Showing posts with label TMM 2014. Show all posts
Showing posts with label TMM 2014. Show all posts

Sunday, June 29, 2014

trip redah | lukisan dinding


Masing2 sambung merehatkan diri selepas Subuh. Mana taknya, kaki dah rasa semacam, risau jugak sebab aku nak kena drive lagi, dah lah kereta kesayangan aku manual transmission. Hampir pukul 10.00 pagi jugak baru kitorang keluar. Breakfast dalam kampus USM sebelum kitorang keluar mencari seni lukis jalanan berpandukan waze. 

Pencarian pertama, kitorang ke arah jeti. Kata Nani, kat jeti tu jadi lokasi penggambaran The Journey, tapi aku masih tak sempat nak tengok lagi movie tu. Kitorang parking tak jauh dari jeti feri. Dari situ kitorang berjalan kaki melintasi terminal bas rapid dan selepas Shell dah tak jauh. Tengok signage Chew Jetty, haaa kat situlah tempatnya kitorang tanya akak jaga parking.

Memang ketara kat situ tempatnya sebab orang memang ramai. Dengan kedudukan rumah yang rapat2, dengan ramainya orang, memang terasa membahanglah panasnya. Kami berjalan sampai ke hujung jeti.


Dah pudar warnanya, letaknya kat tengah2 jeti. Memang boleh terlepas pandang kalau tak diperhatikan betul2.


Jenuh kitorang cari yang ini, rupa2nya kat depan pintu masuk. Punyalah menonong je jalan, langsung tak pandang atas.

Kata akak yang jaga parking tadi, depan Shell tu lintas jalan. Kat seberang sana pun ada few lukisan ni. Keluar dari Chew Jetty, kitorang pun menghala ke sana. Seksa rupanya nak melintas jalan kat Penang ni. 


Di lorong yang sama dengan ni ada lagi satu, masa on the way balik dalam kereta baru aku perasan. Masa aku ambik gambar ni memang tak perasan pun sebab letaknya di opposite wall.


Dua beradik ni pulak beraksi di seberang sana jalan. Kat tepi tu ada kedai yang jual souvenir yang bermotifkan lukisan dinding di Penang ni. 

Dari sini kitorang kembali ke kereta dan memandu ke arah lokasi lain. Berpusing2 kitorang mengikut arahan waze, sudahlah Penang ni memang champion dengan one way nya. Kalau tersilap harus kena start all over again. Sudahnya, kitorang give up dan ke lorong cinta Love Lane aje kemudiannya. 

Asal ada ruang kosong, terus je aku parked kereta dan dari situ kitorang berjalan kaki memburu lukisan dinding yang lain.

  
Hati2 cik kak, tergelincir kang!


Pak cik dan sampannya.


Dalam perjalanan balik ke kereta, kami jumpa lukisan budak2 sekolah rasanya sebab ni kat tembok pagar sekolah.

Dah masuk kereta, kami sepakat untuk pergi lunch, cari durian, hantar Aisyah balik ke kolej dan kami singgah beli jeruk Pak Ali sebelum menyambung perjalanan balik ke KL. Perjalanan balik, kitorang memang tak singgah mana2 pun. Kaki aku dah kepenatan sebenarnya, tu sebab malas nak singgah. Cepat sampai, cepatlah aku boleh rehat. Sampai kat rumah Nani, kitorang kendurikan durian dan rambutan Balik Pulau sebelum aku bertolak balik ke rumah. Berakhirlah trip redah ke Penang sebelum Ramadhan.

footnote: dengar khabarnya, bandar Ipoh pun ada street art macam kat Penang ni jugak. Ada sesiapa yang nak ajak aku ke Ipoh pulak?


Thursday, June 26, 2014

trip redah | meredah hutan untuk ke pantai

Bersambung dari entry ini: trip redah | sesat di penang.

Kami ke kaunter untuk register, fill up segala information yang diperlukan dan staff kat kaunter tu akan tanya sama ada nak trekking atau naik boat. Dan kami pilih untuk trekking dalam kepala duk fikir tak perlu nak panjat2 lah kotnya walaupun aku pakai selipar je. Akak kat kaunter tu pesan suruh balik sebelum pukul 6.00 petang dan trekking akan ambik masa lebih kurang 1 jam 20 minit katanya. 

