Sunday, July 31, 2016

copthorne 18° celsius fun run | larian bermula



Pagi2 lagi around 6.30 in the morning, kitorang dah gerak ke Copthorne Hotel dengan 2 buah kereta. Jalan awal pagi memang clear, takde lah lama sangat masa yang diambil untuk ke lokasi. Elok je masuk ke simpang nak ke hotel, dah ada usher yang direct kitorang untuk parking kat dalam bangunan belah kiri. Banyak lagi parking yang available masa kitorang sampai tu.

Dari parking kitorang berjalan ke depan hotel dengan participants lain. Masing2 meriah dengan 'uniform' color oren. Entah apa yang emcee duk bercakap pun aku tak tau. Langsung tak jelas butir bicara. Masing2 duk buat hal sendiri sementara menunggu flag off.


Termometer besar dengan penunjuk angka 18 sebagai simbolik acara Cameron Highland 18° Celsius Fun Run 2016 by Copthorne.


Kasut kami sebelum bermulanya event, bersih tanpa noda. Pagi tu aku akhirnya decided pakai kasut kung fu instead of sport shoes. Dua2 aku bawak, tapi end up aku simpan sport shoes atas alasan tak sanggup nak biarkan toes berenang dalam kasut.

On paper, flag off pukul 7.00 pagi tapi 7.30 pagi baru kitorang dilepaskan. Kami berenam dah berjanji takde beria sangat nak berlari. Lagipun larian ni bukan time based, tapi based on the best photo taken during the event. Kalau tadi kitorang bertujuh bila along ada sekali, elok lepas simpang menuju ke Kea Farm Market, along dah berdesup ke depan. 


Oren memenuhi jalan di Tanah Rata pagi tu. Masa lalu kat depan Pasar Kea Farm, adalah few peniaga baru nak bukak gerai. Pasar yang kat bahagian bawah tu pun baru nak start bukak kedai jugak.


Dah sampai selekoh bawah lepas pada food court tu, kitorang directed to the left. Lalu denai kecil kemudian mendaki tepi lereng bukit. Kalau mata korang terang, boleh nampak color oren kat tepi pokok atas tu. 


Dari lereng bukit tadi masing2 duk beratur bergambar dan berselfie ber background kan pemandangan ini. Korang yang selalu ke Cameron Highland sure tau kat selekoh mana ni.


Melalui kawasan tepi lereng ni, boleh nampak bukit kat hujung sana dan kebun sayur yang bertutup kat bawah tepi bukit.


Masa sampai kat kebun kobis ni, aku tengok masing2 teruja duk bergambar dalam ni. Kitorang pun sama, tak lepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan.


Jeep kuning dan bukit hijau, memang menyerlah.


Ladang bunga matahari yang kitorang lalu baru ada sepohon dua yang keluar bunga macam gini. Tapi saiznya kecik, tak sebesar bunga matahari kat Lopburi.


Yang full bloom sekuntum ni kesian kot, lepas sorang, sorang beratur nak bergambar dengannya. 


Kat sebelah ladang tu dah dituai bunganya, tinggal sekuntum ni yang tak dituai. Bunganya lain sikit dengan yang tadi tu.


Laluan macam gini antara laluan yang akan dilalui. Memandangkan semalam hujan, memang lopak ni dipenuhi air lah. Kalau jalan tak pandang bawah memang basahlah kasut jawabnya.


View dari ladang kobis ni memang memukau, dengan kabus kat belakang memang added value lah. Kebetulan pulak orang tak ramai masa sampai kat ladang ni.


Since medal dah dapat sekali masa ambik race kit semalam, aku bawak sekali berlari pagi ni. Sementara tunggu dorang sampai nak bergambar sekali, aku abadikan medal ni berbackgroundkan ladang kobis.


Berselisih dengan lori dan pick up adalah perkara biasa. Depan sikit pada kawasan ni, ada laluan menurun yang licin. Ramai yang berdebuk jatuh, masing2 ambik extra caution. 

