Sunday, June 29, 2014

trip redah | lukisan dinding


Masing2 sambung merehatkan diri selepas Subuh. Mana taknya, kaki dah rasa semacam, risau jugak sebab aku nak kena drive lagi, dah lah kereta kesayangan aku manual transmission. Hampir pukul 10.00 pagi jugak baru kitorang keluar. Breakfast dalam kampus USM sebelum kitorang keluar mencari seni lukis jalanan berpandukan waze. 

Pencarian pertama, kitorang ke arah jeti. Kata Nani, kat jeti tu jadi lokasi penggambaran The Journey, tapi aku masih tak sempat nak tengok lagi movie tu. Kitorang parking tak jauh dari jeti feri. Dari situ kitorang berjalan kaki melintasi terminal bas rapid dan selepas Shell dah tak jauh. Tengok signage Chew Jetty, haaa kat situlah tempatnya kitorang tanya akak jaga parking.

Memang ketara kat situ tempatnya sebab orang memang ramai. Dengan kedudukan rumah yang rapat2, dengan ramainya orang, memang terasa membahanglah panasnya. Kami berjalan sampai ke hujung jeti.


Dah pudar warnanya, letaknya kat tengah2 jeti. Memang boleh terlepas pandang kalau tak diperhatikan betul2.


Jenuh kitorang cari yang ini, rupa2nya kat depan pintu masuk. Punyalah menonong je jalan, langsung tak pandang atas.

Kata akak yang jaga parking tadi, depan Shell tu lintas jalan. Kat seberang sana pun ada few lukisan ni. Keluar dari Chew Jetty, kitorang pun menghala ke sana. Seksa rupanya nak melintas jalan kat Penang ni. 


Di lorong yang sama dengan ni ada lagi satu, masa on the way balik dalam kereta baru aku perasan. Masa aku ambik gambar ni memang tak perasan pun sebab letaknya di opposite wall.


Dua beradik ni pulak beraksi di seberang sana jalan. Kat tepi tu ada kedai yang jual souvenir yang bermotifkan lukisan dinding di Penang ni. 

Dari sini kitorang kembali ke kereta dan memandu ke arah lokasi lain. Berpusing2 kitorang mengikut arahan waze, sudahlah Penang ni memang champion dengan one way nya. Kalau tersilap harus kena start all over again. Sudahnya, kitorang give up dan ke lorong cinta Love Lane aje kemudiannya. 

Asal ada ruang kosong, terus je aku parked kereta dan dari situ kitorang berjalan kaki memburu lukisan dinding yang lain.

  
Hati2 cik kak, tergelincir kang!


Pak cik dan sampannya.


Dalam perjalanan balik ke kereta, kami jumpa lukisan budak2 sekolah rasanya sebab ni kat tembok pagar sekolah.

Dah masuk kereta, kami sepakat untuk pergi lunch, cari durian, hantar Aisyah balik ke kolej dan kami singgah beli jeruk Pak Ali sebelum menyambung perjalanan balik ke KL. Perjalanan balik, kitorang memang tak singgah mana2 pun. Kaki aku dah kepenatan sebenarnya, tu sebab malas nak singgah. Cepat sampai, cepatlah aku boleh rehat. Sampai kat rumah Nani, kitorang kendurikan durian dan rambutan Balik Pulau sebelum aku bertolak balik ke rumah. Berakhirlah trip redah ke Penang sebelum Ramadhan.

footnote: dengar khabarnya, bandar Ipoh pun ada street art macam kat Penang ni jugak. Ada sesiapa yang nak ajak aku ke Ipoh pulak?


Thursday, June 26, 2014

trip redah | meredah hutan untuk ke pantai

Bersambung dari entry ini: trip redah | sesat di penang.

Kami ke kaunter untuk register, fill up segala information yang diperlukan dan staff kat kaunter tu akan tanya sama ada nak trekking atau naik boat. Dan kami pilih untuk trekking dalam kepala duk fikir tak perlu nak panjat2 lah kotnya walaupun aku pakai selipar je. Akak kat kaunter tu pesan suruh balik sebelum pukul 6.00 petang dan trekking akan ambik masa lebih kurang 1 jam 20 minit katanya. 