Lepas beli air kat kedai depan kaunter tu, kitorang mulakan trekking. Masa tu lebih kurang pukul 3.30 petang, aku set jam nak tengok berapa lama masa kitorang ambik untuk sampai. Kalau nak ke Tasik Meromiktik, ambik laluan yang sama nak ke Pantai Kerachut. Confident je aku berjalan dengan selipar, langsung tak menduga yang aku akan diduga kejap lagi. Kat pintu masuk, ada staff yang jaga. Lepas tengok keratan tiket, sekali lagi dia pesan suruh kitorang balik sebelum pukul 6.00 petang. 


Sehabis laluan cantik, kena lalu jambatan gantung dan ada simpang. Kami pilih ke kiri untuk ke Pantai Kerachut.

Mula2 tu laluan okay je lagi. Happy lah sebab aku rasa macam kacang je kot giler berlagak! Tapi bila dah sampai kat selekoh dan depan tu nampak anak tangga mencanak naik, terus lutut rasa goyang. Rasa confident dan berlagak tadi terbang entah ke mana. Sampai je kat penghujung tangga tu, aku rasa nak pitam. Pening dan rasa nak muntah pun ada. Aku duduk kejap atas akar kayu, cuba untuk melawan rasa nak pitam sambil Nani dan adik Aisyah kipas aku thanks korang!. Lama jugak aku kat situ, rasa nak patah balik pun ada. Tapi bila tengok semangat dorang, gagah jugak aku cuba bertahan. Akhirnya, pelan2 aku recover dan teruskan perjalanan. Masa ni nak keluarkan kamera pun takde nafsu, dengan tangan gigil lagi, kalah orang parkinson. 


Bila sampai kat Bukit Belah ni, perjalanan berbaki tak sampai separuh je lagi. Dinamakan Bukit Belah sebab bukit ni dibelah dengan menggunakan cangkul bagi memudahkan kerja2 menarik keluar balak dengan menggunakan kerbau melalui bukit ini. Mengikut versi cerita tempatan, bukit ni berjaya dibelah dalam masa 10 hari dengan 7 orang pekerja sahaja.


Bila turun another tangga yang tinggi, jumpa ni. Dah excited masa ni sebab dah tak jauh. Tapi tak adanya 5 minit, bohong semata2. Aku rasa pihak taman negara sengaja letak kat sini supaya orang rasa excited. 


Dah nampak ni di celah2 pokok kat tebing bukit. Bila nampak ni dah extra excited. Jalan pun laju2 je, kalau masa awal2 tadi mintak nyawa, masa ni aku dah tinggalkan Nani dan Aisyah kat belakang. Sungguh lupa diri, kan?

Bila nampak jambatan gantung Pantai Kerachut, dah boleh nampak tasik belah kiri dan pantai belah kanan. 


Apakah itu tasik meromiktik?




Beting pasir yang dah terbentuk. Sayang, aku tak terfikir nak ambik gambar dari atas jambatan. Dari situ lagi jelas beting pasir yang terbentuk ni.


Ini bermakna tasik meromiktik ini telah terbentuk. Aku tak adalah pulak nak rasa air tu, takut seh. Takat celup kaki kat gigi air, memang rasa air tu suam2 ajelah. Aku nampak ada anak2 ikan berenang2 dalam tasik ni, bermakna ada jugak hidupan. Nak tahu lebih2 pasal tasik meromiktik ni, korang tanyalah cik gugel.

Pukul 5.00 lebih jugak baru kitorang bergerak balik, terngiang2 pesanan staff taman negara suruh kitorang keluar sebelum pukul 6.00 petang. Kat dalam hutan tu dah mula gelap dan masa balik ni kitorang jimat another 10 minutes. Office pun dah tutup. 


Kitorang saja melepak depan pejabat ni, menunggu sunset.


Aku rasa sunset kat Pantai Kerachut lagi cantik kot reason untuk repeat. Jeti cantik tu tutup, jadinya kitorang lalu ikut jeti kayu sebelahnya tu. 


Lonely.

Kami singgah minum kat gerai depan pintu masuk sebelum meneruskan perjalanan balik. Kali ni kitorang lalu ikut Feringgi pulak, singgah makan malam kat kedai tepi jalan, takde gambar sebab biasa2 je. Aku pandang sepi je pasar malam Batu Feringgi, tak larat nak singgah dah. 

