Showing posts with label Jakarta. Show all posts
Showing posts with label Jakarta. Show all posts

Monday, July 27, 2015

trip pasrah | lombok - edisi pengenalan

headnote: entry ni adalah kisah perjalanan aku ke Lombok June lepas sebelum Ramadhan menjenguk. Aku takde buat specific itinerary. Aku buat rough plan, selebihnya depends pada situasi. Kepada yang bertanya pasal iti, sorry sebab aku takde iti. Apa yang aku kongsi kat sini adalah perjalanan yang telah aku tempuhi. Kalau korang rasa nak copy untuk jadikan guideline korang, silakan.


Aku ke Lombok lagi. Kononnya nak merepeat kisah lalu, tapi takde maknanya bila plan hancur berderai. Aku bagi nama Trip Pasrah sebab banyak benda yang menyebabkan aku pasrah kali ni. Asalnya nak pergi berlima dan aku nak repeat daki Rinjani bila aku gagal 2 tahun lepas. Aku dah arrange semua atas permintaan dorang, in fact cuma tak sempat bayar booking aje lagi. Kemudian bila Fathi tarik diri, aku masih lagi bersemangat. Dan bila kemudiannya sorang lagi tarik diri, aku dah start goyang. Masa ni yang confirm dengan tiket flight cuma aku dan Izza aje. 

Plan dah mula berubah2, aku cancel booking dengan Mas Aziz dan rasa macam nak tutup buku terus pun ada. Kiranya pasrah lah kalau2 trip ni kena cancel. Seminggu sebelum pergi, baru dapat kata putus yang hanya aku dan Izza je yang akan pergi. Dalam masa seminggu tu aku rombak plan asal, email, message dan whatsapp ke sana sini mintak quotation. Tahu je lah bila buat last minute, tak semua orang respond. Aku bagi tau Izza yang kita plan untuk first few days je, lepas tu kita redah sampai sudah. Mujur Izza setuju. 

Kitorang akhirnya setuju untuk ambik pakej dengan Mas Azhari, itu je yang termurah yang kitorang dapat lepas bertanya ke sana sini. Aku pasrah bila kena cancel plan daki Rinjani dan diganti dengan Bukit Pergasingan. Disebabkan kitorang cuma berdua, semua kos jadi tinggi. Pasrah jugak bila poket makin rabak. 

Pakej yang kitorang ambik ni termasuk transport dari airport ke Senggigi, hotel penginapan di Senggigi, transport ke Bukit Pergasingan, mendaki dan bermalam di Bukit Pergasingan, Air Terjun Sendang Giler, Air Terjun Tiu Kelep, Masjid Lama Bayan Beleq, Pantai Tebing, Bukit Malimbu dan transport ke Senggigi. Total all in IDR 3,908,000 untuk dua orang. Yang termurah kitorang dapat antara yang respond. Untuk ke Bukit Pergasingan sahaja rata2 mintak IDR 2.1 juta ke atas untuk seorang.

Untuk trip kali ni, aku tak ambik direct flight ke Lombok tapi transit di Jakarta dan seterusnya ke Lombok dengan Lion Air. Sebabnya, ini tiket termurah yang kitorang dapat untuk hari tersebut. Flight kitorang pukul 3.30 petang, so around 1.20 petang aku baru keluar rumah ke KLIA. Lepas parking kereta kat Block A, aku turun ke bawah untuk ERL. Aku sampai kat KLIA2 dalam 2.15 camtu. Lepas check in, kitorang pi surau then baru boarding. Ni first time aku fly via KLIA2 sejak dibuka last year.

Flight kitorang delay nearly 1 hour. Aku rasa ada passenger sakit sebab aku dengar FA duk explain pasal kena ada surat doctor bagai. Lama lepas tu baru aku nampak ground staff bawak naik form dan lepas mamat tu isi, baru flight ready to depart. Flight penuh dengan warga Indonesia.

Masa tengah lining up, hujan mula turun. Aku memang risau kalau hujan ni. Weather quiet bad jugaklah, sepanjang flight berdebar je aku rasa. Bila dah approach ruang udara Jakarta, baruah nampak terang sikit. Lega sikit dalam hati. 