Lepas beli air kat kedai depan kaunter tu, kitorang mulakan trekking. Masa tu lebih kurang pukul 3.30 petang, aku set jam nak tengok berapa lama masa kitorang ambik untuk sampai. Kalau nak ke Tasik Meromiktik, ambik laluan yang sama nak ke Pantai Kerachut. Confident je aku berjalan dengan selipar, langsung tak menduga yang aku akan diduga kejap lagi. Kat pintu masuk, ada staff yang jaga. Lepas tengok keratan tiket, sekali lagi dia pesan suruh kitorang balik sebelum pukul 6.00 petang. 


Sehabis laluan cantik, kena lalu jambatan gantung dan ada simpang. Kami pilih ke kiri untuk ke Pantai Kerachut.

Mula2 tu laluan okay je lagi. Happy lah sebab aku rasa macam kacang je kot giler berlagak! Tapi bila dah sampai kat selekoh dan depan tu nampak anak tangga mencanak naik, terus lutut rasa goyang. Rasa confident dan berlagak tadi terbang entah ke mana. Sampai je kat penghujung tangga tu, aku rasa nak pitam. Pening dan rasa nak muntah pun ada. Aku duduk kejap atas akar kayu, cuba untuk melawan rasa nak pitam sambil Nani dan adik Aisyah kipas aku thanks korang!. Lama jugak aku kat situ, rasa nak patah balik pun ada. Tapi bila tengok semangat dorang, gagah jugak aku cuba bertahan. Akhirnya, pelan2 aku recover dan teruskan perjalanan. Masa ni nak keluarkan kamera pun takde nafsu, dengan tangan gigil lagi, kalah orang parkinson. 


Bila sampai kat Bukit Belah ni, perjalanan berbaki tak sampai separuh je lagi. Dinamakan Bukit Belah sebab bukit ni dibelah dengan menggunakan cangkul bagi memudahkan kerja2 menarik keluar balak dengan menggunakan kerbau melalui bukit ini. Mengikut versi cerita tempatan, bukit ni berjaya dibelah dalam masa 10 hari dengan 7 orang pekerja sahaja.


Bila turun another tangga yang tinggi, jumpa ni. Dah excited masa ni sebab dah tak jauh. Tapi tak adanya 5 minit, bohong semata2. Aku rasa pihak taman negara sengaja letak kat sini supaya orang rasa excited. 


Dah nampak ni di celah2 pokok kat tebing bukit. Bila nampak ni dah extra excited. Jalan pun laju2 je, kalau masa awal2 tadi mintak nyawa, masa ni aku dah tinggalkan Nani dan Aisyah kat belakang. Sungguh lupa diri, kan?

Bila nampak jambatan gantung Pantai Kerachut, dah boleh nampak tasik belah kiri dan pantai belah kanan. 


Apakah itu tasik meromiktik?




Beting pasir yang dah terbentuk. Sayang, aku tak terfikir nak ambik gambar dari atas jambatan. Dari situ lagi jelas beting pasir yang terbentuk ni.


Ini bermakna tasik meromiktik ini telah terbentuk. Aku tak adalah pulak nak rasa air tu, takut seh. Takat celup kaki kat gigi air, memang rasa air tu suam2 ajelah. Aku nampak ada anak2 ikan berenang2 dalam tasik ni, bermakna ada jugak hidupan. Nak tahu lebih2 pasal tasik meromiktik ni, korang tanyalah cik gugel.

Pukul 5.00 lebih jugak baru kitorang bergerak balik, terngiang2 pesanan staff taman negara suruh kitorang keluar sebelum pukul 6.00 petang. Kat dalam hutan tu dah mula gelap dan masa balik ni kitorang jimat another 10 minutes. Office pun dah tutup. 


Kitorang saja melepak depan pejabat ni, menunggu sunset.


Aku rasa sunset kat Pantai Kerachut lagi cantik kot reason untuk repeat. Jeti cantik tu tutup, jadinya kitorang lalu ikut jeti kayu sebelahnya tu. 


Lonely.

Kami singgah minum kat gerai depan pintu masuk sebelum meneruskan perjalanan balik. Kali ni kitorang lalu ikut Feringgi pulak, singgah makan malam kat kedai tepi jalan, takde gambar sebab biasa2 je. Aku pandang sepi je pasar malam Batu Feringgi, tak larat nak singgah dah. 

Selain trekking, korang boleh naik boat kalau nak ke Pantai Kerachut. Aku tanya kat kaunter boat tu, katanya RM 80.00 untuk one way dan boat boleh muatkan 10 orang. Kalau korang nak trekking, aku nasihatkan korang pergi awal pagi, lebih banyak masa untuk korang lepak2. Macam kitorang hari tu terkejar2 sebab dah lewat.  


