Sunday, April 27, 2014

perancangan bertukar

Idea untuk trip ni aku dapat masa tengah stress sebab dah lama tak terbang walaupun hari2 tengok kapal terbang. Tup2 aku dah create satu route dan lepas godek sana sini, tak banyak info yang aku dapat sebab so far aku tak jumpa ada blogger tulis pasal lalu ikut route tu. Tapi takpe, being me yang degil dan keras kepala, aku tetap jugak nak buat. Bila aku bentangkan kat ahli jemaah geng berjimba, semua tak dapat nak jadi gila macam aku. Bila tengok tiket tak berapa nak mahal, aku terus rembat. Maklumlah, beli last minute memang gitu. Tapi tak adalah mencanak mahalnya.


Inilah initial plan aku. Terbang dari Kuala Lumpur ke Siem Reap dan kembali ke Kuala Lumpur dari Bangkok. Route aku lebih kurang KL - Siem Reap - Battambang - Pailin (cross border) - Chanthaburi - Pattaya - Bangkok - KL. In between aku akan guna jalan darat dan menyinggah kat tempat2 tu.

Memang nyata perancangan aku tak dapat nak diteruskan. Baru kejap tadi aku diberitahu border Pailin dah tak boleh lalu. Owner hotel aku bagi tau, last 2 days sorang guest dia patah balik sebab tak boleh cross ke Thailand ikut Pailin. Jadinya, plan bertukar! Memang sebelum aku terbang meninggalkan Kuala Lumpur pun aku ada baca pasal ramai orang tak sure whether boleh cross border kat Pailin lagi ke tak sebab ada isu. Kalau dari Thailand nak masuk Cambodia aku tak sure.

Since untuk trip kali ni aku tak book hotel, guesthouse dan yang sewaktu dengannya, tak perlu lah aku nak risau nak kena contact diorang. Aku pun tak sure lagi macam mana dengan perjalanan aku, tengoklah macam mana. Lagi pun aku tak study apa pun selain dari buat route ntah apa2 tu. Hari ni aku nak rehat je kat bilik, esok baru nak kembali membakar lemak. Wish me luck!


Wednesday, April 23, 2014

terbang dan diterbangkan

headnote: ini adalah coretan kenangan dari pengalaman yang aku lalui. Tiada niat tersembunyi, hanya ingin menyimpan kenangan lalu. Ada antaranya aku dah hampir lupa sebab dah lama sangat aku tak terbang and have control dan ini adalah berdasarkan pengalaman aku terbang kat Subang Airport. Mungkin ada sedikit perbezaan dengan pengalaman orang lain.

Masa kecik2 dulu, aku cuma mampu berangan bila nampak kapal terbang lalu atas rumah aku. Kemudian, ada seseorang yang menyebabkan aku berangan tak sudah untuk terbang tinggi di awan biru. Tapi terus menjadi angan tak sudah sebab kekurangan info yang sepatutnya. Pertama kali aku terbang di awan biru bukan dengan pesawat komersil, tapi dengan light aircraft. Masa tu ada pameran karnival udara kat Batu Berendam tahun 2001. Aku pergi dengan F dan dialah yang kenalkan aku dengan ESB Flying Club flying club ni dah tinggal nama sekarang ni, bawak aku ke club house dan lepas tu arrange untuk aku terbang dengan Captain Joe. Masa aku kenal F, dia memang tengah buat PPL Private Pilot Licence dengan flying club ni dan dialah orang yang bertanggungjawab membawa aku ke dunia piloting. 

Lepas keje few years, baru aku teringat nak register untuk buat piloting, itu pun bila satu insiden terjadi kat aku. Sebelum tu, aku kena buat medical check-up dulu dan aku buat kat Klinik Medi Utama Shah Alam, klinik tu antara yang dapat approval dari DCA. Dah selesai dengan medical check-up dan keputusan okay, baru boleh register dengan flying school dan case aku dengan flying club. Dorang akan tolong submit application ke DCA sekali dengan dokumen lain yang diperlukan.  


Korang akan dapat 'buku' ni. Setiap pilot akan bermula dengan buku hijau ni sebelum upgrade ke next level once completed.

Dah dapat buku hijau tu bukan bermakna korang dah boleh terus terbang. No way! Kena masuk ground school dulu, get familiarization dengan communication especially. Sebabnya, walaupun guna bahasa inggeris, tapi ada term tertentu yang tak sama. Bukan main sebat je macam korang sembang dengan kawan2. Term yang digunakan masa nak communicate dengan tower atau aircraft lain, atau dengan kapal laut sewaktu emergency ada rules dan code yang perlu dipatuhi. Definitely those yang involve tahu apa maksud yang nak disampaikan dan kami jugak diajar macam mana nak relay message from one to another. 

