Monday, December 24, 2012

dugaan di permulaan

Aku sekarang ini berada di negara seberang. Mengakhiri tahun 2012 dengan trip yang panjang. Awal perjalanan kami sudah diuji dengan pelbagai dugaan. Meredah hujan lebat.. tiket bas yang dah dibooking dah dijual.. mengharung banjir separas betis..

Jika ditanya tentang perasaan, aku tak tahu nak cakap apa. Give up, kecewa, nak nangis, nak tergelak, semuanya pun ada. Tapi dalam hati hanya Allah je yang tahu betapa kencangnya debaran di dada.

Kalau di permulaan aku bertiga, kemudian berempat dan sekarang ini aku kembali solo. Harapnya perjalanan ini dipermudahkan olehNya dan aku selamat kembali ke tanah air.

Tuesday, December 11, 2012

jem tanpa roti

Hari ni kami di Selangor bercuti kerana birthday Sultan Selangor. Since sekarang dah hujung tahun dan aku dah lama giler tak beli kasut lagipun kasut lama dah uzur sangat, maka aku ke Ampang Park. Pertama kali aku beli kasut kat Neva Shoes last few years dan aku cukup selesa. Walaupun harganya boleh tahanlah kalau nak compare dengan kasut2 jenama biasa. Bagi aku alah membeli menang memakai. 

Aku suka flat shoes, tapi sayang choice yang ada tak banyak sangat macamlah nak borong berpuluh pasang. Banyak choices untuk peminat heels, dah tentu2 aku tak suka. Akhirnya tertangkaplah jugak sepasang. Mungkin setahun dua lagi baru aku beli baru. Itu pun kalau yang ni dah tak mampu berkhidmat lagi. 

Keluar dari Ampang Park, hari masih awal. Belum pun pukul 12 tengah hari. Aku proceed ke Midvalley Megamall, kawan aku nak ambil barang dekat living social office. Jarak dari Ampang Park ke Midvalley yang tak sampai 10km tu pun ambik masa lebih sejam untuk sampai. Bila dah sampai mencari parking pulak satu hal yang menyeksakan. Lepas satu level ke satu level aku tawaf. Kalah orang buat tawaf masa musim haji. Lebih dua jam berpusing2 akhirnya dapat jugak menyelit, itu pun parking kat tempat yang tak sepatutnya. Tapi guard tu dah bagi kebenaran. 

Alang2 dah ada di Midvalley, balik tu terus ke Bangsar Village. Dah lama aku dengar pasal Station 21. Hari ni berjaya jugak jejak kaki ke sana. Alhamdulillah, menu yang aku try tu memang sedap. Murah pulak tu. Rugi sebab aku tak mintak extra gravy.


Black pepper fillet steak ni cuma RM13.00. Aku lupa nak snap gambar gerai ni. Padahal nak snap gambar makanan ni pun dah sehabis daya toleh kanan kiri. Malu lah konon kalau2 ada orang nampak, hehehe. 

Bagi aku memang berbaloi lah makan kat sini. Mana taknya, lepas makan terus hilang sakit lutut dan kaki sebab tersangkut dalam jem, haha. Lokasi nya food court atas parking lot yang berdepan dengan Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq. Lot kedai yang paling hampir dengan masjid. 

Sampai ke rumah sedang elok surau depan rumah aku tengah prepare nak azan maghrib. Lepas ni serik dah aku nak ke KL bila orang2 di Selangor bercuti. Seksa bila kena hadap jem. Agaknya dorang ni tak reti nak berehat kat rumah kot. Itulah sebabnya masing2 berpusu2 ke shopping mall. 

footnote: menyampah giler aku dengan mamat mangkuk hayun tak guna tu. Menipu semata2 nak suruh girlfriend dia parking kat ladies parking! Geram betul. Rasanya nak je aku terajang masuk lombong. Tak pun potong je anu tu bagi anjing makan. Sakit hati menengoknya. Haish!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...