Wednesday, May 9, 2012

kundasang - kudat: day2

Hari ke dua, perjalanan yang dirancang jauh nun di penghujung Borneo. Seawal 7.30 pagi aku dah keluar bertemankan Kancil manual yang disewa dengan harga RM 55.00 sehari. Kalau harganya semurah itu, janganlah expect conditionnya tip top. Tapi berbaloi2 lah usaha aku memujuk rayu berjanji tak setia kat owner kereta tu sebabnya kereta tu dia sewakan untuk area town KK sahaja. Bekalan map yang aku kutip kat airport pun tak lupa untuk turut serta dalam ekspedisi ni. 

Dari Kundasang aku ambik simpang ke kanan selepas Pekan Nabalu, short cut ke Kota Belud - Ranau escaping Tamparuli. Korang boleh nampak signboard tu. Jalan lebih kurang macam nak ke Kundasang jugak, berliku2, ada turun naik bukit dan yang pasti sunyi sepi. Sesekali aje aku berselisih dengan kenderaan lain. Kalau dah masuk pukul 5 petang, memang confirm aku tak ikut laluan ni walaupun lebih dekat. 

Awalnya perjalanan aku lancar je, tapi bila masuk kawasan perkampungan tetiba trafik sesak secara mendadak. Kereta berderet parking kat tepi jalan, pastu ada RELA pulak duk monitor. Nak kata ada kenduri kahwin, macam tak logik sebab belum pun pukul 9.00 pagi. Lama jugaklah tersangkut dalam jammed, lebih kurang 300 meter lepas tu baru aku nampak banner yang tergantung. Rupa2nya pagi tu Muhyiddin Yassin buat lawatan ke Kota Belud! Dalam banyak2 hari, hari yang aku lalu jugak dia pilih... aduyai... Jenuh sebab punyalah lama nak get off dari kesesakan tu.   

Lucky enough, kat Sabah ni signboard memang membantu orang yang tak guna teknologi canggih macam aku kalau nak compare to Sarawak. Aku confident je ikut signage ke Kudat, cuma sekali aku berhenti bertanya kat warung tepi jalan. Alhamdulillah, laluan yang aku ambik memang betul, cuma perjalanan tu jauh lagi. Kebetulan kat kedai tu ada pelanggan dua orang, pak cik2 ni offer aku follow diorang. Tapi aku tolak dengan baik sebab aku takut terlewat bila diorang ajak breakfast dulu dan pastu baru gerak ke Kudat. Lagipun aku nak kena balik ke Kundasang on the same day!


Korang akan jumpa sawah padi ni di kiri dan kanan jalan. Maafkanlah ketidaksempurnaan gambar sawah padi ni. Mata duk pandang depan, takut masuk lorong bertentangan sebab kenderaan dari arah bertentangan agak banyak, tangan kiri control steering, dan tangan kanan ambik gambar. Bila tengok balik gambar ni, teringat zaman sekolah rendah dulu2, kalau buat lukisan sawah padi, at the back tu mesti ada gunung ganang... 


Lepas ambik laluan ke Kudat di persimpangan Kudat - Kota Marudu, tak jauh lepas tu korang akan lalu ikut laluan berkerikil ni lebih dari 4km. Seksa sungguh nak habiskan 4km ni, mana taknya Kancil yang aku bawak ni masa kat sini speed tak lebih 20km sejam. Itu pun sehabis sopan dah aku drive, tapi still rasa terseksa. Kat tempat lain pun ada jugak keadaan jalan yang lebih kurang, tapi tak adalah sejauh yang ini. Nasib baik tak hujan, aku rasa kalau hujan lagilah terseksa.

Memang awalnya ada rasa macam nak patah balik, tapi rugilah sebab aku dah sampai sejauh ni pastu nak patah balik. Sejak bila pulak aku jadi pengalah sebelum berjuang. Dek tak nak jadi pengecut, aku gagah jugaklah mengharung segala cabaran tak seberapa ni. 


Disebabkan akulah pemandu, aku jugaklah navigator, akulah photographer tak professional, segala2nya akulah... maka gambar yang korang tengok ni memang senget benget. Sekali lagi, maafkanlah ketidaksempurnaan ini...
  1. Bila aku nampak signage yang terpampang kat jejantas ni, aku tarik nafas lega. Ingatkan dah dekat, tapi masih jauh perjalanannya.
  2. Lepas turun naik bukit macam roller coaster, selekoh maut yang tak membawa maut, jalan berlubang sana sini... untuk kesekian kalinya aku nampak signboard sama macam ni aku dah lupa nak kira berapa banyak dan follow dengan separuh rasa tak sabar. 
  3. Pokok kelapa menjulang tinggi di kiri dan kanan jalan. Korang boleh nampak rumah penduduk kampung di kiri dan kanan jalan yang jarak antara satu sama lain agak jauh. 
  4. Bila aku dah nampak lautan kat penghujung jalan ni, aku dah tarik nafas lega dengan rasa syukur tak terhingga sebab destinasi tujuan aku dah semakin hampir. Kat simpang tu, korang kena turn to the right.


Lepas dah parked kereta dengan selamatnya kat tempat parking, aku mulakan langkah dengan separuh rasa tak sabar. Masa aku sampai dah hampir 12 tengah hari. Matahari memang menyengat, tapi seperti biasa aku redah je tanpa kisah kalau kulit hangus terbakar sebab seumur hidup aku hingga ke hari ini, tak pernah aku guna atau beli sunblock.