Aku lupa ada berapa total module yang kena ambik untuk PPL malas nak selongkar kotak piloting dan korang kena ambik exam. Masa zaman aku ambik exam dulu, kitorang ambik kat DCA dan masa tu bangunan DCA masih lagi kat Parcel E. Sekarang dah pindah sebelah KBS, sebaris dengan Palace of Justice. Once result dah dapat, boleh start dengan simulator training dulu. Ni pun aku lupa kena pass paper apa dulu sebelum start flying.


Setiap student pilot akan ada log book, even dah jadi pilot pun tetap ada log book untuk rekod segala aktiviti penerbangan. Setiap kali terbang, jangan lupa record segala details dalam ni.

Lepas dah buat simulator for few hours, korang akan start flying dengan area familiarization. Of course lah dengan flying instructor. Sebelum fly, flying instructor akan bagi briefing dulu pasal hari tu punya flight plan. Lepas briefing korang kena check kapal pulak yang dipanggil pre-flight inspection. Kalau korang perasan masa korang nak naik flight tu, ada pilot yang duk pusing kapal, suluh sana sini, check itu ini, itulah yang dinamakan pre-flight inspection. Sekiranya pilot jumpa something suspicious, pilot kena report dengan maintenance crew and pilot jugak boleh refuse to fly kalau dia tak confident dengan defect yang dia jumpa. Pengalaman aku, pernah sekali aku refuse to fly sebab masa buat pre-flight inspection ada leaking dekat brake pad. Brake ni penting walaupun masa flying korang tak guna brake pun. Tapi masa kat holding point dan sebelum take off, masa full throttle tu brake memainkan peranan penting. Sama jugak masa nak landing. Kang tak pasal2 ada yang tersasar runway.

Once dah settle dengan pre-flight inspection, semua dah ready, boleh lah masuk cockpit dan fasten seat-belt. Flight check list dengan pen jangan lupa bawak, kang nak catat apa yang patut. Sebelum flying, korang kena submit flight plan dekat tower dulu, semuanya akan diajar macam mana nak submit flight plan dan bila sepatutnya kena submit. Sebelum start engine korang kena pastikan propeller clear, wing tip kiri kanan clear, chock off dan semuanya korang akan communicate dengan marshaller yang standby kat tepi aircraft. Kalau korang perasan masa korang naik kapal terbang, masa aircraft push back for taxi ada sorang mamat yang pakai headset duk kat nose landing gear bawah cockpit dan elok je kapal dah ready nak taxi, jap lagi mamat pakai headset akan berdiri tepi kapal tunjukkan tag merah remove before flight dan bagi sign kat pilot. Sama je tu, yang beza sebab kapal kecik dan besar je. Tapi setiap pilot memang akan bermula dengan kapal kecik dulu, tak ada yang start terbang je terus bawak kapal besar.

Sebelum start engine korang kena contact tower untuk dapatkan permission for start up clearance, bukan terus start macam korang start engine kete. Korang kena inform tower the things like, aircraft registration, destination, person on board, fuel endurance semua tu ada caranya. Clearance established, dah start engine dan dalam masa 10 ke 15 saat korang kena monitor gauges kat depan tu. Kalau pressure gauge tak naik, korang kena shut down the engine immediately and report to tower. Definitely korang tak boleh fly dan aircraft kena grounded for further inspection. 

Orait, kalau kapal korang takde masalah lepas start up, boleh proceed contact tower request untuk taxi plak. Tower akan bagi tau korang kena taxi to which holding point. Masa tengah taxiing tu korang kena test braking jugak. Dari holding point, korang akan lining up to which runway, again depends on tower's instruction. Dulu aku fly kat Subang Airport, so runway tak lah se-busy KLIA. Jadinya nak tunggu turn untuk take off tu tak terasa pun. Rule of thumb, tower akan bagi clearance untuk landing dulu, baru take off. Nak land pun sama, kena lining up jugak dan priority diberikan kalau ada yang nak buat emergency landing.

Sebelum take off tower akan bagi instruction suruh take off to certain height, pastu turning ke arah mana and established position before hand over contact from ground to air tower sekian frequency pulak. Kalau kat Subang dari first nak start up sampai clearance untuk take off, communication adalah dengan Subang Ground. Once dah take off, Subang Ground akan suruh pilot contact Subang Tower dan end of communication dengan Subang Ground. Apa bezanya? Dua2 dari ATC air traffic controller yang sama, cuma bezanya frequency sahaja. Tower akan inform pilot untuk maintain altitude, heading ke arah mana, the nearest aircraft kat which altitude, from time to time akan sentiasa ada communication dengan tower dari aircraft lain jugak. So, when you stay at the same frequency, memang akan dengar semua conversation tu dan pilot kena alert jugak bila ada conversation ni. 

