Saturday, July 11, 2015

destinasi | sg lembing part2

Pukul 2 lebih jugak baru kitorang keluar dari rumah. Biasalah, bila dah dapat baring2, dihembus aircond, nak bangun pun malas. Masa kitorang sampai kat situ, dah ramai yang melawat. Bayaran masuk adalah RM 15.90 seorang termasuk gst.

Masuk je, kitorang tunggu nak naik train untuk dibawa ke dalam terowong. Kalau nak jalan kaki pun boleh sebenarnya. Jarak perjalanan dengan train tu pendek je, lepas tu kena berjalan kaki jugak. Aku rasa macam ada ambik gambar train tu, tapi bila belek dalam kamera takde pulak. Takdelah bentuk train betul pun, macam open cubicle dan setiap cubicle tu muat 2 ke 3 orang, pastu koc atau cubicle tu boleh tambah kat belakang. 


Dari sini kitorang dah start kena berjalan kaki. Mula2 tu seriau jugak, maklumlah masuk dalam terowong.

Masa mula2 masuk tu udara agak panas. Masa aku tanya staff kat situ, dia kata kat luar ni je panas, dah masuk ke dalam sejuk. Bila dah jauh masuk ke dalam, udara makin sejuk. Terasa angin berhembus, jenuh kitorang cari kat mana lubang udara, tapi tak jumpa. Dalam ni ada signange, lampu dan at certain place ada staff yang jaga. So, kalau sorang2 pun takde lah takut sangat. 


Korang tahu ke info ni? Aku baru tahu...

Perjalanan laluan yang mula2 tu membawa kitorang ke penghujung terowong yang berpagar, tempat yang dinamakan lubang sejuta ringgit. Boleh tahan ngeri tengok lubang sejuta ringgit tu. Terus aku terbayang Gua Jomblang. Kalau nak tahu kenapa dipanggil lubang sejuta ringgit, korang tanya cik gugel lah, aku malas nak cerita kat sini. 


Replika pekerja lombong di lubang sejuta ringgit. Lubang ni luas yang amat, bila pandang ke atas memang tinggi. Kat sini kawasan ni dipagar, memang tak dibenarkan masuk ke dalam.

Dari situ kitorang kena berpatah balik ke persimpangan yang mula2 tadi dan ambik haluan bertentangan pulak. Sepanjang jalan ada lubang/terowong tempat bijih digali. Dan kebanyakan lubang/terowong tu ditutup, mungkin untuk elakkan perkara buruk terjadi.


Laluan ni pun dipagar sebenarnya. Cuma mampu ambik gambar aje.


Bila baca ni, aku terfikir betapa bagusnya pemikiran Mr Vincent Baker. Kalaulah pemimpin kita berpandangan dan berfikir macam gitu, kan ke aman negara? Eh, Malaysia masih aman lah... 


Gambar ni sebenarnya rail lift untuk angkut barang masa aktiviti perlombongan dulu. Tapi aku tak berjaya nak ambik gambar dengan jelas. 

Dalam terowong ni bukan hanya ada laluan/bekas aktiviti perlombongan, tapi banyak jugak info2 yang ditampal kat dinding. Selain dari tu, ada jugak permainan yang korang boleh cuba. Impression aku masa sebelum masuk ke dalam ni dengan lepas keluar dari terowong ni berbeza. Pergilah, dan korang akan enjoy, insya Allah.


Track rail kat bahagian luar.


Siapa sangka, lubang kecil yang kelihatan tu sebenarnya menyimpan sejuta kisah dan khazanah di dalamnya. Korang boleh masuk ikut laluan ni kalau jalan kaki instead of ambik train.


Sesekali harus jugak menjejak sejarah di tanah air sendiri.

Keluar dari Terowong Sungai Lembing, kitorang ambik keputusan nak pusing2 jalan kampung. Lagipun hari masih terang. Kitorang ada lalu kawasan kesan runtuhan aktiviti perlombongan, nampak tiang2 yang masih tinggal. Tak jauh dari situ kitorang berhenti tepi jalan bila nampak banyak kereta parking kat situ.


Kitorang jumpa Jambatan Gantung Kolong Pahat, Sungai Lembing. Kat sini ada few jambatan gantung macam ni, dan ini antara yang dikenali. Kami semua menyeberang ke sebelah sana. 


View di sebelah kanan sewaktu melintasi jambatan. Air agak cetek, mungkin sebab sekarang musim kemarau.


Ni pulak view di sebelah kiri, airnya bewarna hijau. Tempat anak panah tu ada air terjun kecil dan ada budak2 tengah mandi dengan riang ria kat situ. Masa kitorang patah balik pun dorang still lagi berkubang kat situ.

Seberang sana ada perkampungan orang Cina, ada banyak perusahaan kuih tradisional dorang. Patutlah banyak kereta parking tepi jalan sebelum jambatan gantung tadi, dorang semua datang memborong kuih rupanya. Dah pusing ala kadar, sempat menyinggah tengok dorang buat kuih, kitorang berpatah balik. 

Masa balik kitorang singgah kat pekan Sungai Lembing dengan misi mencari pisang goreng dan abc. Tapi kecewa bila pisang goreng makcik tepi jalan tu dah habis, makcik tu pun tengah kemas barang nak tutup gerai. 


Pekan Sungai Lembing yang sunyi, tak banyak mana pun kenderaan. 

Dah takde pisang goreng, kitorang keluar dari kawasan kampung Sungai Lembing, masing2 mata melilau tengok kot2 ada gerai jual pisang goreng dan abc. Kitorang belasah je masuk simpang dan jumpa kedai jual abc. Pisang goreng takde tapi kitorang ganti dengan kuih dan abc. Rasanya aku ada ambik gambar, tapi bila check dalam kamera takde pulak. Abc makcik tu best, dan murah.

Izza dan mak sampai dah dekat nak Maghrib. Lepas Maghrib kitorang bergotong royong ber-bbq pulak. Malam ni kat homestay terlebih meriah sebab bukan takat kitorang je, tapi ada another group jugak. Bila dah berkumpul ramai2 maknanya waktu tidur pun jadi lewat. 


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...