Selain trekking, korang boleh naik boat kalau nak ke Pantai Kerachut. Aku tanya kat kaunter boat tu, katanya RM 80.00 untuk one way dan boat boleh muatkan 10 orang. Kalau korang nak trekking, aku nasihatkan korang pergi awal pagi, lebih banyak masa untuk korang lepak2. Macam kitorang hari tu terkejar2 sebab dah lewat.  


Wednesday, June 25, 2014

trip redah | sesat di penang

Plan nak ke Penang dah lama diusulkan, tapi duk kena hold je sebab ahli jemaah geng berjimba asyiklah busy semedang. Lepas balik dari Pulau Sibu, usul dibentangkan lagi sekali dan mendapat undian penuh. Selang beberapa hari kemudian, sorang tarik diri. Lepas tu another geng tarik diri dan masing2 senyap. Few days before the proposed date, usul lagi sekali dibentang untuk dapatkan keputusan. Malangnya, sehari sebelum bertolak hanya aku dan Nani je yang confirm sebelum ni pun kitorang berdua jugak yang free, nampak sangat kitorang takde plan dan Izza akan bagi keputusan by Friday sebab dia dipaksa bekerja pada hari Sabtu. Tapi cubaan Izza menggoda memujuk boss untuk dapatkan kelulusan bercuti adalah gagal! Sob... sob... sob...

Di hari Jumaat yang mulia, aku dan Nani akhirnya buat keputusan untuk teruskan jugak misi ke utara walaupun kami berdua memang tak tahu jalan2 kat Penang. Maka terhasillah trip redah sampai sudah. Lebih kurang 8.30 malam aku keluar rumah ke Seri Kembangan, itu pun aku sempat tidur kejap dan packing barang sebelum pick up Nani. Dari Seri Kembangan kami keluar ke Putrajaya sebelum masuk SKVE dan perjalanan ke utara melalui Lebuhraya Utara Selatan. 

Berhenti kat hentian mana ntah semata2 nak top up fuel dan kitorang sambung perjalanan sebelum berhenti di R&R Tapah. Punyalah syok bercerita, boleh pulak aku terlajak masuk kat tempat parking untuk lori dan bas. Pepagi buta tu, gigih aku menyongsang arus berpatah balik ke parking yang betul. Apasallah semua tak sedap? Mee kari yang rasa macam laksa pun ada, kacang rebus yang rasanya macam dah nak basi ke memang itu rasanya?, servis pun slow yang amat. Yang pasti lepas ni takde dah aku nak singgah makan kat restoran tu walaupun orang ramai je. 

Hampir sejam kemudian baru kitorang teruskan perjalanan dan sewaktu kami melintasi jambatan kedua yang sunyi sepi, jam baru sahaja melewati pukul 3.00 pagi. Berpusing2 kami makan buah langsat di pagi buta. Bila jumpa pintu pagar USM, tutuplah pulak. Nak cari satu2nya gate yang bukak 24 hours makan masa hampir sejam, semuanya gara2 miss-communication. Nak mintak bantuan cik gugel map, handphone Nani kehabisan bateri. Sudahnya kami redah saja dan sampai di bilik hampir jam 5.00 pagi. Tanpa bertangguh, masing2 lena diulit mimpi.

Bila bangun Subuh tu, aku rasa pening dan kepala berpusing2. Rupa2nya Nani pun sama, masa rukuk rasa macam nak tumbang. Lepas settle, terus aku sambung tidur. Kata driver, harus tidur kena cukup. Tengah hari jugak kitorang keluar. First thing adalah misi mengisi perut yang dah berdondang sayang.

  
Sebahagian dari menu tengah hari kami, siap ulam dan sambal belacan. Kedai tak ingat nama ni letaknya tengah2 simpang yang sebaris di antara Hotel Seri Malaysia dan masjid. Kalau datang lambat sure banyak lauk yang habis. 

Sedang elok, lepas makan kitorang singgah bersolat kat masjid depan tu. Bila dah settle apa yang patut, senang hati nak berjimba. Dengan bantuan cik waze, kami menuju ke Taman Negara Pulau Pinang. Malangnya, cik waze tak boleh nak diharap sangat, dia bawak kitorang ke tempat yang salah! Kalau korang nak ke Pantai Kerachut, jangan type taman negara. Lebih baik cari Pantai Kerachut atau Teluk Bahang, sebab itu akan bawak korang ke destinasi yang betul. 