Wednesday, June 25, 2014

trip redah | sesat di penang

Plan nak ke Penang dah lama diusulkan, tapi duk kena hold je sebab ahli jemaah geng berjimba asyiklah busy semedang. Lepas balik dari Pulau Sibu, usul dibentangkan lagi sekali dan mendapat undian penuh. Selang beberapa hari kemudian, sorang tarik diri. Lepas tu another geng tarik diri dan masing2 senyap. Few days before the proposed date, usul lagi sekali dibentang untuk dapatkan keputusan. Malangnya, sehari sebelum bertolak hanya aku dan Nani je yang confirm sebelum ni pun kitorang berdua jugak yang free, nampak sangat kitorang takde plan dan Izza akan bagi keputusan by Friday sebab dia dipaksa bekerja pada hari Sabtu. Tapi cubaan Izza menggoda memujuk boss untuk dapatkan kelulusan bercuti adalah gagal! Sob... sob... sob...

Di hari Jumaat yang mulia, aku dan Nani akhirnya buat keputusan untuk teruskan jugak misi ke utara walaupun kami berdua memang tak tahu jalan2 kat Penang. Maka terhasillah trip redah sampai sudah. Lebih kurang 8.30 malam aku keluar rumah ke Seri Kembangan, itu pun aku sempat tidur kejap dan packing barang sebelum pick up Nani. Dari Seri Kembangan kami keluar ke Putrajaya sebelum masuk SKVE dan perjalanan ke utara melalui Lebuhraya Utara Selatan. 

Berhenti kat hentian mana ntah semata2 nak top up fuel dan kitorang sambung perjalanan sebelum berhenti di R&R Tapah. Punyalah syok bercerita, boleh pulak aku terlajak masuk kat tempat parking untuk lori dan bas. Pepagi buta tu, gigih aku menyongsang arus berpatah balik ke parking yang betul. Apasallah semua tak sedap? Mee kari yang rasa macam laksa pun ada, kacang rebus yang rasanya macam dah nak basi ke memang itu rasanya?, servis pun slow yang amat. Yang pasti lepas ni takde dah aku nak singgah makan kat restoran tu walaupun orang ramai je. 

Hampir sejam kemudian baru kitorang teruskan perjalanan dan sewaktu kami melintasi jambatan kedua yang sunyi sepi, jam baru sahaja melewati pukul 3.00 pagi. Berpusing2 kami makan buah langsat di pagi buta. Bila jumpa pintu pagar USM, tutuplah pulak. Nak cari satu2nya gate yang bukak 24 hours makan masa hampir sejam, semuanya gara2 miss-communication. Nak mintak bantuan cik gugel map, handphone Nani kehabisan bateri. Sudahnya kami redah saja dan sampai di bilik hampir jam 5.00 pagi. Tanpa bertangguh, masing2 lena diulit mimpi.

Bila bangun Subuh tu, aku rasa pening dan kepala berpusing2. Rupa2nya Nani pun sama, masa rukuk rasa macam nak tumbang. Lepas settle, terus aku sambung tidur. Kata driver, harus tidur kena cukup. Tengah hari jugak kitorang keluar. First thing adalah misi mengisi perut yang dah berdondang sayang.

  
Sebahagian dari menu tengah hari kami, siap ulam dan sambal belacan. Kedai tak ingat nama ni letaknya tengah2 simpang yang sebaris di antara Hotel Seri Malaysia dan masjid. Kalau datang lambat sure banyak lauk yang habis. 

Sedang elok, lepas makan kitorang singgah bersolat kat masjid depan tu. Bila dah settle apa yang patut, senang hati nak berjimba. Dengan bantuan cik waze, kami menuju ke Taman Negara Pulau Pinang. Malangnya, cik waze tak boleh nak diharap sangat, dia bawak kitorang ke tempat yang salah! Kalau korang nak ke Pantai Kerachut, jangan type taman negara. Lebih baik cari Pantai Kerachut atau Teluk Bahang, sebab itu akan bawak korang ke destinasi yang betul. 

Kami dibawa lalu ikut jalan bengkang bengkok dan sempit di Balik Pulau. Kiri dan kanan berselang seli ada gaung dan jugak kebun buah. Kenyang kitorang jamu mata tengok durian dan rambutan berlambak kat tepi jalan. Kami lalu ikut Empangan Teluk Bahang yang ternyata kering airnya dari paras biasa. Sesat kami tak berpanjangan bila mana kami nampak pintu masuk ke taman negara yang betul. Lepas parking kereta kat sebelah tu, RM 3.00 per entry kalau tak silap aku kami berjalan masuk ke pintu masuk taman negara.

