Showing posts with label Phattalung. Show all posts
Showing posts with label Phattalung. Show all posts

Sunday, March 15, 2015

trip redah | #5: dugaan belum berakhir


Balik ke bilik, masing2 ambik giliran untuk mandi. Since aku akan lama dalam bilik air, aku turun guna bilik air kat tingkat bawah. Elok je kitorang keluar rumah, terserempak dengan makcik owner. Terus pulangkan kunci dan say good bye tanpa jumpa the lady boutique hotel. Kitorang terus ke tempat yang kitorang turun dari songtheaw semalamnya untuk ke stesen keretapi. 


On the way tu, ada banyak stall yang jual macam2. Sempatlah Izza singgah beli handbag mengkuang.

Masa bertanya dekat driver songtheaw, dia nak charge kitorang THB 50 sorang untuk ke stesen keretapi. Tapi bila kitorang insist nak THB 20, dia suruh kitorang naik. Rupa2nya dia hantarkan kitorang kat tempat macam hentian songtheaw. Masa tu pakcik yang bawak songtheaw tu melepak bawah pangkin seberang jalan. Lepas tanya kitorang nak ke mana, boleh pulak dia sambung melepak. Aku tengok jam awal lagi, so aku relax je. Tapi bila dorang bagitau dah nearly 10.30am, baru aku gelabah. Rupa2nya jam aku lambat dekat setengah jam tanpa disedari. 

Around 10.30am, pakcik songtheaw dah start gerak. Dalam hati berdoa mudah2an sempat catch train pukul 10.48am. Tapiii.... pakcik songtheaw bawak macam makan angin. Aku rasa paling laju pun adalah dalam 20km/j. Selain kami bertiga, ada 2 orang penumpang lain yang relax je. Masing2 dah rengsa. Elok dia berhentikan kitorang kat tepi railway track tu, laju je dorang berdua tu berlari ke stesen. Aku je lenggang kangkung kat belakang. Sekali train baru je berlepas 10 minit yang lalu. Next train pukul 12.00 tengah hari. 

Masa kat situ, ada sorang pakcik ni boleh bercakap melayu sikit2. Dia jadik translator antara kitorang dengan staff kat kaunter. Masa ni jugak staff yang semalam tu datang dan bagitau next train pukul 12.00 camtu. Waktu off duty dia berniaga kat gerai tepi stesen ketapi ni. 

"Dah makan?" Pakcik yang reti cakap melayu tu tanya.

"Belum."

"Depan tu ada kedai makan, ada ayam."

"Muslim ke?" 

"Bukan. Tapi takde babi, ada ayam. Bawah pokok sana," gigih pakcik tu tunjukkan kedai tu kat kitorang. Gigih jugaklah kitorang buat2 berminat. Pakcik tu pergi dengan isterinya dengan janji palsu yang kitorang akan pergi makan kat situ. Train yang patutnya pukul 12 delay almost half an hour jugak. 


Inilah Stesen Ban Nakok Tai yang tak macam stesen keretapi pun. Macam pondok tunggu bas pun ada. 


Aku beranikan diri berdiri kat hujung koc keretapi semata2 nak ambik gambar ni. Sebenarnya, syok jugak layan view kat belakang keretapi walaupun cuak. 


Kali ni banyak kali train yang kitorang naik berselisih dengan another train. So, masa tu lebih lama sebab most of the time train kitorang kena bagi laluan kat train lain. Satu yang aku perasan, tak ramai penumpang train during weekend compared to weekdays.

Kitorang sampai dah nak dekat pukul 4.00 petang. Masa tengah deal dengan driver songtheaw nak ke floating market, kitorang nampak kelibat kawan Izza. Kitorang berjanji nak ke floating market sekali, tapi train kitorang lambat dan dorang nak balik dengan train petang tu jugak, memang tak dapatlah. Sempatlah bergossip riang sebelum kitorang ambik songtheaw ke Khlong Hae Floating Market. Dari harga THB 600, kitorang mintak kurang ke THB 500. Baru beberapa meter, driver berhenti tepi jalan. Rupa2nya dia pass kitorang kat another driver yang boleh berbahasa melayu.

  
Barisan perahu yang berniaga di floating market dari atas jambatan. Aku tak nak citer banyak sebab aku pasti most people dah ke sini. Aku je yang terlambat, tertinggal keretapi katanya. 


Majoriti peniaga kat sini adalah Muslim. Aku perasan ada sorang peniaga Chinese. 

Kat bahagian atas ada tandas dan surau. Dua2 kitorang tak jenguk masuk. Ingat nak ke tandas, sekali tengok queue panjang, terus cancel. Kat atas tu ada banyak gerai yang jual pakaian dan souvenir, yang jual makanan pun ada. Kalau ada yang tak berkenan nak makan kat floating area tu, boleh beli dan makan kat atas. 