Kami dibawa lalu ikut jalan bengkang bengkok dan sempit di Balik Pulau. Kiri dan kanan berselang seli ada gaung dan jugak kebun buah. Kenyang kitorang jamu mata tengok durian dan rambutan berlambak kat tepi jalan. Kami lalu ikut Empangan Teluk Bahang yang ternyata kering airnya dari paras biasa. Sesat kami tak berpanjangan bila mana kami nampak pintu masuk ke taman negara yang betul. Lepas parking kereta kat sebelah tu, RM 3.00 per entry kalau tak silap aku kami berjalan masuk ke pintu masuk taman negara.

Tetiba aku takde mood nak sambung menaip. Akan disambung bila kerajinan kembali. 


Thursday, June 5, 2014

pulau di selatan part2

Bersambung dari sini: pulau di selatan part1.

Masa boatmen tu datang pick up, kitorang complaint lah tak de pape pun. Jangankan coral, ikan pun tak muncul. Aku rasa ikan kat jeti Coconut Village tu lagi banyak. Agaknya tempat kitorang datang ni kawasan larangan, makanya ikan dan coral pun tak berani nak berkampung. Memandangkan awan gelap semacam je, dorang hantar kitorang balik. Masa nak turun tu, mamat boat offer join dorang pegi mancing sotong katanya, itu pun kalau dorang takde trip lepas hantar kitorang. Tapi takde rezeki kitorang sebab lepas hantar kitorang balik, dorang ada another trip pulak.

Since hari masih awal, kitorang mintak izin nak main ping pong kat bilik sebelah common room tu. Masing2 main hentam keromo, bukan pandai pun. Yang lebihnya gelak ajelah. Bila bola ping pong jatuh tersorok, semua pakat keluar. Lepas bilas badan dengan air bersih, kami berempat berjalan ke bahagian belakang villa, nak ke pantai. Nik suruh kitorang gerak dulu dan dia akan datang kemudian katanya. 


Sebahagian dari Geng Berjimba, Izza dan Laila tak dapat nak join kami untuk trip kali ni, huhu.

  
Pasir pantai ni best, mengingatkan aku pasir pantai Nobby Beach. Cuma yang membezakannya adalah warna pasir je. 


Berkejaran dengan ombak pun best jugak. Gigih aku nak capture gambar ketam main ombak, sampai sudah tak berjaya. Bila aku jauh, ketam tu boleh pulak berlama2 kat tepi tu. Bila aku dekat je, terus dia berlari sembunyikan diri dalam ombak.

Bila suasana makin gelap, kami ambil keputusan untuk balik sahaja. Lagipun Nik sampai sudah tak muncul2. Balik ke bilik, kami ambik giliran untuk bersihkan diri dan bersiap untuk dinner. Patutlah Nik tak muncul2, baru half way hujan turun katanya. Tapi masa kami on the way balik tadi pun ada gerimis jugak. Bila semua dah settle, kitorang ke depan dan melepak kat situ sementara tunggu makanan siap. Bila perut dah bernyanyi macam2 lagu, nak berjalan ke jeti pun dah tak kuasa.   


Highlight untuk dinner kitorang, sotong goreng tepung dan ikan masak taucu tapi takde gambar. 

Lepas makan, tak banyak yang boleh dibuat. Nak kira bintang di langit, mata dah rasa memberat sebab perut dah penuh. Belum pun pukul 10.00 malam, seorang demi seorang tumbang bukan di medan perang.

Bangun pagi tu, kami terus bersiap. Packing apa yang patut dan bila semua dah siap kami ke depan menunggu dihidangkan breakfast. Kami sepakat untuk ambik bot pagi ke Jeti Tanjung Leman. Dalam sehari hanya ada 2 kali untuk bot transfer dari Coconut Village ke Tanjung Leman, belah pagi dan petang. Memandangkan perjalanan pulang masih jauh dan esoknya harus bekerja, lebih baik kami keluar dari pulau di awal pagi. 


