Wednesday, May 16, 2012

bki - bwn: day4

30 April, is my birthday! Alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas di bumi ini. Since last few years, inilah cara aku celebrate birthday. Travel to a new place during my birthday as a birthday treat.

Walaupun sebelum bercuti aku tak lah sesibuk mana, tapi aku tetap takde plan yang spesifik. Semalamnya aku dah mintak receptionist arrange cab untuk aku ke airport dalam pukul 10.30 pagi. Tengah hari nanti aku akan terbang ke Brunei since aku dapat cheap fare masa MAS buat promosi. Plan asal nak ambik feri ke sana dibatalkan sebab aku nak save masa. Tapi BND pun aku tak tukar lagi!

Masa turun nak breakfast, aku duduk semeja dengan Sofi, minah Egypt itupun sebab aku nampak dia sorang2. Kat hostel ni korang cuma perlu duduk je, nanti breakfast akan disediakan. Roti bakar 2 keping, baked beans, scrambled egg. Option coffee or tea dan segelas jus oren. Kat atas table ada jem, butter dan pisang, free to consume. 

Sambil makan aku sembang2 dengan Sofi, minah ni dah dua bulan buat volunteer work kat Sandakan. Lepas ni nak balik Egypt, kerja jap pastu travel lagi. Aku belum sampai tahap tu lagi lah. Since dia pun nak ke airport jugak pagi tu, tapi pukul 10.00; half an hour earlier than mine. So we decided to share cab kalau aku boleh cancel my prior booking. Lucky enough, memang boleh pun. So aku dah boleh save RM 15.00, as well goes to Sofi.

Lepas breakfast, aku pegi withdraw duit kat CIMB dan tukar BND sekali. Cuma perlu seberang jalan yang memang tak sibuk pun, dah sampai ke CIMB. Malangnya kat situ tak boleh nak tukar BND, kena ke money changer kat Centre Point which will open at 10.00 am. So aku decide tukar kat airport je lah. Worst come to worst aku tukar je kat Brunei later on.


Lavender Lodge yang menjadi persinggahan aku. Dalam kotak merah tu bilik yang aku stay. Tiap kali nak naik dan turun, mendakilah aku. Dari sini nak ke airport dalam 15 minit je kalau tak jammed.

Lepas dah settle check in, aku cari money changer nak tukar duit. Hampeh betul mamat kat kaunter check in, first time aku ambik MAS dan terkena ground crew yang tak best, muka ketat, tak mesra betul. So far pengalaman aku naik tambang murah ke sana ke mari, ground crew semua okay. Alhamdulillah, rezeki aku agaknya walaupun ramai orang duk komplen kat blog masing2 ground crew tambang murah tak mesra pelanggan.

Aku berpisah dengan Sofi lepas security check sebelum ke departure hall. BKI airport Terminal 1 ni bagi aku biasa2 aje, sunyi sepilah tak padan dengan taraf international airport. Money changer ada satu je, itupun takde small change!


Departure Hall yang sunyi sepi, seolah2 baru lepas kena langgar dengan garuda tapi aku tak nampak pun Garuda Airlines kat parking bay.


Aku cuma mampu economy class, itu pun beli time promo, hahaha...


ATR 72, first time naik turboprop. Aku tak suka sangat sebab gegar dia lain macam. Antara pulau yang sempat aku snap during flight. Untuk perjalanan lebih kurang setengah jam ni, cuma air kotak tu aje yang kitorang dapat. Ingatkan ada jugak kacang ke...., tapi takde maknanya. Yang lawak tu, aku last passenger disembark, masa nak turun steward tu tanya aku: 'where you from, miss?' Aku pandang dia sambil senyum aku jawab Malaysia. Dia tersengih sambil sebut ooo... Pelik kot tengok aku lone ranger. 

