Monday, May 18, 2015

2058

headnote: cerita pasal travel aku hold kejap. Busy yang amat lately, tak sempat nak pilih gambar dan bercerita. Bila keadaan back to normal, aku sambung balik.

Pertama kali aku jejak kaki ke KL dan Selangor adalah pada tahun 1998. Masa tu aku further study kat utara dan rumah kakak aku kat Shah Alam adalah transit point aku. Menara KL bukanlah sesuatu yang asing. Selalunya aku pandang dari jauh, kadang2 tu aku jeling2 manja. 

Pagi Ahad lalu aku akhirnya ke Menara KL. Bukan sekadar lawatan biasa, bukan jugak nak manjakan perut kat restoran berputar. Pukul 5 pagi, kami berempat dah bergerak dari Seri Kembangan ke KL. Seusai solat Subuh, kami berjalan kaki ke starting point. 

Masa kitorang tengah berjalan ke starting point, dah nampak ramai orang yang pakai medal. Perut aku dah start penuh dengan kupu-kupu. Roti dengan RedBull yang organizer provide untuk breakfast pun aku pandang sepi je. Tekak tetiba rasa perit dan kering. Kat situ kitorang bergabung dengan Izza.  


Menara KL di awal pagi. Nampak berbalam.


Ni group yang ke berapa ntah. Semua get ready nak dilepaskan.

Lepas group yang tadi tu, ada few group lagi. Yang terakhir adalah Men's Veteran sebelum Women's Open. Untuk Women's Open itself divided by 3 batch. Kak dengan Izza dalam second batch. Aku, Dayah dan Alin dalam third batch. 


Just before the flag off. Dek kerana terlalu lama menunggu, aku dah hilang rasa. 

Awal2 tu aku berlari jugak, sebab dari starting point nak ke anak tangga yang pertama tu memang jauh, dalam 800meter jugak jaraknya. Bila laluan dah start mendaki, aku start berjalan.


Sempat aku berhenti ambik gambar dulu. 

Masa jejak kaki kat anak tangga tu, kami yang terakhir. Perlahan2 aku daki satu persatu anak tangga. Awal2 tu rajin aku kira, tapi lama kelamaan aku lost count. Tak payah susah2 nak kira, dorang ada tampalkan the remaining steps kat dinding, tapi bukanlah di setiap level. Masuk second level, dah start jumpa orang2 yang stranded kat tepi tangga. 

Tiap kali ada water station, aku mesti berhenti minum sambil tadah angin sejukkan badan. Sewaktu berhenti minum kat Level 12, aku terjumpa Izza. Aku tinggalkan Izza kat situ dan terus melangkah. Masa ni aku cuma target nak habiskan baki anak tangga tu secepat mungkin. Makin stress bila group kemudian dah ada yang mara ke depan. 

Bila aku dah sampai ke Level TH00, hati dah berbunga riang. Tak lama lagi aku akan menghabiskan cabaran dalam edisi seksa diri ni. Bila dah sampai ke anak tangga terakhir, dan ambik medal, bahagianya rasa dalam hati. Kalau awal2 tadi peritnya nak habiskan 2058 anak tangga, tapi bila dah settle rasa seronok pulak.

Dah ambik finishing medal, aku terus turun ke bawah, ke Level TH00. Dari situ participants akan gunakan lift untuk turun ke bawah. Masuk je kat ruangan menunggu tu, aku nampak Kak dengan Dayah kat tepi dinding. Alin dengan Izza masih belum sampai lagi. Kitorang lepak je kat situ tunggu dorang berdua tu sampai.


Kami berlima berjaya juga menamatkan cabaran ini. *Pic credit to Dayah.


Sungguh aku tak sangka yang sebenarnya aku mampu menjinakkan anak tangga di Menara KL. Kalau sebelum ni aku manjang je deny kemampuan, ternyata aku salah. Orang lain training berbulan, aku dengan Kak cuma naik turun tangga kat Taman Warisan Putrajaya pagi Sabtu tu. Pagi Ahad tu kaki aku dah sakit sebenarnya. Tu maknanya kaki manja, mulalah sakit2 bila kena paksa bekerja. 

Untuk seminggu ni aku fobia dengan tangga.


Saturday, May 9, 2015

tbs | 2 - perjalanan yang panjang

headnote: pagi tadi aku join 9to5 run yang diorganize oleh KBS. Sejujurnya, aku kecewa yang teramat. Aku harapkan kalau tak lebih baik, setidaknya hampir sama dengan larian yang aku join sebelum2 ni. Confirm lepas ni segala event yang gomen organize aku pangkah besar2. Full stop!

*        *       *       *       *


Pagi2 lagi dah bunyi hon. Bingit telinga dibuatnya. Nak tunggu 8.30 pagi untuk check out punyalah terasa lamanya. Aku tak buat apa pagi tu, just melepak kat bilik sambil tengok tv. Nasib baik ada channel National Geographic yang tak dialih bahasa. 