Flight safely landed at Soekarno-Hatta International Airport. 

Eh, kalau ke Indonesia sekarang ni memang dah takde arrival/departure card erk? Immigration relax je tak bagi dan tak mintak pun, huhu. Tunggu baggage lama giler, aku dah rengsa sebab lepas ni nak kena ambik shuttle bus ke Terminal 3 untuk connecting flight ke Lombok. Menggagau jugak nak carik tempat shuttle bus, mujur ada yang baik hati tolong tunjukkan. 

Pukul 7.20 malam dah start boarding. Memang penuh dengan Indonesians. Dah lah tu, seat kitorang was taken dan FA tu belasah je suruh kitorang duduk kat mana kosong. Sudahnya kat bahagian belakang kitorang dapat seat. Rengsa dan cuak bercampur baur. Asal female FA lalu je, dorang duk bahankan dan gelak kuat2. Bertambah2 rasa tak selesa aku kat dalam tu.

Flight landed kat Lombok International Airport sedikit awal dari ETA, 10.45 pm local time. Tunggu baggage lama giler. Aku rasa hari ni memang hari baggage sangkut kot. Memang kesabaran teruji bila tunggu baggage. Dah dapat baggage, kitorang terus keluar. Mas Azhari dah tunggu kat pintu keluar, dari jauh dah nampak dia pegang kertas tulis nama aku.

Dari airport kitorang dihantar ke Grand Senggigi Hotel. Lepas dapat bilik dan letak barang, kitorang turun ke lobi cari makan. Lapar kot, seharian kitorang tak makan. Bersembang dengan local guest kat hotel tu masa makan. Ternyata Upin Ipin punya pengaruh besar hingga ke Lombok. Dah habis makan, kitorang mintak diri untuk naik.


Bilik kitorang yang best, luas dan kemas. Bilik air juga luas dan aku suka. Hotel ni masih baru, so bau perabot baru tu tetap ada dan tak mengganggu deria bau pun. 

Lepas bersihkan diri, selesaikan apa yang tertunggak, berbungkus dalam selimut atas tilam yang empuk adalah perkara yang paling best. Bilik best, badan penat, tido pun lena hingga ke pagi.


Friday, January 4, 2013

day1 | dan dugaan pun bermula

Bas kami berhenti di Terminal Rawamangun menghampiri pukul 2 petang WIB. Semua orang berduyun2 turun walaupun hujan masih lagi mencurah2. Kat tangga bas tu ramai budak2 offer payung, harus diingat bukan gratis, ya!

Masa berteduh tu sempatlah aku dan Nani merasmikan baju hujan yang dibawa dari jauh. Tanya jugak dekat brother kedai tu kot2 dia ada jual poncho, Izza tertinggal kat rumah. Aku tinggalkan dorang berdua kat situ dan pergi ushar kaunter tiket kat belah belakang terminal. Lepas dah dapat info yang aku nak, aku patah balik ke tempat dorang. Agak2 hujan dah reda sikit, kami meredah hujan ke Giant. Kaunter tiket tu letaknya depan Giant. Berjalan dari situ dah tak jauh dah. Tapi sebab hujan terasa macam jauhlah pulak.

Kami decide nak berteduh dalam Giant tu dulu sambil tanya2 sesiapa kat situ. Sempatlah Izza sambar poncho kat Giant tu. Masa Izza bershopping dalam Giant aku call Pak Adi. Malangnya tiket yang dah dibooking dah dijual kat orang lain! Masa tu aku terkedu kejap, cepat2 aku panggil Nani. Lepas tu aku try call kompeni bas lain lepas mintak nombor phone dengan Pak Adi. Yang bengang tu Pak Adi langsung tak ada rasa bersalah, malah dia letak phone sebelum aku habis bercakap! 