Masa sampai kat Brunei Airport, ada shuttle yang pick up kitorang sehingga ke terminal building. Masa kat imigresen aku agak blurr sebab duk fikir duit tak tukar lagi, hostel pun tak sure ada vacant ke tak. Kesian mamat imigresen tu, aku endah tak endah je layan sembang dia, sempat gak dia wish birthday kat aku, hehehe.

Information counter kat luar bangunan, sebelah kaunter teksi. Malangnya tutup, tapi kat luar tu ada rak. Yang ada cuma majalah BIG Borneo.Insider's.Guide keluaran April - June 2012. Map langsung tak ada. Mujurlah pak cik2 driver teksi tu banyak bagi info. Lama jugak aku lepak dengan pak cik tu semua sementara tunggu bas sampai. Oh, bas kat sini memang tak ikut schedule. Aku bertegas jugak nak tunggu bas sebab tambang cuma BND 1.00, kalau naik teksi BND 25.00. Disebabkan itulah pak cik teksi tu keluarkan statement 'Aku tak pernah jumpa orang semenanjung yang kedekut macam ko!' Hahaha... tapi diorang tu helpful walaupun takutkan aku macam2.

Driver bas berhentikan aku kat depan Pusat Belia seperti yang aku mintak. Aku menapak ke dalam dan tanya akak yang jual makanan kat tepi koridor kat mana kaunter nak check-in. Tak sampai lima minit, orang yang ditunggu tiba. Alhamdulillah, ada katil kosong untuk aku. 


Akhirnya aku berjaya tukar duit ni kat airport. Tapi charge rate mahal sikit dari money changer kat shopping complex yang aku tak tahu namanya kat Brunei ni. Not kertas diorang lebih kurang duit Malaysia, so tak adalah aku pening lalat masa berurusniaga, hehehe.


Petang dalam pukul 5.00 aku keluar jalan2 cari makan sambil cuba hafal landmark. Tamu Kianggeh ni tak jauh pun dari Pusat Belia, jalan depan lagi korang jumpa waterfront lepas simpang traffic light. 


Jom, tengok wayang! Sepanjang aku kat sini, aku tak pernah pulak nampak panggung ni bukak. Agaknya dah tak beroperasi kot. Lagipun poster yang melekat tu semua cerita lama. Sebelah jalan masuk untuk bas ke terminal.


Aku akhirnya memilih salah satu gerai kat food court, yang berdepan dengan Kampung Air. Aku minum Puspa, macam ABC cuma bezanya ais ketul bukan ais kisar, dan mee goreng hati suyah. Mee dia lain sikit rasanya, banyak sangat, memang aku tak larat nak habiskan. Kalau korang perasan dalam bakul ada botol penutup biru, kan? Dalam tu rupa2nya cuka, aku ingatkan apa sebab jernih semacam je, hehe. Sambil makan sempat aku snap gambar bot yang bawak bahan2 untuk construction kat Kampung Air. Selalu nampak kat jalan raya, first time aku tengok this kind of movement of goods via water transportation mentang2 lah masa ke sini kitorang baru abis module movement of goods


Aku cancel nak tunggu sunset kat waterfront sebab hujan renyai2. On the way balik, aku nampak suasana yang menakjubkan ni. Terus aku keluarkan kamera dan ambik gambar. Lama jugak aku berhenti kat tepi jalan tu, hehe. Tengok real lagi amazing, Subhanallah... hadiah terindah di hari lahir! Satu yang aku perasan, kat sini aku rasa awannya rendah sangat. Macam boleh gapai dengan tangan aje. 


4 comments:

  1. tak penah dengar orang brunei bercakap...slang dorang camne ekkk.

    ReplyDelete
  2. diorang punya slang ala2 sabahan, tapi tak banyak mana pun persamaan tu. kalau dengar diorang cakap tu boleh faham jugaklah walaupun mula2 tu macam blurr sikit...

    ReplyDelete
  3. Happy Belated Birthday!!Sorry for late wish...and really glad you enjoyed your trip.

    ReplyDelete
  4. Thanks babe! yeah.. i do enjoy my every trip, there is always something new to explore and experienced...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...