Sambungan dari kisah trip redah | #2: diduga lagi.
Keretapi semakin jauh meninggalkan pekan Phattalung. Kalau tadi kitorang jumpa pekan, sekarang laluan keretapi melalui sawah dan kawasan pertanian di kiri dan kanan.
Sawah dan bukit bukau menjadi latar. Aku dah sengih sorang2 bila nampak view ni. Inilah antara view yang aku jumpa dalam internet.
Bila train makin slow tanda2 nak berhenti, aku terus pikul bag dan menjengah ke luar tingkap. Dari apa yang cik gugel map cerita, Stesen Pak Khlong adalah selepas Stesen Phattalung. Tapi bila makin dekat dengan stesen, aku cuak. Sebabnya kat papan tanda tu ada tulis Chaiburi, bukannya Pak Khlong. Kecoh jugaklah dalam koc tu. Akak belakang seat kitorang pun tak tahu masa kitorang tanya pasal Pak Khlong. Aku berkira2 nak ke depan, nak tanya driver train. Tapi akak tu suruh turun kat next stesen dan tanya pengawal kat situ.
Bila train berhenti kat next station, aku tak jadi turun. Sebabnya, stesen yang ada tak ubah seperti bus stop dan takde sesiapa pun kat situ, melainkan penumpang yang turun. Masa aku konon2 nekad nak jumpa driver train, brader belakang seat kitorang tegur. Dia kata lepas ni Stesen Pak Khlong. Aduhaiii, terus hilang rasa gelabah dan cuak.
Inilah Stesen Pak Khlong yang menjadi misteri nusantara tanda tanya. Bila dah selamat sampai, lega rasanya walaupun destinasi masih jauh. In fact, tak tahu pun macam mana nak ke sana.
Masa kat dalam keretapi, aku nampak ada songtheaw dan few motor taxi. Tapi bila kitorang dah selamat turun, semua tu hilang kecuali ada 2 buah motor taxi. Yang lain laju je disambar orang. Kitorang confirmkan dengan staff stesen ketapi tu pasal schedule train esok. Lepas dah confirm, kitorang cari solution nak ke Talay Noi. Motor taxi tu mintak THB 50 sorang. Cepat2 staff ketapi tu datang kat kitorang. Dia tak bagi kitorang ambik motor taxi, beria2 dia suruh kitorang berjalan dan tunggu songtheaw kat luar, tapi kitorang tak faham. Dia bagi direction dan insist kitorang berjalan.
Roughly inilah peta laluan yang kitorang ambik atas bantuan staff ketapi dan jugak guard penjaga laluan ketapi. Abaikan rupa paras yang buruk itu, tangan aku memang tak bedung.
Masa sampai kat pondok pakcik makcik jual beras tu, kitorang konon nak berjalan lagi. Tapi pakcik tu tahan kitorang, jauh katanya. Sambil2 tu bersembanglah kami dalam bahasa yang masing2 je faham. Rancak bersembang macam jumpa orang kampung. Pakcik tu tahankan songtheaw untuk kitorang dan bagitau driver suruh berhentikan kitorang kat Talay Noi.
Tambang dari tepi jalan tu ke Talay Noi adalah THB 20 seorang. Turun je, aku ambik masa nak scan kawasan sekeliling. Kemudiannya kami berjalan tanpa tujuan. Antara deretan gerai tepi jalan yang jual macam2 kraftangan dan hasil laut yang dikeringkan, terselit Pink Cafe. Kitorang ke kafe tersebut, ramah disambut oleh pemiliknya. Dia bukan setakat bagi direction, tapi siap offer kitorang suruh tunggu kat situ dan dia akan call owner guesthouse. Kami tolak dengan baik dan decide untuk cari sendiri.
Yang pertama kitorang jumpa adalah Taweesuk Boutique Hotel. Owner dia kelam kabut sebab at the same time dia nak kena entertain orang lain. Dia bawak kitorang ke rumah pakcik dia, belah belakang rumahnya. Lepas tengok bilik, kitorang agree ambik je bilik tu. THB 600 untuk bilik yang ada 3 tilam tanpa katil. Luas dan selesa, cuma bilik air kat luar.
Bila dah siap selesaikan urusan yang tertangguh, kitorang turun. Kononnya nak cuba catch sunset kat driveway. Masa kitorang turun tu, hari dah agak gelap. Terserempak dengan owner Taweesuk, yang sampai sudah aku lupa nak tanya nama dia. Katanya dah tak sempat, dia suruh kitorang tengok sunset dari beranda rumah yang kitorang duduk tu je. Sempatlah jugak kitorang tanya pasal boat pagi esok dan pukul berapa nak keluar untuk catch sunrise. Kebetulan pulak, pakcik minah tu yang juga pemilik rumah yang kitorang duduk tu bawak boat.
Dari rooftop Taweesuk Boutique Hotel. Ramai yang main layang2 petang gini.
Another shoot. Aku tetap tak puas hati sebab tak boleh tengok dari driveway. Agaknya aku nak kena repeat ni. Bila dah tak nampak matahari, kitorang keluar untuk cari makan.
Talay Noi di remang senja, bersedia untuk beradu. Malam kat sini memang sunyi, tak ada aktiviti.
Masing2 dah aim nak makan kat Pink Cafe. Kat area tu banyak restoran seafood, tapi masing2 tak boleh nak terima. Malangnya, bila kitorang sampai kat Pink Cafe, suasana gelap dan siap berpagar lagi. Maknanya cafe tu tak bukak malam. Hampa dan kecewa, kitorang berjalan balik. On the way tu, kitorang singgah minum dan beli kerepek pisang. Makan malam kami bertiga malam tu adalah sepeket kerepek pisang dan sepeket rota yang dibawa dari Malaysia.
bla masa ko g ni anne?
ReplyDeletecny aritu...
Deleteanne, korang singgah talay noi utk red lotus ekk?
ReplyDeleteyup, zilla..
Deletetak mampu nak ke udon thani, dapat ke talay noi pun jadilah... hihi