Lepas pada tu bila jumpa ladang, keterujaan tu dah berkurangan. Sebabnya dah lenguh berjalan, nak lari malas. Kitorang melintasi small stream, pijak atas batu. Basahlah jugak kat hujung kasut tu sikit. Tapi takde lah sampai ke tahap jari kaki berenang2 dalam kasut. 


Pastu ada pulak kawasan berair ni, kan semalam hujan boleh tahan lebatnya. Berhati2 masing2 pijak atas batu dan ada yang dibantu volunteer. Since raya masih berbaki, ada runner yang berbaju melayu dan yang perempuan berbaju kurung.


Spotted this wild orchid while waiting for Izza just after the puddle. Cantik!

Sebab post ni banyak gambar, aku sambung dalam next entry. Tapi kena tunggu kerajinan datang bertandang dulu lah jawabnya.


Thursday, July 28, 2016

copthorne 18° celsius fun run | ke cameron highland

Masa Izza share pasal Copthorne 18° Celsius Fun Run di Cameron Highland, aku terus check schedule dan register bila tengok slot untuk weekend tu masih kosong. Disebabkan nak early bird fee, aku terus register offline. Agak leceh di situ, tapi yang sebetulnya dorang yang awal2 register online pun still boleh dapat harga murah.  

Tak sampai seminggu nak ke sana, aku baru cari homestay. Since kitorang ramai, better ambik homestay rather than hotel. Aku dapat homestay kat Puncak Arabella, 3 bilik dan 2 bilik air dengan harga RM 250 semalam. Lebih kurang 10 km nak ke Copthorne Hotel tempat starting point untuk run the next morning.

Dalam pukul 10 pagi Sabtu, kitorang berempat bertolak dari Putrajaya Sentral dan kereta Nilly dah bertolak lebih awal. Sempat kitorang singgah beli durian dan rambutan kat Tapah, tepi jalan lepas exit toll Tapah. Kitorang terus ke Copthorne Hotel, collect race kit dan jumpa dorang kat sana. Selain t-shirt untuk esok, finisher medal dah ada sekali dalam race kit, termasuklah whistle. Semua dah dapat race kit masing2, kitorang berkonvoi 2 kereta je pun ke homestay.


Bilik belakang.



Bilik depan.

Bilik tengah adalah master bedroom. Tak sempat aku nak ambik gambar, dorang dah selerakkan lebih awal. Master bedroom ada queen bed dan attached bathroom. Kat ruang tamu complete sofa dan tv, meja makan dan kat dapur disediakan fridge dan microwave selain peralatan dapur. Kalau nak masak tu boleh sangatlah. 



Aku suka pinggan ni, pinggan lama yang dah susah nak jumpa sekarang ni. Kebetulan Fathi masak aglio olio, memang aku tak toleh belakanglah. 

Lepas makan dan solat, masing2 rehat dulu. Bila dah petang barulah kitorang keluar ke pasar malam. Jenuh meronda pasar, tak tau nak beli apa. Last2 beli aiskrim strawberry dan sesambil tu ushar buah. Boleh tahan murah buah kali ni, mungkin bukan peak season kot. 



Strawberry ni satu tray RM 20, tapi sebab kitorang pakat borong, end up dia bagi 6 tray RM 100. 

Sesambil uncle tu packing strawberry, sempatlah kitorang sembang2. Rupa2nya strawberry ni jangan simpan dalam fridge, pastu bekas jangan tutup dan buah takkan masam. Tapi memang pun, buah yang aku beli petang Sabtu, dan bila sampai kat rumah on Sunday night tu tak masam pun lagi. Cuma biasalah, ada yang dah lembik. Patutnya beli sebelum balik esoknya.

Sudahnya kitorang turut borong jagung selain strawberry kat pasar malam. Untuk dinner kitorang ke food court sebelah tu, berpusing2 nak cari parking. Hampir2 berputus asa sebelum kitorang berjaya dapat parking. Makanan so and so je, dan lepas makan terus balik ke homestay. Izza sampai masa sebahagian dari kitorang dah masuk tidur. 

