Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Sunday, February 19, 2017

cbl | dari langsir ke berembun ke chemerong

Entry ini adalah sambungan dari cbl | hari bersantai.


Pagi ni aku tak boleh bertangguh lagi. Bila dah ada yang start bangun, cepat2 aku kejutkan dorang temankan aku. Dalam hutan memang lambat nak terang, jadinya jasa headlamp tetap diperlukan. Bila dah selesai, baru lega rasa perut yang bergelora sejak semalam. Lepas Subuh aku join dorang menunggu matahari terbit di Air Terjun Langsir, tempat semalam. 

Pagi ni kat campsite Air Terjun Langsir ada muka2 baru. Campers semalam dah balik, berganti dengan another group. Meriah betul since dorang pun sama2 tunggu sunrise. Lucky us, hari ni cuaca baik. Mungkin jugak nak bagi kitorang kenangan terindah sebelum tinggalkan tempat ni.


Warna pagi sebelum matahari menjelma. Indah dan tenang.






Awan yang bertukar warna menjadi keemasan.


Bila tengok awan yang pecah dan bertukar warna tu, teringat sunrise kat Bukit Sikunir. Tentulah sunrise di Bukit Sikunir jauh lebih cantik dan menawan.


Matahari memunculkan diri di sebalik gunung yang aku tak tahu nama, serta awan karpet masih lagi terbentang.




Another wild orchid kat Air Terjun Langsir.

Lepas matahari dah naik, kami balik ke campsite. Pagi ni tak boleh nak melepak lama2, kitorang ada perjalanan pulang yang super jauh. Kata leader, kitorang akan tinggalkan campsite pukul 9.00 pagi. Masa yang berbaki tu kitorang mandi, packing, breakfast dan tapau lunch pack. Dah settle semua, kami pakat gotong royong bersihkan campsite dan masing2 kena bawak turun balance ration atau sampah sikit sorang. Tapi takde lah seberat ration masa datang kelmarin. 

As usual, takdenya nak on time. Mesti ada jugak yang melambatkan keadaan. Perjalanan balik ni kitorang tak lalu dah Sungai Bangang, tapi naik ke atas Jeram Lesung dan lalu sungai yang kitorang pergi semalam. Masa mendaki sikit2, pastu laluan mendatar aku okay lagi. Tapi bila dah start mendaki balik, semput wehh. Nak sampai ke Puncak Berembun bercinta kot, lebih2 lagi bila kena extra cautious dengan akar dan pokok di track.


Satu kelegaan bila dah sampai Puncak Berembun. Kami berehat kat sini lama jugak, sambil2 bergambar. Lepas semua sampai baru kitorang sambung perjalanan.

Kata guide, lepas ni laluan banyak menurun dan mendatar, kalau mendaki pun tahap manja2 je katanya. Kitorang lalu Taman Bonsai dan lepas berselfie dengan dorang, aku terus sambung berjalan. Aku ni slow, kalau lambat kang harus jauh kena tinggal. Perjalanan ni tak mudah, tapi taklah seksa masa datang kelmarin. Mungkin jugak sebab dah set dalam mind nak balik, so kena gagahkan diri melangkah. Kitorang berhenti lunch and prayer break kat tepi sungai, aku tak ingat nama tempatnya. 


Pokok ni berlubang dari bawah hingga ke atas dan masih hidup. Aku ambik gambar dari jauh je, tak daya nak mendekat dan terus berjalan. Pokok ni tak jauh dari tempat kitorang lunch and prayer break. 

Dari tempat kitorang rehat tu, kami ikut laluan tepi sungai dan finally terjumpa simpang kitorang naik ke Seraya Besar. Kami terus ke kiri dan terus jumpa Kem B tempat rehat kelmarin. Kat sini ada problem sikit, one of the girl dalam group kitorang injured dan kami berpecah jadi 2 group. Aku dengan group guide akan teruskan ke Air Terjun Chemerong dan dorang akan terus turun ke starting point. 

Lepas crossing sungai Kem B, seksa jugaklah nak mendaki balik sehingga ke puncak bukit sebelum turun Bukit Taubat. Lepas Bukit Taubat kitorang melencong ke kanan instead of straight laluan masa datang. Kami akan ke air terjun dan laluan menurun ni super seksa. Kalau tersilap langkah memang tergolek ke bawahlah jawabnya. Tapi part nak melintas batu besar ke seberang sana pun boleh tahan jugak cabarannya.

