Friday, February 10, 2017

cbl | sesalan di bukit taubat

Hujung tahun lepas, tak lama lepas balik dari Kinabalu Dyl ajak join open trip ke CBL Chemerong, Berembun dan Langsir. Aku ni nama je orang Terengganu dan lokasi tu takde lah jauh mana pun dari rumah aku, tapi aku tak pernah jejak lagi. Since semangat Kinabalu masih kuat, aku gagahkan diri join dorang walaupun lutut aku masih longgar penangan Kinabalu. 

Camping trip ni organized by Rush Adventure dan kami bertiga aku, Dyl dan Ciksue bergabung dengan yang lain2. Plannya berkumpul kat LRT Gombak Khamis malam sebelum midnight. Lepas Isyak aku pick up Dyl dan ke rumah Izza, pick up Ciksue yang dah sampai awal lagi. Alang2 tu, aku mintak Izza tolong tunjukkan jalan ke LRT Gombak. 

Dah settle parking, baru settlekan perkara berkaitan dengan trip kitorang dengan organizer. Katanya by twelve midnight dah nak gerak, tapi bila dah ramai2 ni memang timing out lah. Kitorang naik bas, dan pagi esok berkumpul untuk meet up dengan dorang yang bukan dari KL kat Masjid Sultan Mahmud, Bandar Almuktafi Billah Shah. Orang lama lebih mengenali pekan kecil ni sebagai Durian Mas. 


Awal pagi sebelum Subuh kitorang dah sampai kat Masjid Sultan Mahmud. Lama jugak kitorang kat sini, sempatlah aku terlelap lagi sebelum Subuh pagi tu.

Bila semua dah ada, baru kitorang bergerak ke destinasi. Dalam tak jauh tu, sempatlah aku terlelap lagi dua tiga kali. Awal2 laluan tu, aku pernah lalu waktu kecik2 dulu. Tapi dah hujung2 laluan tu, aku tak pernah lalu. Bila bas dah masuk ke kawasan Hutan Lipur, kupu2 dah start berkumpul dalam perut. Kami berkumpul dan kitorang park pakaian bersih yang nak ditinggalkan dalam kereta ada 2 group yang drive sendiri sebab bas tak tunggu situ.


Mujur ada bunga cantik ni, terubatlah sikit rasa memulas dan cuak.

Lepas briefing dan introduction dengan guide, kitorang mulakan perjalanan. Awal2 tu santai lagi, boleh tahan laju jugak aku berjalan. Cuba kalau mendaki, confirm aku tertinggal jauh kat belakang. Tapi langit tak selalunya cerah, laluan tak selamanya mendatar. cabaran bermula bila kitorang nak kena melintas sungai. Ramailah yang bukak kasut dan stokin, tapi bila guide kata lepas ni nak kena redah sungai lagi, aku belasah je pakai kasut. 

Dah habis merentasi 2 anak sungai, bermulalah cabaran mendaki yang seterusnya. Belum pun sampai ke Bukit Taubat, aku dah bertaubat plus menyesal. Dengan beban kat belakang lagi, memang mentallah. All this while, bila hiking aku cuma bawak daypack je. Yang lain2 porter uruskan. Sebab rate porter kat sini mahal giler, aku relakan diri menggalas beban sendiri.


Inilah Bukit Taubat yang menjadi igauan ngeri sebelum aku ke sini. Bukit ni takde lah tinggi mana, cuma mencanak tu boleh tahan jugaklah selain kena bergantung pada tali dan akar2 pokok. Actually, sebelum sampai ke Bukit Taubat ni, laluan mendaki boleh tahan mencabar jugak.

Lepas sampai ke puncak Bukit Taubat, laluan landai sedikit dan kemudian menurun. Aku cukup menyampah bila laluan menurun masa pergi ni, confirm masa balik esok kena mendaki lagi. It's kind of love hate relationship jugaklah. Dah turun tu, kena menyeberang sungai lagi. Group first tengah bersantai masa aku sampai sini.