Kalau ada yang teringin nak menginap kat homestay ni, boleh contact owner Ramli Homestay Cameron Highland. Encik Ramli +60135105563. Dia ada 2 rumah, kitorang ambik tingkat bawah sebab malas nak daki anak tangga. Itu pun tetap kena mendaki jugak untuk ke first floor. 


Wednesday, July 20, 2016

team malaysia fan run 2016

Setelah hampir 2 bulan berehat dari sebarang aktiviti melarikan diri, Ahad lepas aku akhirnya kembali ke jalan raya. Bukan mudah nak paksa diri untuk lari, sementelah lemak semakin membiak dengan jayanya. Lepas Subuh aku keluar dan terus ke Putrajaya. Awal pagi, traffic agak smooth kecuali tersangkut lama di traffic light Kota Warisan dan simpang 4 Dengkil. 

Semasa aku mencari parking, tempat yang biasa aku parking dah penuh. Ini kerana mereka yang mengambil bahagian dalam half marathon dah bermula jam 6.00 pagi. Aku parking agak jauh sedikit, eloklah untuk aku. Boleh warm up sikit sesambil tu. Dah lah plan nak training Sabtu tu hancusss. 


Lagi 10 minit nak flag off, dah ramai yang masuk ke starting point. Since aku datang sengsorang dan tak dapat contact kekawan lain, aku pun turut sama berkumpul.


Hari dah siang dan kitorang masih belum bermula lagi. 

Tepat jam 7.00 pagi kami dilepaskan. Entah di mana silapnya, aku rasa pelepasan macam hambar. Aku sendiri keliru sama ada dah dilepaskan ke belum, tu belum lagi bisik2 sekeliling yang bertanya dah ke belum. Tapi bila crowd makin bergerak ke depan, maka confirmlah kami semua dah dilepaskan untuk 10km.


Laluan untuk Team Malaysia Fan Run sedikit berbeza dari larian lain yang aku pernah masuk. Depan PICC ni instead of ke kiri, we were directed to the right. 

Tapi tak sampai 1km lepas PICC tu, kitorang semua kena turn left dan dalam 1km lebih lepas tu, kitorang dah lalu jalan sama macam larian sebelum ni. Masa tengah lalu kat laluan sebelum check point, aku nampak pelari half marathon kat atas flyover. Maybe dorang dah nak sampai ke finishing line dan kitorang masih lagi berbaki lebih separuh perjalanan. 

Alhamdulillah, kaki aku behave kecuali ada blister kat both heels. Yang aku paling takut kalau2 kaki cramp, sebab dah lama tak exercise. Masa untuk habiskan larian pun masih dalam range walaupun aku tak puas hati sangat. Lepas larian kitorang diberi nasi lemak dan drinking water. Takde lori milo yang menunggu. Sudahnya, sebelum sampai rumah aku singgah beli milo. Tapi feeling dapat minum dari lori milo lagi best sebenarnya.


Medal untuk finisher 10km, bertambah lagi satu koleksi medal aku.

Hujung minggu ni aku ada lagi satu larian yang dah menanti. Harap2 aku mampu habiskan. Risau jugak dengan halangan yang menunggu di sepanjang trek larian. Apa pun, ia mungkin akan jadi kenangan dan pengalaman baru buat aku, insya Allah.


Saturday, July 16, 2016

trip java | gumuk pasir



Masa nak keluar dari parking lot Pantai Drini, Yanto mintak izin dengan kitorang nak drive lebih laju dari tadi. Memang itu pun yang kitorang harapkan dari tadi, bukannya drive macam bersiar2 di taman bunga. Sampai di satu persimpangan, laluan tersekat disebabkan oleh kemalangan. Polis yang bertugas kat simpang tu suruh Yanto guna laluan lain. Lepas tersilap masuk simpang dan Yanto bertanya dengan penduduk kat situ, kami akhirnya berjaya menuju jalan yang sepatutnya.

