Janji manis dengan Mas Ari nak bertolak ke Sembalun pukul 9.00 pagi. Tapiii... pukul 9.00 tu kitorang baru terhegeh2 nak keluar bilik. Sampai kat bawah, Mas Ari dengan Mas Yan dah sampai. Tapi kitorang breakfast dulu, baru bertolak ke Sembalun.
On the way, macam2 cerita keluar. Mas Ari boleh tahan peramahnya, cuma Mas Yan agak pendiam. Tapi sesekali menyampuk jugak. Kalau tak silap aku, kitorang dibawak melalui Lombok Tengah, berbeza dengan laluan masa aku datang 2 tahun lepas.
Gerai jual nanas yang banyak kat tepi jalan masa lalu area kampung ni. Aku snap gambar dari dalam kereta.
Sungguh aku tak sangka bila Mas Ari berhenti kat salah satu gerai jual nanas tepi jalan dan beli nanas. Semuanya gara2 aku yang asyiklah duk ulang betapa aku suka nanas Lombok. Kecil tapi manis, pulak tu kalau makan banyak pun tak terasa gatal lidah.
Perjalanan kitorang terganggu kat sini sekejap. Kebun sayur dan sawah padi di lereng bukit.
Pit stop kitorang yang ketiga adalah gerai jual durian tepi jalan. Lepas beli 2 biji durian, perjalanan kitorang bersambung.
Tak jauh dari tempat kitorang beli durian tadi, laluan makin sunyi dan mendaki. Kiri kanan penuh dengan pokok yang tinggi menjulang. Kalau suruh aku lalu ikut laluan tu malam2, memang aku tarik gear reverse. Lalu siang hari pun terasa gelapnya, lagikan pulak kalau tengah malam. Lepas pada laluan hutan tadi, kitorang disajikan pemandangan indah dan udara makin dingin.
Sewaktu di selekoh, view indah ni dah mulai kelihatan. Orang pun ramai yang berhenti kat situ.
Bila dah jumpa ruang tempat yang sesuai, Mas Yan berhentikan kereta dan kitorang tak sabar2 terus keluar. Dari dalam kereta kitorang duk wahhh sana, wahhh sini. Haruslah tak sabar nak menembak walaupun skill dan hasil ke laut. Elok je keluar kereta, udara dingin menyapa kulit.
Diselimuti kabus, bukit belah kiri tempat kitorang parking kereta.
Umpama kampung rahsia. Desa Sembalun yang dipagari bukit bukau. Indah memukau.
Di sebelah kiri.
Sebelah kanan yang ditutupi kabus.
Ramai yang panjat bukit tu nak bergambar. Teringin jugak nak ikut serta, tapi memikirkan lepas ni pun ada aktiviti panjat memanjat, niat disimpan kemas2.
Ya, orang memang ramai. Aku rasa kat sini antara port popular untuk dorang lepak2 dan berhibur cara dorang.
Kabus dah semakin berkurang, tapi dingin tetap terasa.
Turun dari kawasan tadi, kitorang dah start jumpa rumah penduduk dan ladang sayur di kiri kanan jalan. Dan kemudiannya kitorang nampak deretan gerai yang menjual hasil ladang.
Singgah membeli strawberry di salah satu gerai tepi jalan tu. Kitorang mintak izin nak ambik gambar kebunnya.
Di daerah ini, bukit bukau mencorak landskap indah.
View seperti inilah yang menjadi hiasan desa Sembalun ini. Kebun sayur dan sawah padi yang dipagari bukit bukau.
Kitorang dibawa ke rumah guide yang akan bawak kitorang ke Bukit Pergasingan. Lepas loading barang2 dalam kereta, kitorang dihantar ke entrance Bukit Pergasingan. Rumah guide kitorang ni, lokasinya adalah teramat2 familiar. Mengundang pelbagai rasa.
Di sinilah tempat kitorang memulakan langkah mendaki Rinjani 2 tahun lepas. Cuma dulu kalau tak silap aku, bawah pokok tu ada pangkin. Tapi pangkin tu dah tak ada. Laluan kitorang masa ke Rinjani dulu ikut lorong belah kiri gambar ni, laluan sebelah kedai ni.
Rumah guide kitorang untuk ke Bukit Pergasingan ni betul2 berdepan dengan kedai ni. Kebetulan masa tengah loading barang dalam kereta, ada group bule baru turun dari Rinjani. Rindu nak ke Rinjani dan takutnya dengan cabaran yang bakal ditempuh di perjalanan sama banyak. Hanya Allah yang tahu rasa itu.
rindu Pak Madil tak Anne? Awat tak singgah jumpa dia? Rumah dia selang beberapa buah je dari kedai runcit tu...
ReplyDeleterindu dengan sambal bilis Pak Madil!!! hahaha... tapi aritu dia quote kitorang mahal sgt, 2.1juta sorang utk pergasingan je.
Deletepatutlah masa balik kitorang singgah rumah Dedy (guide kitorang), bapak dia kata rumah mertua Pak Madil depan tu je... kalau tahu rumah Pak Madil situ jugak, harus singgah...
kak.
ReplyDeleteapa nama tempat akak berenti shoot gambar bukit yang ada motor berenti banyak2 tu dan beli strawberi tu? cantik view kawasan tu
Kat Sembalun, nama kampung tak sure. Kalau tak jumpa boleh tanya local..
DeleteMain road nak ke Gunung Rinjani dan Bukit Pergasingan, jalan je ikut main road, insya Allah jumpa
Namanya puncak sembalun bumbung, spot ni memang ramai orang, utk ambil gambar.
DeleteMekasih mas atas infonya... =)
Delete