Breakfast kami pagi tu, nasi lemak yang sedap! Sambal tu sedap, aku siap bertambah sambal lagi. Satu yang pasti, makanan kat Coconut Village ni sedap2 belaka. Harus angka kat penimbang bertambah bila balik ke rumah.

Kitorang akan balik dengan boat pukul 10.00 pagi, itu yang paling awal untuk ke tanah besar. Sementara nak tunggu pukul 10.00 tu, kami melepak kat depan bilik mengadap laut. Sempat jugaklah aku merayap ke pantai belah belakang villa. Nak merayau lagi jauh, sure tak sempat nak patah balik untuk kejar bot ke tanah besar. 


Kampung Pulau Sibu yang ambik masa lebih kurang sejam kalau berjalan kaki ikut belakang villa. Kalau naik bot aku tak sure berapa minit. Geram tengok pasir pantai yang memutih dari jauh. Kalau datang 2 hari 1 malam memang masa limited, tak sempat nak explore. Mungkin ada rezeki untuk lain kali alasan untuk repeat.


Pulau Sibu yang ditinggalkan.

Balik ke tanah besar lebih cepat, lebih kurang 15 minit je dah sampai sebab kitorang naik speed boat. Plan kami juga turut berubah. Instead of having beriyani gam kat Batu Pahat, kitorang proceed ke Johor Bharu carik kacang pool. Excited sangat atau mungkin jugak sebab dah lapar, takde siapa pun yang ambik gambar. That was my first time having kacang pool and I think I like it! Dah dapat apa yang dicari, perjalanan pulang diteruskan dan aku sampai kat rumah nearly 9.00 pm. Traffic balik ke KL memang slow. Berakhirlah trip pendek ke selatan tanah air.


Tuesday, June 3, 2014

pulau di selatan part1

headnote: ceritera trip solo yang panjang direhatkan seketika untuk memberi laluan kepada trip bersama geng berjimba.  

Plan nak ke pulau di selatan tanah air dah lama dirancang, dari tahun lepas lagi. Tapi disebabkan banyak isu, maka asyiklah tertangguh. Dua minggu lepas cadangan kembali dibuka  kepada geng berjimba. Walaupun tak cukup korum, tetap jugak proceed sebabnya memang susah nak tunggu semua geng free. 

Jumaat malam kami dah bergerak ke selatan tanah air, bertolak lebih kurang 9.15 malam lepas dorang pick up aku kat rumah. Keluar dari tol Nilai, kereta memang banyak dan traffic ke selatan memang slow. Kitorang singgah makan burger bakar di Muar gerai dah tutup masa kitorang sampai sebelum kembali masuk ke highway dan keluar melalui tol Ayer Hitam. Plan asal kami nak terus ke destinasi malam tu jugak dan singgah berehat di mana2 masjid on the way tu. Tapi bila mak Fathi kata jalan ke sana sunyi dan tak selamat tengah2 malam dan dia suruh je kitorang bermalam kat Ayer Hitam dan proceed pagi esoknya. Tak jauh dari tol Ayer Hitam ada sebuah hotel lupa dah namanya dan awal pagi tu kami bermalam di situ.  

Nearly 6.30 in the morning, kami dah settle check out dan ready nak menyambung kembali perjalanan. Memandangkan kali ni aku jadi penumpang terhormat kat seat belakang dengan Nani dan k.a.k, aku memang tak tahu jalan mana Fathi bawak kitorang. Yang pasti most of the time jalan adalah sunyi, bengkang bengkok dan turun naik, kenderaan jarang2 je jumpa, kiri jalan ada signage binatang liar dan few times jugak kitorang berselisih dengan lori dan kereta yang masuk ke jalan bertentangan. Nyaris kami menjadi mangsa dorang. Alhamdulillah, syukur semuanya selamat dan kami tiba di parking lot Jeti Tanjung Leman menghampiri 9.00 pagi. Bayaran parking RM 4.00 sehari. 

Kitorang kena bayar jetty fee dan jugak conservation fee RM 5.00 each per person. Meaning, setiap dari kami kena keluarkan RM 10.00 seorang. Pulau Sibu rupa2nya berada di bawah Taman Negara Johor dan disebabkan itulah setiap pengunjung kena bayar conservation fee. Tambang bot ke Pulau Sibu dah termasuk dalam pakej yang kitorang ambik dengan Coconut Village Resort. Untuk penginapan semuanya diuruskan oleh Nani dan aku cuma bawak badan je, tak membantu apa2 pun. Pukul 10.00 lebih jugak baru kitorang naik bot untuk ke Coconut Village dan perjalanan lebih kurang setengah jam. Kata pak cik yang jaga kat jeti tu, kalau naik speed bot dalam 13 minit je dah sampai. 


