Showing posts with label Running. Show all posts
Showing posts with label Running. Show all posts

Wednesday, April 19, 2017

sungai besar paddython 2017

Ini cerita lama, aktiviti pertengahan Januari lepas. Lepas balik dari Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah, aku nampak iklan pasal larian ni. Lepas inform dorang, aku terus register. Sebab masing2 pun turut excited, aku beranggapan semua orang dah selamat register macam aku jugak. Tapi few days before hari kejadian, baru aku tahu cuma aku je yang akan pergi. Dorang tak sempat register katanya. 

Larian hari Ahad, tengah hari Sabtu aku bertolak ke Sungai Besar. Lepas ambik race kit, aku berpusing pekan Sungai Besar yang tak besar mana pun nak cari hotel. Lepas tengok few hotel, aku akhirnya settle dengan Green Hotel. Itu yang sesuai dengan poket aku dan keadaan hotel agak decent. Aku check in agak lewat, sebelum tu aku pergi makan dan cari lokasi untuk larian esok. Balik ke hotel, aku terus rehat.

Pagi sesudah Subuh aku dah keluar, risau kalau takde parking. Masa aku keluar, hujan masih turun, tapi tak lebat. Pasrah ajelah meredah hujan, mujur dapat parking dekat dengan dewan. Tak ramai sangat yang join, tapi meriahlah jugak. Sebelum bermula, ada warm up session dan flag off untuk women category dulu. Jom, aku bawak korang berlari-larian di sawah padi.


Masa tengah lari berlenggang kangkung tepi sawah, spotted sunrise yang memancar terang. Terus aku join yang lain2 ambik gambar kat tepi tali air.


Sawah padi bercampur2 kuning dan hijau. Awan kelabu, risau jugak kalau2 hujan turun.






Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi.






Medal pertama untuk 2017. Walaupun cuma 8km, tapi sebab lebih sebulan menternak lemak dan langsung takde training, semput jugak nak perabis larian.

Lepas dapat medal, aku terus balik. Takde kerajinan nak tunggu cabutan bertuah. Sempat aku rehat dulu kat bilik sebelum check out pukul 12.00 tengah hari. Untuk tahun 2017, aku target nak dapatkan 12 medal, tapi entah berjaya atau tidak, tak tahulah. Sebabnya registration fee dah semakin mahal since pertengahan tahun lepas. Apa pun, still few more months to go.


Sunday, August 7, 2016

kordel's charity fun walk

Hari Ahad terakhir di bulan Julai, aku ada event penutup. Petang Sabtu aku meredah hujan lebat dan traffic jammed menuju ke Padang Merbok, nak collect race kit. Aku sebenarnya tak rajin nak turun KL belah petang. Tapi sebab race kit collection start pukul 2 petang, terpaksalah jugak. Elok je aku keluar exit 2003 Mex Highway, hujan lebat selebatnya turun. Siap kilat dan guruh lagi. Tersesatlah aku dalam hujan tu, mujur jumpa jugak setelah berkali2 gps duk recalculating route.  

Pagi Ahad boleh pulak aku tak tersedar bunyi alarm. Bila aku terjaga tengok alarm dah 5.41 pagi. Kelam kabut aku mandi bersiap segala dan keluar lepas Subuh. Disebabkan aku tak pernah nak ingat jalan ke KL, aku guna gps kat handphone macam biasa. Elok je lepas area Bukit Jalil, handphone aku hang dan ter'off'. Dah lah aku terlambat, jalan pulak tak sure nak ikut mana, phone buat hal, berganda2 pressure pagi tu. Mujur kereta tak banyak di awal pagi, senang sikit aku nak tukar lane last minute tanpa perlu risau.

Aku sampai kat Padang Merbok nearly 7.00 am, parking kat tepi jalan tu dah penuh dah. Just nice participants dah gather dan start warm up session. Flag off pukul 7.15 pagi katanya. Lepas parking aku join the crowd. Pagi ni aku sengsorang bila Izza ada hal keluarga, tak dapat nak join sama.


Semua dah ready nak mulakan hari dengan aktiviti sihat.


Saat flag off. Masa air horn dibunyikan, smokes came off from both sides with colorful papers. 