Balik tu, kitorang memang mintak brader songtheaw turunkan kitorang kat depan Sri Maju. Lepas letak bag, kitorang keluar. Uncle Sri Maju suggest suruh kitorang ke depan sekolah, berjalan je sampai ke hujung jalan. Ada sambutan CNY katanya. On the way tu ada banyak kedai makan Muslim. Izza tunjuk kat kitorang kedai nasi ayam best. Next time kalau ke sini, boleh singgah.


Lantern kat tapak sambutan CNY.

Ada banyak stalls dan sebahagian besarnya jual makanan. Ada banyak jugak stall makanan peniaga Muslim. Kalau ikutkan nafsu, memang nak beli. Tapi bila fikirkan yang perut dah kenyang, jamu mata ajelah. 


Pau comel. Erk, yang ini diragui status halalnya sebab yang berniaga tu Chinese.

Bas kami on time, pukul 7.00 malam dah ready nak tinggalkan Hatyai. Dalam town agak jammed, tapi bila dah keluar dari town, jalan dah clear. Bas tak lalu ikut Padang Besar, tapi lalu ikut border Sadao - Bukit Kayu Hitam. Mata makin memberat bila dah top up perut masa bas berhenti rehat. Elok ambik posisi best nak tidur, sekali bas berhenti somewhere area Changlun. Belt putus pulak. Lama menunggu mekanik datang, sebelum bas akhirnya dapat menyambung perjalanan. 

Around 4.++am bas berhenti kat Ipoh, HQ Sri Maju. Aku ambik chance ke toilet dan keheningan pagi dicemari dengan bunyi ketang ketung mekanik repair apa yang patut. Pukul 5.00 pagi baru bas bergerak ke Kuala Lumpur. 

   
Selamat pagi, KL!

Bas selamat sampai kat Puduraya pukul 7 pagi. Lepas hi hi bye bye dengan Izza, kitorang ke toilet untuk cuci muka. Pudu Sentral, nama cukup gah. Konon dah upgrade, banyak improvement tapi kebersihan failed! Masuk tandas kena bayar, aku tak kisah pasal bayar tu. Tapi biarlah tandas tu bersih. Aku rasa cukup susah nak educate orang Malaysia untuk jaga kebersihan.

Dari Pudu kitorang ambik LRT dan tukar ke ERL di Bandar Tasik Selatan. Kereta yang aku tinggalkan kat Putrajaya Sentral setia menunggu, Alhamdulillah. Aku parked kat parking berbumbung, masuk malam Rabu dan ambik kereta pagi Ahad, charge cuma RM 18.00. Aku lupa nak check rate untuk parking. Berakhirlah trip redah kami ke utara tanah air. Dari awal hingga sudah trip kami kali ini diuji dengan transportation. Serik? Rasanya tak kot...


Sunday, March 8, 2015

trip redah | #3: selamat tiba.....

Sambungan dari kisah trip redah | #2: diduga lagi.

Keretapi semakin jauh meninggalkan pekan Phattalung. Kalau tadi kitorang jumpa pekan, sekarang laluan keretapi melalui sawah dan kawasan pertanian di kiri dan kanan.


Sawah dan bukit bukau menjadi latar. Aku dah sengih sorang2 bila nampak view ni. Inilah antara view yang aku jumpa dalam internet. 

Bila train makin slow tanda2 nak berhenti, aku terus pikul bag dan menjengah ke luar tingkap. Dari apa yang cik gugel map cerita, Stesen Pak Khlong adalah selepas Stesen Phattalung. Tapi bila makin dekat dengan stesen, aku cuak. Sebabnya kat papan tanda tu ada tulis Chaiburi, bukannya Pak Khlong. Kecoh jugaklah dalam koc tu. Akak belakang seat kitorang pun tak tahu masa kitorang tanya pasal Pak Khlong. Aku berkira2 nak ke depan, nak tanya driver train. Tapi akak tu suruh turun kat next stesen dan tanya pengawal kat situ.  

Bila train berhenti kat next station, aku tak jadi turun. Sebabnya, stesen yang ada tak ubah seperti bus stop dan takde sesiapa pun kat situ, melainkan penumpang yang turun. Masa aku konon2 nekad nak jumpa driver train, brader belakang seat kitorang tegur. Dia kata lepas ni Stesen Pak Khlong. Aduhaiii, terus hilang rasa gelabah dan cuak.


Inilah Stesen Pak Khlong yang menjadi misteri nusantara tanda tanya. Bila dah selamat sampai, lega rasanya walaupun destinasi masih jauh. In fact, tak tahu pun macam mana nak ke sana.