Tetiba aku takde mood nak sambung menaip. Akan disambung bila kerajinan kembali. 


Monday, June 23, 2014

day6 | bermalas-malasan di hari lahir

Bersambung dari sini: day5 | selamat tinggal, battambang.

Hampir seminggu aku asyik berpanas je, tup2 malam tadi dapat aircond, terus malas nak bangkit. Rasa nak lepak je lama2 atas katil tanpa buat apa2. Lagi pun hari ni birthday aku, memang patutlah kalau nak bermalas-malasan. Dah penat buang masa kat bilik, lebih kurang pukul 11.00 pagi baru aku turun ke bawah. Aku extend lagi semalam kat sini, malas nak tukar2 hotel. Yang sebenarnya malas nak packing bag. 

Aku tanya kat reception tu macam mana nak ke Nong Nooch Garden, Pattaya Floating Market dan Mini Siam. Memandangkan Mini Siam dah terpisah jauh ke atas, manakala Nong Nooch dan floating market ikut laluan yang sama, aku decide nak pergi 2 tempat tu ajelah. Lagipun staff hotel tu kata Nong Nooch paling best, so aku nak tengoklah apa yang best sangat tu. 

Pak cik moto taxi bukak harga THB 900 untuk 2 tempat tu, kalau dengan kereta THB 1,500. Giler mahal transport kat sini, bas memang susah nak dapat. Lepas ding dong ding, another brader moto taxi setuju bagi aku THB 750. Sekali bukan dengan motor tapi naik Yaris! Terkujatlah jugak aku tengok driver moto taxi pakai Yaris. Aku pun tak mampu, huhu.

Dari hotel ke Nong Nooch lebih kurang setengah jam jugaklah. Tiket masuk THB 500 per person, which is agak mahal. Lepas drop aku, mamat tu terus blah. Dia suruh aku call dia setengah jam sebelum balik. Nong Nooch merupakan taman botani yang terbesar dan tercantik di Asia Tenggara katanya, turut terkenal dengan elephant show dan jugak Thai cultural show. Nak tahu lebih detail, korang gugel lah sendiri.  


Dari tempat mamat tu drop aku, terus boleh nampak kandang gajah ni. Ada service naik gajah dengan bayaran lain pulak. 

Kat Nong Nooch Garden ni ada banyak section, memang penatlah menapak dari satu section ke section yang lain. Selain penunjuk arah, masa bayar untuk tiket memang dorang akan bagi map dan jugak jadual untuk cultural show. Disebabkan jarak yang jauh, aku skip untuk cultural show sebab malas nak berjalan.


Ada booth tanpa telefon yang glemer nih. 


Taman yang dijaga dengan baik memang nampak cantik.


Kat sini selain pelbagai saiz dan bentuk pasu yang disusun, belah dalam tu ada taman orkid. Kalau korang nak tahu, dekat mamat pakai baju oren yang depan tu ada mamat baju putih bercekak pinggang tu, ada harimau yang dirantai. Sesiapa nak bergambar memang dialu2kan dengan bayaran yang aku dah lupa berapa.


Taman bonsai.


Antara taman yang menarik perhatian aku.


Selain berjalan kaki macam aku buat, ada jugak tram service untuk korang meronda kawasan ni. 

Agak2 dah tak larat nak menapak, aku call mamat Yaris tu mintak pick up. Nong Nooch Garden ni memang luas, tapi kebersihan memang boleh dipuji. Cuma yang aku kurang selesa bila food court letaknya betul2 di antara kandang gajah dan mini zoo. Boleh potong selera dibuatnya, tapi aku tengok ramai je yang duk bersantap. Kat food court ni ada jugak aku nampak gerai halal.

Balik dari Nong Nooch, mamat Yaris sebab aku tak ingat nama dia terus bawak aku ke Pattaya Floating Market. Floating market ni start operasi dari pukul 3.00 petang sampai malam. 


Signage untuk toilet tu memang comellah. Tak perlu risau kat mana nak bersolat sebab surau turut disediakan.


Aku tak reti nak komen lebih2 pasal floating market ni sebab ni adalah pasar terapung pertama yang aku pernah datang. So, tak boleh nak compare dengan yang lain. 