Kitorang tinggalkan backpack kat batu besar dan naik ke atas untuk ke air terjun. Tak jauh mana nak ke sana, tapi agak tricky laluannya. 


Air Terjun Chemerong - melengkapkan trip CBL Chemerong - Berembun - Langsir kitorang.


Aku cuma pandang dari jauh, malas dah nak naik ke atas sana. Lagipun kitorang tak boleh lama2 kat sini, kang gelap pulak.


Air yang jatuh dari air terjun membentuk kolam ni. Kalau terjatuh dalam ni, tiada maaf bagimu. Gelap airnya tengok dari atas ni.

Group kitorang yang terakhir kat air terjun ni, group selepas kitorang tak singgah sini. Masa on the way balik ni, aku dilanda masalah besar. Rasa nak membuang memang tak boleh nak tahan dah. Nak singgah tepi sungai memang tak lalu. Last2 aku yakinkan guide aku nak berjalan dulu tinggalkan dorang kat belakang. Elok sampai kat tandas, cepat2 aku letakkan backpack tepi tu je, terus serbu masuk tandas. Dah lega baru aku cari tempat duduk, keluarkan barang yang aku bawak turun dan ambik pakaian bersih yang aku tumpang dalam kereta teammate. 

Bila semua dah wangi, dah settle post-mortem, kitorang naik bas yang dah sedia menunggu. Perut aku masih belum baik sepenuhnya. Masa dorang berhenti dinner, aku duk dalam bas melayan perut. Kemudiannya bila bas berhenti sebab driver nak ke tandas, aku turun sama. 

Kami tiba di Stesen LRT Gombak awal pagi. Ambik kereta dan driving home. On the way tu, aku terpaksa berhenti di petrol pump sebab perut kembali meragam. Dah lega, aku teruskan perjalanan balik ke rumah dengan Dyl dan Ciksue. Dorang akan lepak kat rumah aku dulu. CBL dah boleh tick out dari list.


Monday, February 13, 2017

cbl | hari bersantai

Entry ini sambungan dari cbl | sesalan di bukit taubat.


Tengah malam tadi hujan, mujur kejap je dan tak lebat sangat. Berhimpit jugaklah kami nak elakkan kebasahan. Bangun pagi lepas tunaikan kewajipan, masing2 bergegas ke Air Terjun Langsir. Masing2 berharap dapat mengejar sunrise dan awan karpet pagi ni. Kami bertiga pergi dah lewat, itupun lepas contemplating sama ada nak pegi atau tak. 


Wild orchid yang tumbuh celah batu, di Air Terjun Langsir.


Masa kitorang pergi tu matahari dah tinggi, terlepas sunrise. Tapi kitorang dapat melihat hamparan awan karpet.


Hamparan awan karpet dan Air Terjun Langsir. Sayang betul, aku terlupa nak ambil gambar air terjun. 

Bila matahari dah semakin tinggi, kitorang balik ke campsite dan breakfast pagi tu dah tersedia. Lepas breakfast, kitorang ke Jeram Lesung dan berendam. Tengah2 berendam, nampak dorang baru turun dari atas. Kata dorang kat atas sana cantik sungainya.


Yang dalam itulah jeram lesung, ada dua. Dorang yang berani siap masuk ke dalam 'lesung' tu. Aku cuma berani tengok dari atas ajelah. Tempat kitorang berendam dalam kolam besar kat bahagian atas jeram lesung ni.

Sebab tergoda dengan cerita dorang pasal sungai kat bahagian atas, kitorang tak lepaskan peluang. Dengan separuh badan dah basah, gigih kitorang ke atas sana. Memang seriously cantik, cantik yang amat sangat. Aku rasa macam dah banyak aku ambik gambar, tapi bila nak transfer ke laptop, gambar macam takde pulak. 


Air dari sungai inilah yang mengalir ke bawah masuk ke kolam permandian kitorang.

