Showing posts with label Brunei. Show all posts
Showing posts with label Brunei. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

pusat belia, brunei

headnote: dek disebabkan aku terlupa bukan nyanyuk nak masukkan gambar dalam bilik kat Pusat Belia, maka aku buat entry khas. Segala apa yang tercatat kat dalam entry ni adalah melalui pengalaman aku, tak ada kena mengena dengan sesiapa jua.

Pusat Belia ni letaknya tak jauh pun dari terminal bas BSB, just walking distance je. Kalau korang ambik bas dari Sarawak ke sini, bas tu akan berhenti kat depan bangunan Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB), berhadapan dengan Tamu Kianggeh. Bangunan tu letaknya di antara terminal bas dan Pusat Belia. Mengadap Tamu Kianggeh, Pusat Belia belah kiri, terminal belah kanan. 


Bangunan PGGMB, Tamu Kianggeh dan terminal bas adalah belah kanan kalau dari gambar ni. Tapi tak adalah korang boleh nampak semua tu dari sini.


Pintu masuk. Masa datang hari tu aku silap entrance, jauh lah aku menapak. Lepas masuk ni belok kanan, jalan straight.


Lepas belok kanan dari entrance tadi korang akan nampak half round warna biru tu. Half round tu tangga sebenarnya, kaunter untuk check in berdepan dengan tangga tu. 


Inilah rupa bilik yang aku stay. Dua double decker, 4 almari pakaian dan ada meja. Bilik yang aku duduk ni muatkan untuk 4 orang. Lagi dua bilik aku tak sure plak boleh accommodate berapa orang. Bilik ni beraircond, tak ada kipas. Err... jangan tanya macam mana condition bilik lelaki, sebab bilik2nya separate, no entry for opposite gender! 

Bilik air pulak satu je, lebih kurang toilet masa kat asrama sekolah. Cuma shower tak ada penyangkut untuk sangkut pakaian. Jadi kaedahnya aku letak semua barang2 keperluan dalam plastik dan sangkut kat tombol pintu. Ingatkan aku je buat macam tu, rupanya orang lain pun buat gitu jugak. Paling tak sangka ada yang siap bawak daypack tu! Kalau sesiapa berhasrat nak stay kat sini, selain dari plastik aku suggest korang bawaklah selipar. 


Disebabkan warden aka supervisor hostel ni lupa nak bagi email address seperti dijanjikan kat aku sebab email yang aku hantar sebelum ni rupa2nya dah tak digunakan, so aku snap number phone diorang. Katanya kalau nak stay in group better inform to book space. Belah kiri kaunter ni ada kotak untuk korang drop off kunci bilik kalau diorang tak ada. 

Oh, kalau korang stay kat sini, janganlah korang berharap facility sama seperti korang stay kat hostel/lodge kat tempat lain. Sebab Pusat Belia ni bukan untuk traveler, cuma kalau tak ada event yang melibatkan belia, barulah bilik2 kat sini disewakan kepada traveler. Ini yang termurah di Brunei, based on my research sebelum aku ke sana.


Friday, May 18, 2012

bwn - kul: day6

Hari terakhir di Brunei sekaligus menjadi hari penutup untuk trip kali ini. Lebih kurang 9.30 pagi aku keluar pergi ambik jeans kat dobi yang mahal mencekik leher. Sambil2 tu sempat aku menyinggah ke pejabat pos, mengepos poskad untuk diri sendiri. 


Pejabat Besar Pos aku ikut yang tulisan jawi tu letaknya di seberang jalan, berdepan dengan Makam Raja Ayang. Untuk tahu lebih lanjut pasal sejarah Raja Ayang, korang boleh baca kat sini. Clock tower di tengah2 simpang. Kalau korang nampak clock tower ni, maknanya korang dah hampir dengan post office dan jugak Makam Raja Ayang. Statement 'Berbahasa Satu, Berbangsa Satu, Bernegara Satu' ni aku nampak kat dinding bangunan Dewan Bahasa Brunei. 


Lepas dah settle urusan kat post office, aku menapak ke Masjid Omar Ali Saifuddien. Terletak di tepi tebing sungai Kampung Ayer. Memang boleh nampak dari tengah town sebab menaranya memang tinggi. Antara masjid tercantik di Asia Pasifik dan seringkali menjadi tumpuan pelancong. Kat tengah2 tasik ada binaan tongkang, dihubungkan dari masjid dengan jambatan. Rasanya tongkang tu digunakan bila ada majlis keraian kot.   