Lebih kurang sejam jugak aku kat sini, semata2 nak killing time. Ada show jugak, tapi sepatah haram aku tak faham. Tapi tak tengok pun tak rugi. Ada few halal stall yang jual air dan aiskrim selain dari 2 buah sampan yang jual makanan halal. Itu yang aku nampak, mungkin ada lagi yang aku tak perasan kot. Tapi yang paling mendapat perhatian adalah satay buaya.

Balik dari floating market tu, aku ingat nak lepak sekejap kat bilik sebelum keluar ke walking street. Tapi bila dah dapat aircond, aku terbabas lagi. Sudahnya lepas Maghrib baru aku keluar tapau makanan untuk dinner. Aku rasa macam nak check out esok, tapi masih tak pasti ke mana hala tuju.  


Wednesday, June 18, 2014

weil china

Oh, bukan! Memang tajuknya Weil China, tapi aku tak ke China dan entry ni tak ada kaitan dengan travel pun. Tapi kali ni aku nak bercerita pasal buku yang aku baru habis baca.


Weil China; buku tulisan Emine Syenlikoglu ini diterjemahkan oleh Mohd Rofizi bin Dollah. 

Buku ini menceritakan pengalaman sebenar Qan, seorang rakyat Turki yang tinggal di China bersama keluarganya. Qan bersama abangnya Turghut, berjaya melanjutkan pelajaran di bandar. Kerisauan ayahnya terhadap pegangan hidup kedua2 anaknya sejak mereka mendapat tawaran bersekolah di bandar semakin bertambah apabila gerakan ateis dan komunis semakin mendapat tempat.
"Tautan kasih sayang antara kamu adik beradik hari ini begitu kukuh kerana kamu sekarang berpegang dengan akidah yang sama. Apabila seseorang itu berpegang dengan prinsip yang berlainan, tidak mustahil seseorang akan terus lupa saudaranya, bahkan dia akan rasa malu untuk mengaku bersaudara..."
Membaca kisah ini sehingga ke akhirnya membuatkan aku bersetuju dengan kata2 si ayah yang sering diulang kepada anak2nya. 

Abang Turghut sering menyanggah ketakutan dan kerisauan si bapa dengan menyatakan bahawa mereka berketurunan Turki yang berpegang teguh dengan agama Islam dan tak akan ada siapa pun yang mampu menipu mereka. Jawapan si ayah membuatkan aku setuju tanpa ragu.
"Ayah hanya berpegang dengan iman yang terbina di atas ilmu lebih daripada berpegang dengan keturunan..."

  
Kebimbangan si ayah tak pernah berpenghujung. Adakah kebimbangan itu menjadi kenyataan? Semuanya terjawab dalam buku setebal 235 mukasurat. 

Ini adalah rentetan dari kisah benar yang tak pernah aku terfikir. Ternyata kekuatan agamalah yang akan menjadi penyelamat terbaik dalam kita mengemudi kehidupan ini. 

Selamat membaca!


Sunday, June 15, 2014

day5 | selamat tinggal, battambang

Bersambung dari sini: day4 | exploring battambang part2.

Hari kelima plan aku terpaksa dirombak. Kalau ikutkan plan asal, dari Battambang aku akan ke Pailin untuk cross border kat Psar Pruhm / Ban Pakard sebab lagi dekat. Lepas cross border, kalau sempat aku akan terus ke Chantaburi dan bermalam kat sana, ataupun worst come to worst aku overnight kat Trat bergantung pada keadaan. Disebabkan masalah tak diduga, aku terpaksa ubah laluan dengan berpatah balik ikut laluan popular.

Pukul 7.30 pagi, aku dah siap2 turun ke bawah tunggu pick up. Around 8.00 am jugak baru van sampai, aku orang pertama dipick up. Lepas tu pick up orang lain kat guesthouse / hostel sekitar town sebelum singgah kat kilang air mineral. Masa ni kitorang semua disuruh turun dan dorang loading air mineral berbundle2, even bawah seat pun dorang letak. Dorang kata kat Battambang ni murah, so dorang beli dan jual kat border. 

