Plan nak ke Penang dah lama diusulkan, tapi duk kena hold je sebab ahli jemaah geng berjimba asyiklah busy semedang. Lepas balik dari Pulau Sibu, usul dibentangkan lagi sekali dan mendapat undian penuh. Selang beberapa hari kemudian, sorang tarik diri. Lepas tu another geng tarik diri dan masing2 senyap. Few days before the proposed date, usul lagi sekali dibentang untuk dapatkan keputusan. Malangnya, sehari sebelum bertolak hanya aku dan Nani je yang confirm sebelum ni pun kitorang berdua jugak yang free, nampak sangat kitorang takde plan dan Izza akan bagi keputusan by Friday sebab dia dipaksa bekerja pada hari Sabtu. Tapi cubaan Izza menggoda memujuk boss untuk dapatkan kelulusan bercuti adalah gagal! Sob... sob... sob...
Di hari Jumaat yang mulia, aku dan Nani akhirnya buat keputusan untuk teruskan jugak misi ke utara walaupun kami berdua memang tak tahu jalan2 kat Penang. Maka terhasillah trip redah sampai sudah. Lebih kurang 8.30 malam aku keluar rumah ke Seri Kembangan, itu pun aku sempat tidur kejap dan packing barang sebelum pick up Nani. Dari Seri Kembangan kami keluar ke Putrajaya sebelum masuk SKVE dan perjalanan ke utara melalui Lebuhraya Utara Selatan.
Berhenti kat hentian mana ntah semata2 nak top up fuel dan kitorang sambung perjalanan sebelum berhenti di R&R Tapah. Punyalah syok bercerita, boleh pulak aku terlajak masuk kat tempat parking untuk lori dan bas. Pepagi buta tu, gigih aku menyongsang arus berpatah balik ke parking yang betul. Apasallah semua tak sedap? Mee kari yang rasa macam laksa pun ada, kacang rebus yang rasanya macam dah nak basi ke memang itu rasanya?, servis pun slow yang amat. Yang pasti lepas ni takde dah aku nak singgah makan kat restoran tu walaupun orang ramai je.
Hampir sejam kemudian baru kitorang teruskan perjalanan dan sewaktu kami melintasi jambatan kedua yang sunyi sepi, jam baru sahaja melewati pukul 3.00 pagi. Berpusing2 kami makan buah langsat di pagi buta. Bila jumpa pintu pagar USM, tutuplah pulak. Nak cari satu2nya gate yang bukak 24 hours makan masa hampir sejam, semuanya gara2 miss-communication. Nak mintak bantuan cik gugel map, handphone Nani kehabisan bateri. Sudahnya kami redah saja dan sampai di bilik hampir jam 5.00 pagi. Tanpa bertangguh, masing2 lena diulit mimpi.
Bila bangun Subuh tu, aku rasa pening dan kepala berpusing2. Rupa2nya Nani pun sama, masa rukuk rasa macam nak tumbang. Lepas settle, terus aku sambung tidur. Kata driver, harus tidur kena cukup. Tengah hari jugak kitorang keluar. First thing adalah misi mengisi perut yang dah berdondang sayang.
Sebahagian dari menu tengah hari kami, siap ulam dan sambal belacan. Kedai tak ingat nama ni letaknya tengah2 simpang yang sebaris di antara Hotel Seri Malaysia dan masjid. Kalau datang lambat sure banyak lauk yang habis.
Sedang elok, lepas makan kitorang singgah bersolat kat masjid depan tu. Bila dah settle apa yang patut, senang hati nak berjimba. Dengan bantuan cik waze, kami menuju ke Taman Negara Pulau Pinang. Malangnya, cik waze tak boleh nak diharap sangat, dia bawak kitorang ke tempat yang salah! Kalau korang nak ke Pantai Kerachut, jangan type taman negara. Lebih baik cari Pantai Kerachut atau Teluk Bahang, sebab itu akan bawak korang ke destinasi yang betul.
Kami dibawa lalu ikut jalan bengkang bengkok dan sempit di Balik Pulau. Kiri dan kanan berselang seli ada gaung dan jugak kebun buah. Kenyang kitorang jamu mata tengok durian dan rambutan berlambak kat tepi jalan. Kami lalu ikut Empangan Teluk Bahang yang ternyata kering airnya dari paras biasa. Sesat kami tak berpanjangan bila mana kami nampak pintu masuk ke taman negara yang betul. Lepas parking kereta kat sebelah tu, RM 3.00 per entry kalau tak silap aku kami berjalan masuk ke pintu masuk taman negara.
Tetiba aku takde mood nak sambung menaip. Akan disambung bila kerajinan kembali.
No comments:
Post a Comment