Sungainya tak lurus, dan takde lah bengkang bengkok sangat. Yang menariknya, sungai ni sebaris tapi bersudut lebih kurang 90ยบ at each junction. Mostly along the river, keadaan sangat redup sebab pokok di kiri dan kanan tebing memayungi aliran sungai. Lagipun dalam hutan, memang banyaklah pokok2 yang menjadi payung semulajadi.


Airnya jernih dan sejuk, serta cetek. Ada jugak tempat2 yang agak dalam sikit.

Nak merayau lebih jauh ke atas, keberanian tu tak berapa nak ada. Walaupun kami berempat, tapi rasa macam scary pun ada jugak. Dalam hutan macam gini, bukan kami je makhluk yang ada. So, kena hati2 jugaklah. 


Inilah kolam permandian kitorang. Kat tengah2 tu agak dalam jugak dan aku macam biasa, menjadi duyung terdampar kat tepian je.

Masa tengah mandi tu dorang ada tanya nak follow ke Sungai Bangang ke tidak. Memandangkan tahap keberanian aku dengan air terlampau tinggi, pulak tu kena hiking sebijik bukit baru sampai, aku tak sanggup. Cukuplah dah lalu semalam dan ambik gambar sekeping. Jadilah dari langsung takde.

  
Lunch kami tengah hari tu, makan beramai2 di Jeram Lesung. 

Lepas makan aku terus turun ke campsite dan melepak, malas nak join Dyl dan Ciksue ke sungai yang kitorang pergi tadi. Takde apa yang nak dibuat, melayan perasaan ajelah sementara tunggu dorang balik. 

Masa dorang panggil untuk minum petang, kitorang tapau dan melepak makan tepi sungai depan campsite kitorang. Kat sini pun cantik sebenarnya, cuma aku je yang tak reti nak ambik gambar.


Sungai bahagian bawah ni banyak batu2, berlainan dengan sungai kat bahagian atas. Sekali tengok macam taman pun ada sungai ni.


Fly tempat kitorang berlindung dari panas dan hujan. First time aku tido cenggini, selalunya bila camping aku tidur dalam tent. 

Petang tu entah mana silapnya, perut aku dah start memulas2. Masa dinner, aku skip sebab perut aku yang memulas masih takde tanda2 nak reda. Risau kalau2 terjadi sesuatu di luar dugaan. Punyalah seksa malam tu, terasa lama betul nak siang. Kejap2 aku terjaga, terkebil2 tengok langit kat luar. Nak kejutkan orang sebelah, rasa tak sanggup. Bertabahlah menunggu hari siang.


Friday, February 10, 2017

cbl | sesalan di bukit taubat

Hujung tahun lepas, tak lama lepas balik dari Kinabalu Dyl ajak join open trip ke CBL Chemerong, Berembun dan Langsir. Aku ni nama je orang Terengganu dan lokasi tu takde lah jauh mana pun dari rumah aku, tapi aku tak pernah jejak lagi. Since semangat Kinabalu masih kuat, aku gagahkan diri join dorang walaupun lutut aku masih longgar penangan Kinabalu. 

Camping trip ni organized by Rush Adventure dan kami bertiga aku, Dyl dan Ciksue bergabung dengan yang lain2. Plannya berkumpul kat LRT Gombak Khamis malam sebelum midnight. Lepas Isyak aku pick up Dyl dan ke rumah Izza, pick up Ciksue yang dah sampai awal lagi. Alang2 tu, aku mintak Izza tolong tunjukkan jalan ke LRT Gombak. 

Dah settle parking, baru settlekan perkara berkaitan dengan trip kitorang dengan organizer. Katanya by twelve midnight dah nak gerak, tapi bila dah ramai2 ni memang timing out lah. Kitorang naik bas, dan pagi esok berkumpul untuk meet up dengan dorang yang bukan dari KL kat Masjid Sultan Mahmud, Bandar Almuktafi Billah Shah. Orang lama lebih mengenali pekan kecil ni sebagai Durian Mas. 


Awal pagi sebelum Subuh kitorang dah sampai kat Masjid Sultan Mahmud. Lama jugak kitorang kat sini, sempatlah aku terlelap lagi sebelum Subuh pagi tu.