Kami memilih untuk ke Gumuk Pasir instead of the other 2 places. Aku dah pernah ke sand dunes kat Mui Ne, so bolehlah aku buat comparison between this Gumuk Pasir and the other 2 at Mui Ne. Kalau baca review kat internet, memang tak kalah hebatnya. Gumuk pasir ni ada dua entrance, semestinya ada dua bayaran masuk. Padahal sebelah menyebelah je.

Masa lalu yang first tu kitorang let go je dulu, then masa lalu yang second tu baru kitorang decide nak turun. Jarak antara dua tu dekat sangat, kalau berjalan pun tak sampai 5 minit. Turun je dari kereta, dah ada yang menyapa mintak bayaran untuk parking. 


Kami parking betul2 depan tanda ni. Punyalah seksa nak ambik gambar tanpa ada orang. Masa ni pun ada satu group yang tengah bergambar kat situ, habis segala skill aku keluar semata2 tak nak bagi ada sebarang penampakan.


Pasir kat sini warna hitam kelabu. Kat tepi tu ada papan tanda pasal pembentukan gumuk pasir ni. Sempatlah aku baca seimbas lalu.


Pengunjung petang tu boleh tahan ramai, campur dengan kitorang bertambah ramailah. Dan kalau korang perasan, kat atas tu ada pohon kaktus. Memang jadi rebutan sebagai prop untuk bergambar. Kami pun sama, tak terkecuali.


Gumuk Pasir kat sini tak seluas sand dunes gumuk pasir kat Mui Ne. Yang kat Mui Ne lebih luas kawasannya dan lebih menarik. 

Masa kitorang baru nak bergambar dengan pohon kaktus, hujan turun rintik2. Mula2 tu cuma rintik2 halus, kemudiannya bertukar menjadi rintik2 kasar. Cepat2 kitorang bergegas ke kereta setelah selesai bergambar. Masa tu hanya kitorang je lagi yang tinggal kat situ.

Keluar dari Gumuk Pasir, hari semakin gelap. Perjalanan kami adalah menuju ke Jogja, tanda berakhirnya tour kitorang untuk hari tu. Dah sampai Jogja, kami mintak berhentikan kat Jalan Malioboro. 

Kami ke Indomaret dan aku memang plan nak beli selipar kat Bata. Semalam aku tengok ada sale 70%, tapi dah tutup. Sekali yang ada sale item lama, selipar yang biasa aku pakai pun mahal jugak. Last2 tanpa sengaja kitorang termasuk ke dalam Ramayana Department Store dan aku terjumpa selipar yang aku suka. And surprisingly, harganya jauh lebih murah dari Bata. Terus aku rembat sepasang. 

Dah dapat apa yang dihajati, kitorang tak terus balik ke hotel. Sempatlah merayau kat kaki lima mengushar barang dagangan. Esok2 masih ada untuk shopping, malam ni kita ushar dulu sambil belek2 tanya harga. Berakhirlah hari kedua di Jogja.


Thursday, July 14, 2016

trip java | bukit kosakora, pantai ngrumput dan drini



Keluar dari Pantai Pok Tunggal, kitorang dibawa ke Bukit Kosakora. Sempat aku terlena kejap dalam perjalanan tu. Sampai je kat parking, terpinga2 kejap bila kereta Yanto parked kat tepi kebun. Masa Yanto keluar dari kereta, kitorang still lagi kat dalam. 

Kemudian Yanto suruh kitorang berjalan kaki ke Bukit Kosakora. Boleh ambil seberapa banyak masa sebab masih awal katanya. Tapi aku dah makin suspicious dengan masa yang masih banyak tu. Sehinggalah masa kitorang nak tinggalkan kawasan parking, dia bukak mulut pasal nak skip 2 tempat sebab dah tak sempat. Ramalanku benar belaka, stress dengan mamat ni.