Disambut kemboja nan merah. Kitorang tak diturunkan kat jeti hujung sana, tapi pelantar yang dekat dengan ruang utama Coconut Village. 

Kami dibawak ke bilik di bahagian belakang. Rupa2nya bilik di Coconut Village Resort dah penuh dan kami dibawa ke Junansa Villa yang sebelah tu aje. Both Coconut dan Junansa memang dah lama bekerjasama. Sementara tunggu makan tengah hari pukul 12.30 tengah hari, kitorang melepak kat jeti sambil main air. Ada satu family yang mancing kat jeti tu, ikan yang dorang dapat tu kecik2 je. Kesian pulak aku tengok ikan2 tu. 


Parking lot ni depan bilik kitorang, ada banyak jet-ski, bukan 2 tu je. Tapi petang tu jet-ski tu semua dah takde sampailah hari kitorang balik. 


Highlight untuk lunch kami, udang masak kari. Yummeh! Ada ikan, sayur dan sup jugak selain udang kari ni. 

Lepas makan kitorang terus bersiap sebab kitorang akan bersnorkeling pukul 2.00 petang. Selain kami berlima, kitorang join another group dan dibawak ke Pulau Kukus katanya. Dari jauh aku dah teruja bila nampak pasir pantai yang memutih dan air yang jernih. Namun hati tetap berdebar2 sebab aku kan takut air.

  
Burung putih tu memang comel. Dari jauh memang tak perasan sebab warna hampir serupa, tapi bila bot makin dekat dengan pantai, burung2 ni terbang pulak.


Kulit kerang yang super besar.

Kitorang ditinggalkan macam tu je, pandai2 sendirilah nak snorkeling ke nak buat apa kat situ. Mula2 sampai kitorang sibuk ambik gambar dulu, lepas tu barulah masing2 masuk dalam air. Sungguh kecewa sebab apa yang diharap memang tak ada. Ikan pun tak banyak, ada seekor dua je. Coral apatah lagi, langsung tak nampak bayang. Since aku ni penakut dengan air, aku cuma duk rendam badan kat tepian je. Bila sekali tu aku terdibawak arus, gelabah jugak aku dibuatnya. Mujur Nani ada tak jauh dari situ.  


Batu ni sekali tengok macam kucing tengah tidur pun ada. Pic credit to Nani sebab awal2 lagi aku dah hand over kamera kat dia, bimbang tercicir sebab seluar aku takde poket.


Ini je lah ikan yang ada, dua tiga jenis je.

Nak tunggu dua jam tamat memang menyeksakan dengan apa yang ada. Pulak tu arus memang kuat, nak terjah ke sebelah sana memang tak berani. Bila kami semua dah naik ke darat, baru bot datang nak pick up kitorang balik walaupun baru sejam lebih kitorang kat situ. Lebih baik kitorang balik dari buang masa kat situ tapi tak boleh nak cuci mata. Erk, pulau yang kitorang pergi tu pulau larangan sebenarnya. Kalau ikutkan papan tanda, ianya milik DYMM Sultan Johor.

footnote: mati itu pasti, tak akan terlambat atau tercepat bila tiba masanya. Cuma kita tidak tahu bagaimanakah pengakhiran untuk kita semua. Hari ni kitorang dikejutkan dengan pemergian salah seorang driver kami, unexpected. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman, ameen. 


Monday, March 31, 2014

misi mencari janda yang baik

Perancangan asal kami nak ke Taiping, tapi bila ada 2 orang antara geng berjimba ada hal during that weekend, kitorang cancel trip ke utara. Memandangkan tak cukup korum, aku suggest ke Janda Baik ajelah. Disebabkan cuti sekolah, banyak chalet yang aku call dah penuh. Mana taknya, nak pergi Sabtu tapi Khamis dan Jumaat baru nak cari accommodation. 