Masa nak landing pun sama, tower akan bagi instruction for landing to which runway, position to land number berapa, wind knot berapa laju, heading arah mana pilot pun boleh refer windsock dan exit point mana once landed. Pasal wind tu penting sebab masa nak land arah angin juga diambil kira, silap hari bulan mau terlungkup kapal kapal kecik yang senang telungkup pun, tak pun tersasar keluar runway. Once dah exit dari runway, communication back to Subang Ground sehinggalah korang taxi balik ke bay. Dah settle taxi, before shut down the engine, kena inform tower and end of coversation. Belum sempat keluar, kadang2 dalam cockpit tu jugak kena tadah telinga, hihi. Settle flying, tak boleh balik terus. Kalau sebelum start tadi ada briefing, lepas settle terbang ada post mortem pulak. 

  
Pastu jangan lupa tulis dalam ni. Last aku terbang tahun 2005 untuk solo check. Tak lama lepas tu aku kena operation buang appendiks dan langsung tak terbang dah lepas tu sampailah sekarang. Rindu nak terbang hanya tuhan je yang tahu.


Tengok, SPL aku pun dah mati, langsung tak renew dah. Ini kalau aku nak terbang balik, harus kena buat buku baru. 

Ada banyak sebab aku tak habiskan flying ni walaupun hati meronta2 nak. Since aku terlibat dalam maintenance dan jugak piloting, bagi aku buat piloting lagi senang tapi kos tinggi yang amat dan sebaliknya. Risiko hampir serupa, dealing dengan nyawa ramai orang. Tapi aku salute dengan mereka yang aku kenal: W dan Y, dorang memang nekad tinggalkan everything dan berani menerima sebarang risiko, aku je penakut. Last aku dengar pasal W, dia buat conversion helicopter sebab tak dapat job dengan airlines dan Y pulak dalam fasa terakhir untuk completekan flying hours untuk dapatkan ATPL(frozen). F lagilah, lepas kerja few years, dia dapat offer cadet-ship dan sekarang dah bergelar kapten pun. Yang lain pun ramai jugak dah berjaya jadi pilot, tapi mostly dorang dapat funding. 
  
Kalau korang ingat jadi pilot ni senang, tak adalah senang sangat. Jadi penumpang lagi senang, tak payah nak fikir apa2. Tahu selamat sampai ke destinasi. Pilot memang dilatih untuk tidak panik and able to make quick decision tapi bukan semberono. Kalau nak bercerita pasal aircraft, pasal flying, maintenance related, memang banyak. Dan ia adalah never ending learning process, sentiasa ada benda baru untuk dipelajari.  


Wednesday, April 9, 2014

kisah suatu perjalanan

Umum mengetahui, sehingga ke detik aku tulis ni, masih belum ada bukti sahih yang boleh dikaitkan dengan keberadaan Flight MH370. Apatah lagi untuk merungkai segala misteri yang membelenggu. MH370 adalah flight code untuk penerbangan Malaysia Airlines bagi sektor Kuala Lumpur - Beijing yang kemudiannya digantikan dengan flight code MH318 untuk sektor Kuala Lumpur - Beijing dan MH319 untuk sektor Beijing - Kuala Lumpur bermula pada 14 March 2014 sebagai tanda penghormatan. Kalau tengok dalam surat beranak Certificate of Registration, Flight MH370 yang hilang tu didaftarkan sebagai 9M-MRO. 

Weekend aritu masa duk godek2 dan berjalan2 di alam maya, aku terjumpa article pasal tribute to MH370, which later I will refer either Niner Mike - Mike Romeo Oscar 9M-MRO or Flight MH370. Ramai photographer kat luar sana berkongsi gambar 9M-MRO yang pernah ditangkap oleh lensa kamera mereka. Dan aku rasa ramai lagi yang tak perasan dalam folder dorang ada gambar 9M-MRO. Ternyata 9M-MRO yang dirindui kita semua belum puas menjelajah dunia ini. Kalau diikutkan usianya, masih remaja gitu. Sebab apa aku kata remaja, ini kerana aircraft yang dimaintain dengan baik mampu serve sehingga lebih 30 tahun.


*Credit: Gunnar Kullenberg for the pic and www.RaischStudios.com for the story editing.  