Nani suggest ke train station saja, tapi memandangkan hujan lebat dan jarak yang jauh, aku suggest patah balik ke terminal dan try cari tiket dari situ. Kalau takde jugak lepas tu baru carik solution lain. Masa Nani suggest train aku tetiba 'eh, dejavu!', sebabnya aku pernah mimpi scene tu malam tadi! Dalam saat genting macam tu boleh pulak teringat dejavu bagai, adess.

Since Izza dah dapat ponchonya dari Giant, kami decide untuk redah hujan ke terminal. Masa kami keluar dari bangunan tu hujan lebat mencurah2. Kami berdepan dengan dugaan kedua, banjir! Dalam keterpaksaan redah jugaklah air yang hampir separas betis tu. Kat tanah air sendiri aku tak pernah redah banjir, tapi kat Jakarta boleh pulak dengan selambanya membasahkan diri. 

Kaunter pertama aku tuju dan bertanya, akak tu kata tak ada. Tiba2 ada sorang akak kat belakang kaunter tanya aku berapa orang dan beg banyak ke tidak. Lepas soal jawab yang tak seberapa, kami pun belilah tiket dengan harga Rp 175k seorang dan ada orang akan pick up kitorang, hantar kat kantor bas tu. Masa tu aku dah tak kisah pasal hal lain, yang aku fikir cuma nak sampai ke Jogja besok dengan selamat!


Apa? Korang tak percaya kami redah banjir? Inilah buktinya... Masa ni kami dalam kijang, diangkut dengan penumpang lain untuk ke kantor bas. Masa berhenti kat traffic light, sempatlah aku snap gambar ni sebagai bukti dan jugak kenang2an. Dapatlah aku gelak sorang2 bila tengok balik gambar ni, hahaha...

Banyak drama dan sketsa tanpa pengarah sepanjang kami berhimpit dalam kijang tu dan jugak sewaktu di kantor bas. Dalam keadaan badan yang separuh basah, hujan dan asap rokok yang tak pernah berhenti dari terbebas ke udara, aku bersyukur sebab perut aku cukup memahami time travel macam ni. Tak pernah nak buat perangai, Alhamdulillah. 

Kami dijanjikan bas pukul 5 petang dan dijangka tiba di Jogja jam 7 pagi esoknya. Tapi pukul 5.30 barulah bas muncul. Bas penuh dengan keadaan yang tidak selesa, ditambah dengan macet yang menggila. Aku cukup takut dan tak henti2 berdoa bila driver bas bergaduh dengan driver-mana-ntah gara2 tak sabar. Mujurlah tak berpanjangan dan driver-mana-ntah mengalah. Walaupun bas beraircond, tetapi dorang bebas merokok termasuklah driver bas. Jenuh lah kami bertiga menyumbat hidung tapi tetap gagal. 

Tengah syok melayan lena, aku tersentak bila tiba2 bas digegarkan dengan muzik yang sekuat2 nya. Rupa2nya driver bas layan dangdut, pasang video dan volume tu aku rasa satu kampung boleh dengar. Kalau sebelumnya kena sumbat hidung, kali ni telinga pun nak kena sumbat jugak. Aduhai, perjalanan baru je bermula tapi macam2 dah terjadi. Memandangkan diri kat tempat orang, hanya mampu bersabar sambil menyumpah seranah dalam hati.

Bas berhenti rehat untuk kali pertama malam tu lebih kurang 8.30 malam. Aku lupa nama tempat tu, Dawarsari ke apa ntah. Yang pasti seberang jalan tu ada kantor polisi. Dalam setengah jam berehat, bas kembali menyambung perjalanan. Aku rasa masa lambat betul bergerak, rasa macam dah lama tapi bila tengok jam baru 5 minit. Berkali2 aku belek jam, compare dengan jam dalam bas dan jam kat handphone, kot2 lah jam aku mogok. Tapi semuanya sama je. Naik bas aku sambung tidur, kejap2 terjaga pastu tidur balik. Lenguh dan lemas tak usah ceritalah. 

...akan bersambung untuk hari kedua...


