Monday, February 27, 2017

road trip 2016 | singgah di kl, menuju ke perak

Disebabkan hujung tahun lepas aku tak mampu nak ke luar negara seperti tahun2 sudah dek kerana banyaknya kekangan, aku tukar haluan. Nak mereput kat rumah semata memang tak boleh, otak dah tepu. Jadinya, nak tak nak aku kena keluar jugak. Tercetuslah idea nak buat road trip ke utara tanpa melalui highway. Asalnya ramai yang nak join, tapi macam biasa hanya tinggal sorang dua je bila dah sampai masa. 

Untuk first leg, cuma aku berdua dengan Nik sahaja. Dari rumah di Sepang dah lewat, maklumlah trip sesuka hati. Aku ambik highway Besraya dan seterusnya MRR2 ke Gombak. Lepas pick up Nik, kami terus menuju ke Kuala Kubu Bharu. Awal2 tu bergantung harap jugak dengan cik google maps. Tapi bila kitorang asyik keliru antara signboard dan google maps, aku decided untuk off maps dan drive berpandukan signboard je. 

Dah lama tak jumpa, makanya banyaklah kami bersembang sepanjang jalan tu. Entah mana laluan kitorang ambik pun tak sedar. Bila dah masuk Tanjung Malim baru aku tersedar yang kitorang dah masuk Perak. Dari Tanjung Malim hingga ke Sungkai ni dah familiar sangat dengan aku, tempat jatuh lagi dikenanglah katakan.

Perjalanan smooth walaupun kereta banyak. Sempat singgah di Kilang Roti Mokhtar, sekali tutup pulak. Ni second time aku singgah dan still takde rezeki nak merasa roti yang glemer nih. Elok je melepasi Slim River, perjalanan dah start perlahan. Kereta makin banyak dan kami dah terpaksa lebih berhati2 dengan traffic.

Penat tekan clutch dan brake tak usah ceritalah. Kami singgah solat kat masjid sebelah balai bomba, aku tak ingat locationnya. Lepas dah settle solat, rehat kejap, baru kitorang teruskan perjalanan. Belum pun jauh kami bergerak, hujan mula turun. Memasuki Gopeng hujan masih belum berhenti. Kami akhirnya sepakat nak cari penginapan di Ipoh sahaja. Hujan2 ni tak daya nak drive lebih jauh.

Hotel pertama kitorang tanya dah penuh. Dia tunjukkan hotel seberang jalan kat kitorang. Ada bilik kosong dan kami terus setuju. Asalnya nak tengok bilik, tapi cancel sebab dah malas nak naik tangga. Aku alihkan kereta ke depan hotel dan kami naik ke bilik dengan barang2. 


Pemandangan di persimpangan dari tempat lepak nak ke bilik kami. Hotel kami berdepan dengan restoran nasi ganja yang glemer kat Jalan Yang Kalsom aku tak ingat nama hotel sebab hotel tu tak best.

Bilik kami kecik giler, muat2 tilam queen size dengan bilik air kat dalam dan space depan bilik air. Keluar dari toilet kitorang terus langkah atas tilam. Solat pun atas tilam jugak. Mujur dapat partner yang tak banyak kerenah, janji ada tempat nak tido dan rehat dah cukup. Lepas rehat kami keluar nak cari dinner dalam hujan gerimis. Gerbang malam tak jauh pun, walking distance je. Tapi masa kami datang tu, gerbang malam tengah renovation, so takde gerbang malamlah. Berpusing2 kitorang cari kedai makan, yang banyak kitorang jumpa kedai keranda adalah. 

Last resort, kitorang balik ke hotel ambik kereta. Aku drive sesuka hati dan finally terjumpa food court which later baru aku tahu itulah Medan Kidd Ipoh. Tempat dah menarik, tapi kurang penjagaan. Gelap tak berlampu. Not bad makan malam kami kat situ. Bila lapar, sedap ke tidak tu dah tak jadi keutamaan. Lepas makan kami balik ke hotel, takde nak berpeleseran time hujan2 gini. Kalau tak hujan mungkin terasa jugak nak keluar meninjau suasana malam di Ipoh.

End of day 1.


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...