  1. Dari tempat parking nak ke penghujung sana, korang kena menapak. Berpeluh jugaklah nak sampai ke hujung sana, tapi angin yang bertiup banyak membantu sebenarnya. 
  2. Kalau dua tahun lepas aku ke Tanjung Piai, penghujung paling selatan benua Asia, kali ini aku ke Tanjung Simpang Mengayau, penghujung paling utara Borneo. Untuk lebih info korang boleh tengok kat sini atau sini jugak. 
  3. Walaupun kat situ ada amaran 'merbahaya' dan 'jangan melintasi paras ini' terpacak, tapi orang ramai tetap turun ke bawah sana lagipun tulisan kat situ dah tak boleh nak baca, worn out.
  4. Batu berbentuk ala jeti itu merupakan pertemuan antara Laut China Selatan dan Laut Sulu. 
  5. Batuan macam pasir ni memang cantik bentuknya, Subhanallah... Berpusar2 dan bertingkat. 



  1. Pantai yang cantik airnya, gambar dari tempat globe mercu tanda tip of Borneo. 
  2. Kat atas bukit itulah letaknya tip of Borneo. Kat tanjung ni airnya biru sungguh, cantik sangat.
  3. Tapi sayang, sepanjang pantai yang pasirnya putih dan halus ni tak terjaga. Tunggul dan kayu yang bersepah di sepanjang pantai mencacatkan pemandangan. Pulak tu banyak anjing liar yang kurus kering berkeliaran kat sini. 
  4. Laluan pejalan kaki yang akan membawa anda ke pantai pun tak terjaga. Rumput dah meliar, kat hujung tu memang semaklah dengan macam2 jenis pokok renek. 


Aku sedih dan kecewa yang amat. Tempat ni memang menarik untuk dijadikan antara destinasi pelancongan popular. Dengan pasir pantai yang putih, landai dan cantik, airnya yang bermacam tona warna, letaknya pulak next to the tip of Borneo... memang boleh menarik pengunjunglah. Tapi pihak berkuasa seolah2 tak berusaha langsung untuk upgrade tempat ni. Aku sebenarnya tak tahu siapa yang patut bertanggungjawab dalam hal ini. Masjid yang terletak bersebelahan dengan 'balai polis' pun tak terjaga. 


Sewaktu pulang dari Tanjung Simpang Mengayau aku memilih haluan kanan, bertentangan dengan jalan sewaktu datang sebelumnya. Padahnya aku terpaksa menempuh jalan bertanah merah berkerikil ini berkilometer jauhnya. Tapi tidaklah seteruk laluan berkerikil 4km yang dah ditempuh dan akan dilalui sekali lagi lepas ni. 

Aku menyinggah ke Pekan Kudat, top up petrol dan terus berpatah balik untuk kembali ke Kundasang. Aku teringin nak menyinggah di Kudat, tapi dek kerana aku takut terlewat sampai di Kundasang maka niat tu aku batalkan sahaja. Dari sepintas lalu masa nak buat U-turn kat pekan Kudat, aku nampak jeti dan banyak bot. Menarik untuk diterokai cara aku, namun hasrat tu tak dapat diteruskan.
      

Aku singgah di salah satu deretan kedai kat tepi jalan. Jagung bakar tu seikat RM 4.00, ada lima jantung. Sebab aku nak satu je, so dia jual kat aku singgit. Labu putih kat atas ni sebelah botol air mineral banyak aku jumpa kat Sabah ni, first time tengok. Katanya bagus dijadikan sup untuk ibu baru lepas bersalin.


Inilah rupa jagung bakar selepas dibuang kulitnya. Tak nampak macam jagung bakar pun, macam jagung rebus adalah. Rasanya macam beras pulut hitam yang selalu dibuat bubur tu, tapi agak tawar. Sumandak yang jual tu kata manis, tapi bukan rezeki aku agaknya dapat yang tawar. Aku ngap dalam perjalanan.

Masa balik aku ikut Tuaran - Tamparuli untuk terus ke Kundasang, escaping Kota Belud - Ranau bypass sebab hari dah lewat. Travel sorang aku kena extra alert dengan situasi yang boleh membahayakan diri aku. Aku cuma lalu dan tak menyinggah ke Upside Down House, begitu jugak Jambatan Gantung Tamparuli. 

Just after roundabout ke Nabalu - Kundasang, hujan dah mula turun. Sekejap lebat sekejap perlahan, tapi pemanduan memang extra careful sebab kabus tebal dan visibility very poor. Aku singgah di Pekan Nabalu, tapau makanan untuk dinner. Since hujan aku batalkan niat nak naik ke menara tinjau. On the way driving up and down to Kundasang, sesekali aku dapat tengok puncak Kinabalu yang malu2 bersembunyi. So, aku plan nak berhenti kat Bundu Tuhan, tempat tu selamat sikit kalau nak berhenti dan bergambar.


Malang sungguh, masa aku berhenti kat Bundu Tuhan, inilah yang boleh dilihat. Langsung tak nampak bayang Kinabalu, padahal sebelum sampai ke sini, aku boleh nampak waterfall lagi! Sekeliling berkabus tebal, kenderaan datang dari arah depan pun tak nampak kalau tak on lampu. Sudahnya perjalanan diteruskan.

Aku sampai kat resthouse @ hostel hampir pukul 7.00 malam. Syukurlah aku tak ambik laluan Kota Belud - Ranau bypass. Dahlah kenderaan yang ikut laluan tu tak berapa nak meriah, sunyi sepi pulak tu. Agak merbahaya untuk aku, mungkin untuk orang lain itulah adventure yang dicari. 


2 comments:

  1. waah! dah ke Sabah...good trip, i pun teringin nk ke sabah tapi bila nk plan tak tau lagi...huhu

    ReplyDelete
  2. pergilah babe, since u ada kat malaysia lagi nih.. hawa & family nak pegi bln 9 kalau x silap... apa kata u all plan together... ;-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...