Sabtu, 22 Mac 2014

Kitorang bertolak dari Seri Kembangan lebih kurang 10.00 pagi, traffic di sepanjang perjalanan agak smooth kecuali sedikit congest semasa nak keluar dari Seri Kembangan. Tidak susah mencari Hawa Resort sebab signboard ada di merata tempat. Masa kitorang sampai, kami antara yang terawal. Lepas dapat bilik dan melawat kawasan, kitorang rehat sementara tunggu Zuhur. 


Sweet potato bakar, aku lebih prefer yang kuning tu sebab ada rasa sedikit manis. Dan-dan tu aku teringin nak makan pengat ubi keledek.


Selain ayam, sotong dan udang dah jadi menu favorite kami untuk bbq. Cuma daging je yang tak ada kali ni. 

Tempat kitorang berbbq tu betul2 tepi sungai, tak panas sebab tempat tu dilindungi pokok buluh. Memang tempat strategik, sambil2 bakar dan makan tu boleh main air kejap, pastu sambung balik aktiviti membakar. 


Pepatung yang cantik dan bewarna warni. Bila dibuka sayap tu, lagi cantik warnanya. Tapi sayang sebab bila dibuka sayap tu kejap sangat, tak sempat nak capture. 


Yang ni warna ni pulak. Sepanjang aku ada kat situ, tak kurang dari 4 warna pepatung yang aku nampak. Yang sempat aku capture, yang 2 ini jelah.


Kami bertiga, dah kenyang kitorang main air pulak. Melepak atas batu sambil bercerita macam2 perkara. 

Lewat petang baru kitorang berkemas apa yang patut, tinggalkan tempat bbq dengan bara api sebab kitorang akan sambung lagi lepas Isyak. Gigih seharian berbbq, dari siang bawak ke malam. Kalau orang lain ber candle light dinner, kitorang pulak ber torch light dinner. Mujur ada pokok buluh nak gantung torch light, haha. 


Ahad, 23 Mac 2014

Kami semua kesiangan pagi ni, hancur habis planning malamnya. Kami sepakat untuk balik awal sebab petangnya Nani ada urusan lain. Untuk mengelakkan tersangkut dalam traffic jammed sekiranya ada, lebih baik kitorang keluar awal. Lepas serahkan kunci bilik, kitorang tak terus balik.


Asalnya aku ingatkan ni spesis bunga jugak, sekali keluarga terunglah pulak. Tapi bunganya cantik, ada banyak kat kawasan Hawa Resort.


Ada burung merak dan lain2 jugak yang dikurung. Masa kitorang sampai semalamnya, kami disambut dengan angsa yang asyiklah berbunyi, pantang nampak orang lalu. Salam perkenalan agaknya.

Keluar dari Hawa Resort, kitorang singgah breakfast kat kedai makan masa on the way balik. Agak mahal makanan di Janda Baik ni, mungkin tempat ni jadi tumpuan kot. Masa nak turun tu, aku keep remind dorang suruh bagi tahu kat mana nak berhenti. Alkisahnya masa naik semalam dorang nampak satu tempat cantik, so masing2 nak singgah masa balik. Since aku drive, memang aku tak perasanlah tempat tu. 


Inilah tempatnya. Luas tempat teratai ni, ada few kolam.


Berdua lebih baik.


Sendirian.


Banyak2. Yang pasti teratai merah @ pink ni memang jarang. Yang banyaknya teratai putih, itu pun ada 2 jenis yang aku perasan. Ada kelopak besar tapi nun kat tengah kolam, jenuh aku nak capture dengan kamera cikai aku, tetap tak clear.


...lagi...

Lama jugak kitorang kat tengah panas2 tu. Ada satu couple tu siap bersantai kat tepi kolam tu, bawak tikar dan bekalan makanan lagi. Si suami duk menembak, si isteri setia menunggu. On the way balik, kitorang memang tak singgah mana2 pun. Lepas hantar dorang ke Seri Kembangan, aku terus ke Shah Alam. Walaupun sekejap, aku puas sebab dapat lari dari kebiasaan. 

Hawa Resort bagi aku so-so je, dekat dengan sungai tapi air agak cetek, harga agak pricey jugaklah. Yang lecehnya bila nak book kena terus buat payment. Korang boleh check website kat sini atau boleh je call person in charge di Janda Baik, Sifu: 0123700818. Kat Janda Baik banyak resort, kalau bukan peak season boleh je redah. Kitorang hari tu pun ingat nak redah jugak, tapi bila ada vacant masa call tu, terus je lah rembat. 