Dari tempat parking kitorang berjalan atas batas kebun ubi kayu penduduk kampung. Kata bapak yang kitorang jumpa tengah jalan tu, kitorang dah ikut laluan yang betul.


Penghujung jalan lurus tadi, kitorang ternampak papan tanda ni. Berjalan dalam semak samun, pastu kitorang jumpa kebun ubi kayu lagi. Ada signage, insya Allah tak sesat.


Kami akhirnya sampai kat kawasan pantai ni. Bukit yang tersergam itulah Bukit Kosakora, dan pantai ni namanya Pantai Ngrumput. 

Hajat di hati sebelum datang memang nak panjat bukit tu, tapi bila tengok tangga terus terasa lelah. Hati bolak balik sebenarnya, antara nak panjat dan nak tengok dari bawah je. Masa ushar gambar kat google, view dari atas tu cun jugak. Ambik gambar kat bawah dulu, nanti2 baru fikir nak panjat ke tak.


Pantai Ngrumput ni pendek je. Aku cuma lepak kat pangkin yang mengadap laut tu dengan Izza. Cheq Sue dengan Dyl rajin merayap sampai ke tepi pantai.


Buah mengkuang laut betullah kot mengkuang laut sebab daunnya macam mengkuang

Kami akhirnya mengalah, takde sorang pun antara kitorang berempat yang sanggup nak daki Bukit Kosakora. Cukuplah dengan hanya memandang dari bawah. Kami kemudiannya berjalan pulang dengan mengambil laluan yang sama. Sebenarnya dari sini boleh berjalan dan keluar ke Pantai Drini. Tapi kami menghala ke arah parking lot.

Dah sampai kat tempat parking, tengok2 si Yanto tengah lena. Tapi kejap je dia dah bangun. Kami kemudiannya dibawa ke Pantai Drini. Dalam perjalanan, kitorang bagitau Yanto pilihan kitorang untuk perjalanan yang seterusnya. Jarak dari parking lot ke Pantai Drini tak jauh mana pun, sekejap je dah sampai.


Bot nelayan berderet menyambut kitorang, berbeza suasananya dengan pantai lain yang kitorang singgah awal tadi.


Seperti sudah seia sekata, semua bot di sini punya rona warna biru.

Selain barisan bot nelayan yang berbaris, kat sini ada semacam medan selera petak2 macam kat pasar basah. Tapi dorang jual seafood goreng. Masa turun dari kereta, konon teringin nak merasa goreng2 tu. Tapi bila mendekat, terus hilang keinginan. Sudahnya aku ushar keliling tengok orang.


Pantai Drini boleh tahan menarik jugak, dan ombaknya pun tak kalah ganasnya.


Pantai di hujung sebelah sana. Sekali pandang macam kat Tanah Lot pun ada. 

Masa kat Pantai Drini ni, aku dah takde daya sebenarnya. Kalau masih semangat, harus aku naik ke tebing sana. Tak lama pun kitorang kat sini, lepas ambik gambar sikit2, pusing sikit2, kitorang terus naik kereta. 


Saturday, July 2, 2016

trip java | pantai pok tunggal dan bukit panjung



Meninggalkan rumah tempat kitorang makan siang dengan mata yang makin memberat. Kami tak terus pulang ke Jogja, tapi ada banyak lagi destinasi yang akan disinggah, kalau ikutkan plan yang aku buat. Tengok pada keadaan Yanto, rasanya dia macam ada plan nak skip few places je. Just he didn't spill it out je lagi. Tapi dari gaya dia drive, aku dah boleh baca dah keengganan tu.  

Sebelum masuk ke kawasan barisan pantai selatan, kitorang diberhentikan kat satu sekatan tepi jalan. Each of us kena bayar fees Rp 10k untuk masuk ke kawasan pantai selatan. Tapi karang parking kena bayar jugak. Charges kat tempat2 wisata yang terkenal macam ni dah jadi legal, tak boleh nak komplen lebih2.