Masjid Omar Ali Saifuddien setinggi 52 meter, boleh dilihat dari mana2 lokasi di Bandar Seri Begawan. Menjadi mercu tanda penting di BSB. 
  

Inilah Pusat Belia yang menjadi tempat persinggahan aku di Brunei. Ini yang termurah di sini dan semestinya itulah pilihan aku. Pusat Belia ni hanya disewakan kepada traveller bila ada kekosongan dan tak ada event dijalankan. Its more like a boarding school hostel, built primarily to accomodate youths of the country during event. Dorm for ladies and gentlemen are separated. 

Aku kembali ke hostel lebih kurang 10.30 pagi, kemas beg, mandi dan bersiap2 untuk ke airport. Pak cik driver teksi kat airport dua hari lepas ingatkan aku supaya datang awal, just in case takut kalau2 tak ada bas. Tapi hampir 12.45 jugak baru aku tinggalkan hostel lepas drop off kunci bilik dalam box kat kaunter. Warden kat situ janji nak bagi aku e-mail address, kalau2 nak booking dorm in future. Tapi sampai ke sudah aku tak jumpa dia, mungkin dia pun lupa agaknya.  

Peristiwa sadis berlaku bila driver bas drop aku kat tepi roundabout, dia tak masuk pun area airport. Padahal masa aku tanya pergi airport ke tak, beria2 dia kata ke airport. Sudahnya aku terpaksa menapak di bawah panas terik mentari dengan beban lebih kurang 10kg! Berpeluh satu badan. Just nice, baru beberapa minit aku duduk kat kerusi dalam airport sementara tunggu gate bukak, hujan turun. Kalau aku terlambat mahu aku bermandi hujan di Brunei.

Alhamdulillah, perjalanan aku berakhir bila selamat tiba di rumah. Itu pun sempat aku menyinggah makan dulu. Banyak benda yang aku perhatikan kat Brunei walaupun untuk tempoh hanya beberapa hari. Walau tak semua, tapi antara yang aku ingat....
  1. Orang2 Brunei memang ramah, lebih2 lagi kalau diorang tahu kita orang Malaysia. Extra ramah jadinya. 
  2. Orang Brunei lebih tahu pasal bola sepak dan politik Malaysia berbanding aku.
  3. Kat Brunei pun banyak immigrant, especially kat town. Mostly diorang dari Filipina, Indonesia dan India/Nepal/Bangladesh.
  4. Pemandu kat sana menghormati pejalan kaki sama seperti experience aku masa kat OZ. Kalau korang berdiri kat zebra crossing tu, mesti diorang berhentikan kereta. Malu weh sebab orang Malaysia tak macam tu, lagi mahu laju adalah.   
Itu je yang aku ingat, maklumlah dah lebih 2 minggu balik dari sana, baru nak bercerita. Untuk trip kali ni aku habiskan RM 636.80 untuk dua negara, all inclusive termasuk airport tax kat Brunei kecuali air fare sebab yang tu aku dah beli awal2. 



Thursday, May 17, 2012

brunei: day5

Pepagi lagi aku dah terjaga bila minah Vietnam dua orang tu sibuk berkemas nak check out. Aku tak sempat pun nak ber 'hi hi bye bye' dgn diorang. Masa aku ada diorang takde, masa aku takde diorang ada. Malam tadi aku dengan Yun minah Korea dah tidur baru diorang balik. Aku sedar tapi malaslah nak tegur, macam tak proper lah plak. Kang tak pasal2 ada yang tetiba sakit jantung!


Department of Adat Istiadat Brunei, betul2 depan Pusat Belia ni. Dipisahkan oleh jalan raya yang tetiba menjadi sibuk bila budak2 nak masuk sekolah dan balik dari sekolah. 


Tokong Cina yang terletak betul di persimpangan lampu isyarat. 