Pagi ni aku akan ke Dalat, bas pukul 9.05 pagi. Perjalanan dari Saigon ke Dalat ambik masa 7 jam untuk traffic biasa. Kalau heavy traffic, makin lamalah jawabnya. Bas lambat setengah jam lebih. Dalam pukul 9.40 baru bas bertolak meninggalkan De Tham Street. 


Inilah keadaan dalam sleeper bus ni. Ada 3 row dan double decker. 

Masa kat tangga bas, bus assistant bagi plastic suruh simpan kasut/selipar. Seat aku paling belakang, sebaris belakang tu dimuatkan 4 seat. Aku tengok kat tiket, nombor seat aku sebelah tingkap, tapi ada orang. Dengan muka ketat aku suruh dia pindah seat lain. Dah lah aku bayar mahal, seat tu harus jadi tempat aku lah. Setiap sorang diberikan selimut, air mineral sebotol kecik dan sekeping tisu basah dalam paket.

Bas berhenti untuk makan dua kali. Yang first tu aku turun. Beli air dan wafer. Second time aku just lepak dalam bas je. Lenguh leher aku sebab most of the time aku pandang keluar tingkap. Traffic agak slow dan hari makin gelap. Bas akhirnya sampai kat Dalat lebih kurang 6.30 petang. Hari dah gelap, aku nampak baki sunset yang cun disebalik pokok, terlupa nak ambik gambar. 

Stesen bas ni memang jauh nak ke city center, kalau hari masih terang gigih jugak aku nak menapak. Ni dah gelap semacam, aku ambik xe om dan mintak dia hantarkan ke Enjoy Dalat Hostel. Sebelum tu aku tanya tiket ke Mui Ne, Futa Bus takde route ke Mui Ne lah pulak. 

Sampai kat hostel, nasib aku baik sebab ada kosong. Joseph, owner hostel pinjamkan aku duit untuk bayar xe om sebab aku takde duit kecik. In fact, malam tu aku tido sorang dalam bilik yang boleh muatkan 8 orang tu. 


Walaupun ini mixed dorm, cubicle ni membuatkan aku rasa macam tido dalam private room.


Dalam setiap cubicle ada lampu, locker dan meja kecik untuk menulis. Selesa yang amat. Bilik ni takde aircond mahupun kipas. Mula2 tu menggagau jugak aku carik kipas dengan aircond, tapi tak sampai 10 minute aku dah rasa sejuk. Ruang depan cubicle ni luas, kat ruang tu lah aku solat. Dalam cubicle ni memang tak lepas nak berdiri.

Lepas dah rehat kejap, aku keluar. Aku mintak Lanh isteri Joseph carikan tiket ke Mui Ne dan Saigon. Lanh kata tiket mahal sebab Vietnam tengah long holiday, 6 days in row masa aku datang ni. Aku pasrah je bila rabak kat poket aku makin besar. Lepas tu aku keluar ke walking street. Cuaca agak chilly dan best berjalan dalam cuaca macam tu. Joseph dengan Lanh pelik mula tu tengok aku keluar dengan short sleeve t-shirt. Tapi aku bagitau dorang lemak aku banyak, so takde lah aku sejuk, haha. 


Orang memang ramai sebab long holiday. Kat atas tangga ni pun ramai yang berniaga, siap ada yang bukak gerai makan dan masing2 duduk makan kat tangga tu jugak. 


Ni kat bahagian atas, area dataran. Orang ramai tapi takde peniaga, kalau ada pun kat tepi2 je. Tengah2 ni tempat dorang melepak ramai2. 

Tak lama pun aku merayau, lepas tinjau kawasan aku balik ke hostel. Lepas rehat hilangkan penat, baru aku mandi, solat dan bersedia untuk tido. 


Wednesday, May 6, 2015

tbs | 1 - episod belasah dan redah bermula

Hujung April memang masa untuk aku menghilangkan diri, passport harus kena lalu kaunter immigration dan kena stamping. Awal April, macam2 tempat berpotensi disenarai pendek, lepas tu mula ushar tiket flight. Dua minggu sebelum, aku dah shortlisted Hanoi sebagai destinasi pilihan. Tapi bila tiket makin mahal, aku hold dulu. Sehinggalah seminggu lepas tu bila tiket ke Ho Chi Minh murah, aku terus grab. Kali ni aku fly dengan Vietnam Airlines dan return tix untuk sector KUL - SGN aku dapat RM243.90 all in. 