Misi mencari janda yang baik di Janda Baik tak tercapai sebab tak jumpa janda pun! Janda Baik sesuailah untuk berehat di hujung minggu, yang berkeluarga nak bawak anak2 main air ke, tak adalah jauh dari Kuala Lumpur. Malam agak sejuk, tapi okay je. 


Friday, March 28, 2014

part2: carik pasal di hujung minggu

Petang itu kami sebulat suara bersetuju untuk terus ke Penang dan bermalam di sana. Memandangkan kitorang tak mahir dengan laluan ke sana, group yang ber-wwr sekali dengan kitorang setuju nak lead. Lewat petang Sabtu dalam hujan yang sesekali lebat dan renyai2, kami meneruskan perjalanan.


Sementara tunggu diorang top up fuel, sempat ambik gambar ni. Di sepanjang perjalanan, kami ditemani dengan matahari yang nak masuk beradu. Memang cantik, tambahan pula baru lepas hujan.


Memandangkan aku drive dan aku pulak tak biasa dengan laluan ni, tak dapatlah nak ambik gambar sewaktu tengah driving macam kebiasaan. Jadinya, Izza dengan baik hati tolong capturekan untuk aku. Kredit untuk Izza.


Warna langit sudah bertukar.

Dalam perjalanan ni, dorang sibuk cari hostel untuk bermalam dan aku pulak dengan tugas rasmi. Entah di mana silap, kitorang tertinggal kat belakang. Jumpa balik kat depan bus stop USM dan kami meredah kesibukan senja di Penang menuju ke hostel. Elok je kitorang pusing cari parking, sekali terjumpa dengan group tadi lepas kitorang terpisah sebaik saja kitorang masuk ke Penang. 

Lepas check-in, kitorang semua mandi dan bersiap sebab lepas ni nak keluar makan. Perut masing2 dah buat pancaragam. Diorang bawak kitorang ke Hammer Bay untuk dinner. Ingatkan dorang nak join sekali, rupanya dorang just tunjukkan tempat je dan terus balik. Terharu sungguh sebab tak sangka dorang tunggu kami bersiap semata nak tunjuk tempat makan best. Sebab penat, masing2 tak de nak keluar kamera ambik gambar makanan pun. Makanan kat sini not bad, harga pun agak murah. Kedai yang kitorang makan tu belah kanan paling belakang, orang memang ramai berbanding kedai2 lain. Dah kenyang, balik ke hostel dan masing2 hilang dalam dorm.


Red Inn Heritage ni letaknya di Love Lane, Lebuh Chulia, bersebelahan je dengan Old Penang Guesthouse yang aku pernah stay masa ke sini pada 2012. Bilik okay, staff pun ramah, cuma bilik air agak berbau mungkin kerana sistem kumbahan dan selimutnya keciklah sangat, tak mampu pun nak cover aku yang kemetot ni. 

Lepas breakfast pagi ahad tu, kami buat aktiviti bebas sementara tunggu untuk check out pukul 11.00 pagi. Aku ambik peluang ni untuk sambung tidur sebelum bersiap sejam sebelum waktu check out. Sekali lagi kitorang berpusing2 mencari laluan yang benar dan kami terpisah lagi. Waktu kitorang sampai di Deen Restaurant, orang yang beratur boleh tahan ramainya. Sekali lagi tak ada yang nak ambik gambar makanan, agaknya masing2 dah tak sabar nak makan kot. 

Lepas makan, kami sepakat untuk terus balik ke KL. Sekali lagi kitorang singgah di R&R Sungai Siput sebelum kembali meneruskan perjalanan pulang. Kami berpisah di Masjid Terapung Puchong sebelum aku hantar Izza ke Putrajaya Sentral dalam perjalanan pulang ke rumah. 


Senja dari parking lot Masjid Terapung Puchong. 


Buah tampoi yang aku beli di R&R Sungai Siput. First time aku makan dan buah ni kategori exotic sebab susah nak dapat. Rasanya macam buah rambai tapi versi pejal. Kalau tak boleh bayangkan, korang kena beli dan cuba sendiri rasanya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...