headnote: cerita pasal travel aku hold kejap. Busy yang amat lately, tak sempat nak pilih gambar dan bercerita. Bila keadaan back to normal, aku sambung balik.
Pertama kali aku jejak kaki ke KL dan Selangor adalah pada tahun 1998. Masa tu aku further study kat utara dan rumah kakak aku kat Shah Alam adalah transit point aku. Menara KL bukanlah sesuatu yang asing. Selalunya aku pandang dari jauh, kadang2 tu aku jeling2 manja.
Pagi Ahad lalu aku akhirnya ke Menara KL. Bukan sekadar lawatan biasa, bukan jugak nak manjakan perut kat restoran berputar. Pukul 5 pagi, kami berempat dah bergerak dari Seri Kembangan ke KL. Seusai solat Subuh, kami berjalan kaki ke starting point.
Masa kitorang tengah berjalan ke starting point, dah nampak ramai orang yang pakai medal. Perut aku dah start penuh dengan kupu-kupu. Roti dengan RedBull yang organizer provide untuk breakfast pun aku pandang sepi je. Tekak tetiba rasa perit dan kering. Kat situ kitorang bergabung dengan Izza.
Menara KL di awal pagi. Nampak berbalam.
Ni group yang ke berapa ntah. Semua get ready nak dilepaskan.
Lepas group yang tadi tu, ada few group lagi. Yang terakhir adalah Men's Veteran sebelum Women's Open. Untuk Women's Open itself divided by 3 batch. Kak dengan Izza dalam second batch. Aku, Dayah dan Alin dalam third batch.
Just before the flag off. Dek kerana terlalu lama menunggu, aku dah hilang rasa.
Awal2 tu aku berlari jugak, sebab dari starting point nak ke anak tangga yang pertama tu memang jauh, dalam 800meter jugak jaraknya. Bila laluan dah start mendaki, aku start berjalan.
Sempat aku berhenti ambik gambar dulu.
Masa jejak kaki kat anak tangga tu, kami yang terakhir. Perlahan2 aku daki satu persatu anak tangga. Awal2 tu rajin aku kira, tapi lama kelamaan aku lost count. Tak payah susah2 nak kira, dorang ada tampalkan the remaining steps kat dinding, tapi bukanlah di setiap level. Masuk second level, dah start jumpa orang2 yang stranded kat tepi tangga.
Tiap kali ada water station, aku mesti berhenti minum sambil tadah angin sejukkan badan. Sewaktu berhenti minum kat Level 12, aku terjumpa Izza. Aku tinggalkan Izza kat situ dan terus melangkah. Masa ni aku cuma target nak habiskan baki anak tangga tu secepat mungkin. Makin stress bila group kemudian dah ada yang mara ke depan.
Bila aku dah sampai ke Level TH00, hati dah berbunga riang. Tak lama lagi aku akan menghabiskan cabaran dalam edisi seksa diri ni. Bila dah sampai ke anak tangga terakhir, dan ambik medal, bahagianya rasa dalam hati. Kalau awal2 tadi peritnya nak habiskan 2058 anak tangga, tapi bila dah settle rasa seronok pulak.
Dah ambik finishing medal, aku terus turun ke bawah, ke Level TH00. Dari situ participants akan gunakan lift untuk turun ke bawah. Masuk je kat ruangan menunggu tu, aku nampak Kak dengan Dayah kat tepi dinding. Alin dengan Izza masih belum sampai lagi. Kitorang lepak je kat situ tunggu dorang berdua tu sampai.
Kami berlima berjaya juga menamatkan cabaran ini. *Pic credit to Dayah.
Sungguh aku tak sangka yang sebenarnya aku mampu menjinakkan anak tangga di Menara KL. Kalau sebelum ni aku manjang je deny kemampuan, ternyata aku salah. Orang lain training berbulan, aku dengan Kak cuma naik turun tangga kat Taman Warisan Putrajaya pagi Sabtu tu. Pagi Ahad tu kaki aku dah sakit sebenarnya. Tu maknanya kaki manja, mulalah sakit2 bila kena paksa bekerja.
Untuk seminggu ni aku fobia dengan tangga.
tu dia sampai fobia dgn tangga hehehe..
ReplyDeleteapa pun, tahniah anne & kwn2...
mau tak fobia, zilla.. tengok tangga pun nak muntah, haha. mujur kat rumah dengan ofis tak payah panjat tangga...hihi
Deletethanks! =)
bestnya anne,..:)
ReplyDeletebest bila dah dapat medal, sebelum tu seksa yang amat... huhu
Delete