Lebih kurang 8.30 pagi jugak baru van bergerak, itu pun sempat singgah top up fuel lagi sebelum meneruskan perjalanan. Total penumpang cuma ada 6 orang termasuk aku dan aku satu2nya asian Malaysian. Sepanjang perjalanan aku memang bantai tido je, sesekali terjaga, pastu sambung tido balik. Lagi 46km nak sampai Poipet, barulah aku jaga dari lena. Tetap jugak terlelap sesekali tu. Almost 11.00 am baru sampai kat border. Turun dari van yang berhenti depan tour office, kitorang disuruh tukar tiket dan dorang bagi tag sebagai ganti. 
  

Tour office kat border Poipet / Aranyaprathet. Dorang semua ke Bangkok, aku je ambik haluan berbeza.


Gerai di sepanjang jalan, depan tour office. 

Dah dapat tag, aku berjalan ke immigration. Masa ni aku follow je minah 2 orang yang naik van sekali dengan aku. Mamat yang patut bawak kitorang ke sana cuma layan minah 2 orang tu je, yang lain dia tinggal terkontang kanting. Hampagas betul mamat tu. Nasib baiklah aku takde masalah kalau nak redah sengsorang ni.


Immigration di bahagian Cambodia. Mamat yang pusing belakang tu patut bawak kitorang, tapi dia cuma bawak minah 2 orang tu je. Lepas stamp passport menandakan aku exit Cambodia, aku secara rasminya tak bernegara. 


Berjalan kaki untuk ke Aranyaprathet pulak untuk stamp passport masuk ke Thailand. Jauh jugak nak kena berjalan. Kalau korang boleh nampak pintu gerbang depan tu, lepas tu dah masuk Thailand. 

Masuk immigration Thailand, orang boleh tahan ramai. Lepas fill up form baru aku beratur. Elok je aku beratur, orang dah start datang sorang demi sorang. Lama jugak aku beratur nak menunggu turn, lebih setengah jam jugaklah. Elok je nak sampai turn aku, pusing belakang tengok dah penuh orang duk queue. Patutlah owner hotel aku suggest suruh ambik van instead of bus sebab katanya bas lambat sampai dan bila dah lewat orang ramai. 

Lepas immigration, berjalan keluar ikut direction yang ada. Jalan je dan terus jumpa custom pulak kat depan tu. Lepas keluar dari custom, aku lost sekejap. Masa aku tukar tiket ke tag tadi, pekerja tu kata ada orang tunggu tapi nan hado. Aku ikut instinct aku je, jalan straight belah kiri jalan. Bila nampak ada orang melepak ramai2 tepi jalan tu, aku berhenti tanya dorang. Dorang suruh jalan straight je dan bila nampak tempat van parking banyak2, dia suruh masuk kiri. 


Garis merah tu dari arah aku berjalan lepas settle urusan kat border kedua negara. Aku sampai sini dah pukul 12.00 lebih. Sampai kat sini, aku tunjuk tag. Lepas ambik tag aku, dorang suruh aku tunggu kat bilik aircond, mereka2 yang nak ke Bangkok tunggu depan kaunter tu je. 

Nearly 12.30 noon, dorang panggil naik van. Lepas semua orang dah naik, driver bagitau van akan berhenti kat Big C, South Pattaya. Honestly, aku memang takde idea pasal tempat yang aku nak tuju. Aku tak study pun. Macam biasa, konsep redah sampai sudah aku apply bila travel sengsorang. Tiap kali van berhenti dekat security inspection, aku rasa bangga jadi rakyat Malaysia. Mana taknya, bila aku hulur je passport, dorang terus je cakap 'Malaysia? No!'. Dengan erti kata lain, dorang tak nak check pun passport aku. 

Dalam pukul 2.30 petang, van berhenti top up fuel dan semua orang disuruh turun. Kami semua lepak kat 7E situ sementara nak tunggu 20 minit tu habis. Sempatlah aku beli air. Perjalanan kembali disambung dan hampir pukul 6.00 petang, sorang demi sorang turun. Masa van berhenti kat hentian tu, cuma aku dengan another mat saleh tu je yang tinggal. Driver van tu tanya aku nak ke mana dan dia tunjukkan tempat motor taxi belah sana jalan. 

Aku pegi kat tempat motor taxi tu dan suruh dorang bawak aku ke hotel / hostel / guesthouse yang murah. Aku hop on dan mamat tu bawak aku ke mana2 ntah, yang pasti aku memang blank. Tiba2 dia berhenti kat depan sebuah hotel, aku dah risau takut mahal dan over budget pulak. Bila tanya receptionist, bilik THB 500 semalam. So, aku booking untuk semalam je dulu.