Masa kat dalam keretapi, aku nampak ada songtheaw dan few motor taxi. Tapi bila kitorang dah selamat turun, semua tu hilang kecuali ada 2 buah motor taxi. Yang lain laju je disambar orang. Kitorang confirmkan dengan staff stesen ketapi tu pasal schedule train esok. Lepas dah confirm, kitorang cari solution nak ke Talay Noi. Motor taxi tu mintak THB 50 sorang. Cepat2 staff ketapi tu datang kat kitorang. Dia tak bagi kitorang ambik motor taxi, beria2 dia suruh kitorang berjalan dan tunggu songtheaw kat luar, tapi kitorang tak faham. Dia bagi direction dan insist kitorang berjalan.


Roughly inilah peta laluan yang kitorang ambik atas bantuan staff ketapi dan jugak guard penjaga laluan ketapi. Abaikan rupa paras yang buruk itu, tangan aku memang tak bedung.

Masa sampai kat pondok pakcik makcik jual beras tu, kitorang konon nak berjalan lagi. Tapi pakcik tu tahan kitorang, jauh katanya. Sambil2 tu bersembanglah kami dalam bahasa yang masing2 je faham. Rancak bersembang macam jumpa orang kampung. Pakcik tu tahankan songtheaw untuk kitorang dan bagitau driver suruh berhentikan kitorang kat Talay Noi.

Tambang dari tepi jalan tu ke Talay Noi adalah THB 20 seorang. Turun je, aku ambik masa nak scan kawasan sekeliling. Kemudiannya kami berjalan tanpa tujuan. Antara deretan gerai tepi jalan yang jual macam2 kraftangan dan hasil laut yang dikeringkan, terselit Pink Cafe. Kitorang ke kafe tersebut, ramah disambut oleh pemiliknya. Dia bukan setakat bagi direction, tapi siap offer kitorang suruh tunggu kat situ dan dia akan call owner guesthouse. Kami tolak dengan baik dan decide untuk cari sendiri.

Yang pertama kitorang jumpa adalah Taweesuk Boutique Hotel. Owner dia kelam kabut sebab at the same time dia nak kena entertain orang lain. Dia bawak kitorang ke rumah pakcik dia, belah belakang rumahnya. Lepas tengok bilik, kitorang agree ambik je bilik tu. THB 600 untuk bilik yang ada 3 tilam tanpa katil. Luas dan selesa, cuma bilik air kat luar.
  
Bila dah siap selesaikan urusan yang tertangguh, kitorang turun. Kononnya nak cuba catch sunset kat driveway. Masa kitorang turun tu, hari dah agak gelap. Terserempak dengan owner Taweesuk, yang sampai sudah aku lupa nak tanya nama dia. Katanya dah tak sempat, dia suruh kitorang tengok sunset dari beranda rumah yang kitorang duduk tu je. Sempatlah jugak kitorang tanya pasal boat pagi esok dan pukul berapa nak keluar untuk catch sunrise. Kebetulan pulak, pakcik minah tu yang juga pemilik rumah yang kitorang duduk tu bawak boat. 


Dari rooftop Taweesuk Boutique Hotel. Ramai yang main layang2 petang gini. 


Another shoot. Aku tetap tak puas hati sebab tak boleh tengok dari driveway. Agaknya aku nak kena repeat ni. Bila dah tak nampak matahari, kitorang keluar untuk cari makan. 


Talay Noi di remang senja, bersedia untuk beradu. Malam kat sini memang sunyi, tak ada aktiviti.

Masing2 dah aim nak makan kat Pink Cafe. Kat area tu banyak restoran seafood, tapi masing2 tak boleh nak terima. Malangnya, bila kitorang sampai kat Pink Cafe, suasana gelap dan siap berpagar lagi. Maknanya cafe tu tak bukak malam. Hampa dan kecewa, kitorang berjalan balik. On the way tu, kitorang singgah minum dan beli kerepek pisang. Makan malam kami bertiga malam tu adalah sepeket kerepek pisang dan sepeket rota yang dibawa dari Malaysia. 


Monday, March 2, 2015

trip redah | #2: diduga lagi

Ini adalah kesinambungan dari trip redah | #1: dugaan tak diduga.

Hari baru di Hatyai. Plan nak keluar awal untuk catch train paling awal kena cantas. Sebabnya aku baru teringat yang kitorang takde tiket nak balik ke KL lagi. So, around 9am kitorang keluar dan terus check out. First kitorang ke office Konsortium, sebab itu yang kitorang nampak semalam tapi dah tutup. Office dorang seberang jalan dengan Lee Garden Plaza dan sebaris dengan Restoran Hamid. 

Tiket bas Konsortium ke KL untuk Sabtu dan Ahad penuh. Kitorang tanya direction ke company lain. Gigih nak cuba nasib walaupun staff Konsortium tu siap cakap 'I think other company also same...'. Kitorang singgah kat satu travel agent ni masa on the way tu, tiket habis katanya. Tak jauh dari situ baru nampak syarikat Sri Maju dan Allisan kat laluan bertentangan. 