Since even ni adalah fun walk, masing2 memang berjalan ajelah. Ada jugak dua tiga orang yang gigih berlari. Aku memang tak rajin nak lari2 nih, berjalan sambil tengok gelagat peserta lain adalah momen paling best. Ralit aku perhatikan budak comel yang tertidur atas dukungan si ibu. Ibunya memang gagah, salute betul aku dengan semangatnya. Tanpa baby wearing, tanpa baby trolley, gigih didukungnya si anak. Masa aku jumpa tu kitorang dah lebih 1 km berjalan. Aku yang bawak badan aje pun dah mengah nak melangkah. Aku tak tahu apa kisah si ibu dan anak lepas aku potong dorang.

Laluan pagi ni hampir sama dengan laluan masa aku join Bottled Hope Run last few months. Bezanya kali ni aku memang totally berjalan, bukan berlari macam event lepas. Cuma lepas cross depan bangunan Lembaga Pertubuhan Peladang kitorang ke kiri instead of ke kanan. Ni kiranya laluan lain dari sebelum ni. 


Right turn tadi tu rupa2nya membawak kitorang ke laluan awal masa keluar dari Padang Merbok. Kalau tadi kt simpang tu kitorang ke kanan, masa balik ni kitorang datang dari belah kiri dan back to the event area.


Medal ketiga untuk July dan jugak medal ke 7 untuk tahun ni.

Dah ambik medal, aku pegi collect snack pack, goodies bag dan balik. Kelam kabut punya pasal, aku terlupa nak bawak bib number Izza, kalau tak boleh claim goodies bag untuk dia. Surprisingly, goodies bag Kordel's Charity Fun Walk memang meriah, penuh isi tanpa 'sampah sarap'. Dah lah bayar RM 38 je untuk registration fee. 


Last capture before leaving the event area. Ada rezeki boleh jumpa lagi tahun depan.


Wednesday, August 3, 2016

copthorne 18° celsius fun run | sepanjang perjalanan

Entry ini adalah sambungan dari copthorne 18° celsius fun run | larian bermula.


Lepas dari kawasan berair tu, kitorang kena turun bukit dan kemudiannya melalui kawasan ladang pak choi yang luas. Dari ladang bermacam jenis sayur, di satu kawasan ada perumahan yang sedang dibina dan sebahagiannya dah siap. Dari jauh terfikir jugak macam mana dengan laluan ke kawasan perumahan tersebut, tetapi bila dah semakin hampir, rupa2nya kawasan tersebut terletak di tepi main road.  

Turun ke bawah di tepi main road tersebut, kitorang were directed to the left. Dari sini dah boleh nampak water station. Selain air, dorang provide pisang. Yang ni sebenarnya water station yang kedua, yang first tadi masa aku sampai kat tempat tu air dah habis. Frust! Since cuma ada pisang dan aku memang tak makan raw banana, aku minum ajelah. Kalau ada roti kan bagus untuk orang2 yang cerewet macam aku.


Wild flower yang cantik ni ada banyak tumbuh kat tepi2 tebing.

Bila dah hujung2 ni, keterujaan bila nampak kebun sayur dah tak terasa. Yang duk fikir cuma nak sampai ke finishing line secepat mungkin. Padahal boleh je nak ngelat sebab medal dah dapat, takde apa pun yang menunggu kat finishing line tu. Tapi kitorang kan jujur, haha.


Bila nampak bunga2 ni, hati kembali teruja. Excited terlebih pun ada jugak.

Memandangkan masa aku sampai sini, Izza dengan Nani belum sampai lagi, sakan aku duk capture sementara tunggu cukup korum nak bergambar. Gambar kat atas tu ladang bunga yang first jumpa, tapi tak boleh masuk sebab dipagar keliling. Depan sikit kat selekoh ada yang lagi besar dan menarik untuk disinggah.


Yang paling banyak ada kekwa putih dan kuning. Masa ni dah ramai runner yang tengah bergambar kat celah2 pokok bunga.


Kita kasi close up sikit.


Yang color ni duk kat hujung, tak ramai yang ke sana. Lagipun kawasan bunga color ni terlindung sikit, dorang cover dengan penutup jaring2 warna hitam.


Cantik warnanya, lembut je.