Bila semua dah ada, baru kitorang bergerak ke destinasi. Dalam tak jauh tu, sempatlah aku terlelap lagi dua tiga kali. Awal2 laluan tu, aku pernah lalu waktu kecik2 dulu. Tapi dah hujung2 laluan tu, aku tak pernah lalu. Bila bas dah masuk ke kawasan Hutan Lipur, kupu2 dah start berkumpul dalam perut. Kami berkumpul dan kitorang park pakaian bersih yang nak ditinggalkan dalam kereta ada 2 group yang drive sendiri sebab bas tak tunggu situ.


Mujur ada bunga cantik ni, terubatlah sikit rasa memulas dan cuak.

Lepas briefing dan introduction dengan guide, kitorang mulakan perjalanan. Awal2 tu santai lagi, boleh tahan laju jugak aku berjalan. Cuba kalau mendaki, confirm aku tertinggal jauh kat belakang. Tapi langit tak selalunya cerah, laluan tak selamanya mendatar. cabaran bermula bila kitorang nak kena melintas sungai. Ramailah yang bukak kasut dan stokin, tapi bila guide kata lepas ni nak kena redah sungai lagi, aku belasah je pakai kasut. 

Dah habis merentasi 2 anak sungai, bermulalah cabaran mendaki yang seterusnya. Belum pun sampai ke Bukit Taubat, aku dah bertaubat plus menyesal. Dengan beban kat belakang lagi, memang mentallah. All this while, bila hiking aku cuma bawak daypack je. Yang lain2 porter uruskan. Sebab rate porter kat sini mahal giler, aku relakan diri menggalas beban sendiri.


Inilah Bukit Taubat yang menjadi igauan ngeri sebelum aku ke sini. Bukit ni takde lah tinggi mana, cuma mencanak tu boleh tahan jugaklah selain kena bergantung pada tali dan akar2 pokok. Actually, sebelum sampai ke Bukit Taubat ni, laluan mendaki boleh tahan mencabar jugak.

Lepas sampai ke puncak Bukit Taubat, laluan landai sedikit dan kemudian menurun. Aku cukup menyampah bila laluan menurun masa pergi ni, confirm masa balik esok kena mendaki lagi. It's kind of love hate relationship jugaklah. Dah turun tu, kena menyeberang sungai lagi. Group first tengah bersantai masa aku sampai sini.


Air yang jernih giler dekat Kem B, memang clear nampak anak ikan berenang2. Kat sini kitorang rehat dan lunch break. Makanan yang tak habis tu kitorang sedekah kat anak2 ikan. 

Tak boleh nak lepak lama2, kang terus tak daya nak melangkah pulak. Perjalanan kitorang masih jauh. Laluan seterusnya menyusuri sungai dan sampai kat satu junction, kitorang ke kiri. Masa laluan nak ke next check point - Seraya Besar, aku nampak cendawan color purple. Nak tangkap gambar memang tak daya, harap2 masa balik nanti boleh jumpa lagi. Rehat sekejap kat Seraya Besar, sempat minum dan kemudiannya terus menyambung perjalanan. 

Dugaan buat kami bila tetiba hujan turun dan aku berhenti kejap pakai raincoat. Entah di mana silapnya, kami lost dengan kawan2 lain. Tak terkejar orang depan, dan penat menunggu, orang belakang tak sampai2 jugak. Last2 kitorang decided untuk berjalan je pelan2, dengan harapan kami tak sesat. Dalam hujan ni, semua kesan2 laluan orang terdahulu dah terhapus. So, bila ada junction, punya lama kitorang study nak follow laluan mana. 

Mujur hujan tak berpanjangan, berhenti masa kitorang bertiga masih gigih mencari jejak yang ditinggalkan. Bila dah start dengar bunyi air mengalir, aku dah menarik nafas lega. Harap2 kitorang dah tak jauh dari tapak perkhemahan, lagi pulak sayup2 terdengar suara orang bercakap2. Laluan menurun lepas tu memang seksa, mujur ada tali. Itupun terkial2 jugak kami nak sampai ke bawah. Excited nak sampai bila nampak air mengalir kat bawah sana.


Turun dari bukit yang seksa dengan bantuan tali tadi, depan kami adalah Sungai Bangang yang viral. Rasa kecewa bila tak nampak sesiapa pun kat sini, cuma kami bertiga je.

