Entry terdahulu di sini:
Hari ni aku dan Kingway sama2 akan tinggalkan Saigon. Flight aku pukul 3.00 dan flight Kingway pukul 5.00 petang. Kononnya nak keluar awal, tapi nan hado. Around 9.30 am baru kitorang keluar. Check out dan tinggal backpack kat hotel sebelum kitorang sama2 berjalan arah Ben Thanh Market. Aku berpisah dengan Kingway kat junction Ben Thanh Market. She's going to the Independent Palace and I'm going for breakfast.
Masa aku masuk dalam restoran Hajah Basiroh, ada 3 Malaysian dalam tu. Aku duduk meja paling belakang dan buat aktiviti kegemaran, people's watching. Sementara tunggu makanan aku sampai, telinga lintah aku ni dengar je dorang sembang. Bila dengar dorang sembang, and comparing dengan conversation yang aku dengar semalam kat restoran ni jugak, then I realize something. Tengoklah nanti kalau aku rajin, aku buat satu entry khas pasal tu.
Lepas breakfast yang layak dipanggil brunch, aku melepak kat park sambil teruskan aktiviti kegemaran. Dalam 11.30 camtu, aku balik ke hotel. Lepas say thanks and good bye, aku pikul backpack dan berjalan ke bus stop. Berjaya jugak aku tepis segala offer pakcik xe om.
Bunga raya pelbagai warna menghiasi kota Saigon.
Sampai kat bus stop, aku tunggu kat bangku tempat aku turun bas hari tu. Kat situ ada tulis 152 tapi destinasi bukan ke airport. Tak lama lepas tu ada sorang pakcik ni tanya aku nak ke mana. Bila aku kata nak ke airport, dia suruh aku pindah ke sebelah sana. Dia tunjukkan tempat yang sepatutnya aku tunggu.
Kat sini lah aku tunggu mula2 tu. Memang tulis 152 tapi destinasi tu aku tak faham.
Yang dalam kotak merah tu tempat yang betul. 152 dan destinasi jelas tulis Tan Son Nhat.
Lama jugak aku menunggu kat situ with the others. Bila tengok masing2 pikul backpack gedabak dan ada yang bawak luggage, hati aku lapang. Confirm aku dah tak salah. Bila bas sampai, aku macam biasalah, jadi orang terakhir yang naik. Malas aku nak berebut. Aku hulur VND 5000 kat driver bas, bila dia tengok aku pikul backpack, dia mintak another VND 5000. Aku memang dah standby just in case, sebab dari apa yang aku baca most driver mintak VND 10k kalau bawak bag besar. Masa aku datang hari tu, pakcik driver tu elok je ambik VND 5000.
Aku sampai airport dalam 12.30 noon. Airport lengang kot, tapi kaunter dah bukak. So, aku check in, drop baggage dan terus masuk. Aku berjalan dari hujung ke hujung, taking my own sweet time. Semua benda aku sentuh, semua aku nak belek. Dah takde apa lagi nak belek, aku masuk ke boarding hall. Sambil2 tengok orang, aku baca novel. Tapi tak concentrate mana pun, sebab ada budak kecik tu suka datang kacau aku.
Masa nak board the aircraft, aku terpandang ke atas. Cepat2 aku keluarkan kamera dan snap sekeping.
Flight take off about time. Aku dapat seat tepi aisle, another 2 seats sebelah aku penuh. Tapi banyak seat kosong, flight tak penuh mana pun. Elok je kapal dah cruising, aku pindah seat depan tepi tingkap. Lega rasanya, luas pandangan.
In flight meal pilihan aku, noodles with beef.
Aku ingat nak tidur lepas makan, tapi tak dapatlah. Ada few times kena turbulence, tapi turbulence manja je. Ada dalam 3 kali aku nampak pelangi celah awan, tapi tak sempat nak ambik gambar. That was really nice.
Flight dah approaching tanah semenanjung Malaysia, leaving South China Sea.
On the way taxiing to parking bay.
Flight landed awal dari ETA, around 1805 hours dah parked kat bay. Tapi nak menunggu aerobridge disambung for disembark lama giler.
Since kapal parked kat satellite building, lepas turun ambik aerotrain ke main terminal building. Sudahlah tadinya menunggu lama nak disembark, tunggu baggage pun lama giler. Dah settle semua, aku turun bawah ambik ERL ke Salak Tinggi.
Sampai kat stesen ERL Salak Tinggi, aku dapat view ni. Punya jauh aku carik sunset, rupa2nya dekat dengan rumah aku sunset tu menyorok.
Another sunset captured.
Alhamdulillah, si Kuning masih setia kat tempat parking. Risau jugak aku, maklumlah bukan aku punya. Hampir seminggu berhujan berpanas, mau tak risau. Kalau terdesak boleh lah parking kat situ lagi. Security parking tu jaga siang je, sampai pukul 7.00 malam. Lepas tu security ERL akan meronda.
Sempat aku berhenti tepi jalan semata2 nak captured ni. Mujur kereta tak banyak lalu. Ini pun aku just berhenti kat tepi, turunkan tingkap kereta dan snap.
Penutup. Ending. Closing. Tamat.
Hi Anne, amboi ke saigon plak ye..time puasa2 ni mcm sedap je beef noddles tu..hahaha
ReplyDeleteha'ah, aku kan perlu terapi, yang penting kena keluar kejap, hihi
Deletetime puasa ni nampak apa pun semua sedap. tapi beef noodles tu memang sedap pun... =)