Tapi kuning dan putih yang paling menyerlah antara banyak2. Lagi pun ini yang paling banyak ditanam.

Bila dah cukup korum, sakan lagi bergambar. Siap berboomeranglah jugak. Kat hujung belah ke dalam, ada jugak bunga lain selain chrysanthemum ni. Tapi bila memikirkan malas nak menyelit ke dalam, and then sure aku akan ambik masa laaagi lama kat situ, aku back off. Lepas settle event ni, nak kena drives balik ke KL pulak. Aku proceed walaupun dorang still lagi duk bergambar.


Boleh tahan mengah nak daki this 35° slope nih.

Yang sebenarnya, aku tak berapa nak percaya dengan banner yang tulis 'you have covered' sekian2 kilometer. Sebabnya aku perasan kadang2 tu cepat bebenor dah berganti banner dengan kilometer yang baru. Kadang tu lama yang amat nak jumpa banner for the next kilometer. 

Lepas pada slope tu, belah kanan dan kiri kitorang ada ada ladang strawberry pulak. Penat punya pasal, hati dah tak teruja nak menyinggah. Dalam kepala duk fikir nak cepat sampai ke finishing line aje. Pun aku tak berhenti bila nampak another flower farm kat selekoh lepas dah masuk kawasan perumahan penduduk. 


Pit stop terakhir sebelum berakhir di Copthorne Hotel, lalu kawasan Pasar Kea Farm. Kat sini menyinggah sekejap beli aiskrim strawberry dan kemudiannya terus ke hotel.


Dari jauh teruja nampak lori milo ni, tapi bila mendekat hampa sungguh. Lori milo dah siap kemas! Punyalah aku rindu giler nak serbu lori milo ni.


The medal.


Kami berenam.


Kasut kami selepas larian. Takde lah kotor sangat walaupun semalam hujan.

Dah settle bergambar depan tu, kitorang ke Pasar Kea Farm. Dah janji nak jumpa Fathi kat sana. On the way keluar nak parking area pasar, berselisih dengan Fathi dan together we go. Kat pasar kejap je, dah dapat apa yang nak, terus kitorang balik. Since owner homestay bagi izin keluar lewat, lepas selesai solat Zohor baru kitorang check out.

  
Bunga cantik yang ditanam tepi pagar apartment.


Sebelum balik kitorang singgah makan scone kat YZ Agro Farm, Kampung Taman Sedia.

Masing2 dah kepenatan dan hari pun dah petang, so kitorang terus balik aje. Lagipun esok semua nak kena kerja. Satu pengalaman baru menyertai Copthorne 18° Celsius Fun Run, The Adventure Across Farmland. Ada rezeki mungkin boleh cuba lagi di tahun akan datang. 


Sunday, July 31, 2016

copthorne 18° celsius fun run | larian bermula



Pagi2 lagi around 6.30 in the morning, kitorang dah gerak ke Copthorne Hotel dengan 2 buah kereta. Jalan awal pagi memang clear, takde lah lama sangat masa yang diambil untuk ke lokasi. Elok je masuk ke simpang nak ke hotel, dah ada usher yang direct kitorang untuk parking kat dalam bangunan belah kiri. Banyak lagi parking yang available masa kitorang sampai tu.

Dari parking kitorang berjalan ke depan hotel dengan participants lain. Masing2 meriah dengan 'uniform' color oren. Entah apa yang emcee duk bercakap pun aku tak tau. Langsung tak jelas butir bicara. Masing2 duk buat hal sendiri sementara menunggu flag off.


Termometer besar dengan penunjuk angka 18 sebagai simbolik acara Cameron Highland 18° Celsius Fun Run 2016 by Copthorne.


Kasut kami sebelum bermulanya event, bersih tanpa noda. Pagi tu aku akhirnya decided pakai kasut kung fu instead of sport shoes. Dua2 aku bawak, tapi end up aku simpan sport shoes atas alasan tak sanggup nak biarkan toes berenang dalam kasut.

On paper, flag off pukul 7.00 pagi tapi 7.30 pagi baru kitorang dilepaskan. Kami berenam dah berjanji takde beria sangat nak berlari. Lagipun larian ni bukan time based, tapi based on the best photo taken during the event. Kalau tadi kitorang bertujuh bila along ada sekali, elok lepas simpang menuju ke Kea Farm Market, along dah berdesup ke depan. 