Bila observe keliling, fahamlah bahawa kawasan ni tak sesuai untuk jadi campsite. Kami meredah sungai ke seberang dan laluan berbatu tepi Sungai Bangang benar2 mencabar mental. Silap hari bulan, boleh tergelincir dan terus jatuh atas batu dan masuk ke sungai yang dalam giler. Dekat lubuk tu gelap, itu maknanya memang dalam.

Lepas dah habis seksa laluan berbatu, kitorang kena mendaki lagi. Masa ni confident sikit sebab ada tali dan itu yang jadi guidance kitorang. Masa dah sampai atas, banyak pokok bonsai dan sayup2 terdengar suara orang lagi. Tapi langsung tak dengar bunyi air. Rule of thumb, aku yakin campsite mesti dekat dengan punca atau laluan air. Antara yakin dan tidak, kitorang berjalan perlahan2, dengan harapan orang belakang akan muncul dan kitorang boleh bergabung balik. 

Masa kitorang dalam kekeliruan, muncul Faiz leader trip ni dari belakang. Bila dah confirm kitorang berada di laluan yang betul, lega rasa hati. Dia terpaksa tinggalkan kitorang sebab nak hantar bekalan untuk masak katanya. Alhamdulillah, tak lama lepas tu dah start dengar suara orang dan bunyi air. Bila nampak khemah aku dah excited. Tapi bila dah dekat baru perasan bukan kawan2 kitorang. Kebetulan Faiz ada kat situ dan dia tunjukkan arah campsite kitorang. 

Dah sampai, letak backpack dan Nurul suruh kitorang pergi mandi kat Jeram Lesung sebelum gelap. Lepas mandi baru selesaikan urusan tertunda untuk hari tu dan bila semua dah sampai except the last group, dinner dihidangkan. Dinner malam tu best, siakap masak steam. Alhamdulillah, perut dah kenyang dan we're ready to sleep.


Sunday, October 18, 2015

kte - szb - klia | transfer dari airport ke airport

Ni cerita masa aku balik kampung hujung Ogos lepas. Masa aku pegi panjat Bukit Keluang dulu tu. Cerita pasal Bukit Keluang dah lama aku up. Aku memang plan nak up pasal airport transfer dari airport ke airport, tapi aku bagi laluan untuk habiskan entry Lombok dulu. 

Selalunya bila aku balik kampung, aku mesti akan drive. Sebabnya kalau aku balik naik bas atau flight, aku mesti patah kaki kat umah. Motor memang aku tak reti nak bawak. Tapi semenjak aku gilir2 tinggalkan antara si kuning dan si biru kat kampung, aku ada option untuk tak payah drive balik kampung lagi. So, masa balik hari tu aku naik bas dari Putrajaya Sentral dan balik ke KL aku naik Malindo Air.

Dah beli tiket flight baru aku realize yang aku nak kena transfer dari Subang Airport ke Putrajaya Sentral, sebab aku tinggal kereta kat Putrajaya Sentral. Gigih aku carik info sebelum balik, last2 aku jumpa option ambik SkyPark shuttle bus dari Skypark ke LRT Kelana Jaya, then ambik bas rapid ke Putrajaya Sentral. Tapi info tu tak sure reliable ke tak sebab aku tak jumpa orang yang guna route tu. 


Masjid sebelah bangunan terminal Airport Kerteh. Airport ni dibuka pada 15 Ogos 1985 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Rumah aku dekat dengan airport Kerteh, tak sampai setengah jam pun. Sebab tu aku ambik flight dari sini instead of KT. Punyalah airport ni bukak dah lama, tapi inilah pertama kali aku jejak dalam ni. Selalu tinjau dari luar je. Untuk pengetahuan, airport Kerteh bukan dibawah pengurusan Malaysia Airport Berhad, tapi dibawah pengurusan Petronas. 

Flight aku pukul 5.40 petang. Tapi sebab airport kecik, datang lambat pun takde hal. Tak payah nak tergesa2 sangat. Airlines yang fly antara Kerteh dan Subang adalah Malindo dan Firefly. Both ada dua flight setiap hari, pagi dan petang. Malindo flies 5 days a week and Firefly flies 3 days a week. Masing2 guna flight ATR. Dulu2 ada Asmara Air fly route Kerteh - Subang, tapi kejap je sebelum tutup kedai. Airport Kerteh mainly served for transporting workers of Petronas and ExxonMobil to various oil platform. Helicopter operator pulak ada dua, MHS Aviation used to be the main operator dan Weststar Aviation Services.