Air yang jernih giler dekat Kem B, memang clear nampak anak ikan berenang2. Kat sini kitorang rehat dan lunch break. Makanan yang tak habis tu kitorang sedekah kat anak2 ikan. 

Tak boleh nak lepak lama2, kang terus tak daya nak melangkah pulak. Perjalanan kitorang masih jauh. Laluan seterusnya menyusuri sungai dan sampai kat satu junction, kitorang ke kiri. Masa laluan nak ke next check point - Seraya Besar, aku nampak cendawan color purple. Nak tangkap gambar memang tak daya, harap2 masa balik nanti boleh jumpa lagi. Rehat sekejap kat Seraya Besar, sempat minum dan kemudiannya terus menyambung perjalanan. 

Dugaan buat kami bila tetiba hujan turun dan aku berhenti kejap pakai raincoat. Entah di mana silapnya, kami lost dengan kawan2 lain. Tak terkejar orang depan, dan penat menunggu, orang belakang tak sampai2 jugak. Last2 kitorang decided untuk berjalan je pelan2, dengan harapan kami tak sesat. Dalam hujan ni, semua kesan2 laluan orang terdahulu dah terhapus. So, bila ada junction, punya lama kitorang study nak follow laluan mana. 

Mujur hujan tak berpanjangan, berhenti masa kitorang bertiga masih gigih mencari jejak yang ditinggalkan. Bila dah start dengar bunyi air mengalir, aku dah menarik nafas lega. Harap2 kitorang dah tak jauh dari tapak perkhemahan, lagi pulak sayup2 terdengar suara orang bercakap2. Laluan menurun lepas tu memang seksa, mujur ada tali. Itupun terkial2 jugak kami nak sampai ke bawah. Excited nak sampai bila nampak air mengalir kat bawah sana.


Turun dari bukit yang seksa dengan bantuan tali tadi, depan kami adalah Sungai Bangang yang viral. Rasa kecewa bila tak nampak sesiapa pun kat sini, cuma kami bertiga je.

Bila observe keliling, fahamlah bahawa kawasan ni tak sesuai untuk jadi campsite. Kami meredah sungai ke seberang dan laluan berbatu tepi Sungai Bangang benar2 mencabar mental. Silap hari bulan, boleh tergelincir dan terus jatuh atas batu dan masuk ke sungai yang dalam giler. Dekat lubuk tu gelap, itu maknanya memang dalam.

Lepas dah habis seksa laluan berbatu, kitorang kena mendaki lagi. Masa ni confident sikit sebab ada tali dan itu yang jadi guidance kitorang. Masa dah sampai atas, banyak pokok bonsai dan sayup2 terdengar suara orang lagi. Tapi langsung tak dengar bunyi air. Rule of thumb, aku yakin campsite mesti dekat dengan punca atau laluan air. Antara yakin dan tidak, kitorang berjalan perlahan2, dengan harapan orang belakang akan muncul dan kitorang boleh bergabung balik. 

Masa kitorang dalam kekeliruan, muncul Faiz leader trip ni dari belakang. Bila dah confirm kitorang berada di laluan yang betul, lega rasa hati. Dia terpaksa tinggalkan kitorang sebab nak hantar bekalan untuk masak katanya. Alhamdulillah, tak lama lepas tu dah start dengar suara orang dan bunyi air. Bila nampak khemah aku dah excited. Tapi bila dah dekat baru perasan bukan kawan2 kitorang. Kebetulan Faiz ada kat situ dan dia tunjukkan arah campsite kitorang. 

Dah sampai, letak backpack dan Nurul suruh kitorang pergi mandi kat Jeram Lesung sebelum gelap. Lepas mandi baru selesaikan urusan tertunda untuk hari tu dan bila semua dah sampai except the last group, dinner dihidangkan. Dinner malam tu best, siakap masak steam. Alhamdulillah, perut dah kenyang dan we're ready to sleep.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...