Oren memenuhi jalan di Tanah Rata pagi tu. Masa lalu kat depan Pasar Kea Farm, adalah few peniaga baru nak bukak gerai. Pasar yang kat bahagian bawah tu pun baru nak start bukak kedai jugak.


Dah sampai selekoh bawah lepas pada food court tu, kitorang directed to the left. Lalu denai kecil kemudian mendaki tepi lereng bukit. Kalau mata korang terang, boleh nampak color oren kat tepi pokok atas tu. 


Dari lereng bukit tadi masing2 duk beratur bergambar dan berselfie ber background kan pemandangan ini. Korang yang selalu ke Cameron Highland sure tau kat selekoh mana ni.


Melalui kawasan tepi lereng ni, boleh nampak bukit kat hujung sana dan kebun sayur yang bertutup kat bawah tepi bukit.


Masa sampai kat kebun kobis ni, aku tengok masing2 teruja duk bergambar dalam ni. Kitorang pun sama, tak lepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan.


Jeep kuning dan bukit hijau, memang menyerlah.


Ladang bunga matahari yang kitorang lalu baru ada sepohon dua yang keluar bunga macam gini. Tapi saiznya kecik, tak sebesar bunga matahari kat Lopburi.


Yang full bloom sekuntum ni kesian kot, lepas sorang, sorang beratur nak bergambar dengannya. 


Kat sebelah ladang tu dah dituai bunganya, tinggal sekuntum ni yang tak dituai. Bunganya lain sikit dengan yang tadi tu.


Laluan macam gini antara laluan yang akan dilalui. Memandangkan semalam hujan, memang lopak ni dipenuhi air lah. Kalau jalan tak pandang bawah memang basahlah kasut jawabnya.


View dari ladang kobis ni memang memukau, dengan kabus kat belakang memang added value lah. Kebetulan pulak orang tak ramai masa sampai kat ladang ni.


Since medal dah dapat sekali masa ambik race kit semalam, aku bawak sekali berlari pagi ni. Sementara tunggu dorang sampai nak bergambar sekali, aku abadikan medal ni berbackgroundkan ladang kobis.


Berselisih dengan lori dan pick up adalah perkara biasa. Depan sikit pada kawasan ni, ada laluan menurun yang licin. Ramai yang berdebuk jatuh, masing2 ambik extra caution. 

Lepas pada tu bila jumpa ladang, keterujaan tu dah berkurangan. Sebabnya dah lenguh berjalan, nak lari malas. Kitorang melintasi small stream, pijak atas batu. Basahlah jugak kat hujung kasut tu sikit. Tapi takde lah sampai ke tahap jari kaki berenang2 dalam kasut. 


Pastu ada pulak kawasan berair ni, kan semalam hujan boleh tahan lebatnya. Berhati2 masing2 pijak atas batu dan ada yang dibantu volunteer. Since raya masih berbaki, ada runner yang berbaju melayu dan yang perempuan berbaju kurung.


Spotted this wild orchid while waiting for Izza just after the puddle. Cantik!

Sebab post ni banyak gambar, aku sambung dalam next entry. Tapi kena tunggu kerajinan datang bertandang dulu lah jawabnya.


Wednesday, July 20, 2016

team malaysia fan run 2016

Setelah hampir 2 bulan berehat dari sebarang aktiviti melarikan diri, Ahad lepas aku akhirnya kembali ke jalan raya. Bukan mudah nak paksa diri untuk lari, sementelah lemak semakin membiak dengan jayanya. Lepas Subuh aku keluar dan terus ke Putrajaya. Awal pagi, traffic agak smooth kecuali tersangkut lama di traffic light Kota Warisan dan simpang 4 Dengkil. 

Semasa aku mencari parking, tempat yang biasa aku parking dah penuh. Ini kerana mereka yang mengambil bahagian dalam half marathon dah bermula jam 6.00 pagi. Aku parking agak jauh sedikit, eloklah untuk aku. Boleh warm up sikit sesambil tu. Dah lah plan nak training Sabtu tu hancusss. 