Pagi tu aku keluar dengan tujuan utama nak hantar baju dan seluar ke laundry. Aku bawaklah lebih kurang sekilo pakaian kotor. Sesak nafas aku kejap bila dah sampai kat laundry. Rupa2 bukan ikut kilo macam kat tanah airku tercinta, tapi per helai. Sehelai jeans/trouser adalah BND2.50, kalau nak express ambik on the same day kena charge 50%. Kalau t-shirt murah sikit, BND1.20 sehelai. Sudahnya aku cuma tinggalkan sehelai jeans dan janji nak ambik pagi esok. Separuh hari aku duk bawak pakaian kotor dalam beg gara2 malas nak hantar balik ke bilik.

Aku ambik bas kat terminal lupa bas nombor berapa dengan tambang BND1 tambang memang fixed BND1 tak kiralah mana korang nak pergi untuk ke Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah yang terletak di Kampung Kiarong. Masjid ni lebih dikenali sebagai Masjid Jame', senang nak sebut agaknya. 


Minah konduktor bas tu lupa nak turunkan aku kat sini, sudahnya dia tumpangkan aku dengan bas lain yang memang akan melalui masjid ni. Tak habis2 dia say sorry, bila aku tanya soalan pun dia say sorry jugak, adess... Majoriti pemandu dan konduktor bas awam kat Brunei ni sama ada Philippines, Indonesian atau Indian. 


Masjid ni ada 7 pintu masuk itu yang sempat aku kiralah, jumlah sebenar aku tak pasti pulak. Aku masuk melalui Gate 5, sebab bas berhenti kat depan tu. Masjid ni ada eskalator ye, tapi aku rasa hanya digunakan pada masa2 tertentu sahaja. Sebabnya aku tengok eskalator tu ditutup. Jubah hitam disediakan bagi mereka2 yang nak masuk ke dalam masjid tapi tak berpakaian sopan. Tapi sebarang bentuk video atau gambar tak dibenarkan di dalam masjid. Tapi ade jugak yang curik2 ambik.

Petangnya sekali lagi ke waterfront yang bertentangan dengan Kampung Ayer. Town Brunei ni tak besar mana pun, balik2 ke situ jugak korang perginya. Memandangkan public transport kat sini tak boleh nak diharapkan sangat, takde lah aku ke tempat yang jauh sikit. Tak pasal2 kopak poket aku nak bayar taxi.


Billboard electronic di Kampung Ayer. Masa aku duk lepak sini ada boatman approach, offer untuk pusing Kampung Ayer. Dia bukak harga BND30, aku tak nak sebab tak ada duit masa tu aku cuma ada BND24 je. Last2 dia offer nak bagi aku BND15, kalau pusing dekat BND10 je. So aku ambik yang BND15 tu, harap2 berbaloi lah.  


Masjid Omar Ali Saifuddein dari Kampung Ayer. 


Satu lagi masjid yang aku tak ingat namanya. Masjidnya kat darat, tapi boleh dilihat dari Kampung Ayer ni. 


  1. Aku namakan tempat ni pejabat operasi pungut sampah. Bot yang elok kat tempat parking tu memang digunakan untuk kutip sampah2 kat Kampung Ayer ni. Pendek kata diorang jaga kebersihan Kampung Ayer, macam Alam Flora lah. 
  2. Balai Bomba dan Penyelamat, bangunan ni separuh atas air, separuh lagi kat daratan. 
  3. Balai Polis, bangunan ni sepenuhnya atas air.
  4. Petrol pump, pun sepenuhnya atas air. Gambar tak berapa nak jelas sebab diorang pasang lampu spotlight tu banyak sangat cehh, alasan sungguh... padahal tak pandai ambik gambar. 



The typical Kampung Ayer, semestinya rumah2 kat atas air. Kampung atas air ni besar jugaklah. Ada 11 buah sekolah, yang aku dah lupa berapa pecahannya. Walaupun tinggal kat atas air, ramai jugak yang bercucuk tanam keliling beranda rumah. Untung sebab air nak siram tak payah beli, cedok dari bawah je. 


Sunset yang sempat dinikmati sewaktu berbot mengelilingi Kampung Ayer dengan boatman yang extra ramah. Macam2 yang kitorang sembang, dari hal politik dua negara walaupun aku bukan peminat politik, bola sepak hinggalah menyentuh hal peribadi. Dia siap offer nak bawak aku ke pasar malam, aku tolak sebab fikirkan dah malam. Bila balik kesal pulak aku tolak, patutnya aku pergi. Boleh tengok macam mana pasar malam kat Brunei. Sebelum aku balik sempat dia pesan, kalau ada orang ganggu jangan dilayan, buat serius aje. Maklumlah aku berjalan balik seorang diri.