Bilik aku besar, luas dan selesa. Tapi tv tu cuma ada channel Siam je, sudahnya aku langsung tak tengok sebab tak faham. Aku godek2 cari subtitles tak jumpa lah pulak. 

Lepas rehat, aku keluar untuk cari makanan. Masa on the way ke hotel tadi, aku nampak ada masjid. That's mean, mesti ada tempat aku boleh dapatkan makanan halal. Worst come to worst, aku boleh singgah 7E je. Receptionist bagi direction ke pasar malam, tapi aku tersilap ambik simpang. Jenuh berjalan tapi aku tak jumpa restoran halal. Akhirnya aku singgah 7E, beli cha yen dan simkad. On the way balik, aku ambik laluan lain dan tadaa! Aku nampak ada pasar malam. Aku berjalan masuk dan ushar gerai satu persatu sebelum aku nampak satu gerai tu ada tanda halal. Asalnya aku nak tapau je, tapi aku tukar fikiran untuk makan je kat situ. 


Nasi goreng seafood yang kurang garam bagi lidah aku. Lepas makan aku bersembang dengan ownernya. Owner tu mamat Indonesian yang dah lama berhijrah ke Thailand dan berniaga dengan isterinya yang memang warga Thailand. 

Balik ke hotel aku tanya pasal internet. Inilah masalahnya bila stay kat hotel, internet pun nak kena bayar. Kalau kat hostel / guesthouse, internet free je. Laju pulak tu. Aku bayarlah THB 30.00 untuk 24 jam internet, unlimited usage. Malam tu aku tido lewat jugak, masih takde plan nak ke mana esoknya. 


Thursday, June 12, 2014

day4 | exploring battambang part2

Bersambung dari sini: day4 | exploring battambang.

Lepas dah settle dengan bamboo train, Buntha bawak aku ke tempat banyak kelawar bergayut kat pokok. Aku memang tak ingat nama tempat tu, tapi masuk kampung jugaklah nak sampai ke sana. Kejap je aku kat situ, lepas ambik gambar terus aku suruh Buntha bawak ke tempat lain. 


Batman yang penuh bergayut kat pokok. Pokok ni bukanlah satu2nya pokok yang jadi tempat batman ni bergayut. 


Menyeberangi sungai yang luas dan keruh airnya. Ada orang tangkap ikan guna pukat dan budak2 bermandi manda. 

Dari jambatan tu Buntha bawak ikut jalan kampung, lalu depan rumah penduduk kampung. Ada dua tiga kali terserempak dengan budak2 on the way tu dan dorang say hello sambil lambai2 tangan. Tetiba aku rasa glemer, tetiba perasan ada peminat, haha. Dari jalan ntah mana2 Buntha bawak, tup2 dah sampai kat entrance Banan Temple. Aku bayar entrance fee $3 dan dapat tiket. Tiket tu aku boleh guna untuk melawat 3 tempat; Banan Temple, Phnom Sampov dan Ek Phnom Temple dan valid dalam masa sehari. 

Buntha parking tuk-tuk bawah pokok. Tengah hari tu memang membahang, tambah pulak musim kemarau macam sekarang. Dari bawah tempat duduk, Buntha keluarkan payung dan hulur kat aku.

"Very hot, use this."

"No, it's okay. I don't think I will use it," aku tolak sebab aku memang malas nak berpayung bagai. Tak rocklah kalau guna payung. 

"You need this. Take!" Tetaplah dia insist. Malas nak bising2, aku ambik jugak dan sumbat masuk dalam sling bag. Sampai sudah aku tak guna pun payung tu. Yang sebenarnya, aku dah ketar lutut tengok apa yang terbentang depan mata.


Ini rasanya tak sampai separuh tangga yang aku nak kena daki untuk sampai ke puncak. Berkali2 aku berhenti kumpul tenaga. Kat tengah2 tu, ada tempat berehat. Lama aku kat situ, kumpul tenaga yang dah berkurangan sebelum bertabah mendaki anak tangga yang masih berbaki. 


Ada satu rasa yang tak selesa dan tak reti aku nak explain masa aku kat atas ni. Yang pasti rasa yang tak best. Lepas ambik gambar apa yang patut, aku terus turun ke bawah. 

Sampai je kat bawah, aku terus beli air. Rasanya semua tenaga aku dah disedut keluar masa daki anak tangga tu. Lepas dah recharge tenaga, Buntha bawak aku ke ladang anggur pulak. Aku tak teruja pun sebab besar lagi ladang anggur kat Sendayan. Pokok anggur jenis sama je dengan yang ditanam kat Sendayan tu; mostly Shiraz dan Black Opal.