Cuaca petang tu agak berjerebu. Pilot pun ada mention pasal haze kat Subang with limited visibility. Dalam flight dapatlah air mineral cup dengan biskut sepaket. Naik ATR takde in-flight movie, masa aku naik 737-NG sempat layan movie lagi. 


Memang Subang berjerebu, dah nak touchdown baru nampak warna kat bawah. Kalau tak kelam je dari atas. 

Rindunya lah dengan runway Subang Airport ni, selalu lalu kat luar je. Lepas last flight for solo check in June 2005, aku dah tak beramah mesra dengan runway lagi. Cuma sesekali bila ada kerja kat Subang, aku intai dari jauh je. Sekadar melepas rindu kata orang. 


Masa tengah taxiing ke terminal. Airport Subang sekarang dah makin meriah, dah banyak company general aviation kat sini. Dah makin busy lah airport Subang sekarang ni. 

Lepas ambik luggage, aku memang dah aim nak carik SkyPark shuttle bus je. Tapi masa aku nak keluar tu, aku nampak banner shuttle bas ke KLIA/KLIA2. Keluar je dari arrival, aku ke kanan dan nampak kaunter shuttle kat tengah2 tu. Next bas pukul 7.00 katanya, ada masa lagi dalam 10 minit dan aku terus beli tiket ke KLIA. Aku ada ambik brochure, tapi hilang pulak bila aku nak ambik gambar. Tapi takpe, korang boleh bukak website dorang kat sini. Selain dari KLIA/KLIA2, shuttle bus ni jugak ke KL Sentral dan tambangnya RM 10 sehala. Bas baru dan selesa. Tapi pening jugaklah sebab bau kedai kuat sangat. Bas ni ke KLIA2 dulu dan dropkan penumpang kat ground floor tempat terminal bas sebab aku nampak banyak bas lain kat situ. Kat KLIA bas ni drop penumpang kat terminal bas dan teksi, ground floor bangunan terminal.

Sebab masa terhad, tak sempat aku nak merayau nak cari kaunter SkyPark shuttle bus dalam bangunan terminal tu. Katanya tiket boleh beli kat Transport Facility Counter. Tapi untuk info korang boleh check kat sini. Aku tak boleh nak komen lebih2 pasal shuttle ni sebab aku tak ambik. 

Dengan info yang sedikit ni, harap2 dapatlah membantu sesiapa yang carik public transport ke Subang Airport. Pasal parking rate aku tak sure sebab kalau sekejap aku beranilah tinggal kereta kat depan ATC tower. Kat situ foc tapi risiko tanggung sendiri. Pun aku pernah parking sebelah parking berbayar yang entrance dia adalah entrance ke Eurocopter lama. Sekarang Eurocopter situ dah tutup, pindah tempat lain area bangunan Zetro. Situ pun foc jugak tapi risiko sendiri tanggung. So far aku parking pagi dan balik malam, Alhamdulillah masih selamat. Kalau jadi pape jangan salahkan aku pulak. Kalau aku ada kerja kat MAS, aku parking dalam je.


Sunday, September 6, 2015

bukit keluang, besut

Cerita pasal Lombok aku rehatkan lagi semata2 nak bercerita pasal kisah mendaki Bukit Keluang, Besut. Aku balik kampung masa long weekend due to hari merdeka baru2 ni. Alang2 dah ada kat kampung, aku buat plan dengan Nani nak daki Bukit Keluang. Orang jauh dah lama sampai, tapi kitorang yang dekat ni tak sampai2 lagi. 

Petang Ahad aku ke rumah Nani. Dah ada highway ni, cepatlah sikit aku sampai. Itu pun aku tersilap masuk simpang, mujur cepat perasan. Kononnya kami berempat, tapi Nik terpaksa tarik diri sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Jadinya kami bertiga je yang akan proceed. Petang tu kami terus ke Jerteh dan akan bermalam kat sana.

