headnote: entry ni adalah kisah perjalanan aku ke Lombok June lepas sebelum Ramadhan menjenguk. Aku takde buat specific itinerary. Aku buat rough plan, selebihnya depends pada situasi. Kepada yang bertanya pasal iti, sorry sebab aku takde iti. Apa yang aku kongsi kat sini adalah perjalanan yang telah aku tempuhi. Kalau korang rasa nak copy untuk jadikan guideline korang, silakan.
Aku ke Lombok lagi. Kononnya nak merepeat kisah lalu, tapi takde maknanya bila plan hancur berderai. Aku bagi nama Trip Pasrah sebab banyak benda yang menyebabkan aku pasrah kali ni. Asalnya nak pergi berlima dan aku nak repeat daki Rinjani bila aku gagal 2 tahun lepas. Aku dah arrange semua atas permintaan dorang, in fact cuma tak sempat bayar booking aje lagi. Kemudian bila Fathi tarik diri, aku masih lagi bersemangat. Dan bila kemudiannya sorang lagi tarik diri, aku dah start goyang. Masa ni yang confirm dengan tiket flight cuma aku dan Izza aje.
Plan dah mula berubah2, aku cancel booking dengan Mas Aziz dan rasa macam nak tutup buku terus pun ada. Kiranya pasrah lah kalau2 trip ni kena cancel. Seminggu sebelum pergi, baru dapat kata putus yang hanya aku dan Izza je yang akan pergi. Dalam masa seminggu tu aku rombak plan asal, email, message dan whatsapp ke sana sini mintak quotation. Tahu je lah bila buat last minute, tak semua orang respond. Aku bagi tau Izza yang kita plan untuk first few days je, lepas tu kita redah sampai sudah. Mujur Izza setuju.
Kitorang akhirnya setuju untuk ambik pakej dengan Mas Azhari, itu je yang termurah yang kitorang dapat lepas bertanya ke sana sini. Aku pasrah bila kena cancel plan daki Rinjani dan diganti dengan Bukit Pergasingan. Disebabkan kitorang cuma berdua, semua kos jadi tinggi. Pasrah jugak bila poket makin rabak.
Pakej yang kitorang ambik ni termasuk transport dari airport ke Senggigi, hotel penginapan di Senggigi, transport ke Bukit Pergasingan, mendaki dan bermalam di Bukit Pergasingan, Air Terjun Sendang Giler, Air Terjun Tiu Kelep, Masjid Lama Bayan Beleq, Pantai Tebing, Bukit Malimbu dan transport ke Senggigi. Total all in IDR 3,908,000 untuk dua orang. Yang termurah kitorang dapat antara yang respond. Untuk ke Bukit Pergasingan sahaja rata2 mintak IDR 2.1 juta ke atas untuk seorang.
Untuk trip kali ni, aku tak ambik direct flight ke Lombok tapi transit di Jakarta dan seterusnya ke Lombok dengan Lion Air. Sebabnya, ini tiket termurah yang kitorang dapat untuk hari tersebut. Flight kitorang pukul 3.30 petang, so around 1.20 petang aku baru keluar rumah ke KLIA. Lepas parking kereta kat Block A, aku turun ke bawah untuk ERL. Aku sampai kat KLIA2 dalam 2.15 camtu. Lepas check in, kitorang pi surau then baru boarding. Ni first time aku fly via KLIA2 sejak dibuka last year.
Flight kitorang delay nearly 1 hour. Aku rasa ada passenger sakit sebab aku dengar FA duk explain pasal kena ada surat doctor bagai. Lama lepas tu baru aku nampak ground staff bawak naik form dan lepas mamat tu isi, baru flight ready to depart. Flight penuh dengan warga Indonesia.
Masa tengah lining up, hujan mula turun. Aku memang risau kalau hujan ni. Weather quiet bad jugaklah, sepanjang flight berdebar je aku rasa. Bila dah approach ruang udara Jakarta, baruah nampak terang sikit. Lega sikit dalam hati.
Flight safely landed at Soekarno-Hatta International Airport.
Pukul 7.20 malam dah start boarding. Memang penuh dengan Indonesians. Dah lah tu, seat kitorang was taken dan FA tu belasah je suruh kitorang duduk kat mana kosong. Sudahnya kat bahagian belakang kitorang dapat seat. Rengsa dan cuak bercampur baur. Asal female FA lalu je, dorang duk bahankan dan gelak kuat2. Bertambah2 rasa tak selesa aku kat dalam tu.
Flight landed kat Lombok International Airport sedikit awal dari ETA, 10.45 pm local time. Tunggu baggage lama giler. Aku rasa hari ni memang hari baggage sangkut kot. Memang kesabaran teruji bila tunggu baggage. Dah dapat baggage, kitorang terus keluar. Mas Azhari dah tunggu kat pintu keluar, dari jauh dah nampak dia pegang kertas tulis nama aku.
Dari airport kitorang dihantar ke Grand Senggigi Hotel. Lepas dapat bilik dan letak barang, kitorang turun ke lobi cari makan. Lapar kot, seharian kitorang tak makan. Bersembang dengan local guest kat hotel tu masa makan. Ternyata Upin Ipin punya pengaruh besar hingga ke Lombok. Dah habis makan, kitorang mintak diri untuk naik.
Bilik kitorang yang best, luas dan kemas. Bilik air juga luas dan aku suka. Hotel ni masih baru, so bau perabot baru tu tetap ada dan tak mengganggu deria bau pun.
Lepas bersihkan diri, selesaikan apa yang tertunggak, berbungkus dalam selimut atas tilam yang empuk adalah perkara yang paling best. Bilik best, badan penat, tido pun lena hingga ke pagi.
No comments:
Post a Comment