Aku singgah ke shopping mall yang aku tak tahu namanya, tukar duit, beli poskad dan FM untuk diri sendiri. Lepas tu aku ke Restoran Seri Mama, belakangnya terletak terminal bas. Pak cik teksi kat airport yang suggest, katanya makan atau minum kat sini cuma BND1. Menunya cuma Nasi Katok dan air tin. Nasi Katok adalah nasi dan ayam goreng dan sambal hijau yang aku sangkakan sambal kesukaan aku yang pedas meletup. Tapi rupa2nya sambal tu manis daa... Tapi ayam gorengnya sedap, rangup dan lembut.

Balik bilik, sembang dengan Yun sementara nak tidur. Rupa2nya dia ke Kampung Ayer jugak petang tadi, berkongsi dengan French guys dan mereka bertiga bayar BND15 each untuk pusing Kampung Ayer yang kecil katanya. Boatman dia tak pusing habis pun, akulah yang untung. Oh, dia stranded lebih 3 jam kat Empire Hotel sebab tak ada bas nak balik, sudahnya dia terpaksa call teksi. Dari awal aku memang tak berminat nak ke sana, lainlah kalau aku dibayar untuk stay kat sana, memang tak tolak punya!  


Wednesday, May 16, 2012

bki - bwn: day4

30 April, is my birthday! Alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas di bumi ini. Since last few years, inilah cara aku celebrate birthday. Travel to a new place during my birthday as a birthday treat.

Walaupun sebelum bercuti aku tak lah sesibuk mana, tapi aku tetap takde plan yang spesifik. Semalamnya aku dah mintak receptionist arrange cab untuk aku ke airport dalam pukul 10.30 pagi. Tengah hari nanti aku akan terbang ke Brunei since aku dapat cheap fare masa MAS buat promosi. Plan asal nak ambik feri ke sana dibatalkan sebab aku nak save masa. Tapi BND pun aku tak tukar lagi!

Masa turun nak breakfast, aku duduk semeja dengan Sofi, minah Egypt itupun sebab aku nampak dia sorang2. Kat hostel ni korang cuma perlu duduk je, nanti breakfast akan disediakan. Roti bakar 2 keping, baked beans, scrambled egg. Option coffee or tea dan segelas jus oren. Kat atas table ada jem, butter dan pisang, free to consume. 

Sambil makan aku sembang2 dengan Sofi, minah ni dah dua bulan buat volunteer work kat Sandakan. Lepas ni nak balik Egypt, kerja jap pastu travel lagi. Aku belum sampai tahap tu lagi lah. Since dia pun nak ke airport jugak pagi tu, tapi pukul 10.00; half an hour earlier than mine. So we decided to share cab kalau aku boleh cancel my prior booking. Lucky enough, memang boleh pun. So aku dah boleh save RM 15.00, as well goes to Sofi.

Lepas breakfast, aku pegi withdraw duit kat CIMB dan tukar BND sekali. Cuma perlu seberang jalan yang memang tak sibuk pun, dah sampai ke CIMB. Malangnya kat situ tak boleh nak tukar BND, kena ke money changer kat Centre Point which will open at 10.00 am. So aku decide tukar kat airport je lah. Worst come to worst aku tukar je kat Brunei later on.


Lavender Lodge yang menjadi persinggahan aku. Dalam kotak merah tu bilik yang aku stay. Tiap kali nak naik dan turun, mendakilah aku. Dari sini nak ke airport dalam 15 minit je kalau tak jammed.

Lepas dah settle check in, aku cari money changer nak tukar duit. Hampeh betul mamat kat kaunter check in, first time aku ambik MAS dan terkena ground crew yang tak best, muka ketat, tak mesra betul. So far pengalaman aku naik tambang murah ke sana ke mari, ground crew semua okay. Alhamdulillah, rezeki aku agaknya walaupun ramai orang duk komplen kat blog masing2 ground crew tambang murah tak mesra pelanggan.

Aku berpisah dengan Sofi lepas security check sebelum ke departure hall. BKI airport Terminal 1 ni bagi aku biasa2 aje, sunyi sepilah tak padan dengan taraf international airport. Money changer ada satu je, itupun takde small change!