Konon nak daki sesudah Subuh, nak layan sunrise dari puncak Bukit Keluang. Tapi takde maknanya. Sempat kami breakfast nasi ikan bakar pagi tu, on the way nak ke Bukit Keluang. First time kot belasah nasi ikan bakar pepagi hari. Masa kitorang sampai kat parking, ada lagi group yang baru nak start mendaki. Lepas tanya adik2 yang melepak kat parking tu, kitorang decide daki dari belah kanan, bukan entrance yang menghala ke pantai. Jarak dari parking boleh tahan jauhnya.

Laluan agak licin, first part tu berbatu sikit. Lepas tu dah masuk dalam hutan. Selain kami bertiga, suami kak Ani dan 3 anaknya turut join kitorang mendaki. Si kakak dan adik laju je berlari ke depan, aku mengah kat belakang. Mau tak, berbulan ternak lemak pastu terus nak hiking. Tanpa warm up tanpa exercise.


Awal2 trek ada batang pokok berpintal ni.

Tak semua trek mendaki. Ada part yang landai dan few meters lepas tu mendaki. Dalam setengah jam jugaklah baru sampai kat atas.


View dari first peak dari laluan yang kitorang ambik. Cuaca kurang cantik, berjerebu dan garis pemisah antara lautan dan horizon tak kelihatan. 


Clear blue sky. Awan tak kelihatan sebab jerebu.


Second peak yang menjadi tumpuan pengunjung bergambar.


Pasir putih dan air yang hijau kebiruan.


View ni dari second peak.


Cuaca berjerebu, gambar pun turut sama kelam.


Ke manakah destinasi anda selepas ini? Walau destinasi mana sekalipun, semuanya bermula dengan langkah yang pertama.

Peak ketiga memandai je aku bagi nama paling luas kawasan lapangnya. Ada wakaf yang dibina, besar tapi tak berdinding. So, kalau ada yang plan nak berkhemah memang boleh je pasang khemah dalam tu. Cuma yang tak bestnya takde punca air kat atas tu.


View kat celah2 pokok masa on the way nak turun. Masa balik ni kitorang guna trek yang turun kat tepi pantai. Kiranya kitorang buat pusinganlah. 


Trek turun. Awal2 tu laluan agak landai, seronoklah melangkah. Tapi bila sampai kat hujung trek, laluan menurun bermula. Jenuh tekan brek kaki, kalau tak harus tersembam. Dah hujung2 tu ada laluan bertangga sampai ke bawah.

Dah sampai bawah, berjalan ke tepi pantai dan bila dah hilang lelah baru kitorang balik. Pengunjung memang ramai, mungkin jugak sebab cuti umum. Kanak2 dengan bendera berkibar kat basikal ramai berkonvoi, semangat betul. Sempat pekena air kelapa muda dan aiskrim sebelum balik.  


Singgah ambik gambar kat sawah padi masa perjalanan balik. Ni masih lagi tapak semaian.

Kawasan Jerteh dan Besut masih banyak sawah padi di kiri dan kanan jalan. Teringat masa aku buat attachment kat Kota Bharu years back, tiap kali balik kampung memang teruja lalu kawasan ni. Tapi masa tu langsung tak terfikir nak berhenti dan ambik gambar. Takat teruja masa driving ajelah.

Bukit Keluang - checked! 

Lepas ni kena cari destinasi lain yang menarik. Since ringgit masih belum ada tanda2 nak naik, kita cuti2 Malaysia sudahlah. 


Tuesday, July 2, 2013

trip sempoi: malam di lautan

Memandangkan kami ada program lain yang menanti, permintaan Izza nak pekena ikan celup tepung tak dapat ditunaikan. Actually, aku pun teringin jugak. Tapi tak sempat tak mengapalah, lagi pun program malam ni memang ditunggu2. Highlight untuk trip sempoi ni pun memang untuk program malam nanti. 

Sampai je kat rumah Nani, kami semua kelam kabut prepare apa yang patut untuk malam karang. Masing2 makan pil tahan mabuk, prepare untuk sebarang kemungkinan malam karang. Aku bawak je, siap pass kat kengkawan. Kata aku nak makan memang taklah. Selain takut air, aku pun takut ubat jugak sebenarnya. Kalau keadaan tak memaksa, tak adalah aku nak telan. 