Jom kita turuti kisah perjalanan 9M-MRO yang sempat ditangkap lensa kamera hasil garapan photographer di seluruh dunia sebagai penghormatan buat 9M-MRO. Kepada semua yang terlibat dalam tragedi ini; crew, passengers and their families, our thoughts and prayers are with you.


*Pic credit: Rob Boyes, October 5, 2004 Vienna International Airport.

Rob Boyes dalam penerbangan dari London Heathrow ke Vienna International Airport dan sewaktu pesawat dinaikinya taxing to the stand, he did shoot the 777 as he had a window seat. Beliau hanya menyedari kebetulan ini bila dihubungi oleh RaischsStudios.


*Pic credit: Mario Aurich, September 21, 2005 Frankfurt, Germany.

"Until today, I didn't know that one of my aviation pictures shows 9M-MRO. But you're right. So to be honest, nothing changed. It's a tragedy..."


*Pic credit: Norman Md Yusof, June 9, 2009 Kuala Lumpur International Airport, Malaysia.

Beliau capture gambar ni dalam satu assignment for aviation agency pasal aircraft movement around KLIA. Gambar ni antara several shots of 9M-MRO yang diambil on that day. Aku rasa dia ni fellow forumer kat MalaysianWings yang aku pernah aktif suatu ketika dulu, sebelum sayap aku patah sebab cross wind.


*Pic credit: Dennis McGroarty, October 10, 2009 Melbourne, Australia.

Sewaktu gambar ini diambil, Dennis tertanya2 ke manakah arah tujuan penumpang pesawat tersebut akan pergi. Tetapi apa yang terjadi pada Flight MH370 menyedihkan dan beliau berharap agar ianya dapat ditemui.


*Pic credit: Riccardo Malpica Galassi, February 7, 2010 Rome, Italy.

Gambar ini diambil sewaktu Malaysia Airlines mempunyai daily flight dari Kuala Lumpur ke Roma Fiumicino. Setelah pembatalan penerbangan tersebut not long ago, pesawat Malaysia Airlines 777 sukar untuk dilihat di Rome. Setelah kehilangan Flight MH370 menyelubungi dunia, Riccardo kembali melihat koleksinya sama ada mempunyai gambar 9M-MRO dan ternyata dia memiliki gambar tersebut. Dan ternyata itulah satu2nya gambar yang berjaya diambil pada hari tersebut bersama rakan2 yang lain. Gambar yang memberi kesan mendalam terhadapnya dengan kehilangan Flight MH370. 


*Pic credit: Dan Miclea, June 27, 2010 Rome, Italy.

Gambar ini diambil tanpa dirancang, beliau bukanlah aviation photographer seperti kebanyakan spotter yang lain. Dan Miclea baru je landed di Rome dari Toronto dan dalam bas ke terminal, beliau nampak this beautiful 777 tengah taxing. Ambik gambar dan abis camtu je. Bila the whole world kecoh pasal 9M-MRO yang hilang dengan penuh misteri, barulah beliau sedar bahawa pesawat yang hilang tu adalah pesawat yang pernah dirakam oleh lensa kamera beliau. 


*Pic credit: Ignatius 'Iggy' Kwee, August 10, 2010 Perth, Australia.

Beliau mungkin pernah menaiki pesawat ini sewaktu perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth years back sebelum AirAsia X menyertai industri penerbangan. Iggy sememangnya aktif dalam group aviation spotter dan kehilangan 9M-MRO adalah sukar baginya. Namun begitu, beliau bersyukur kerana mempunyai gambar tersebut di dalam koleksinya.


*Pic credit: Seth Jaworski, December 18, 2010 Sydney, Australia.


*Pic credit: Lorenzo Giacobbo, January 30, 2011 Rome, Italy.

Salah satu dari gambar tercantik yang pernah diambil Lorenzo. Pesawat ini just took off during the cloudy day dan hujan lebat which create the lighting. Seperti yang lain, beliau turut berharap agar pesawat ini ditemui.


*Pic credit: Jimmy LWH, March 17, 2011 Shanghai, China.

The empennage spotted by Jimmy, he usually go spotting when time permitted and the weather was good. 


*Pic credit: Peter Hough, April 8, 2011 Melbourne, Australia.

Pesara dan bekas private pilot yang tinggal di pinggir kotaraya Melbourne memang mempunyai hobi dalam fotografi, terutamanya memotret pesawat. Gambar 9M-MRO ini diambil selain banyak lagi gambar pesawat lain sewaktu kunjungan beliau ke Melbourne's Tullamarine Airport. Sewaktu kehilangan Flight MH370, beliau berada di hospital dan sehinggalah beliau kembali ke rumahnya selepas 18 hari di ward, baru beliau sedar bahawa gambar 9M-MRO berada dalam simpanannya. 