Lagi 10 minit nak flag off, dah ramai yang masuk ke starting point. Since aku datang sengsorang dan tak dapat contact kekawan lain, aku pun turut sama berkumpul.


Hari dah siang dan kitorang masih belum bermula lagi. 

Tepat jam 7.00 pagi kami dilepaskan. Entah di mana silapnya, aku rasa pelepasan macam hambar. Aku sendiri keliru sama ada dah dilepaskan ke belum, tu belum lagi bisik2 sekeliling yang bertanya dah ke belum. Tapi bila crowd makin bergerak ke depan, maka confirmlah kami semua dah dilepaskan untuk 10km.


Laluan untuk Team Malaysia Fan Run sedikit berbeza dari larian lain yang aku pernah masuk. Depan PICC ni instead of ke kiri, we were directed to the right. 

Tapi tak sampai 1km lepas PICC tu, kitorang semua kena turn left dan dalam 1km lebih lepas tu, kitorang dah lalu jalan sama macam larian sebelum ni. Masa tengah lalu kat laluan sebelum check point, aku nampak pelari half marathon kat atas flyover. Maybe dorang dah nak sampai ke finishing line dan kitorang masih lagi berbaki lebih separuh perjalanan. 

Alhamdulillah, kaki aku behave kecuali ada blister kat both heels. Yang aku paling takut kalau2 kaki cramp, sebab dah lama tak exercise. Masa untuk habiskan larian pun masih dalam range walaupun aku tak puas hati sangat. Lepas larian kitorang diberi nasi lemak dan drinking water. Takde lori milo yang menunggu. Sudahnya, sebelum sampai rumah aku singgah beli milo. Tapi feeling dapat minum dari lori milo lagi best sebenarnya.


Medal untuk finisher 10km, bertambah lagi satu koleksi medal aku.

Hujung minggu ni aku ada lagi satu larian yang dah menanti. Harap2 aku mampu habiskan. Risau jugak dengan halangan yang menunggu di sepanjang trek larian. Apa pun, ia mungkin akan jadi kenangan dan pengalaman baru buat aku, insya Allah.


Saturday, May 28, 2016

menara kl | menuju ke puncak

Entry ini adalah kesinambungan dari menara kl | edisi lawatan tapak.


Sehari selepas edisi lawatan tapak ke Menara KL, adalah merupakan hari penentuan sama ada aku berjaya menuju puncak atau pun tidak. Pukul 5.00 pagi aku dah sampai kat Putrajaya Sentral, dan kemudiannya kitorang car pool ke KL. Macam tahun lepas, kitorang tumpang kat office Dayah untuk selesaikan segala urusan yang tertunggak. 

Punyalah cuak sebab masa aku kat tandas, jelas kot mc announced runner Category A to be at starting point. Berdebar2, perut penuh kupu-kupu. Padahal tahu turn kitorang lambat lagi, tapi tetaplah cuak tak memasal. Nak buat urusniaga pun tak selesa.

Lepas dah settle semua baru kitorang ke tapak permulaan. Cuak seh bila tengok dorang dah start berlari, lagi cuak bila tengok ada yang dah dapat medal. Nak menunggu turn kitorang punyalah lama. Sempatlah beraerobic dengan instructor dari Celebrity Fitness. Itu pun movement sesuka hati. Orang ke kanan, aku ke kiri.


Hari dah terang, menara pun dah jelas kelihatan. Cantik pulak bila ada contrails dengan background langit yang biru.


Last picture sebelum kitorang dilepaskan. Orang2 kat belakang ni cuma nampak tangan ajelah.

Masa ni aku tak sekali dengan dorang. Dorang berempat tu dah mulakan larian almost one hour dah, ntah2 dah sampai ke puncak pun. Aku berlari masa awal2 tu je, bila dah sampai kat selekoh atas tu aku dah start berjalan. Lebih2 lagi bila aku tengok ramai yang turut berjalan.

Kali ni kat tangga takde lah sesak sangat, mungkin sebab peserta dilepaskan sikit2 dan jarak antara satu group dengan group lain tu lama jugak. Masa kat second water station aku nampak ada peserta pengsan, terbaring atas strecther. Tak jauh lepas tu aku terserempak dengan Izza dan aku tinggalkan dia kat belakang.