Hampir 6 petang kitorang bergerak ke Jeti Losong. Lepas parking kereta, kitorang follow Nani ke jeti as she lead the team. Sementara tunggu sorang kawan lain sampai, sempatlah aku dengan a few yang lain cari bekal makanan. Sempat aku berkongsi maggi dengan Izza kat gerai tepi jeti, kelaparan sebenarnya. Lama jugak kitorang menunggu atas sebab masalah yang tak dapat dielakkan. 


Masjid Kristal di Pulau Wan Man ni cantik, jelas kelihatan dari bot yang kitorang naik. Kalau cuaca cantik, aku pasti lagi mengancam viewnya. 


Bot kami dah meninggalkan jeti. Aku melepak kat bahagian belakang bot dengan few others. Sebahagian besarnya melepak kat bahagian depan bot. 


Sini pun ada I-city jugak tau. 


Melewati bot nelayan yang lain. 


Orait! The cafe is open for business! Untungnya kitorang melepak kat belakang ni sebab boleh nampak apa yang dorang buat. Kalau dorang masak, kitoranglah yang sok-sek kat belakang. Mata tetaplah pandang ke depan, mulut duk sok-sek2 harap2 dorang bagi kitorang makan dulu dan tangan tetaplah slow2 layan tali tangsi, mencandat. 


Bulan mengambang penuh. Mula tu kitorang tersilap, ingatkan matahari nak terbenam. Sekali bulan mengambang daaa... Masa ni still on the way ke tempat untuk mencandat. 


Time ni dah almost sampai ke tempat mencandat yang pertama. Bila tak dapat apa2, bot bergerak ke tempat lain pulak. Banyak kali jugak kitorang pindah tempat malam tu. Patutnya kena datang awal, sebelum matahari terbenam kena siap2 pasang lampu untuk tarik perhatian sotong. Barulah tangkapan lumayan. 


Pertama kali makan sotong fresh memang marvelous. Masih terasa manisnya isi sotong, cair di mulutlah. Masa brader bot masak sotong goreng tepung kitorang punyalah excited kat belakang, masa tu dah tak excited mencandat tapi excited nak makan, hahaha... buruk perangai. Lepas tu sotong digoreng gitu je, sedap sungguh ini betul punya, tak tipu. Kitorang siap makan nasi, letak kicap dan sotong goreng yang memang manis rasanya. Masa brader bot offer mula2 tu tak nak, malu lah konon. Lepas tu tak tahan godaan tengok sotong goreng, terus hilang malu. Last2 kitorang kat belakang yang conquer periuk nasi.

Lepas dah kenyang tu, aku sambung mencandat. Tapi bila lama menunggu, takde tanda2 sotong dah makan umpan, aku jadi boring. Tapi tak lama lepas tu aku mengantuk giler. Apa lagi, syok aku tidur kat belakang, berlantaikan papan bot berbumbungkan langit. Langsung tak sedar apa. 

Nasib tak menyebelahi kami bila hasil tak seberapa, tapi aku tetap puas sebab dah melalui satu lagi pengalaman best dalam hidup. Balik ke rumah Nani pagi tu, Mak Nani dah siapkan nasi lemak dan sambal bilis yang meletup. Sotong yang kitorang bawak balik turut jadi lauk nasi lemak. Lepas dah kenyang makan dan bergelak ketawa dengan dorang, aku mintak diri. Dorang akan bertolak balik ke KL tengah hari tu dan aku terus bertolak balik jumpa family kat kampung. Sedih jugaklah nak berpisah dengan dorang. Walaupun baru kenal tapi dah ngam. 

Dan lepas ni aku bolehlah dengan bangganya mengaku anak Terengganu, tak malu dah sebab takde modal dorang nak perli aku. Aku dah tengok penyu bertelur, anak penyu menetas dan mencandat sotong. Many thanks to Nani sebab dah tunaikan impian kitorang. Harap2 kalau ada rezeki tahun depan kita mencandat lagi, erk! Tak lupa jugak buat Cik Mie walaupun Cik Mie tak baca yang bukak peluang untuk kitorang bermesra dengan penyu di Pantai Mak Kepit dan menjimatkan kos kitorang.  


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...