Sejujurnya, masa kitorang masuk dalam office Sri Maju, aku dah bersedia untuk the worst scenario. Tapi bila uncle tu kata dia ada lagi 3 seat kosong, perkataan tapi kat belakang tu aku dah tak peduli. Rasa macam nak lompat bintang kat situ jugak! Patutnya sujud syukur, tapi aku nak lompat bintang pulak, sungguh keji rasanya. Tapi uncle tu sebab lagi satu seat tu kat belakang sikit. Kitorang ambik je, lagipun bas yang sama.

Dah dapat tiket, baru kitorang cari jalan nak ke stesen ketapi. Ada satu uncle songtheaw tu mintak THB 100 nak hantar kitorang. Kitorang tak nak. Masa tengah belek2 map, ada orang tegur dalam Bahasa Melayu. Pak cik songtheaw jugak, dia tunjukkan arah. Dekat je katanya. Dia ada offer songtheaw, tapi bila aku kata nak bermalam kat sana, dia faham dan tak push.

Masa on the way ke stesen ketapi tu lah baru aku perasan Restoran Maliam yang kitorang dinner semalam satu arah nak ke stesen ketapi. Singgah brunch kat situ sebelum kitorang kembali menapak ke stesen ketapi.


Stesen Keretapi Hatyai. Pening aku, ejaan Hatyai ni ada macam2 versi. Tak tau yang mana satu yang betul. Oh, pedulikkan jam besar tu. Memang situ je kedudukan jarumnya, tak gerak2.


Hatyai Junction. Aku lupa nak keluarkan ubat gigi colgate, kalau tak boleh buat iklan ubat gigi percuma kat sini. Masa ni orang tak ramai mana pun, biasa2 je.


Time ni dah lengang sikit selepas geng2 abang askar sampai. Keretapi yang dorang naik pun dah dibahagi 2. Separuh dah bergerak ke Yala, separuh lagi masih tertinggal. Oh ya, kat stesen ketapi ni ada banyak peniaga makanan Muslim, tak perlu risau takut kelaparan. Prayer room pun ada disediakan.


Tiket train kami ke Pak Khlong. Dalam pukul 11 camtu, staff ketapi suruh kitorang tukar tiket baru kat kaunter. Ketapi yang patutnya kitorang naik kemalangan, so kena tunggu next train. Our next train scheduled at 13:50. Since lama lagi masa nak tunggu, kitorang decide pegi cuci mata kat tempat yang jadi tumpuan rakyat Malaysia.

Dari stesen keretapi kitorang menapak ke Kim Yong Market. Baru masuk 2 lorong, aku dah pening. Kaki kemain lagi lenguh. Rupa2nya dorang pun sama, penat katanya. Kitorang patah balik ke stesen keretapi dan lepak minum chaiyen kat The Train Coffee sementara tunggu keretapi sampai. Lega dapat minum ais di tengah hari yang panas berdenting. 

Train kitorang lambat, dalam pukul 2 lebih baru bergerak meninggalkan stesen Hatyai Junction. Train agak penuh, tapi bila dah makin jauh, penumpang makin kurang. Orang yang berniaga jugak makin susut. Sempatlah aku melayan mata, menidurkan diri. Aku teruja bila train akhirnya berhenti di Stesen Phattalung. 


Bukit Ok Thalu yang jelas kelihatan dari Stesen Keretapi Phattalung. Aku sempat buat plan nak hiking bukit ni mampu plan tapi tak mampu nak laksanakan. Bulatan merah yang aku tandakan tu adalah lubang kat bukit yang boleh see thru. Tak faham? Buat2 faham je lah, aku malas nak citer sebab aku gagal mengintai dari lubang tu. 


Dari apa yang cik gugel map bagitau, stesen Pak Khlong adalah selepas stesen ni. Masa ni hati dah berdebar2. Dalam tak sabar ada rasa cuak. 

Info dari cik gugel adalah terlalu sedikit dan tak berapa nak lengkap. Asalnya aku memang takde plan nak ke sini. Thanks to Izza yang share pasal tempat ni. Dalam masa yang limited, aku cuba cari info dan selebihnya kitorang redah. Tak buat sebarang booking. Bila Izza tanya kalau takde bilik macam mana? Selamba aku jawab 'kita tidur kat masjid'. Padahal aku sendiri pun tak pasti ada masjid ke tak dekat kawasan tu.  

Owh, tetiba aku rasa cam malas nak sambung menaip. Plus, rasa macam panjanglah pulak aku membebel. Aku sambung next entry lah, tu pun kena tunggu seru baru aku buat exercise jari jemari yang dah makin gemoks nih.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...