Macam biasa bila dah nampak TH00 hati dah berbunga riang. Nak ambik gambar pun malas, dalam kepala asyik fikir nak cepat2 habiskan mendaki anak tangga tu je. Belum pun sampai kat anak tangga yang terakhir tu, dah ada yang hulurkan medal. Lepas clock timing aku tanya volunteer tepi tu, mintak air sebenarnya. Kecewa sebab air dah habis, dia suruh turun ambik air kat bawah tempat tunggu lift nanti. 

Turun ke bawah guna tangga lain dari tangga yang naik tu. Tapiii..... punyalah seksanya masa nak turun tu. Tangga tu dah basah! Pastu ada cawan air kat tepi2 dinding, tepi tangga. Tahun lepas elok je, tak basah pun. Dah satu keje pulak nak kena turun pelan2, silap langkah kang ada yang tersungkur kat tangga. Masuk kat ruangan menunggu lift, punyalah ramai yang tunggu turn. Aku naik tak sampai pun sejam, tapi tunggu lift nak turun ke bawah lebih sejam!

Masa turun ni aku terpisah dengan Izza, dia dah tertolak ke depan dan aku dapat next turn. Tapi takde lah lama mana pun. Masa aku sampai bawah tu, dorang semua dah ada. Kebetulan kat bawah tu ada food truck, dan dari jauh aku dah nampak sesuatu. Happy giler bila nampak lori milo! Dah dapat 2 cawan milo baru aku ushar keliling. Takde lah ushar beria sebab semalam pun dorang ni dah ada. 


Sebahagian dari food truck yang ada kat perkarangan Menara KL. Kitorang tapau makanan dan makan kat situ. Kelaparan kot. Konon nak tapau durian crepe sebelum balik pun terlupa. Kesal pulak rasanya bila Izza kata durian crepe tu sedap, haish!


Dah settle makan, kitorang bergambar. Boleh pulak aku lupa nak snap gambar medal berlatar belakangkan menara macam tahun lepas.


Medal tahun ni tak cantik bagi pandangan mata aku! Aku lagi suka design tahun lepas.


Gambar terakhir dalam perjalanan nak balik menuju ke kereta. Korang perasan tak besi yang terjulur keluar kat puncak menara tu? Itulah skybox baru yang dalam pembinaan. Kata staff Menara KL, skybox baru dalam construction tu lagi jauh jaraknya dari base menara. Skybox yang sekarang ni opposite dengan besi cerucuk yang terkeluar tu. 

Aku kecewa betul dengan organizer tahun ni. Dah lah registration fee mahal berganda, goodies bag pun takde isi macam tahun lepas, event pun tak smooth macam tahun lepas. 
  1. Kat starting point dorang sediakan roti, tapi air kena ambik kat atas. Harus tercekik dulu nak sampai kat tempat air.
  2. Area tangga ada yang bawak air dan tangga basah. Memang bahaya especially dah hujung2 tu runner dah kepenatan. Tak memasal boleh jatuh. Pastu takde pun volunteer yang jaga dan monitor keadaan.
  3. Menunggu lift adalah satu azab yang tak terduga. Last year takde lah sesak sangat masa tunggu turn nak turun.
  4. Kat ruangan lift tu jugak air menitik jatuh dari pipe water sprinkle for fire emergency. Bukan menitik kat tempat sprinkle tu, tapi sepanjang batang paip. Tak tau penyebab air menitik, either sebab takde maintenance atau sebab heat dari runner naik ke atas dan terbentuk wap air lalu menitik jatuh ke bawah. Tak selesa kot.
  5. Kat finishing line patut sediakanlah air, jauh kot dari last water station nak ke sampai ke atas. Oh ya, air dorang sediakan tapi tak cukup. Patutnya kenalah sediakan air secukupnya. 

Dah 2 kali aku join, tahun depan tak sure lagi. Kalau registration fee turun mungkin aku join. Kalau mahal macam tahun ni, aku skip ajelah. Tahun ni aku gigih jugak sebab kekonon nak training untuk projek angan tak sudah. Apa pun syukur sebab aku tak sakit kaki kali ni... =)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...