*Pic credit: Hansueli Krapf, June 28, 2011 Johannesburg, South Africa. 


*Pic credit: Hansueli Krapf, June 28, 2011 Johannesburg, South Africa.

Sebagai contributor kepada Wikimedia dan kebanyakan masanya dihabiskan di airports, Hansueli Krapf akhirnya mempunyai aktiviti baru sewaktu menunggu penerbangan; spotting aircraft. Gambar yang ni diambil sewaktu menunggu penerbangan pulang ke Switzerland dari Johannesburg. Apa yang menariknya bagi aku, 9M-MRO adalah salah satu dari 4 pesawat yang pernah diambil gambarnya oleh Hansueli Krapf crashed buat masa sekarang. Akan tetapi 9M-MRO masih belum dapat dipastikan kesahihan insiden yang menimpa.  


*Pic credit: Captain Ercan Karakas, January 23, 2012 Istanbul, Turkey.


*Pic credit: Andrew Whitaker, June 6, 2012 Istanbul, Turkey.


*Pic credit: Stephen Kruse, June 16, 2012 Frankfurt, Germany.

Hasil garapan aircraft mechanic A&P ini sewaktu bekerja shift pagi yang terang. Gambar yang tak sebagus mana baginya ini tersimpan kemas sehinggalah 9M-MRO diberitakan. 


*Pic credit: Justin Kane, June 22, 2012 Los Angeles, USA.


*Pic credit: Justin Kane, June 22, 2012 Los Angeles, USA.


*Pic credit: Justin Kane, June 22, 2012 Los Angeles, USA.

LAX adalah favorite airport bagi aircraft spotter, Justin Kane memandangkan LAX memang sentiasa mendapat kunjungan dari pelbagai jenis pesawat dan operators. 


*Pic credit: Berhard Ebner, May 5, 2013 Amsterdam, Netherlands.


*Pic credit: Berhard Ebner, May 5, 2013 Amsterdam, Netherlands.

Bagi Berhard Ebner, seorang aviation photographer and plane-spotter, ini adalah gambar pesawat Malaysia Airlines yang pertama baginya dan sehingga ke hari ini, itulah satu2nya. Sungguh memeranjatkan dan sukar dipercayai bila gambar dalam simpanan beliau adalah pesawat yang hilang.


*Pic credit: Gunnar Kullenberg, October 16, 2013 Los Angeles, USA.


*Pic credit: Marlon Mills, January 12, 2014 Amsterdam, Netherlands.


*Pic credit: Norman Md Yusof, January 30, 2014 KLIA, Malaysia.


*Pic credit: JB Barcenas, February 28, 2014 Los Angeles, USA

Gambar ini diupload pada March 8, 2014 hari di mana 9M-MRO dilaporkan hilang tanpa diketahui insiden tersebut. Untuk rekod, ini adalah flight terakhir Malaysia Airlines ke US. 

Setiap gambar ada cerita tersendiri, ada kenangan yang ingin disimpan dan mungkin untuk dikongsi. Tak ada satu pun antara mereka menyangka gambar yang pernah mereka capture akan hanya tinggal memori. Rata2 antara mereka yang dihubungi melahirkan rasa sedih dan terkejut di atas insiden tersebut. Untuk cerita penuh, korang boleh refer ke sini as the owner for the original piece. A big thanks to Michael for his effort and beautiful piece, oh yeah.. the permission given as well.

Aku tak ingat sama ada aku pernah melihat atau menyentuh 9M-MRO dalam salah satu kunjungan aku ke hangar MAS. Aku pernah berkampung hampir sebulan di Subang sewaktu work-out dengan Myanmar Airways International years ago, selain dari kunjungan rasmi dan tak rasmi sewaktu ke sana. Tapi pengalaman pertama aku tengok Boeing 777 adalah sewaktu MAS Engineering buat open day in early 2000, aku tak ingat the exact year. Tapi tak pulak aku ingat registration kapal tu, we even boarded the aircraft. Of courselah dalam hangar je, dan rasanya aku pegi dengan Hawa. 

Insiden yang menimpa Flight MH370 bukan hanya menyelubungi Malaysia, tetapi seluruh dunia turut merasai kesedihan dan terkejut dengan apa yang berlaku. Kehilangan secara misteri dan perfectly disappear from the radar membuatkan pelbagai spekulasi diutarakan. Kotak hitamlah yang bakal merungkai segala persoalan yang berlegar, itupun sekiranya penyiasatan dilakukan secara telus dan jujur. Secara peribadi, aku masih berdoa dan berharap akan ada keajaiban berlaku dengan izin Allah, ameen. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...