Kami seterusnya ke Pantai Pok Tunggal. Jalan nak masuk ke kawasan pantai boleh tahan bercinta jugak, lebih kurang jalan nak ke Pantai Timang. Tapi yang ni boleh naik kereta, tak perlu sewa ojek. Masuk kawasan pantai, aku dengan Izza tercari2 pokok Pok Tunggal yang glemer tu. Bila Yanto tunjukkan pokok yang dah dipotong, cuma tinggal dahan je sebatang, kitorang tak percaya. Sebabnya tengok dalam gambar pokok tu besar.

Turun dari kereta kitorang terus berjalan ke arah kiri pantai. Dari tempat parking kitorang nampak bukit kat hujung sana pantai. Dalam pada tu, aku duk melilau cari sebatang pokok yang besar tepi pantai tu, dengan harapan apa yang Yanto bagitau sebentar tadi adalah satu kesilapan. Tapi sampai ke hujung, langsung tak jumpa apa yang dicari.


Pantai kat bahagian ni agam curam sikit, tak landai. Tapi pasirnya cantik. Ni dah hujung dah, belah kiri gambar ni ada tangga nak ke atas bukit.


Ini dah suku tangga berbatu yang didaki untuk ke puncak Bukit Panjung.


Kemudiannya kena melintasi jambatan buluh, menyelit celah batu besar ni. Kalau terjatuh kat kawasan jambatan buluh ni memang terus jatuh ke bawah kalau tak tersangkut atas pokok. 

Kat entrance Bukit Panjung tu ada pakcik yang jaga, tapi takde bayaran masuk. Depan dia cuma ada kotak sumbangan ikhlas, mungkin untuk maintenance kawasan Bukit Panjung. Dah sampai atas ni, masing2 bawak haluan sendiri. 


View Pantai Pok Tunggal dari tempat pakcik yang jaga kotak derma.

Kat atas ni memang best, sebabnya angin bertiup kuat. Jealous tengok dorang yang lena kat bangku yang banyak atas tu. Teringin jugak nak melepak lama2 bila tengok ada banyak yang kosong. Tapi hampa bila menghampiri, baru terperasan ada notis sewaan tempat duduk tu. Terus back off, tak sanggup nak keluarkan duit. Orang kedekut memang begitu.


Di sebelah sana Bukit Panjung, kawasan berbatu dan ombak kuat membadai. Terjenguk2 aku belah sana, kot2 boleh nampak Pantai Timang. Tapi takde kelihatan pun. Walaupun kat atas bukit ni dipagar, tapi aku tak berani nak rapat ke tepi. Angin kuat kot, silap hari bulan mau terbang melayang.


Sebelum turun, aku lagi sekali capture Pantai Pok Tunggal yang lurus, dipenuhi pengunjung.


Dah turun ke bawah, aku ke pantai sebelah entrance tadi. Motif adalah nak cari Pokok Pok Tunggal. Pengunjung kat bahagian sini tak seramai sebelah sana.


Inilah pokok Pok Tunggal yang Yanto bagitau. Gigih aku duk imagine dengan apa yang aku pernah tengok dalam internet. Jauh sangat bezanya.


Aku akhirnya akur. Mungkin pokok ni dah terlalu tua, jadi bagi tidak membahayakan penunjung, dahannya dipotong. Yang tinggal cuma ini sahaja.


Kami sudah berada di lokasi yang betul, Pantai Pok Tunggal. Signage ni tersorok, letak kat tempat parking. Kalau letak kat depan laluan masuk, baru cun!

Masa aku berpatah balik ke arah gerai makan yang terdekat dengan kereta, dorang semua dah ada kat situ. Masing2 tak tunggu lama, sepakat untuk teruskan perjalanan kami. Walaupun hari masih awal, tapi matahari dah terik menyengat. Cepat2 kitorang masuk dalam kereta dan semestinya aircond jadi tumpuan kitorang. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...