Monday, May 14, 2012

kk: day3 part2

Lebih kurang 1.30 tengah hari aku dah sampai town KK. Aku rasa macam cepatlah pulak sampainya. Masa first day hari tu punyalah lama nak sampai ke Kundasang, agaknya bila terkejar2 macam ni jadi cepat pulak. Aku tunggu owner kereta kat Padang Merdeka, ingatkan dia dah nak sampai sebab aku dah inform awal. Jenuh aku menunggu, tapi sambil2 tu sempat jugak aku belek map, cari location hostel. Rupanya dekat ajer, dari Padang Merdeka tu aku boleh menapak je ke sana. 

Aku check in lewat dari waktu dijanjikan tapi aku dah inform diorang pasal delay tu. Lavender Lodge ni aku buat reservation thru website diorang. Kalau booking thru hostelworld kang kena charge plak, so aku dah save kat sini. Unless kalau tak boleh nak go through and booking directly with the hostel baru aku guna khidmat hostelworld. 


Female dorm untuk 6 orang. Ada 4 single bed, satu double decker. Katil aku yang hujung sekali, ada beg. Masa aku check-in, hanya aku sorang je. Tapi lepas tu bertambah lagi tiga. Bilik ni kat tingkat 4, bayangkan aku mendaki anak tangga dengan bawak bagpack lebih 9kg, ketar lutut nak sampai ke bilik! Tak daki Kinabalu, aku daki tangga hostel daa...    

Aku keluar petang tu, plan asal nak ke Signal Hill, layan sunset kat sana. Tapi receptionist tu kata bahaya kalau aku jalan sorang2, taxi plak charge RM 10.00, kalau suruh tunggu tak tahulah berapa plak charge. Kalau tahu aku dah ke sana awal2 lagi, sementara tunggu owner kereta tu datang. Tapi dah bukan rezeki aku, takpe lah. Sudahnya aku menapak ke pasar yang sebenarnya aku pun tak tahu pasar apa, tengok map ada pasar, so aku redah ajelah. Gaya Street Market memang aku dah terlepas sebab sampai tengah hari je. Kat situ dengarnya banyak souvenir murah2 dan banyak choices. 


Aku nampak rumpai laut ni, sepinggan RM 2.00. Aku tak beli tapi mintak izin ambik gambar. Aku panggil pasar ni pasar basah, sebelah dia ala2 pasar malam tapi ada tempat duduk untuk orang makan, semuanya jual yang berasaskan makanan dan minuman. Aku bagi nama pasar makan2. Pasar makan2 ni jugak sebahagiannya terletak belakang pasar kraftangan. Berpusing2 aku kat situ, mengalahkan orang buat tawaf.

Lepas tu semestinya pasar kraftangan. Pasar ni dalam bangunan, tapi agak panas dek kedudukan antara satu sama lain kat dalam tu dekat sangat. Laluan memang sempit, muat2 dan selesa untuk seorang lalu aje. Kalau ada yang berselisih, mesti yang sorang lagi kena mengalah dan menepi untuk bagi laluan. 

  
Menariknya dan suasana ni aku jumpa kat sini setakat pengembaraan aku yang tak seberapa ini adalah barisan tukang jahit kat luar bagunan pasar kraftangan ni. Yang lebih menarik perhatian aku adalah kesemuanya lelaki based on pengamatan aku


Suasana dalam pasar kraftangan. Mostly barangan berasaskan mutiara memang banyak. Souvenir lain pun banyak, tapi mostly designnya hampir sama. Harga pun lebih kurang je, masa ni lah korang patut test bakat tawar menawar korang.


Bahagian belakang pasar kraftangan. Aku cukup suka dengan binaan dan warnanya. Tapi bila masuk ke dalam, aduhaii... lemas dibuatnya.


Sebelahnya pulak adalah pasar ikan masin. Bukan setakat ikan masin, segala macam hasil laut yang dah dikeringkan ada kat sini. Pelbagai jenis snek dan kuih yang dah siap pek banyak kat sini. Tinggal korang pilih dan bayar aje. Kalau beli banyak, diorang siap boleh masukkan dalam kotak lagi. Kuih cincin yang sinonim dengan Sabah memang melambak lah. 


Jom layan sunset! Semua ni aku ambik kat tempat pasar basah tu. Tak dapat layan sunset dari Signal Hill, sunset kat sini pun cantik jugak. Alhamdulillah sebab aku masih diberi peluang oleh Allah untuk menikmati keindahan ciptaanNya.  

Lepas tu aku cuma berjalan tanpa arah. Agak2 macam nak sesat aku patah balik ke tempat asal. Tapi apalah gunanya mulut kalau tak nak bertanya. Tak gitu?


Tak jauh dari tempat sebelumnya, aku jumpa lagi satu pasar malam. Keadaan persekitaran kat sini nampak lagi bersih dan teratur. Kesal jugak sebab aku dah makan kat pasar makan2 tadi. Tapi bukan rezeki aku kat sini, nak buat macam mana. Lagi pun esok aku dah nak tinggalkan tempat ni. Korang perasan tak anak panah merah dalam gambar atas ni, papan selebar lebih kurang satu kaki tu tempat diorang lalu untuk masuk ke bot. Kalau akulah, confirm aku tak lalu kalau takde orang pegang. Aku tengok diorang steady je lalu. Ngeri! Sebelahnya adalah waterfront yang aku tak tahu namanya. Yang pasti Jesselton bukan yang ini, berpeluh jugaklah kalau menapak nak ke sana.

Punyalah seronok menapak, aku lupa jalan nak balik ke hostel. Aku keluar masa matahari masih ada, bila nak balik matahari dah selamat beradu. Namun Alhamdulillah, selamat jugak aku jumpa jalan balik setelah berpusing2 mencari. 


4 comments:

  1. u.. tak tsngkut ngan pemuda sabah ke.. sanakan orgnyer handsome2..hehehe
    ~mak eti~

    ReplyDelete
  2. xde lah handsome mana pun, biasa2 je yg i jumpa, hehehe. lagipun hati i dah dibawak lari lah...

    ReplyDelete
  3. Pasar kraftangan tu kalau x silap org panggey filipine market....sana byk jual mutiara tp panas ya amat...kalau belah mlm kat sebelah tu ada byk gerai makan open air...tp kebersihan xtau la...

    ReplyDelete
  4. Ha'ah, mmg panas pun kat dlm tu. gerai mkn sebelah tu dah bukak dari ptg lagi. kebersihan? hehe.... pejam mata je lah..

    btw, thanks singgah blog i

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...