakannya biasa2 sahaja. Setelah selesai bersarapan, kami mengambil keputusan untuk mengelilingi pulau. Asalnya ingin menyewa basikal, namun aku yang tak pandai basikal ini merayu agar diubah kepada motosikal. Mujurlah rayuanku didengari, dan kami menyewa motosikal dengan kadar RM20.00 sejam. Tujuan kami tentulah mengelilingi pulau yang tak sebesar mana pun, sebenarnya.


Sebelum keluar, sempatlah aku capture the hotel entrance. Sewaktu sampai semalam, ramai sangat orang dan aku tak suka ambil gambar dalam keadaan yang crowded with peoples.


Sementara menunggu penjaga kaunter datang, sempatlah aku cuci mata dan menikmati suasana pantai di waktu pagi.








Cantikkan hasil seni si ketam ni? Bentuknya seperti rama2. Kalau korang perasan ada dua ekor ketam yang masih kecil sedang berusaha menyiapkan hasil seni yang tak ternilai harganya ini.

Gambar di bawah ni merupakan hasil capture yang diambil sewaktu melawat tapak Kota Belanda. Korang layan aje lah..
















Gambar ni pulak aku snap masa berhenti seketika dekat satu selekoh berbukit. Look nice!


Konon2nya ni macam menara tinjaulah, tapi aku tak berani pulak nak naik ke atas tu. Macam menyeramkan aje.


Ni depan jeti, aku ambik gambar ni masa kitorang berjalan dari hotel ke jeti pada petangnya. Ingatkan nak explore kawasan sekitar dengan berjalan kaki dan mengambil gambar, tetapi gerimis dari rintik halus bertukar menjadi kasar menyebabkan kami menukar perancangan. So, we decide to going back to hotel, risau kalau2 gerimis bertukar menjadi hujan lebat. Yang frustnya, tak hujan pun.


Dah tak tahu nak buat apa, bila ombak surut je aku mengejar clam yang tertinggal. Ini je yang sempat aku capture. Aku kena cepat sebab clam ni dengan pantasnya akan masuk ke dalam pasir bila ombak dah kembali ke laut.




Punyalah susah nak tangkap gambar anak ketam ni. Berjaya jugak aku, akhirnya.


Puas hati dapat tangkap. Tapi clam ni tak besar, kecil aje. Yang besar laju aje menyusup masuk ke dalam pasir.


Aku memberanikan diri turun berseorangan ke pantai di waktu malam. Tapi bila gerimis mula turun, cepat2 aku balik ke bilik. Sudahlah ombak kuat menghempas pantai, cuak jugak! Hahaha....

footnote: aku mahu menjadi seperti pantai, tetap setia menanti kehadiran ombak. Walaupun kadang2 ombak datang dengan ganasnya, membawa segala kotoran dari isi laut ke pantai, namun semuanya diterima oleh pantai dengan hati yang terbuka. Namun ombak juga seringkali mendatangi pantai dengan penuh kelembutan. Setianya pantai dan ombak memang sukar untuk digugat.

Sunday, July 25, 2010

Pulau Pangkor - hari pertama

Kami bertolak dari Bandar Baru Salak Tinggi tepat jam 7.30pagi. Singgah sebentar di Esso untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Elite. Dari awal kami berhajat untuk singgah breakfast di Restoran Jejantas Sungai Buluh, namun setibanya di sana kami membatalkan niat. Terlalu ramai orang dan parking telah penuh.

Kami meneruskan perjalanan dan berhenti di R&R Rawang. Nasib kami baik kerana setibanya kami, ada sebuah kereta keluar dan aku dengan pantasnya mengambil tempat tersebut. Orang yang ramai menyebabkan kami membungkus dan makan di bangku rehat.

Perjalanan diteruskan dengan bertukar pemandu dan kami keluar melalui exit Bidor, tak jauh pun sebenarnya dari KL. Namun perjalanan terasa jauh apabila melalui jalan kampung. Disebabkan tiada penunjuk arah, kami tersesat agak jauh dan berpatah balik setelah bertanya di sebuah stesen minyak.

Melalui jalan kampung yang ada kalanya rosak, jalan turut dikongsi dengan lori yang berat dan besar tidak membolehkan kami untuk memandu dengan lancar. Kami akhirnya sampai ke Pekan Manjung sewaktu jam sudah pun menunjukkan 12 tengah hari. Memandangkan kami tidak pasti tentang jarak serta perjalanan yang bakal dilalui, kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan tanpa mengisi perut. Dari Manjung ke Jeti Lumut tidaklah jauh mana sebenarnya.

Meninggalkan Qaseh di sebuah kawasan parking dengan bayaran RM10.00 sehari dengan harapan agar semuanya selamat. Di jeti, kami terus check in di kaunter Pangkor Island Beach Resort and we were directed to the ferry, that will bring us to the PIBR jetty in Pangkor Island.

Setelah melalui perjalanan lebih kurang setengah jam, kami sampai di jeti dan disambut oleh bas mini yang akan membawa kami ke hotel. Setibanya di hotel, kehadiran kami disambut pula oleh alunan welcome song and also welcome drink by the
hotel staff. Lepas check in, kena tunggu seketika sementara bilik disiapkan since the housekeeper still doing their job.


Inilah pandangan pertama yang menyambutku apabila aku melangkah masuk ke bilik ini. Bilik yang akan aku huni selama tiga hari dua malam di Pulau Pangkor ini.











Antara dua benua.












Lonely...





Biasan cahaya di permukaan pantai, hasil seni yang unik dan menarik.


Hasil seni lakaran sang ketam. Cantik dan unik!


Mostly the picture below were taken while we were walking at beach during sunset. So, korang layan ajelah gambar sunset kat tepi pantai ni.



Di remang senja.





Amacam? Okay tak picture ni?






Akhirnya, berjaya jugak aku capture hornbill yang pemalu ini dari jarak dekat. Ini pun disebabkan makanan yang tersedia, itu sebabnya ia masih setia di situ.


Sunset yang sudah sampai ke penghujungnya pada petang ini.


Pemandangan permulaan malam dari balkoni bilik.


Haha.. malam dah tiba, dan katil ni dah memanggil suruh beradu.

footnote: sesekali bercuti dalam negara pun menarik. Banyak tempat yang indah dan menarik untuk dilawati. Cuti2 Malaysia....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...