Departure Hall yang sunyi sepi, seolah2 baru lepas kena langgar dengan garuda tapi aku tak nampak pun Garuda Airlines kat parking bay.


Aku cuma mampu economy class, itu pun beli time promo, hahaha...


ATR 72, first time naik turboprop. Aku tak suka sangat sebab gegar dia lain macam. Antara pulau yang sempat aku snap during flight. Untuk perjalanan lebih kurang setengah jam ni, cuma air kotak tu aje yang kitorang dapat. Ingatkan ada jugak kacang ke...., tapi takde maknanya. Yang lawak tu, aku last passenger disembark, masa nak turun steward tu tanya aku: 'where you from, miss?' Aku pandang dia sambil senyum aku jawab Malaysia. Dia tersengih sambil sebut ooo... Pelik kot tengok aku lone ranger. 

Masa sampai kat Brunei Airport, ada shuttle yang pick up kitorang sehingga ke terminal building. Masa kat imigresen aku agak blurr sebab duk fikir duit tak tukar lagi, hostel pun tak sure ada vacant ke tak. Kesian mamat imigresen tu, aku endah tak endah je layan sembang dia, sempat gak dia wish birthday kat aku, hehehe.

Information counter kat luar bangunan, sebelah kaunter teksi. Malangnya tutup, tapi kat luar tu ada rak. Yang ada cuma majalah BIG Borneo.Insider's.Guide keluaran April - June 2012. Map langsung tak ada. Mujurlah pak cik2 driver teksi tu banyak bagi info. Lama jugak aku lepak dengan pak cik tu semua sementara tunggu bas sampai. Oh, bas kat sini memang tak ikut schedule. Aku bertegas jugak nak tunggu bas sebab tambang cuma BND 1.00, kalau naik teksi BND 25.00. Disebabkan itulah pak cik teksi tu keluarkan statement 'Aku tak pernah jumpa orang semenanjung yang kedekut macam ko!' Hahaha... tapi diorang tu helpful walaupun takutkan aku macam2.

Driver bas berhentikan aku kat depan Pusat Belia seperti yang aku mintak. Aku menapak ke dalam dan tanya akak yang jual makanan kat tepi koridor kat mana kaunter nak check-in. Tak sampai lima minit, orang yang ditunggu tiba. Alhamdulillah, ada katil kosong untuk aku. 


Akhirnya aku berjaya tukar duit ni kat airport. Tapi charge rate mahal sikit dari money changer kat shopping complex yang aku tak tahu namanya kat Brunei ni. Not kertas diorang lebih kurang duit Malaysia, so tak adalah aku pening lalat masa berurusniaga, hehehe.


Petang dalam pukul 5.00 aku keluar jalan2 cari makan sambil cuba hafal landmark. Tamu Kianggeh ni tak jauh pun dari Pusat Belia, jalan depan lagi korang jumpa waterfront lepas simpang traffic light. 


Jom, tengok wayang! Sepanjang aku kat sini, aku tak pernah pulak nampak panggung ni bukak. Agaknya dah tak beroperasi kot. Lagipun poster yang melekat tu semua cerita lama. Sebelah jalan masuk untuk bas ke terminal.


Aku akhirnya memilih salah satu gerai kat food court, yang berdepan dengan Kampung Air. Aku minum Puspa, macam ABC cuma bezanya ais ketul bukan ais kisar, dan mee goreng hati suyah. Mee dia lain sikit rasanya, banyak sangat, memang aku tak larat nak habiskan. Kalau korang perasan dalam bakul ada botol penutup biru, kan? Dalam tu rupa2nya cuka, aku ingatkan apa sebab jernih semacam je, hehe. Sambil makan sempat aku snap gambar bot yang bawak bahan2 untuk construction kat Kampung Air. Selalu nampak kat jalan raya, first time aku tengok this kind of movement of goods via water transportation mentang2 lah masa ke sini kitorang baru abis module movement of goods. 


Aku cancel nak tunggu sunset kat waterfront sebab hujan renyai2. On the way balik, aku nampak suasana yang menakjubkan ni. Terus aku keluarkan kamera dan ambik gambar. Lama jugak aku berhenti kat tepi jalan tu, hehe. Tengok real lagi amazing, Subhanallah... hadiah terindah di hari lahir! Satu yang aku perasan, kat sini aku rasa awannya rendah sangat. Macam boleh gapai dengan tangan aje. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...