Thursday, January 3, 2013

day1 | perjalanan baru bermula

Pagi Jumaat, aku bangun lebih awal dari biasa. Kepala masih lagi pening2 lalat sebab aku tidur kurang dari 4 jam. Dengan bag yang masih kosong, belum dipack. Aku betul2 malas nak packing, mood semua tenggelam di Laut China Selatan. Tanpa sebab, tanpa alasan.

Dalam tergesa2 packing, aku terlambat dan tak sempat nak singgah breakfast. Terus drive ke KLIA. Lepas parking si kekasih hati, aku bergegas ke bawah dan ambik bas ke LCCT. Mujur aku tercepat 2 minit, kalau tak aku kena tunggu bas lagi sejam dan aku orang terakhir sampai di antara kami bertiga. 

Selalu dengan Pak Tony aku selalu upsize baggage last minute. Bila naik Pak Ghimau, aku ingat samalah conceptnya. Rupa2nya kalau nak upsize baggage kena buat selewat2nya 3 hari sebelum. Maka ke kaunterlah aku, sudahnya hangus RM 71.00! Itulah padahnya kalau suka sangat buat kerja last minute.

Ada drama sebenarnya masa kami nak masuk ke boarding hall. Masa beratur untuk scanning lepas immigration check, ada sorang uncle tu bergaduh dengan custom officer. Dia bawak durian dalam beg, officer tu suruh buang sebab mana boleh bawak benda yang berbau dalam flight. Lama jugaklah Nani dan Izza tersangkut gara2 dia. Aku lepas sebab aku masuk lane lain. 

Perjalanan kami smooth, penumpang tak ramai mana, banyak seat kosong. Aku tidur je sepanjang penerbangan. Kejap2 terjaga pastu sambung tidur balik, mengantuk yang amat. Sampai di airport, semua urusan berjalan lancar, dari immigration, baggage collection hinggalah custom. Keluar je dari building memang banyaklah yang mendekat, tapi kami memang tak layan.

Asalnya plan kami nak ambik free shuttle ke Terminal 1B seperti saranan Zilla. Lepas 2 kali terlepas bas, orang ramai yang amat dan kami memang tak terdaya nak menyelit punya. Nani suggest untuk tanya teksi. Masa kat kaunter teksi tu, dorang suruh kitorang ambik bus direct ke Rawamangun. Kebetulan pulak bas baru sampai dan kami cepat2 lari naik bas lepas bayar tiket kat kaunter sebelah. 


Bas Damri dalam perjalanan dari bandara ke Rawamangun. Dalam bas ni ada sticker, free wifi. Aku tak sure ada ke tidak, sebab phone tak canggih aku memang tak boleh detect. Ada wifi ke tidak, tak memberi sebarang makna pun.

Masa bas berhenti kat traffic light, aku pindah ke depan. Masa tu dah ramai yang turun. Aku tanya driver tapi dia suruh refer dekat konduktor. Lepas pung pang pung dalam bahasa yang aku tak faham, dorang geleng kepala kata tak tahu kat mana tempat tu. Masa aku duduk, pak cik sebelah aku tanya nak ke mana.  Katanya tempat yang dituju ni terminal Rawamangun, kat area situ lah tempat aku nak tuju tu. Boleh pulak dia ingat aku dari Medan. 

Masa sampai di terminal yang tak macam terminal, hujan masih lebat. Masa dalam perjalanan tadi hujan dah turun sebenarnya. Kami tumpang berteduh kat kedai paling hujung, dengan beberapa orang lain yang sama2 turun dari bas yang sama dengan kami. Mujurlah kami tak dihalaunya. 

Aku dah ngantuk, nanti sambung lagi... Kalau tak sabar, pergilah jenguk ke rumah Nani, Zilla dan Izza. Dorang rajin, pantas je update. Aku malas banyak, hehehe.

footnote: malam sebelum aku ke tanah jawa, my friend fly ke satu tempat yang tersembunyi. Aku cuma mampu hantar dia dengan doa je lah. Kali terakhir kami communicate malam tu dan sampai sekarang tak ada berita lagi dari dia, aku berharap semoga dia selamat sampai dan sihat2 sahaja. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...