Disebabkan semua benda aku buat last minute, terpaksalah aku parking kat ERL Salak Tinggi. Sebelum ni parking tu free, tapi sekarang dah kena bayar. RM3 per entry dan sebab aku parking bermalam, guard tu mintak RM21 untuk 7 hari 6 malam. Parking tu dijaga dari pukul 7 pagi hingga 7 malam, lepas tu security ERL akan meronda sampai pagi. 

Flight aku pukul 2 petang dan depart from KLIA on time. Just nice aku dapat seat tepi tingkap, so takde lah aku nak tido. Melayan view sepanjang perjalanan ajelah kejenya. Trip kali ni aku namakan trip belasah sengsorang tbs sebab aku tak study apa, memang belasah je. Takde upfront booking, takde plan.

  
Approaching South China Sea and leaving Malaysia peninsular behind. 

  
In flight meal. Roti tu keras kejung. Oh ya, flight Vietnam Airlines yang melibatkan sektor Kuala Lumpur menghidangkan makanan Halal. So, makanlah tanpa was-was.


Menghampiri destinasi.

Flight safely landed ahead of ETA. Kitorang diangkut dengan 2 buah bas ke terminal building dari parking bay. Urusan kat kaunter immigration went smooth, tapi backpack aku lambat pulak keluar. Jenuh menunggu. Since dapat 30kg baggage allowance, tak rajinlah aku nak pikul ke hulu ke hilir. 

Masa aku keluar dengan backpack tu, customs cuma tinggal satu lane je lagi yang bukak. Punyalah lama aku menunggu backpack memunculkan diri. Aku beli simkad kat airport tu jugak sebab nak pecah duit, aku cuma bawak USD je, VND sebelum ni dah takde balance rupanya. 

Dah settle, aku ke tempat bas bernombor 152 untuk ke city center. Bas tu parking belah kanan bila korang keluar dari airport, lebih kurang opposite lah dengan Burger King. Tambang VND 5000. Bas kemudian ke domestic airport sebelah tu je untuk pick up penumpang sebelum ke city center. 

Aku turun bila bas berhenti kat bus station dan semua orang turun. Driver bas tu bagus, last stop katanya bila few of us terpinga2. Turun je dari bas, aku terus disapa pemandu xe om. Aku tolak dengan muka ketat, pastu confident je berjalan melintas jalan. 

Hotel pertama aku singgah, VND 500k. Aku tanya kat mana nak cari budget hotel, tapi dia kata takde sebab sekarang ni peak season due to long holiday in Vietnam. Aku berjalan sambil melilau, sehinggalah aku tanya sorang mamat ni. Dia suruh aku ke De Tham Street, kat situ backpackers area katanya. Dia bagi direction dan aku berjalan dengan beban kat belakang. Pakcik xe om tu nak kencing aku, dia mintak $2 nak hantarkan aku. Jauh, 40 minit berjalan kaki katanya. Mujur aku tak terpedaya, muka ketat aku memang berkesan kot. 

Hotel pertama aku tuju, ada bilik kosong. Dorm dan jugak private room. Bila dia kata dorm mixed, takde female dorm, aku back off dan akhirnya ambik private room. Dia bagi aku $13, aku ambik je sebab dah penat dan malas nak hunting for a room lagi. 

Lepas rehat kejap, aku turun merayau. Sebelum tu, sempat aku mintak dorang carikan tiket bas ke Dalat atau Mui Ne pagi esok. Silap besar yang aku tak boleh maafkan diri sendiri, patutnya aku cari sendiri sebab De Tham Street ada banyak company open tour bus. Aku dah boleh cut cost kat situ. Tapi aku akhirnya harus memaafkan diri ini. Kalau tak, baik duk umah diam2. 

Aku merayau entah ke mana2. Singgah bertanya ke hostel yang aku jumpa. Mostly catered for mixed dorm. So, aku kena cari hotel. Masuk celah2 lorong, aku jumpa banyak homestay. Harga dalam $12 untuk double room dan most of it ada lift. Better than hotel. Next time kalau aku ke sini lagi, aku dah tahu mana nak carik bilik yang selesa dan murah. 

Celah2 lorong tu, aku terjumpa Halal Restaurant. Sebelum ni aku memang jumpa banyak resto Halal area Ben Thanh Market. Nak ke sana dari De Tham St ni adalah dalam 10 minit menapak, tu cara2 aku berjalan sengsorang dalam keadaan lurus tak pandang kiri kanan. 


Dinner aku. Potato filled chapati kalau tak silap namanya. Senang citer, lempeng inti potato. Pastu makan dengan sos apa ntah yang hijau tu. Aku habis separuh je, pastu bungkus bawak balik bilik. Yang dalam pinggan ni suku je.

Rengsa aku malam tu. Hon tak henti2 berbunyi walau dah lewat malam. Memang peritlah sebab hotel yang aku stay ni betul2 tepi main road. Akhirnya aku terlena jugak dengan dendangan hon yang bertali arus. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...