Buntha bawak ikut jalan kampung. Kiri kanan kontang je sebab kemarau. 

Buntha akhirnya berhentikan tuk-tuk depan Ek Phnom Temple dan ceritakan pasal tempat tu. Aku yang kepenatan menolak bila Buntha offer suruh aku jalan2 kat situ. Ambik gambar pun dari dalam tuk-tuk. 


Pergi ke arah belakang, jumpa bangunan ni. Buntha kata, bangunan ni adalah sekolah tempat melatih monk pada zaman dahulu. Kat atas tempat dorang tinggal, bawah rumah tu tempat dorang belajar. Boleh nampak bangku yang dorang gunakan. Sekarang dah ada bangunan baru yang gantikan bangunan ni. 


Tempat bakar mayat. 

Buntha berhentikan tuk-tuk tak jauh dari deretan kedai2. Dia bagi tau aku, untuk naik ke killing cave ada 2 pilihan; sama ada berjalan atau hire motor dengan harga $3. Tuk-tuk dia memang tak mampu nak bawak aku ke atas, katanya. Lama aku melepak kat kedai tu sambil minum dan menulis nota. Aku berbelah bahagi nak naik atau pun tidak. Nak berjalan aku dah tak sanggup, tenaga belum mari. Pastu aku mintak $2 dan ada pak cik tu sanggup bawak aku ke atas. 

Jalan nak naik ke atas memang berliku2 dan sesetengah selekoh agak tajam. Sunyi tak usah cakaplah. Kalau aku berjalan sorang2, harus aku patah balik. Tak sanggup rasanya. Sampai atas tu, ada temple yang sedang direpair. Pak cik motor bawak aku ke killing cave.


Pak cik motor ajak aku turun ke bawah, tapi aku dah tak berani. Cukuplah sampai takat ni saja. Mangsa akan ditolak dari cerun atas gua sana. Memang boleh nampak jelas tulang2 dan tengkorak mangsa.

Dari sini, pak cik motor bawak aku ke atas lagi. Pak cik tu tak berapa reti cakap English, jadinya kitorang macam ayam dan itik. Kadang2 aku bantai cakap Melayu. Peliknya, masing2 boleh fahamlah pulak. 


View dari atas ni memang cantik!


Lagi dan lagi...


Another temple yang termasuk dalam kumpulan Phnom Sampov. 


Dari sebalik temple. Bukit tu macam menarik je kalau dapat hiking, macam ada sesuatu yang bersembunyi.


Kat sinilah tempat aku lepak awal2 tadi. Banyak kedai cenderamata dan jugak a few kedai makan. 

Masa aku balik ke sini, Buntha kata masih awal untuk tengok kelawar. Sama ada melepak kat situ atau dia bawak aku jalan2. Mula2 aku lepak je kat situ, bila dah boring aku mintak Buntha bawak aku pergi tempat lain. 


Dibawaknya aku ke sawah padi yang dah dituai. Sebahagian sedang dibajak dan sebahagian lagi dah tumbuh rumput tinggi. Dari situ dibawaknya aku jelajah kawasan sekitar, mostly sawah padi yang takde padi sebelum kitorang kembali ke tempat tadi around 5.00 pm.


Cendawan yang ditanam kat Battambang ni gini rupanya, first time aku tengok cendawan yang rupanya macam ni.


Pukul 5.30 petang, akhirnya apa yang ditunggu2 oleh ramai orang muncul jua. Keadaan yang biasa2 je berubah riuh bila semua orang fokus dengan ribuan kelawar ni. 

Masa aku tengah ralit ambik gambar dan video, aku tengok few tuk-tuk tinggalkan kawasan tu. Ingatkan dorang dah nak balik. Tak lama tu, Buntha datang dan ajak aku tengok kat tempat lain. 


Ribuan, mungkin jutaan kelawar yang terbang keluar dari gua tadi membentuk satu lukisan di angkasa.


Batch terakhir sebelum Buntha hantar aku balik ke hotel. 

Sampai di hotel dah gelap. Aku masuk bilik, bersihkan badan dan tidur. Nak berinternet, wifi pulak buat hal. Bertabah ajelah tunggu mata pejam. Hari ke empat yang meletihkan kaki berakhir. Nikmatnya bila dapat baring dengan selesa.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...